Thursday, December 1, 2011

Ciri - Ciri Pemenang Idaman Ramai



Assalamualaikum

Alhamdulillah. Giveaway telahpun ditutup dengan gilang gemilangnya. Cuma tak panggil TV3 datang rakam upacara penutupan. Bhahah melebih - lebih lagi. Baiklah. Sekarang ini proses memprint semua entries kemudian akan diklasifikasikan kepada dua bahagian. Layak dan tidak layak. Layak untuk disingkirkan dan tidak layak untuk disingkirkan.

Kemudian, mana - mana yang dah layak tu aku kategorikan lagi kepada 2 bahagian iaitu kategori awesome ataupun kategori awesome tapi yang first tadi lebih awesome. (Meluat betul nama kategori.)

Dan, daripada kategori yang awesome ini nantilah akan dipilih barisan pemenang yang berjaya mencuri hati juri - juri undangan.

Macamana aku pilih pemenang? Of courselah pilih yang kipas lebih. BHAHAHA. Tidakkk tidakkkk. Pemilihan pemenang akan dipilih dengan telus adil dan saksama. Lepas pemenang dah dipilih, aku yang akan finalize kan semua sebelum diumumkan di dalam blog yang menjadi pilihan ibu - ibu mengandung ini (Tak ada kena mengena) Ciri - ciri entry pilihan adalah seperti berikut :

EFFORT

Entry yang menunjukkan ciri - ciri usaha dilakukan untuk memenangi hadiah dan betul - betul ikhlas nak masuk mega giveaway ni. Entry panjang tak semestinya boleh menang, tapi kita tengok daripada kesungguhan contestant nak mengkritik blog aku.

"Blog ini bagus, best! Tak tau dah kritik apa! Best sangatlahhhh!"

Okay ini contoh entry yang akan kena reject awal - wal (No offense) . Tapi macamana aku nak bagi menang kalau start - start je dah kata blog aku tak ada apa benda yang nak dikritik, kan? Blog aku ni bukan perfect, mesti ada benda yang boleh dikritik. Ye dop?

KREATIVITI

Aku akan terus terpesona dengan entry yang dihasilkan dengan penuh kreatif sekali. Ada yang buat entry dalam bentuk pantun, ada yang buat entry dengan bahasa santai yang kelakar nak mati, ada yang kritik dengan bahasa yang memang haramjaytakbolehblah tapi aku suka sangat sebab ia kreatif. Siap printscreen semua. I loike! Ada satu entry ni yang siap printscreen bila time blog badge aku tu terbang dalam helikopter tu. HAHA. Siap tunggu lagi semata - mata nak capture the image. Kreatiflah! Ada yang letak pics kartun - kartun semua. Haihhh teruja aku membacanya.

BERSISTEMATIK

Aku ni particular orangnya. Aku suka entry yang bersistematik. Numbered kalau boleh. Kemas, tak serabut. Ditulis dalam perenggan yang mudah dibaca. Nama pun cikgu kannnn jadi kekemasan tu aku anggap satu benda yang penting. Kalau entry serabut tulisan kecik kaler - kaler mungkin aku terasa samseng sikit nak membacanya. Markah kurang sikit. Kehkeh demand kau!

KRITIKAN MEMBINA

Memang aku suruh kritik, tapi kritikan tu biarlah membina. Kritik blog, bukan kritik personaliti aku. Sentap mak noks bila ada yang kritik personaliti aku *ehem* aku suruh kritik bloggggg. Tapi tak apalah, dah rezeki aku kan. KEHKEH.

Kritik dan beri sumbang cara. Haaaa ini memang aku suka. Tak ramai contestant yang buat macam ni. Dah kritik sedap - sedap, bagilah aku saranan nak membaikpulih apa yang engkau kritik tu. Entry yang macam ini memang terus masuk kategori awesome tanpa berlengah lagi.


Itu saja kriteria pemilihan pemenang. Pemenang akan diumumkan seminggu dari sekarang. Maksudnya 7hb Disember nanti aku umumkan siapa yang menang. Terima kasih diucapkan pada semua bloggers yang menyertai mega giveaway ni samaada secara rela suka hati ataupun kena tagged dengan blogger lain. HEHE. Aku appreciate sangat masa yang engkau orang luangkan untuk buat entry mega giveaway aku. Terima kasih sangat - sangat. Semoga sesiapa yang follow aku tu, tak akan unfollow aku lepas mega giveaway ni dah habis ye. SOBSOBSOB.

Jangan pulak ada yang berkecil hati kalau entry tak terpilih sebagai pemenang. Kita suka - suka kan. Bukan masuk sukan Olimpik pun. Saja nak memeriahkan dunia blogging.

Keputusan adalah muktamad. Surat layang ataupun mengumpat belakang adalah amat berdosa.

BHAHAHAHA.

Dah. Babai!

12 comments:

Cik Puan Muda Umi said...

uisshhh,banyak btoi kategori..haha

hudazaba.blogspot said...

ok..akan setia menunggu 7 hari tu...

Rina Rahamat said...

Alahai..apesal x bagi skima pemarkahan nih awal-awal..kalau x sy misti jawab soklan bebetul haha..hadoihh

Cik Puan Bunga said...

@cik puan muda umiErrr takdelah banyak, setiap stage ada 2 kategori jek. Hehehe!

Cik Puan Bunga said...

@hudazaba.blogspotThank you for your cooperation. ^___^

Cik Puan Bunga said...

@Rina AVAIL a.k.a Cik BettyUhuhuhuhu takpe takpe pelajar pintar takde skema pun takpe. Hehe.

yayath said...

huhu..da abes plak megaGA CPB nih...hihi..

x sempat nak join...

Anonymous said...

oh, xde pemenang lg.
x sabar nk tau sape menang.. wlpon x join... berkobar2, balik keja trus terjah blog ni.. ahahaha.. =D

cik silent reader.. (^-^)v

Cik Puan Bunga said...

@yayathTak apalahhh next time! ^___^

Cik Puan Bunga said...

@AnonymousKenapa tak join!! Hehehehehehe! Sabar yeee tengah pilih pemenang! Hihi! ^___^

Lissa Allemanda said...

All the best utk semua!
Cpb COMEL!!

Cik Puan Bunga said...

@Lissa AllemandaEh! HAHAHAHAhA!