Assalamualaikum. Hari Ahad aku biasa - biasa aje. Tak ada apa - apa yang menarik mahupun mistik terjadi. Hari - hari aku bangun dengan harapan, bila aku buka pintu bilik tidur, Betto Khusyairy ada tersenyum depan pintu bilik. Ah harapan. Mana ada. Jangan kata Betto, AR Badul pun tak sudi nak menepek depan pintu bilik aku. (Okay memang langsung takde kaitan Betto dengan AR Badul dengan blog aku. Baiklah!)
Okay nak cakap yang DSLR kesayangan aku sudah bercendawan. Sejak aku beli tahun 2009 tak pernah langsung aku servis. Dan tadaaaaaaa inilah hasilnya. Spora - spora tumbuh dengan meriahnya dalam lens. Kalau aku biarkan sekejap lagi, mungkin akan datang aku petik cendawan dari dalam lens. Masak sup.
Jadi petang tadi (Selepas pujuk suami berkali - kali - kali plus buat cerita sedih yang aku having a cramp sebab PMS, aku mungkin accident kalau drive sendiri blablabla) pergi Batu Pahat dengan suami nak pergi servis lens. Instead, Ah Boy cakap lens aku belum tahap kena servis. Boleh dibaik pulih dengan Sun Dry cabinet yang boleh tahan ohsem harganya. Okay Ah Boy siapa? Dia shop assistant yang comel dekat kedai kamera C & Y Batu Pahat. Very helpful.
Kalau aku tak beli Sun Dry cabinet sekarang, mungkin cendawan itu akan tumbuh dan tumbuh dan tumbuh lagi sebab macam biasalah, kulat punya perangai memang begitu. Jadi nak taknak, kenalah juga beli Sun Dry cabinet. Cari harga yang paling paling paling aku mampu milik. Sayangkan DSLR punya pasal, terpaksa tebalkan muka buat loan dengan suami. Nak beli guna duit sendiri poket dan nipis. Sobsobsobsob. Nanti gaji saya bayar balik ye sayang ye! ^-^
Wahai DSLR yang disayangi, duduklah diam - diam dalam rumah baru engkau ini. Jangan nak degil dan menyusahkan aku ya selepas ini? Supaya engkau tidak ditumbuhi kulat lagi. Aku sayang kau! ^-^ (Ikhlas betul seorang wanita yang sudah dimamah usia berdialog dengan kamera kesayangan) Dah macam peti besi pulak aku tengok. Barulah perasan macam orang - orang kaya sikit ada peti besi dekat rumah. HAHA.
Kemudian, untuk mengubat hati yang runsing mengenangkan gaji bulan depan yang sah - sah akan lebur 1/10 sebab kena bayar balik dengan suami, sekaligus sebagai tanda terima kasih kepada suami sebab dah hantarkan aku ke Batu Pahat, aku belanja suami Tutti Frutti. Tapi sebab TF crowded gila - gila, maka kami take away sajalah dan makan dalam kereta. Boleh tahan romantik juga makan berdua - dua dalam kereta. Adam lepak dekat seat belakang sambil main ball baru.
Ini dua muka yang sangat membahagiakan saya.
Lepas habis makan terus balik rumah. Esok nak sekolah. Nak iron baju, nak lipat laundry, nak berblog lagi. HEHE.
Engkau orang kalau ada DSLR memang recommend lah beli Sun Dry cabinet ni sebab DSLR ni tak sama macam digital kamera biasa. Fungus suka dan mudah membiak kalau kita tak jaga elok - elok. Nanti rugi beli mahal - mahal tapi rosak. Pesanan khidmat masyarakat ini dibawakan khas oleh Cik Puan Bunga. ^-^ HEHE.
Dah. Babai!
10 comments:
blanja dslr 1! maceh..
oh tf lagi.. bilalah agaknya dpt singgah situ.. ;)
x mampu lagi nak beli dlsr...
@NaddyHAHAHAHAH HARAPAN!
@nur easyTF kat sini tak best sangat. Tak kemas sangat. Tak hygienic sangat. Haih!
@lieynanilazTakpe, ia bukan stau keperluan pun! ^-^
yat, brape RM tu sun dry cabinet..?rasa macam nak bg gift kat my hubby sebab dslr dia terlalu banyak yang tak berjaga.
@Mrs. AdnanKalau yang macam ni harga dia RM398. Kena cari kedai yang memang authorized dealer so senang kalau ada apa2 masalah. Yang ni dia bg diskaun. Dapatlah RM300 ^-^
owh..boleh tahan..so kena cari authorized dealer Sun Dry la ye? thnx for your info..pasni bole beli lens banyak2 tau!hehe..
@Mrs. AdnanHeheheheh insyaallah, kalau ada rezeki boleh beli lagi! Kehkeh!
Post a Comment