Assalamualaikum
Wah esok sudah mula harus kembali berkerja selepas bercuti panjang.Perasaan? Mestilah malas. Siapalah yang rajin bila time nak pergi kerja kan kan kan? HAHA. Dah lama sangat duduk dekat rumah bermanja - manja dengan suami dan Adam. Sekarang kena menjalani rutin harian work and sleep macam biasa. Okay start malam ini kena praktis tidur awal sebab sepanjang cuti sekolah bila malam aje jadi burung hantu!
2012 ni banyak resolution yang sudah dilist downkan. Kebanyakannya more to work and life. Bak kata suami, keberkatan hidup datangnya dari rezeki yang barokah. Macamana nak dapatkan rezeki yang barokah? Of courselah dengan berkerja super efficient dan bersungguh - sungguh. Memang aku nak kerja dengan bersungguh - sungguh tahun ni. Nak menaikkan taraf efficiency diri sendiri. Sampai bila nak bagi peluang dekat orang mencemuh kita tak berhenti - henti kan? So kalau kita buat kerja kita dengan baik, kalau orang nak mencemuh jugak maka itu urusan dia dengan Allah. Biasalah manusia. Macamana nak puaskan hati manusia yang macam - macam tu kan?
Tahun ini juga aku nak jadi lebih terancang dan sistematik. Kerja - kerja akan didokumentasikan dengan begitu kemas sekali. So takadalah kelam - kabut macam tahun lepas. Tercari - cari mana paperworks dan kerja - kerja lepas. Berguna tu. Tapi tak adalah sampai semak sesak tempat kerja. Buat orang rasa serabut dengan persekitaran yang macam tempat tikus beranak. HEHE. Tapi selama aku berkerja ni meja akulah yang terpaling kemas sekali dekat Bilik Guru. *Tangan ke bahu mata ke atas* Bukan sebab efficient sangat tapi sebab tak buat kerjalah maka meja aku sungguh kemas dan bersih sedunia! HAHA!
Tahun ini ada nametag baru weh!
Insyaallah. Bukan setakat omong kosong. Keberkatan dalam mencari rezeki memang fokus aku untuk tahun depan ni. Taknaklah lagi malas - malas dan separuh hati setiap kali nak pergi kerja. Tak mahu lagi buang masa dan menyesakkan emosi dengan memikirkan hal - hal orang yang tak sukakan aku (Kau tak suka aku, itu masalah kau.) dengan orang - orang yang kerjanya asyik nak jadi batu api dan mengapi - apikan orang lain. Juga tak ada masa nak mengumpat sana sini, juga tidak ada masa nak menjadi manusia yang tidak produktif. Kesimpulannya, 2012 ni nak lebih cemerlang dalam kerja. InsyaALLAH.
Wah kenapa aku cakap macam bagus sangat nih! HAHAHA!
Dah. Babai!
6 comments:
selamat bekarja cikgu norhayati, moga spt lbh barakoh di tahun baru
@Lydia Miza(Aidyl Azim)Terima kasih sis LM! ^___^ Insyaallah!
wah,selamat bekerja kak!
sambil tu saya nak mintak tolong baca dan komen ya.Komen akk sngt diperlukan untuk 20% markah contest :D
http://nasuha-itsmyessay.blogspot.com/2011/12/contest-kreatif-menulis-bersama-hob.html
@ChocolateTerima kasih! ^____^
selamat kembali bertugas cikgu! ;)
@nur easyTerima kasih! ^____^
Post a Comment