Tuesday, February 28, 2012

Mengalah Bukan Bererti Kalah

Assalamualaikum. Mengaku salah dan dengan sebenar - benar hati menerima kesalahan kita adalah satu perkara yang super susah untuk kita buat. Selalunya, kita akan cakap "Sorry..." tapi hakikat sebenarnya  [roll eyes] secara berjemaah. Itulah. Nama aje pun manusia. Selalu perasan diri sendiri bagus, betul dan hebat tiada taranya.

Aku faham sangat perasaan tu. Sebab aku dulu macam itu jugak. Aku selalu perasan diri sendiri betul. Orang lain salah memanjang. Lepas tu aku suka emosi berlebih - lebihan. Padahal hal ciput aje pun kan. Alah macam no big deal sangat sebenarnya. Tapi saja nak bagi nampak macam besar, itu yang saja tambah propa tu. HAHA. Aku faham perasaan tu sebenarnya.

Aku sedar kalau aku terus buat perangai macam tu, aku takkan kemana - mana. Mungkin aku akan menjadi seorang wanita tua yang perengus, suka marah - marah. Hidup tak bahagia. Selagi aku tak berubah, selagi itulah aku akan tetap menjadi manusia yang tak ada gunanya dekat muka bumi ni. Menyusahkan orang lain lagi adalah.

Jadi, bila aku melihat orang lain buat perangai macam apa yang aku pernah buat dulu, aku rasa kasihan sangat - sangat. Sebagai seorang manusia yang cintakan kedamaian ibarat Ultraman Gaia yang sentiasa menjaga keamanan penduduk Jepun, begitulah aku. Aku taknak manusia tu terus hanyut dalam hidup yang sia - sia. Aku nak dia berubah dan menjadi seorang yang cintakan masa depan. Maaflah. Aku kalau bercakap memang side - side nak perasan good - good jewwww. Itu aku tahu. Yep. Memang aku poyo perasan bagus. Tapi tahukah anda, dek kerana peasaan poyo dan perasan bagus inilah aku rasa hidup aku berjuta kali ganda lebih bermakna daripada yang dulu.

Rileks. Jangan terus mengkeji aku. Kenapa aku cakap macam tu? Sebab, dengan perasan bagus yang memanjang, aku betul - betul nak jadi yang bagus. Bila aku buat sesuatu yang terasa salah dan tak bertanggungjawab, penyesalannya terus rasa sampai ke tulang sum sum. Kalau dulu aku suka bertangguh kerja dan mengelak tanggungjawab, sekarang Alhamdulillah aku dah mula sedar betapa pentingnya keberkatan duit gaji kita yang nantinya aku nak beri emak bapak anak - anak aku makan. Kalau aku tak bertanggungjawab dalam kerja aku, duit gaji aku jadinya tak barokah. Kan gitu?

Aku cuba ubah sikit - sikit. Komen - komen negatif orang, aku ambil dan telan. Digestkan perlahan - lahan. Mungkin ada betulnya apa yang orang cakap kan? Jadi, kita ubah apa yang orang cakap tu dan jadikan diri kita menjadi seorang yang lebih worth it. Tak salahkan?

Menyentuh kerja sebagai seorang pendidik, tak patutlah kalau kita burukkan seorang cikgu itu di hadapan anak - anak murid. Sebab, kalau engkau buat macam tu, apa nilainya kita dan cikgu yang kita kutuk tadi tu dari segi rangking moralitinya? Kita sama - sama teruk dengan cikgu yang kita kutuk tadi tu. Bukankah begitu? Kita sebagai seorang Islam, sebagai seorang pendidik, sifat - sifat mulia dah sinonim dengan gaya hidup kita, kan? Tengok. Aku dah buat perangai poyo lagi.

Aku tahu engkau cantik, engkau kurus, engkau sangat hot stuff. Tapi apa hak engkau nak memperkotak - katikkan fizikal orang lain? Sampaikan kau sanggup sentuh isu - isu sensitif fizikal orang lain? Kau tak berhak nak berbangga dengan apa yang Allah kurniakan pada engkau. Nanti bila - bila masa, Allah boleh tarik balik. Malunya kita pada saat dan ketika itu. Kan?

Aku tahu aku tak layak nak nasihatkan engkau. Aku pun bukanlah sempurna sangat. Aku pun jalan senget. Macam ketam nak mengajar anak jalan. Ketam masak lemak cili api sedap. EH terlari topik pulak. Minta maaf.

Dan, bila engkau sudah menyatakan maaf kepada seseorang itu, janganlah ia sekadar mengucap maaf sebab engkau nak melepaskan diri. Mintalah maaf dengan sepenuh hati. Martabat kita akan menjadi lebih mulia lagi. Jangan depan mintak maaf, belakang engkau kutuk lagi.

Maaflah kalau kau rasa aku sungguh budget bagus dengan ayat - ayat stock - stock ustazah macam ni. Ketahuilah, kebolehan aku mencarutkan engkau dengan kata - kata yang sangat puaka sesungguhnya kebolehan aku sejak lahir lagi. But what good will it make, kan?

Kata perempuan ayu yang hot stuff. Mestilah dengan penuh hikmahnya. Kan?

Dah. Babai!

Saturday, February 25, 2012

Sembelit Sembelit Go Away Come Again Another Day!

Assalamualaikum kawan - kawan. ^-^ Semenjak beberapa hari kebelakangan ni, nature call aku dah tak sekerap dulu. Taktaulah kenapa. Nak kata aku banyak makan cokelat, tak pulak sebab sejak aku diet sugar ni aku dah kurang makan / minum benda - benda manis. Mungkin aku kurang makan sayur. Walaupun aku banyak minum air masak, tapi still entah kenapa 'dia' masih buat perangai.

