Wednesday, January 4, 2012

Pada Hari Yang Sungguh Bertaqdir Itu

Assalamualaikum

Semuanya bermula dengan biasa - biasa aja. Aku ke sekolah dengan penuh bersemangat yang melimpah ruah sebab dah cuti lama dan macam teruja nak pergi sekolah. Teruja sebab nak jumpa bakal anak - anak murid yang akan aku didik untuk tahun 2012. Walaupun hari itu hati aku merasa sungguh tak sedap sekali tapi aku taknak fikirkan sangat. Aku asyik terfikir sesuatu yang buruk bakal terjadi, cuma aku tak tahu apa benda buruk tu.

Semuanya berlaku dalam sekelip mata. Aku dalam perjalanan balik rumah lepas habis pendaftaran pelajar Tingkatan 3, aku nyanyi lagu Nsync Bye Bye Bye sambil goyang - goyangkan badan, volume buka dengan super kuat, memandu dengan riang gembira sebab berkira - kira petang tu aku nak keluar dating dengan suami untuk beli kasut (Untuk ke sekolah) dan tiba - tiba aku dah tersadai dekat tiang elektrik sambil jantung berdegup dengan kepantasan yang sungguh diluar kebiasaan.

Gerak perlahan adalah seperti ini :

Ada sebuah lori kelapa sawit yang memandu dengan super lambat dekat depan aku. Fed up dengan kelembapan lori terbabit yang lagi lambat dari siput behbee, maka aku mengambil keputusan bijak (Yang kemudiannya bertukar menjadi keputusan tak berapa nak bijak) untuk memotong lori tersebut. Setelah memastikan belakang aku langsung tak ada kerata dan kereta dari arah depan langsung tak ada, aku beri signal ke kanan dan bersedia untuk memotong. Dan ketika itulah kejadian yang sungguh merobek hatiku telah berlaku.

Lori tersebut dengan selamba mak nenak dia membelok ke kanan dengan selaju yang mungkin lalu merempuh bahagian kiri kereta aku. Aku yang of courselah terkejut gila behbee terus tekan emergency brek sambil menghasilkan screeching sound ysng sangat ohsem tetapi terus dihentam sekuat - kuatnya oleh lori itu membuatkan kereta aku hilang kawalan lalu merempuh pula tiang elektrik dekat tepi jalan dan terus berhenti disitu.

Enjin masih berbunyi. Nsync masih menyanyi. Dan aku masih hidup.

Dan terjadilah rutin bertikam lidah dengan pemandu lori, sesi menghubungi keluarga dan sepupu sepapat, EON servis dan towing car dan berpuluh - puluh lagi aktiviti menghubungi dan menjawab telefon yang tak putus - putus. Suami yang kebetulan baru aje sampai tempat kerja terkejut dan tak boleh nak kata apa - apa. Nada suara dia memang berbaur risau yang tahap super. 15 minit selepas kejadian, sepupu - sepupu lelaki aku tiga orang sampai. Alhamdulillah. Bantuan kerohanian yang sangat - sangat aku perlukan sampai. Hati yang tadinya macam nak tercabut, sekarang dan beransur tenang semula.

Tiba - tiba ada callman sampai. Ajaib tak? Malas nak cerita pasal call man yang entah macam - macam merepeknya. Kesimpulan yang aku boleh buat, callman adalah manusia yang mengaut untung di atas kesusahan orang lain. Pui! Tutup cerita.

Tak lama selepas itu Maklong dengan Paklong sampai. Dari sini Paklong dah take over untuk deal dengan call man yang dari tadi tak habis - habis nak buka cerita merepek dan bukan - bukan. Dia paksa aku untuk tukar statemnet bila polis sampai nanti. Macam - macam lah dia takutkan aku. Nanti kena saman polislah apalah blablabla. Memang annoying gila - gila. Tapi aku tetap dengan keputusan aku taknak tukar cerita, and akan cerita setiap benda yang berlaku mengikut kronologi sebenar. 

Lepas itu, dari kejauhan, aku dapat melihat ketibaan sumber kekuatan hakiki aku yang sebenar. Suami sampai di tempat kejadian. Dengan gagah dan handsomenya dia menghampiri aku dan genggam tangan aku erat - erat tanpa bercakap sepatah pun. I guessed, sometimes words are not necessary to convey the message. Aku dapat tengok dari riak muka dia yang risau dan bercelaru dengan macam - macam perkara. 40 minit lepas tu polis traffik dan polis datang untuk ambil statement dan merakamkan crime scene. Eceh. Glamour sekejap.




