Wednesday, February 8, 2012

Jom Kecutkan Jerawat Yang Jahat

Assalamualaikum. Dah lama tak membebel dekat belog sendiri. Ada yang rindu sampai tidur malam termimpi - mimpi tak? KAHKAH statement asyik - asyik nak buat orang muntah. HAHA. Baiklah baiklah hari ini aku macam baik hati terlebih - lebih nak share satu petua yang kawan baik aku ajar. Mel, mind you she's an Indian girl with super flawless skin. Muka dia buat engkau macam nak sepak - sepak lepas tu nak lenyekkan atas tanah aje sebab sumpah flawless habis. Smooth and radiant. Hari itu aku bodek - bodek dia sambil buat muka penuh kasihan, minta dia share apa petua / produk yang dia pakai sampaikan kulit dia boleh jadi macam tu. Bodek - bodek, dia pun sharelah petua dia. And aku, tanpa perlu dibodek oleh engkau orang pun aku dengan baik hatinya nak share dengan engkau orang. Cepat sayang aku semua ramai - ramai!

Okay, ini petua kaum India turun - temurun. Engkau orang kena sediakan bahan - bahan berikut :

Tairu (Susu masam)
Kalau tak ada tairu, boleh substitute dengan yogurt yang natural flavor, ataupun boleh substitute jugak dengan bedak sejuk sekian terima kasih.
Sedikit serbuk kunyit.
Air secukupnya.

Mula - mula aku pun naik hairan juga kenapa kena gunakan kunyit. Mel kata kunyit adalah agen mematikan bakteria yang super powerful sekali. Selain murah dan boleh didapati, kunyit juga mampu menegangkan kulit muka dan memberikan tona kulit yang lebih even! Yayyyy! Tapi jangan bubuh banyak - banyak. Nanti muka engkau dah jadi macam ikan singgang pulak.

Aku guna bedak sejuk cap Mydin + serbuk kunyit.
Kacau hingga sebati.
Tepekkan dekat muka. Tadaaaaa! Senang!
Kalau nak lebih mujarab, pakai masa dah nak dekat waktu tidur and cuci keesokan harinya. Insyaallah. Dekat bahagian yang ada jerawat yang degil tu engkau orang tepekkan tebal - tebal sikit. Biar dia cepat mati. HAHA padan muka dia!

InsyaALLAH kalau engkau orang amalkan memang kulit muka akan jadi lebih halus. Untuk hasil yang terbaik gunakan tairu atau yogurtlah. Bedak sejuk tu substitute yang picisan aje. Sebab yogurt tak ada. HAHA.

Apa lagi, selamat mencuba!

Dah. Babai!

27 comments:

Teacher Hafizah said...

tq cikgu bunga :)

Cik Puan Bunga said...

Welcome! ^-^

Lovely Ayun said...

ayun pernah juga guna cara kunyit n bedak sejuk mydin.. tpi bila nak cuci pagi, kulit jdi kesat ckit.. kena gosok2 skit bgi kuar sel2 kulit mati..

Unknown said...

petua untuk kulit brminyak ade tak akak? hihihi

blog sudah matured :D

nur easy said...

cantik header cpb ;)

mama irfan said...

wah... really gooad info... nak cuba... thanks 4 sharing

watyz said...

eh blog awak dh cantik la. eh ade kena mengena ngan jerawat x? hahahhaha

Miss Pija said...

wah..boleh guna petua ni...tQ2 for sharing..

psst...dah lama tak masuk blog kak bunga...dah lain...header mmg ssuai sgt dgn job kak bunga tu ;)

atIEsAyAnGkAmU said...

wahhh...
petua yg baik..
boleh cube ni ilangkan kesan degil...hehe..

thanks 4 sharing Pn.Bunga..

Unknown said...

best nih!boleh try..

Cik Puan Bunga said...

@Lovely AyunHaaa masa nak cuci gunakan air suam - suam sikit! ^-^

Cik Puan Bunga said...

@Bella BellitosKulit akak combination of oily and dry. So boleh guna pakailah apa yang akak share. HEHE. Matang heh? Huhuhuhu!

Cik Puan Bunga said...

@nur easyTerima kasih. Alieff tolong buatkan! ^-^

Cik Puan Bunga said...

@mama irfanWelcome Mama Irfan! ^-^

Cik Puan Bunga said...

@watyzTerima kasih! ^-^ Takde kena - mengena dengan jerawat! HEHE!

Cik Puan Bunga said...

@FiZOh header ala cikgu2 kan? HEHE. Thanks Fiz! ^-^

Cik Puan Bunga said...

@atIEsAyAnGkAmUWelcome Atiey! ^-^

Cik Puan Bunga said...

@Ladysirna FASila sila! ^-^

Unknown said...

wauweee.... confirm abes kunyit kat rumah ni kang!

Cik Puan Bunga said...

@cik aletheea:Janganlah sampai habis! HAHAHAHA!

cik nur said...

wahh nur nak cuba sbb lately nie jerawat muka makin bermaharajalela la skang huhh risau jaaa

Cik Puan Bunga said...

@cik nurSila sila! ^-^

INNANIE ARIFFIN said...

ingatkan mak lampir tadi... *larik!

Cik Puan Bunga said...

@Innanie | AriffinCIS!

skzcollections.blogspot.com said...

JEMPUT KE BLOG SAYE ADER MASKER KUNYIT PLUS ROSE PETALS- HARGA MAMPU MILIK

Anonymous said...

Sis, boleh buat tiap2 hari tak? Ke 2 @ 3 kali seminggu?

Unknown said...

U pakai bedak sejuk tepej muka tegakkan seharian ek?klo pakai 2 jam je time powder tu muka dh kering terus i cuci,nk lama2 pon keras muka i..hahah