Sampailah suami belikan 2 botol yogurt drinks, then only 'dia' beroperasi macam biasa. Rindu betul aku dekat tahi comel - comel punya bunyi pluppp pluppp! Wehei main tahi pulak budak ini! Tapi terpaksa pulak berebut dengan Adam sebab Adam suka betul dengan yogurt drink. Sambil minum dia asyik kata "Dappp dappppp!" Emaknya terpaksalah mengalah. Itu belum lagi campur dengan kejadian yogurt drink menyusut secara tiba - tiba. Sabar ajelah suami aku. Dia yang belikan, dia jugak yang mengabiskan. HAHA.

Tadi masa belanja barang - barang dapur, terus ambik stok seminggu yogurt Dutch Lady perisa strawberry. Ini first time beli yang Dutch Lady, sebelum ni beli Nestle. Tapi dekat Econsave tak ada perisa strawberry untuk yogurt Nestle, tu yang nak try Dutch Lady pulak. Mintak - mintaklah engkau sedap!

Susun cantik - cantik dalam freezer.
InsyaAllah bulan 3 ni nak start diet Atkins. Tak tahulah berjaya ataupun tidak. HAHAHA. Harapan meggunung setinggi langit!

Dah. Babai!

Tudung Ariani. Okey Tak Beli Pun Tak Apa

Sebenarnya bukan apa. Aku saja nak rasa apakah perasaan ohsemnya kalau pakai tudung yang agak pricey sikit berbanding tudung – tudung biasa. Apakah kalau memakai tudung yang mahal maka aku akan lebih kelihatan cool kentang dan bergaya? Will it helps me sheds some unwanted kilos? Mungkinkah aku akan kelihatan lebih menyerlah dan lebih ayu daripada biasa? Soalan – soalan inilah yang ingin aku jawab (Eceh!) maka sebab itulah bila Ariani buat sales hari ini, aku antara manusia pertama yang teruja melampau – lampau. Rasa sangat excited nak mencuba sehelai dua. Ke tiga empat helai ke. Eh.

Last – last beli sampai 5 helai.



Ini untuk emak.
Ternyata, aku langsung tak berubah menjadi lebih ohsem atau apa. Feelingnya biasa – biasa aje. Cantik memang cantik. Tapi aku rasa harga untuk sehelai tudung Ariani tu, aku boleh dapatkan tudung lain yang lebuh cantik. Sehelai tudung Ariani boleh dapat at least 4 helai tudung lain yang lebih cantik. Menyesal? Kind of. Mungkin ini balasan Allah sebab aku tak endahkan cakap suami. Suami kata tak payah beli. Beli aje dekat kedai borong yang aku selalu beli dekat Skudai. Tapi dasar degil. Nak jugak pakai yang mahal. Hambik.

Sehelai aku hadiahkan untuk emak. Yang lagi 4 helai, simpan pakai buat pergi sekolah. And inilah kali pertama dan terakhir aku beli tudung Ariani. HAHAHAH.

Dah. Babai

Tuesday, February 21, 2012

Yoda's Masterpiece

Assalamualaikum. Nama saya Yoda. Sayalah yang bertanggungjawab melatih  Luke Skywalker untuk melawan kejahatan. (Garaukan suara untuk menambah effect keYODAan) Saya juga Grand Master of the Jedi council. Okaylah. Sudah sudahlah berangan jadi Yoda. Nampak macam nak lempang laju - laju aje. HAHA.

Setelah 3 hari berhempas pulas mendalami ilmu melipat kain satin menjadi bunga ros yang kembang mekar lagi ohsem, akhirnya usaha yang pada mulanya tak ubah seperti kerja yang maha sia - sia akhirnya telah membuahkan hasil. Walaupun tak seohsem orang lain buat, dan walaupun bentuk bunga tu tak berapa nak gebu tapi okaylah jugak. Bila pandang lama - lama datang jugaklah comelnya. HAHA.

Buat bunga ni tak susah. Okay aku tipu. Buat bunga ni sangat susah. Kain satin tu licin! Naik menyampah aku. Nasib baik aku tak bakar rumah. Stress! Kalau buat pakai kain cotton atau ribbon lagi senang nak bentukkan dia. Last - last aku iron dulu kain satin tu untuk bagi dia terbentuk dan duduk diam tak jalan - jalan sana sini. Alhamdulillah. Beliau mendengar kata.

Dan inilah hasilnya. 4 kuntum bunga ros yang boleh tahan ohsemnya. HEHE.



Abaikan tangan gebu tu.
Kepada yang merequest tutorial dekat FB sila bersabar ye sebab dua tiga hari ni hujan lebat aje. Internet pun dah macam hape dah. Aku nak upload gambar pun susah. Kalau nak tengok yang Mat Salleh punya ada berlambak dekat youtube. Tapi kalau nak tunggu tutorial yang khas aku buat, maka bersabarlah ye. Ada masa terluang nanti cepat - cepat aku buat. ^-^

Okay dah, Itu aje. Babai!

Ini Yoda. Comel kan?

Sunday, February 19, 2012

Hari Ahad Saya (Sebagai Seorang Isteri , Emak dan Anak Yang Boleh Tahan Pemalasnya)

Ini lebih kepada diari harian seorang isteri, emak dan anak sekaligus. Kira pakej lengkaplah. Tak menarik untuk dibaca. Kalau taknak bosan, sila layari lawan web porno sekarang. HAHA.

Assalamualaikum. Hari ini aku demam. Complete pakej dengan batuk, selesema and kepala yang super pening. Badan sekejap - sekejap rasa seram sejuk. Bangun pagi terus mandikan Adam dulu. Nasib baik Adam bangun lambat hari ni, aku pulak cuti solat, jadi dapatlah berehat - rehat dengan happynya. Pukul 9 baru bangun dengan sepenuh kesedaran, mandikan Adam and biarkan dia main lari - lari sambil TV terpasang. Lepas buat susu dia, aku terus capai penyapu and memulakan operasi pembersihan. Dimulakan dengan kitchen, tempat chef hebat memasak makanan untuk keluarga tercinta. Emak akulah. Bukan aku. Aku tukang makan aje. HAHA.

