Tuesday, December 6, 2011

Projek Menjahit : Chiffon Syria -- BERJAYA!

Assalamualaikum

Alhamdulillah, seteleh terpending selama hampir 2 minggu akhirnya siap jugak Chiffon Syria aku. Nak kata lawa, tak adalah sangat. Nak kata hodoh pun kecik hati aku ni karang. Tapi all and all, aku rasa puas hati jugak sebab dapat jugak menghasilkan 4 pasang Chiffon Syria sendiri. Walaupun taklah secantik macam yang dekat Fareeda tu *ehem* tapi bolehlah nak pakai - pakai time pergi sekolah ke apa kan.

Borong kain Chiffon dekat Jakel sebab dia ada buat jualan murah. Sekali borong terus banyak. Lepas tu pening kepala nak start dengan yang mana satu dulu. Itu sebab aku terus tidur tidur dan tidur. Seminggu lepas itu baru mulakan projek menjahit. Kalau tidak, mungkin kain - kain itu berlumut dahulu. HAHAHA.

Semua shades ada.
Aku bukan tailor professional macam Emak jadi kalau nak start jahit tudung tu aku kena menghasilkan pola tudung dulu. Bukannya boleh main terus jahit aje kan. Silap - silap haribulan nanti terus bertukar jadi seluar katok. KEHKEH.Senang aje nak buat pola ni, engkau ambil tudung syria yang sedia ada lepas itu tekap atas surat khabar dan gunting dan siaplah polanya. Senang.

Ini pola syria yang sudah siap.

Lepas pola sudah siap, jangan malu malu jangan segan segan terus tekapkan pola tersebut ke atas kain chiffon yang engkau dah beli borong banyak - banyak tadi tu kan. Lepas itu gunting. Sebelum gunting baca bismillah dulu sebab kalau salah potong aku taknak bertanggung jawab. HAHA. Anak tailor macam aku ni diyakini ada kebolehan semulajadi untuk menggunting tanpa senget. Ecehwah! HAHA!

Kemudian hantar pergi jahit tepi dekat bahagian muka, dekat bahagian badan engkau jahit tepi yang warna warni tu untuk bagi effect berombak yang sangat Ombak Rindu. *Tak pasal - pasal*

Dah siap!
Simple kan? Senang aje. Setakat ini dah jadi 4 helai. Tapi malas nak teruskan menjahit yang selebihnya tu. Jadinya yang lebih tu aku nak jahit jadi tudung ala ala tudung bawal 4 segi sahaja, kemudian jahit manik dekat tepi dia. Menarik jugak kan? HEHE.

Yang penting, usaha tangga kejayaan. Kalau tak cuba, mana nak tahu kan? Ewah aku cakap macam good - good jewwww!

Dah. Babai!

31 comments:

nadhirah. said...

lepas ni boleh tempah kat akak lerr, muehehe!
tahniah menjadi, lawa bebenor!

Cik Puan Bunga said...

@nadhirah.Terima kasih!Malulah! HEHE!

nouveaucloset said...

cntiknya kak. nie saiz ape nie? boley la sy tempah kt akak pasnie. hehehehhe

JannatulmizanBanon said...

idea bernas dan kreatif la akak bunga ni . heheheh serta jimat ! :)

Cik Puan Bunga said...

@nouveauclosetSize M. Kehkehkeh kelakar aje nak main tempah2. Buruklah! Kehkeh! Thanks by the way!

Cik Puan Bunga said...

@JannatulmizanBanonJimat tu yang penting! Terima kasih! ^___^

alin said...

akak, nk beli!!! hehe ;)

Cik Puan Bunga said...

@alinAihhh malunyaaaa! HAHA!

CikHanis said...

boleh order kt akak kan?hehe

Cik Puan Bunga said...

@CikHanisAihhhh malunya! HAHA!

Miss Tasantek said...

awningnyer nak tampal kai ape kak??

funfliffy said...

salam,
cantiklah tp susah nak dpt 2 layers utk tudung labuh :) kalau boleh ditempah dan dibesarkan saya amatlah berminat , fliffy

A Z R E E N said...

akak, tunjuk lah yang pakai pulak. mesti cantik kan. nak try lah buat sendiri *berangan* haha! btw, tahniah! cantik.

RaiHamina said...

menjadik la munge wat. mandai munge jahit. wat manyak manyak layer la babe. mest laku munge jual ni. harini mood saye sengau. ;P

MiA said...

yeh..berjaya..

hehehe..

akak cikgu skolah yer?cuti ni kenala wat someting bepaedah kan..kalo tak bosan..

semoga berjaya untuk tudung bawal pulak..

nota kaki: saya silent reader..lama dah..ske baca post2 akak yg very2 jujur itu...like...like..

ynadona said...

cuba pakai....nak tgkk..lawooooo...

Cik Puan Bunga said...

@Miss TasantekOiii ni syria lah, awningnya pakailah awning instant tuh. HAHAHA

Cik Puan Bunga said...

@miss fliffy angelKalau buat sendiri boleh adjust labuh dia macamana. Hehe.

Cik Puan Bunga said...

@A Z R E E NJap lagi akak upload! ^___^

Cik Puan Bunga said...

@RaiHaminaHidung tersumbat kacang ke? Huhuhuhuhuhu!

Cik Puan Bunga said...

@MiAA'ah. Cikgu, cuti sekolah ni tak de apa nak buat. Kehkehkeh.

Oh tudung bawal senang aje nak buatnya. Hihihi.

Nota kaki : Terima kasih. Jemput dtg bila free lagi! Hihi!

Cik Puan Bunga said...

@ynadonaJap jap! HEHE!

dalila said...

cantik la tu... boleh buat bisness nti..:)

Cik Puan Bunga said...

@Dalila HamidOh bisnes tak terfikir. Saya ni pemalas. HAHAHAHA!

yayath said...

tempah selai!!!hihii:)

rajinnye...

Cik Puan Bunga said...

@yayathUisssh! Malu ah nak tempah2! Hahahaha! Bukan rajin, saja aje nak cuba2! HAHA!

ZAIDAHTUL AKMAL said...

Wah..bangganuer.. Leh tambah salah sorg jadi my inspiration ne...huhu

Cik Puan Bunga said...

@ZYASHEhhh hihi.. malulah takyahlah nak jadi inspirasi ke hape... Huhu!

Souqa Shope said...

As salam ,nak tanya akak beli kain syria chiffon tu berapa erk ?
agak2 dlm 1 meter = RM ?
THANKS !

Cik Puan Bunga said...

@LabelLove ScarfMasa tu Jakel tengah buat sales, beli semeter RM3 lebih gitu.

Anonymous said...

Cik Puan Bunga, upload lah gambar pakai tudung ni. dan sesuai tak pakai dengan anak tudung syria?