Selesai semua urusan di tempat kejadian, Farrel di towing ke pusat servis EON dan kami terus ke balai traffik untuk rekodkan statement rasmi kejadian. Semua urusan insurans dan claim dan macam - macam lagi urusan yang aku taknak ambil tahu, suami dah uruskan semua. Kesian dia. Disebabkan aku, dia sungguh penat dan berkejar - kejaran. Risau juga lagi. '-____-

Perasaan aku? Menyesal? OH TIDAK SEBAB BUKAN SALAH AKU. Marah? Tak jugak. Sebab manusia tak pernah lari dari sifat cuai dan melakukan kesalahan. Aku terima semua ni dengan redha dan bertabah. Anggap ini sebagai kifarah Allah atas dosa - dosa yang aku dah lakukan. Aku yakin ada hikmah disebalik semua ini kalau aku dapat melalui ujian ini dengan ikhlas dan redha. Insyaallah.

"Duit boleh cari. Yang penting awak selamat!" Kata semua orang pada aku. Sungguh betul. Aku boleh cari duit, tapi kalau aku meninggal, aku tak boleh nak cari galang - ganti nyawa yang dah tiada. Insaf. '-_____-


Farrel, aku mintak maaf sangat - sangat. Kau tak pernah luka sampai teruk macam ni. Takpelah sayang, kita berpisah sekejap. Lepas ni, aku akan pastikan, kau akan handsome dan kacak bergaya semula, ya?

Redhalah hati, redha.

Dah. Babai!

26 comments:

Unknown said...

memang suami itu sumber kekuatan , ape - ape pon , syukur lah akak selamat . :)

Cik Puan Bunga said...

@cik hijau purple VS nur faieAmin! ^___^ Alhamdulillah!

Unknown said...

syukur pada ALLAH , ermm , ade trauma tak ?

Cik Puan Bunga said...

@cik hijau purple VS nur faieAda jugak sikit2. Pegang stereng terus menggigil sikit. HUHU.

INNANIE ARIFFIN said...

speechless.. but one word, Alhamdulillah. ujian seorang pendidik!

nur easy said...

menda nak berlaku, sekelip mata je kan.. daily i drive 1jam utk sampai office.. kdg2 letih, nak cepat, so potong2 jg lori2 y besar2 n banyak tu.. tp bila bc kisah ni, jd ngeri lah pulak..

Rina Rahamat said...

kenapa lori tu tetiba belok kanan? dia x bg signal ke?


mujur sgt awak x apa-apa..lori tu bukan basikal..

eita said...

syukur takde apa2 kan...
sekarang ni pemandu banyak yang memandu ikut suka dia je...
eita pun dah beberapa kali kena....
..

Liyana said...

Alhamdulillah semua selamat kak...agak dahsyat gak kereta akak saya tgk dlm pic nih. Last year saya pown penah eksiden,Mercedes seret dari mudguard bawak ke bumper depan...sampai skang trauma...:(

watyz said...

alhamdulillah sekurang2 nye awak selamat...

yayath said...

Alhamdulillah...x de ape2..

ye kan kak...setiap sesuatu itu ada hikmahnya...

RaiHamina said...

moral of the story. bwk2 ler berzikir sambil memandu tu. ho ho. dugaan di awal taon ni...

Cik Yaya said...

hadoiii cuak lak nk drive ble dgau org eksiden ni..syukur akak selamat ag..huhuh..

Unknown said...

poor Farrel. takpe akak. yg penting akak selamat. risau jugak hari tu takut-takut jadi pape dekat akak. stay strong sis!

Cik Puan Bunga said...

@Innanie | AriffinAmin! Diterima dengan redha! ^____^

Cik Puan Bunga said...

@nur easyAmbik pengajaran. Kadang2 kita dah cautious habis tapi pemandu lain yg reckless. Haih!

Cik Puan Bunga said...

@Rina AVAIL a.k.a Cik BettyAlhamdulillah saya tak apa - apa. Selamat. Syukur!

Cik Puan Bunga said...

@eitaKecuaian org lain, kita yg kena.

Cik Puan Bunga said...

@LiyanaroxxAwak selamat, dah bersyukur sgt kan? Tapi memang trauma. Gigil2 akak bawa kereta. HUHU!

Cik Puan Bunga said...

@watyzAmin! ^___^

Cik Puan Bunga said...

@yayathInsyaallah. ^____^

Cik Puan Bunga said...

@RaiHaminaHahahah kan? Agaknyalah. Padan muka. Nyanyi2 kan dah kena.

Cik Puan Bunga said...

@.cik yaya.AMIN yaya! ^____^

Cik Puan Bunga said...

@Bella BellitosSob sob sedih kereta yg banyak berjasa tu. Alhamdulillah akak kuat untuk dugaan ni! ^___^ Thanks dear!

Dira said...

syukur alhamdulillah, akak x pape!

Cik Puan Bunga said...

@Siti NadirahAlhamdulillah! ^____^