Lepas kitchen dah siap sapu and mop, terus bersihkan hall tengah and beranda. Last sekali baru hall depan tempat tengok TV and hall utama tempat tetamu duduk. Lepas sapu, mop sikit - sikit. Aku mop rumah seminggu sekali aje. Kitchen memang kena mop selalu sikit sebab situ tempat nak memasak and tempat makan, jadi kenalah bersih sikit. Gigih betul aku ni.

Lepas dah sapu satu rumah, kemas tempat tidur aku, bilik mainan Adam and bilik - bilik yang memerlukan pengemasan. Untuk bilik tidur sendiri selalunya aku memang cabut cadar, sarung bantal, comforter semua. Basuh and gantikan dengan yang baru. Sembur wangi - wangian, and anginkan bilik biar bau tak kepam. Barulah suami selesa nak berehat - rehat. ^-^ Bilik tidur penting untuk sentiasa dalam keadaan kemas dan wangi. Rumahtangga pasti harmoni. Eceh! HAHA.

Lepas kemas, barulah boleh buat laundry. Biasanya satu jam dah boleh siap buat laundry and jemur sekali. Bukakan Adam TV, pasang kartunlah hape ke kan, lepas tu bolehlah aku memulakan tugas - tugas mengiron baju untuk stock seminggu. Dimulakan dengan baju kerja dan seluar kerja suami then lepas tu barulah aku gosok - gosok baju aku. Yang paling tension of courselah nak iron baju batik. Memang selalu mendatangkan ketegangan dan kestressan!

Bila dah siap buat semua - semua tu, barulah aku masak. Macam hari ni, aku masak nasi lemak sambal tumis udang + kerang aje untuk lunch. Suami kata tak payah masak yang berat - berat sangat sebab petang ni cadangnya nak keluar jalan - jalan dengan emak. Syok! Demam - demam pun nak jalan jugak! HAHA!

Lepas masak, barulah boleh tidurkan Adam, Selalunya kalau start tidurkan Adam pukul 11, insyaALLAH bertahan jugaklah sampai pukul 2 - 3 petang. Sambil Adam tidur ni, bolehlah aku kemas apa - apa yang perlu dikemas. Lipat baju ke, kemas wardrobe ke. Macam hari ni, aku kemas koleksi tudung yang dah melempai - lempai macam ada butik mini pulak dalam rumah aku. HUHU!

Banyak tudung. Bukan pakai pun semua tu. Nafsu masa membeli macam kena rasuk sehtan.
Asing - asingkan mana yang dah taknak pakai lagi. Awning brocade banyak yang dah taknak pakai lagi. Cadangnya nak sedekah dekat sedara - mara. Eh mana yang berkenan, mehlah datang rumah aku. Hand pick yourself! ^-^
Dah siap lipat. Yang bergulung - gulung tu stock Syria yang pelagai warna.
Tadaaaaa! Dah decluttered. Tinggalkan mana yang perlu untuk dipakai ke sekolah aje. Sebab sekarang ni tengah kemaruk nak pakai bawal square plain aje! ^-^

Lepas siap semua ni, barulah aku pergi mandi and siapkan makanan untuk suami. Suami tengah sedap tidur lepas balik kerja. Biarlah dia berehat dulu. Sambil - sambil tunggu dia bangun, bolehlah aku layan Melodi ke Astro First ke, FB ke blog ke. HEHE ^-^ Oh baju untuk dipakai pada hari ini of courselah yang ada kena - mengena dengan isteri mithali. HAHAHAHA!

Tadaaaaaaaaaaaaaaa! HAHA!
Tamatlah diari hari Ahad aku untuk separuh masa pertama. Diara petang ni sampai ke malam rasanya penuh dengan aktiviti jalan - jalan dengan Adam and family. And malam pulak untuk preparation ke sekolah esok.

^-^

Bye Bye Jerawat!

Assalamualaikum. Update blog pagi - pagi buta terus berasa sungguh ohsem sekali. Gigihnya aku update blog. Padahal kalau aku tidur kan lagi best. Aku jet lag. Tak boleh nak tidur. Jet lag lah sangat. KAHKAH. Okaylah okaylah malas nak merapu panjang - panjang. Aku nak share something dengan engkau orang wahai readers blog yang disayangi. Ingat tak beberapa hari yang lepas aku ada share petua nak kecutkan jerawat menggunakan petua masyarakat India? Kalau tak ingat ketuk kepala masing - masing. Malas betul aku nak layanlah engkau orang nih!

Masa tu jerawat aku nak membabi - buta betul. Tabah ajelah kan pergi sekolah pipi kiri kanan ada jerawat besar rumah. Lagi ohsem dekat bawah dagu sajak aje jerawat bersenggayut. Tertekan aku. Tercalar kredibiliti sebagai seoarang guru yang perasan cun dekat sekolah. (Jujur tengok. Aku memang perasan cun manjang.) Aku buat petua yang Mel ajar dan macam magik Harry Potter, ia memang berkesan! Tapi kan aku macam tak larat pulak hari - hari nak tepek kunyit dekat muka. Habis cadar, sarung bantal, comforter semua ada stain warna kunyit tu. HAHA. Jerawat memang kecut tapi tak larat pulak nak basuh sarung bantal tiap kali pun kan.

