Thursday, December 22, 2011

Hari Khamis Malam Jumaat Kena Bagi Suami Makan Sedap - Sedap!

Assalamualaikum

Suspen aje tajuk entry. Dahlah update malam - malam. Apakah? HAHA. Tidak tidak jangan cepat salah faham jangan label blog aku ni blog yang bukan - bukan pulak. HAHA. Hari ini lambat update pasal apa yang aku masak untuk mengisi perut lelaki - lelaki kacak dalam rumah aku. Maklumlah bangun pagi terus kelentang kelentung memasak + mandikan Adam kemudian pukul 12 tengahari terus keluar berjimba dengan skandal - skandal. Sampai rumah dah nak dekat maghrib. Puaslah kena bebel dengan suami. '-___- Okay next time kalau pergi berjimba kena bawa suami dengan anak sekali. Kalau anak ada dua belas orang maka semua dua belas orang kena bawa.

Sebab hari tu suami belikan sayur kobis yang banyak, maka sepanjang minggu ini sayur - sayuran adalah terdiri daripada kobis sahaja ye. Jangan nak cakap jemu! Nanti aku mogok tak mahu masak baru tahu. HAHA. Kalau engkau orang perasan dah dua hari asyik kobis aje ni! Ngehngeh! Hari ini teringin nak buat sambal tumbuk. Suami suka sangat dengan sambal tumbuk, selalu kalau emak buat sambal ni tak sempat nak sampai ke petang mesti sudah licin di tengah jalan. Suami pulun sambal macam makan cikedis. Selamba aje! Tak cirit ke?

Buat sambal tumbuk ni pulak kesabaran kena tinggi. Sebab sebelum nak buat sambal ni, cili dan segala bawang - bawang kena digoreng dulu. Habislah aku macam bersilat dekat dapur sebab dia punya minyak percik - percik oi! Kenalah guna perisai tutup periuk yang bersize besar untuk mengelakkan sebarang kecelakaan. HOHO! Lepas itu dah namanya sambal tumbuk, engkau kenalah tumbuk. Tumbuk ni pulak kenalah bersabar, sebab kena tumbuk dia sampai lumat. Susah pulak dia nak lumat! Ikutkan hati nak aje aku pakai blender! HAHA! Akhirnya lumat jugak walaupun nampak macam sesuatu yang mengalami kecederaan aje gayanya. Pecah sana sini. HAHA.

Akhirnya siap jugak menu simple untuk hari ini. Ayam goreng kunyit, sayur bening kobis, sayur tumis rebung dengan sambal tumbuk. Lepas itu ikan kering semalam ada lebih. Uhhhh sedaplahhhh! ^____^

Nyumnyum! ^____^
Close up sikit. Jangan hina rupa dia, dia punya rasa memang terbaeeekkkkk!
Makin lama makin syok pulak memasak ni. Syok sendiri pun ada jugak. Seriously. Bila tengok abah dengan suami makan bertambah - tambah aku rasa macam nak nyanyi lagu negaraku sambil kibarkan bendera Malaysia. Menyentuh hati sangatlah! '-____- Macam ini agaknya perasaan emak kalau anak - anak dia tibai lauk sampai habis. Bangga sedunia!

Emak jangan risau lah emak, lepas ni kalau emak nak tiba - tiba emergency leave dari memasak, ini anak perempuan emak ni dah boleh kasi makan abah dengan suami dengan orang kampung dah!

HAHAHAH. Berangan betul aku ni.

Dah. Babai!

16 comments:

Zira said...

wahh lapar pulak tgok mknn tu --'

Cik Puan Bunga said...

@ZiraJom makan jom! ^____^

ZAIDAHTUL AKMAL said...

Mcm mane nak buat sambal tumbuk tu yer??

Cik Puan Bunga said...

@ZYASHLada merah + Bawang putih + Bawang merah + Ikan bilis [Semua bahan - bahan ini digoreng tapi jangan sampai hangus ye!HAHA!] Belacan [Dibakar : Kuantiti agak - agaklah. Nak banyak ke nak sikit suka hati] Kemudian bahan yang digoreng + dibakar ini ditumbuk bersama. Tadaaaaaaaaaaaaaaaaaa! Siap! ^____^

laskar pelangi said...

rasa lapar plak dah...heheheee~~

Unknown said...

hari kames je ke cik puan bunga masak sedap-sedap bagai nie?
hari lain beli kedia ye.... oooooo ;p

Unknown said...

yes..sambal tu mmg sedap.. tp aku panggil die sambal ketuk..eehhehe...

Unknown said...

sambal jawa kan..hehe..asben aku kutuk gila sambal tu..sebelum makan berani la dia kutuk..bila dah makan ketagihh...dia layankan je aku makan lempeng cicah sambal tu..hahaha...

watyz said...

uish.. makan ngan nasi panas2 sedap ni kan... :)

Cik Puan Bunga said...

@laskar pelangiSEDAP kan? Hihihihi!

Cik Puan Bunga said...

@cik aletheea:Alamak kantoi! HAHAHAHAHA!

Cik Puan Bunga said...

@idauraNama saintifik dia "Sambal Tuthuk!" HAHAHAHA!

Cik Puan Bunga said...

@RaiOittt makan dengan lempeng? Biar betik! HAHAHAHAHA!

Cik Puan Bunga said...

@watyzMemang terbaik!!!! HUHUHUHUHU! ^____^

nur easy said...

suka betullah dgn food presentation ni.. tambah2 lak musim2 cam. klasik n istimewa..

best kan sambal tumbuk tu.. kita pun baru tau en suami suka makan tu. sbb bila balik umah makayah kita, tgk dia asyik beno makan tu..;)

Cik Puan Bunga said...

@nur easySambal tu pembuka selera. Kalau ada lawan dengan ikan kering lagilah makan penuh berselera. Makan panas - panas. Fuh! Lupa terus diet! Hehehehe!

Samalah eize, suami pun kalau nampak sambal tumbuk tu mesti licin! Huhu!