Hari pertama sekolah aje, kasut aku dah buat derhaka dengan aku. Tengah - tengah aku kontrol ayu jalan lenggang - lenggang lemak bergetaran dekat perut eh tiba - tiba heels kasut aku tercabut. Macam puaka. Sudahnya sepanjang hari aku jalan ke sana - sini pakai selipar comel - comel gebu warna merah yang sepasang RM10 tu. Menjeling aje Boss terserempak dengan aku dekat tangga. Aku buat - buat tak nampak dia jeling - jeling. Eheh. Mahap Boss! Kasut tercabut!
Balik kerja terus beli sandal Hush Puppies budget kalau kasut mahal tu dia tahan lama sikitlah kan. Eh tak sampai dua minggu aku pakai dia punya tapak dah terkoyak pulak dekat bahagian tepi. Kasut aku ni memang nak kena sula. Mahal - mahal pun tak guna juga. Aku pakai selipar jamban pergi sekolah baru tahu.
Sudahlah kaki aku lately ni buat perangai mengada - ngada. Nak pakai kasut yang mahal - mahal aje. Yang murah - murah taknak pakai. Gatal - gatal tapak kaki katanya. Banyak pulak duit aku nak melayankan tapak kaki. Lately asyik usha - usha Clarks lah pulak. Terbelekik aku tengok harga dia. Aku belum sampai tahap nak letak ratus - ratus dekat tapak kaki. Kalau setakat seratus dua ratus tu bolehlah kan. Scholl dengan Hush Puppies baru berapa posen aje. Tapi nak sarung RM328 dekat tapak kaki memang aku rasa macam anak Dato' pulak perangai. Belum ada kekuatan batin.
Mengidam betul Clarks yang ni. Aku rasa kalau aku pakai macam bertambah - tambah kadar keayuan aku. *Pui* Body dia sungguh mengiurkan! Kalau online dia jual around RM230++. Dekat butik Clarks dalam RM320++. Pecah tabung arnab pun belum tentu dapat pakai. Kena cari alternatif lain. Cari substitute untuk kasut macam dekat atas ni.
Walaupun tak sama sangat, tapi bolehlah buat ada - ada! HAHA!
Murah aje dekat Crocodile. HAHA. Bolehlah buat tipu - tipu diri sendiri. Nanti esok - esok ada rezeki aku belilah kasut idaman hati. Barulah melangkah dengan gagah nak pergi mendidik anak bangsa. HEHE. Ecehceh!
Ini kalau terkopak jugak, memang aku pakai selipar Jepun aje pergi sekolah!
p/s : Tak sabar nak pakai pergi sekolah! HAHA! Macam budak - budak!
Dah. Babai!
6 comments:
saya peminat scholl.
akak buat bersilat ke kasut tu sampai tak tahan lama.. kehkehkeh!
@Innanie | AriffinKehkehkeh kuajaq kau! Hahaha akak buat ligan budak jahat satu sekolah! Huhu!
CPB, puan rai disini adalah penggila clarks. kalo CPB pakai clarks pun xsampai dua minggu hancusss aku rasa kaki CPB ado gigi kut! ha ha. takdelah ekceli kita nk kongsi pengalaman manis pakai kasut clarks nih sejak dari sebelum mengandung, tengah sarat mengandung, hari nak pegi beranak pun aku pakai clarks Faun Robe tu satu je. dokter misi sumer heran camano la sarat2 pun bleh pakai wedges. jawapannya ialah clarks. aku pecahkan tabung ayam pun rela untuk beli clarks. walaopun design nye hudus sikit tp keselesaan tahap gila cipan tauuuuuuu....
@RaiHaminaItulah, memang nak sangat pakai Clarks. Eh design dia cantik lah. Yang macam kat atas ni aduhhhh mmg tergila2kanlah!
Takpe, berazam nak pki jugak Clarks! AMIN!
eh..eh...buruknye kasut ko...Clarks la bru ngancam
@Ibu Comel SeduniaCis! Kau kutuk kasut aku!
Post a Comment