Suami bawa aku pergi farmasi. Akak yang jaga farmasi tu cadangkan aku try satu cara nak bagi jerawat segan nak berumah tangga dekat muka. Caranya senang aje. Mix and use. Mula - mula akak tu belek - belek muka aku dan akhirnya beliau menyimpulkan bahawa kulit muka aku adalah kombinasi. Maknanya dekat zon T tu oily and dekat dua belah pipi ni adalah zon kering. Okay sesiapa yang ada kulit kombinasi macam aku, kena take note few things ni :
  • Jangan gunakan pencuci muka yang bersifat susu / creamy sebab bila kita gunakan dalam jangkamasa yang lama nanti kulit muka kita tumbuh jerawat banyak - banyak sebab susu / creamy tu sifat dia melembapkan. Kulit muka kombinasi kalau pakai pencuci yang melembap confirm jerawat tumbuh macam dibaja - baja. Melampau.
  • Boleh gunakan toner tapi jangan terlalu banyak. 2 -3 titis sudah memadai. Instead of sapukan toner terus dekat muka, apa kita kita dab kan aje dengan lembut dan penuh bersahsiah. Dekat area pores yang lubang dia dah macam lubang golf 36 lubang tu, kita dabkan lebih - lebih sikit. Penggunaan toner yang dilakukan secara istiqamah sebenarnya boleh mngecilkan liang - liang lahad roma.
  • Gunakan make up yang berasaskan air. Lepas make up cuci bersih - bersih menggunakan make up removal yang juga berasakan air. Nak lagi bagus, bersihkan muka dengan baby wipes yang lembut dan sanitize tuh.

Kemudian, akak tu bekalkan aku dengan sepapan pil Tidact (Boleh google sendiri kegunaan pil Tidact nih. Aku malas nak cerita dekat sini. HAHA) yang ada sepuluh biji semuanya. Akak tu pesan dekat aku cari toner Eskinol tak kisahlah perisa apapun, lepas itu campurkan 4 biji pil Tidact tu tadi dalam toner tersebut, goncang dan kemudian sapukan ke muka sebanyak 3x sehari. Sebenarnya pil Tidact tu antibiotik untuk membunuh kuman punca jerawat. Kalau kita gunakan secara istiqamah, insyaALLAH hasilnya tidak mengecewakan. Alhamdulillah. Aku dah pakai hampir 2 minggu dan hasilnya memang mengkagumkan. Jerawat mula mati sikit demi sikit dan kemudian terus pupus. Cuma kalau time period tu memang tawakal ajelah. Mesti dia tumbuh seketul dua. Tabah tabah.

Aku pilih Eskinol perisa Orange. Siap ada orange burst. Comel!
 Pil Tidact.
Mana nak dapat Eskinol ni? Okay engkau orang cari aje dekat farmasi - farmasi berdekatan. Kalau tak ada, cari dekat toko - toko jamu. InsyaALLAH ada. Tak mahal. Sebotol dalam RM12 atau lebih murah dari tu. Aku guna selama hampir 2 minggu dan hasilnya memang buat aku teruja tak hingat!

 Okaylah mintak maaflah sebab aku tepek muka dengan posing mintak penampar macam ini. Baiklah lempanglah aku secara berjemaah.
Tidact akan lebih berkesan dengan ohsemnya jika kita amalkan sekali dengan minum banyak air masak dan kurangkan makanan berminyak. InsyaALLAH. Aku sangat berpuas hati. Lepas ni nak try makan tomato banyak - banyak macam Liyana cakap. Manalah tau kan kulit muka bertambah mulus. Eceh!

Cubalah. Mana tau serasi dengan muka engkau orang kan? Insyaallah.

Dah. Babai!

Friday, February 17, 2012

Paisley Fever

Assalamualaikum. Hye semua orang. Ini quick update saja. Saja nak kongsi kegilaan baru aku pada ketika ini. Paisley! Aku rasa paisley sangat ohsem! Oh leopard printed tetap di dalam hati. Cuma curang sekejap dengan Paisley. Corak yang senantiasa mengingatkan aku kepada amoeba. Walaupun aku tak pandai sangat subjek sains masa sekolah dulu, tapi aku tahulah jugak nama bendalah tu. HAHA.

Tapi masa dating, sempat jugak beli 3 pasang kain yang ada corak ala - ala Paisley. Cadangnya nak matchingkan dengan plain Georgette. Tengok - tengok berkenan dengan warna hijau lumut, turquoise dengan pink belacan. Apa lagi, sambar! HUHU!



Ohsem kan?

Dah. Babai!

Thursday, February 16, 2012

Setahun 7 Bulan : Diari Adam Irfan Xaharis

Assalamualaikum semua! Nama saya Boboiboy! Okaylah bukan. Nama saya Adam. Hari ini genap usia saya setahun 7 bulan. Saya sungguh merasa ohsem kerana bukan sahaja saya bertambah kacak, sekarang saya juga sudah boleh bercakap walaupun kebanyakannya adalah cakap - cakap merapu saja. Saya suka mengajuk Mama cakap. Kadang - kadang saya menghasilkan bunyi - bunyian yang bukan - bukan sampai Mama fed - up. Sungguh happy membuat Mama fed - up sebab nanti Mama akan biarkan saya buat apa juga yang saya suka seperti menconteng cadar baru Mama menggunakan pen Mama tanda buku, sepah - sepahkan buku Disney's dan makan sweets dengan banyak - banyaknya! Yayyy!

Sekarang saya sangat susah hendak makan. Saya berdiet sebenarnya. Saya tak mahu makan nasi tetapi saya lebih prefer kalau Mama beri saya makan cokelat, ice cream dan jajan kegemaran. Tapi sekarang Mama dah tak mahu beri saya makan jajan lagi. Mama kata nanti saya jadi tak bijak. Tak boleh baca ABC.

Saya juga sudah pandai naik basikal. Hobi saya naik basikal keliling rumah. Kadang - kadang saya sengaja langgar Mama dan nenek dan Cuecuq dan semua orang dengan basikal ajaib saya. HAHAHAHAHA (Ketawa jahat!)



Saya sangat suka kalau Papa beri saya main tab Papa. Game kegemaran saya adalah Angry Bird. Kalau saya sudah bosan, saya suka tekan - tekan tab Papa sampai dia hang. Tapi Papa takkan marah sebab Papa sayang saya sangat - sangat. Kalau saya buat benda - benda nakal pun Papa tak akan marah saya. Papa bawak saya jalan - jalan keliling kampung naik motor. Best! Jalan - jalan naik motor adalah hobi saya setiap petang. Itupun kalau hari tidak hujan. Kalau hujan, saya duduk diam - diam dalam bilik sambil minum susu. Sedap!

Selain bermain dan tidak mahu makan, hobi saya adalah merajuk. Kalau merajuk saya suka hentak - hentak kaki sambil jerit kuat - kuat. Biasanya saya akan merajuk kalau Mama tak beri saya makan sweets. Ataupun kalau Mama tak beri saya main air dalam bilik mandi. Atau kalau Mama tak beri saya panjat - panjat sofa. Atau panjat grill. Atau panjat meja. Atau Mama tak beri saya main pintu peti sejuk. Mama selalu tak beri saya buat perkara - perkara yang merbahaya. Mama kata "Danger". Tapi bagi saya, danger is fun! Kalau Mama marah - marah saya, saya selalu sorok belakang langsir. Biar Mama tak boleh cari saya. Nanti Mama pura - pura freak out bila tahu saya hilang! HEHE



Alhamdulillah sekarang saya sudah jarang - jarang sakit dan tak lagi batuk - batuk macam waktu kecil dulu. Berat saya juga bertambah dengan bagus sekali. Terakhir ditimbang sebulan yang lepas berat saya adalah 11.7kg. Mama dan Papa juga nenek menjaga saya dengan penuh kasih - sayang. Semua orang sayakankan saya. Kalau Mama cubit - cubit saya, saya sentiasa boleh mengadu dengan Papa atau nenek atau atuk atau sesiapapun sebab saya comel. Jadi semua orang sayang saya. HEHE.

Bila besar nanti, saya nak jadi manusia yang berguna pada bangsa, agama dan negara. Saya nak belajar rajin - rajin dan membanggakan Mama dan Papa juga nenek. Insyaallah. Auntie - auntie uncle - uncle doakan saya ya! Saya sangat tak sabar nak jadi besar dan tampan dan kacak bergaya.

HEHE. Jumpa lagi semua!

Babai!

Tuesday, February 14, 2012

Tahap Kita Jauh Lebih Tinggi : Ini Satu Pengisian Motivasi

Wahai kawan - kawan,

Satu perkara yang membezakan kita dari kehinaan adalah cara kita berfikir. Yep. It's true. How we react towards something. Aku tak kata setiap masa aku akan bertindak mengikut akal fikiran yang terpaling rasional, tapi percayalah. Once kita bertindak mengikut apa yang kita fikirkan dengan keadaan yang paling munasabah dan bukannya berdasarkan nafsu semata - mata, be itlah nafsu marah ke nafsu suka ke nafsu liar ke (Eh!) kita pada ketika itu berada di dalam keadaan yang paling bermaruah sekali.

Tarik nafas. Lepas perlahan - lahan.

Nak tahu? Orang tak perlu sebab yang kukuh dan relevan untuk membenci kita. Kadang - kadang tak ada reason langsung. Tiba - tiba benci. Macam engkau yang tiba - tiba benci Fasha Sandha sedangkan Fasha Sandha langsung tak kenal engkau. Ha begitulah.

Aku anggap orang yang benci aku sekarang ini, pada ketika ini, adalah kerana mereka salah faham. Aku tak boleh salahkan dia orang. Dia orang tak faham dan tak kenal sebenarnya aku siapa. Misunderstanding yang sengaja diada - adakan. Or else, sengaja direka - reka. Sekarang ini bukannya susah. Engkau marah atau benci, luah saja di FB. Message will be delivered. Lepas itu sesi sentap beramai - ramai. Siapa makan cili definitely akan rasa pedasnya. Walaupun sebenarnya apa yang engkau luah tu tak ada kaitan dengan yang membaca. Untuk certain manusia saja. Tapi nak buat macamana kalau dia pun masuk dalam kategori yang kau bahan tadi tu. Redha ajelah.

Jadi, disinilah kekuatan mental dan pendidikan bertamadun yang engkau terima sekian lama memainkan peranannya. Believe me, tak guna engkau bertekak dengan manusia yang tahap pemikiran kognitifnya jauh lebih rendah dari engkau. Sebab mereka akan asyik ingin menang. Dan menang. Dan menang. Semakin engkau layan, semakin nampak nanti tahap pemikiran mereka. Jadi cara yang terpaling baik dan rasional sedunia : Biarkan aja. Sampai dia orang penat, sampai dia orang berhenti sendiri. Hey kawan, kitakan berpendidikan. Dunia dan akhirat. Jadi janganlah rendahkan tahap kita dengan melayan manusia - manusia macam itu. Lagi pula kitakan solat 5 waktu sehari. Janganlah mudah tunduk pujuk rayu syaitan. Barulah boleh jadi manusia hebat. ^-^

Okay, okay. Begini. Instead of melayankan perangai mereka yang bukan - bukan, apa kata kita ingatkan perkara - perkara yang membahagiakan. Saat - saat yang indah lagi mempesonakan. Jangan simpan sakit hati lama - lama dalam hati. Nanti kita yang sakit dan muka cepat berkedut. Sentiasa tanamkan dalam hati, kita lebih baik daripada mereka. Biarlah orang nak benci kita, atau nak mengutuk kita. Kita tak akan rugi apa - apa. Again, it's how you think and you react.

Jangan sesekali bertindak di luar batasan kita. Jangan samakan level kehinaan kita ditahap yang terendah sekali. ^-^

Chill. Head up.


Dah.
Babai!

Monday, February 13, 2012

Pencinta Bulat - Bulat Punya Tempat Makan

Assalamualaikum. ^-^ How are you earthlings! Hari ini dalam segmen "Jalan - Jalan Cari Makan Free Aje Kau Ni Kerjanya!" (Kehkeh nama segmen entahapehape!) aku nak introduce satu tempat makan dekat area Pura Kencana, Seri Gading yang boleh tahan awesomenya. Sebelum engkau orang menggelupur fikir Seri Gading tu dekat mana, Seri Gading tu dekat Batu Pahat, Johor ye kawan - kawan. ^-^

Mungkin ada antara readers yang dah tahu kewujudan kedai makan yang nama dia unik ni, untuk yang belum tahu meh meh aku nak story sikit neh. ^-^ Okay nama kedai ni memang sangat bertepatan dengan jiwa aku yang cintakan bulat - bulat. Nama kedai dia 'Polkadot'. Comel kan? Rasa macam nak penampar orang comelnya. HAHA.

Polkadot Buffet, Steamboat and Grill ni konsep dia buffet steamboat and grill. Self - service. Jadi jangan pulak datang - datang demand staff dia masakkan untuk engkau orang pulak ye. Jangan pulak piat telinga dia orang kalau dia orang taknak tolong servekan untuk engkau. HAHA. Everything kena buat sendiri. Daripada ambil pinggan mangkuk sampailah ke tuang air minum, semuanya engkau kena buat sendiri. Kira kata kalau datang kedai ni bolehlah feeling - feeling buat macam makan dekat rumah sendiri. Cuma jangan bawak tilam bantal sudah. HAHAHA takkelako!


Awal - awal dah letak gambar annoying. Nak buat macamana. Blog dia. (Tak faham kenapa ekspresi muka aku sungguh seram disini!) HAHA!

Untuk memastikan Adam behave awal - awal lagi dah rasuah dia dengan tit bits. HAHA.
Di Polkadot ada lebih 100 jenis raw materials yang engkau orang boleh grill atau makan dengan sup. Sup pulak sama ada engkau nak pilih sup ayam ataupun Tom Yam. Ikut seleralah. Kalau nak makan dua - dua pun boleh. Tapi make sure jangan membazir. Sebab untuk setiap 100gram yang dibazirkan bayaran RM5 akan dikenakan. Haaa bagus kan? Jadi takadalah orang yang membazir sebab every cent counts. ^-^ Bayaran adalah RM18 seorang dan untuk kanak - kanak and senior citizens hanya RM8 sahaja. And you can eat as much as YOU CAN! ^-^

Ada juga nasi, mee goreng, mee hoon, roti john yang disediakan sementara nak tunggu makanan yang lain masak. Jadi boleh alas perut dulu.

Ini section makanan ringan dengan jeruk
Frozen foods. Macam - macam. Pilih aje mana yang rasa - rasa nak di cekik.

Aku datang - datang aje dah melantak ice cream sampai 3 scoops. Ada more than 8 flavors of ice cream to devour. Nyumnyum!
Nata de coco and toppings untuk ice cream.
Hari tu aku pergi satu family. Pakat - pakat pakai baju merah semua. Dari rumah memang kosongkan perut dengan harapan boleh masukkan seberapa banyak makanan yang boleh untuk memastikan RM18 seorang itu tidak sia - sia. HAHA buruk betul perangai!

Sayang saya yang hebat memasak. Jadi malam itu dialah yang memasak dengan penuh kasih sayang. HEHE!
Oh si handsome ini diam aje makan ice cream coklat. Berselera betul!
My jewels.
Emak dengan menantu kesayangan yang kacak. KEHKEH.
Rata - rata malam tu semua makan dengan happynya. Biasalah perut kalau kenyang semua orang pun gembira. Aku aje makan ice cream entah berapa scoops entah agaknya. HAHA. Makanan lain tak banyak sangat makan. Pantang betul aku nampak ice cream, mesti makan banyak - banyak sampai sakit perut! HAHA padan muka aku.

Emak dengan Auntie.
InsyaALLAH nanti ada rezeki kami bawak emak datang sini lagi ye. Terima kasih suami belanja makan malam tu. Semoga murah rezeki abang lepas ini ye. ^-^ Oh makanan dia not badlah. Taklah SEDAPPPPPP sehingga termimpi - mimpi tapi alhamdulillah kenyanglah perut kami. Aku recommend kedai ni bukan sebab dia sedap ke apa, kalau kata skala kesedapan tu maybe aku bagi 5 out of 10 lah tapi selection of foods dia memang awesome. Udang dia besar - besar, ikan keli dia pun sedap! Puas hatilah. ^-^

Sesiapa yang berminat nak try, boleh pergi usha dulu dekat fan page Polkadot. InsyaALLAH untuk perut yang tak banyak cekadak, Polkadot tidaklah mengecewakan. ^-^

Okay Polkadot, sila belanja aku dinner free sebab dah buat iklan dekat blog. HAHAHA.

Dah. Babai.

Sunday, February 12, 2012

Orang Kaya Kena Ada Peti Besi

Assalamualaikum. Hari Ahad aku biasa - biasa aje. Tak ada apa - apa yang menarik mahupun mistik terjadi. Hari - hari aku bangun dengan harapan, bila aku buka pintu bilik tidur, Betto Khusyairy ada tersenyum depan pintu bilik. Ah harapan. Mana ada. Jangan kata Betto, AR Badul pun tak sudi nak menepek depan pintu bilik aku. (Okay memang langsung takde kaitan Betto dengan AR Badul dengan blog aku. Baiklah!)

Okay nak cakap yang DSLR kesayangan aku sudah bercendawan. Sejak aku beli tahun 2009 tak pernah langsung aku servis. Dan tadaaaaaaa inilah hasilnya. Spora - spora tumbuh dengan meriahnya dalam lens. Kalau aku biarkan sekejap lagi, mungkin akan datang aku petik cendawan dari dalam lens. Masak sup.

Jadi petang tadi (Selepas pujuk suami berkali - kali - kali plus buat cerita sedih yang aku having a cramp sebab PMS, aku mungkin accident kalau drive sendiri blablabla) pergi Batu Pahat dengan suami nak pergi servis lens. Instead, Ah Boy cakap lens aku belum tahap kena servis. Boleh dibaik pulih dengan Sun Dry cabinet yang boleh tahan ohsem harganya. Okay Ah Boy siapa? Dia shop assistant yang comel dekat kedai kamera C & Y Batu Pahat. Very helpful. 

Kalau aku tak beli Sun Dry cabinet sekarang, mungkin cendawan itu akan tumbuh dan tumbuh dan tumbuh lagi sebab macam biasalah, kulat punya perangai memang begitu. Jadi nak taknak, kenalah juga beli Sun Dry cabinet. Cari harga yang paling paling paling aku mampu milik. Sayangkan DSLR punya pasal, terpaksa tebalkan muka buat loan dengan suami. Nak beli guna duit sendiri poket dan nipis. Sobsobsobsob. Nanti gaji saya bayar balik ye sayang ye! ^-^




Wahai DSLR yang disayangi, duduklah diam - diam dalam rumah baru engkau ini. Jangan nak degil dan menyusahkan aku ya selepas ini? Supaya engkau tidak ditumbuhi kulat lagi. Aku sayang kau! ^-^ (Ikhlas betul seorang wanita yang sudah dimamah usia berdialog dengan kamera kesayangan) Dah macam peti besi pulak aku tengok. Barulah perasan macam orang - orang kaya sikit ada peti besi dekat rumah. HAHA.

Kemudian, untuk mengubat hati yang runsing mengenangkan gaji bulan depan yang sah - sah akan lebur 1/10 sebab kena bayar balik dengan suami, sekaligus sebagai tanda terima kasih kepada suami sebab dah hantarkan aku ke Batu Pahat, aku belanja suami Tutti Frutti. Tapi sebab TF crowded gila - gila, maka kami take away sajalah dan makan dalam kereta. Boleh tahan romantik juga makan berdua - dua dalam kereta. Adam lepak dekat seat belakang sambil main ball baru.


Ini dua muka yang sangat membahagiakan saya.
Lepas habis makan terus balik rumah. Esok nak sekolah. Nak iron baju, nak lipat laundry, nak berblog lagi. HEHE.

Engkau orang kalau ada DSLR memang recommend lah beli Sun Dry cabinet ni sebab DSLR ni tak sama macam digital kamera biasa. Fungus suka dan mudah membiak kalau kita tak jaga elok - elok. Nanti rugi beli mahal - mahal tapi rosak. Pesanan khidmat masyarakat ini dibawakan khas oleh Cik Puan Bunga. ^-^ HEHE.

Dah. Babai!

Friday, February 10, 2012

.geek in the pink. Sedikit Matang

Assalamualaikum. Perasan tak blog aku dah berubah wajah? Perasan tak? Perasan tak? (Tanya 3 kali untuk emphasize betapa aku sebenarnya memerlukan perhatian yang amat extra.HAHA) Well sebelum ni kan kosong - kosong plain aje. Readers nak datang jenguk pun naik menyampah ajelah. Sudahlah entry banyak merapu, blog pulak macam bilik mayat. Pucat lesi. Tak berselera orang datang nak singgah.

Tapi sekarang sudah lain bebeh. Sudah lain,boy! Nampak macam lebih matang. Iyelah kan, nanti kalau blog aku macam budak - budak sangat orang kata aku orang tua tak sedar diri pulak kan. Jadi aku berharap sangatlah blog yang dah berubah wajah ni mampu menyerlahkan kematangan penulis blog dan juga hasil - hasil bebelannya. Tapi jangan letak high expectation sangatlah ye. Sebab aku rasa kematangan penulis macam tak berapa nak menepati kehendaklah. Dia selalu perasan umur dia 17. Nak buat macamana.

Big thanks to Alieff yang membantu merealisasikan kematangan blog aku ni. Servisnya sangat bagus disamping orangnya juga boleh tahan kacak. Eh. HAHA. Alieff ramah - tamah dan tak sombong macam sesetengah designer yang bayar aje mahal tapi hasilnya macam hmphhhhhhh. Taknak lah cakap. Thumbs up Alieff! ^-^

Klik gambar untuk terjah blog dia!
Bersemangat nak berblog. Cuma lately agak busy dengan kerja. Sampai rumah aje mesti terbongkang sampai malam. Haih. Tapi takpe, aku janji ada aje masa terluang, aku mesti akan membebel dekat sini macam biasa! ^-^ Terima kasih kepada yang sudi baca. Aku betul - betul hargai engkau orang yang datang.
Dah. Babai!

Wednesday, February 8, 2012

Jom Kecutkan Jerawat Yang Jahat

Assalamualaikum. Dah lama tak membebel dekat belog sendiri. Ada yang rindu sampai tidur malam termimpi - mimpi tak? KAHKAH statement asyik - asyik nak buat orang muntah. HAHA. Baiklah baiklah hari ini aku macam baik hati terlebih - lebih nak share satu petua yang kawan baik aku ajar. Mel, mind you she's an Indian girl with super flawless skin. Muka dia buat engkau macam nak sepak - sepak lepas tu nak lenyekkan atas tanah aje sebab sumpah flawless habis. Smooth and radiant. Hari itu aku bodek - bodek dia sambil buat muka penuh kasihan, minta dia share apa petua / produk yang dia pakai sampaikan kulit dia boleh jadi macam tu. Bodek - bodek, dia pun sharelah petua dia. And aku, tanpa perlu dibodek oleh engkau orang pun aku dengan baik hatinya nak share dengan engkau orang. Cepat sayang aku semua ramai - ramai!

Okay, ini petua kaum India turun - temurun. Engkau orang kena sediakan bahan - bahan berikut :

Tairu (Susu masam)
Kalau tak ada tairu, boleh substitute dengan yogurt yang natural flavor, ataupun boleh substitute jugak dengan bedak sejuk sekian terima kasih.
Sedikit serbuk kunyit.
Air secukupnya.

Mula - mula aku pun naik hairan juga kenapa kena gunakan kunyit. Mel kata kunyit adalah agen mematikan bakteria yang super powerful sekali. Selain murah dan boleh didapati, kunyit juga mampu menegangkan kulit muka dan memberikan tona kulit yang lebih even! Yayyyy! Tapi jangan bubuh banyak - banyak. Nanti muka engkau dah jadi macam ikan singgang pulak.

Aku guna bedak sejuk cap Mydin + serbuk kunyit.
Kacau hingga sebati.
Tepekkan dekat muka. Tadaaaaa! Senang!
Kalau nak lebih mujarab, pakai masa dah nak dekat waktu tidur and cuci keesokan harinya. Insyaallah. Dekat bahagian yang ada jerawat yang degil tu engkau orang tepekkan tebal - tebal sikit. Biar dia cepat mati. HAHA padan muka dia!

InsyaALLAH kalau engkau orang amalkan memang kulit muka akan jadi lebih halus. Untuk hasil yang terbaik gunakan tairu atau yogurtlah. Bedak sejuk tu substitute yang picisan aje. Sebab yogurt tak ada. HAHA.

Apa lagi, selamat mencuba!

Dah. Babai!

Sunday, February 5, 2012

Giveaway KZNabihah Eksklusif Item

EffaStorage


Hai hai hai! Join contest / giveaway pertama untuk tahun 2012. Berdoa secara radikal dalam hati supaya panjang umur dan berjodohan dengan hadiah - hadiah utama. Bila owner butik sendiri mencemar duli mengundang aku untuk join giveaway yang sungguh ohsem ini, tak berdaya hendak menolak. Eceh kenapa ayat macam cerita P.Ramlee pulak ni. Scratch that! Start all over again! HAHA!

Dah lama jugak aku ushar butik KZNabihah ni. Agak - agak rasa macam nak serang butik dia boleh aje terjah Kluang. Kluang dengan Batu Pahat bukan jauh mana pun. HAHA (Fuhfuh mintak - mintak boleh menang hadiah! Jadi boleh demand dekat owner butik by handkan aje hadiah kemenangan! HAHA!) Items yang KZNabihah sediakan memang colorful gila. Warna dia sedap - sedap. Gegurls yang plushie size pun boleh bergaya. Tengok ajelah owner dia yang berani bergaya ohsem tu, memang buat aku jeles tak bertempat! ^-^

Baiklah. Giveaway strat dari 30 Jan 2012 - 29 Feb 2012. Dah nak dekat tarikh tutup dah jadi ramai - ramailah join ye! Syarat - syarat penyertaan dan hadiah boleh tengok dekat SINI.

Okay, dalam banyak - banyak item tu aku paling suka Palazo Pants. Memang kegilaan aku untuk tahun 2012 ni. Setakat bulan Februari ni aku dah ada tiga pasang untuk tahun 2012. Warna hitam (Must have. Sebab senang nak dipadankan dengan mana - mana baju) Grey and Reddish Maroon. Memang ohsem. Kiranya Palazo Pants ni adalah substitute kepada long skirt and jeans kalau engkau orang terasa nak bergaya ranggi gitu. Selesa tahap dewa!

Kenapa aku suka Palazo Pants KZNabihah Boutique?

WARNA - WARNA DIA

KZNabihah Boutique menyediakan Palazo Pants yang warna - warna dia memang menyelerakan. Pilihan warna yang disediakan memang memnuhi citarasa wanita yang ingin bergaya dan mempunyai keinginan untuk tampil anggun berbanding hari - hari biasa. Warna - warnanya bukan sahaja tertakluk kepada warna - warna selamat seperti hitam / kelabu / cokelat gelap sahaja tetapi KZNabihah Boutique juga menyediakan warna - warna berani seperti Red Chilli, Mustard, Gold, Orange yang memang boleh menyerlahkan penampilan si pemakai. 

Phewww! Ada macam pengacara nona tak aku punya ayat? HAHA!

CUSTOM MADE

Ini yang paling aku suka sekali. Engkau orang boleh tempah Palazo Pants sendiri mengikut ukuran engkau orang. Jadi memang tak akan timbul isu seluar tak muat, pinggang besar sangat, panjang sangat sampai menyapu sampah sarap dekat jalanan atau apa - apa masalah sekalipunlah. Sebab time engkau orang tempah, sertakan sekali ukuran yang engkau orang benar - benar selesa. Bukan main sauk aje apa yang ada. Jadi, semua size pun boleh bergaya dengan penuh keyakinan sekali.

HARGA YANG MUNASABAH

Dengan hanya RM48 (Bukan ahli) dan RM46(Ahli) engkau orang boleh bergaya ranggi dengan Palazo Pants pilihan hati masing - masing keluaran KZNabihah Boutique. Harga custom made yang sangat - sangat berpatutan berbanding dengan pasaran bebas yang adakalanya mencecah RM85++ untuk sehelai Palazo Pants. Penjimatan yang sungguh memberangsangkan.



So, apa tunggu lagi. Kalau ragu - ragu boleh datang sendiri dekat KZNabihah Boutique yang beralamat di:

Okay suka - suka ake jemput orang terjah kedai! HAHA! Eh tapi betul, owner butik ni friendly and bersedia melayan setiap pertanyaan engkau orang asalkan tak merepek - repek sudahlah. Sebarang pertanyaan boleh PM beliau dengan lebih lanjut. Tapi jangan ngada - ngada nak PM dia nak pergi pinang dia ke apa kan sebab sebab sebab dia dia dah berpunya. EHEH. Promote sekejap!HUHU!

Untuk give away kali ini aku tag tiga orang mangsalah ye macam biasa. HEHE.

Phewww! Mintak - mintaklah ada rezeki! Amin Ya Rabbal Al Amin!
Dah. Babai!