Assalamualaikum. ^-^ How are you earthlings! Hari ini dalam segmen "Jalan - Jalan Cari Makan Free Aje Kau Ni Kerjanya!" (Kehkeh nama segmen entahapehape!) aku nak introduce satu tempat makan dekat area Pura Kencana, Seri Gading yang boleh tahan awesomenya. Sebelum engkau orang menggelupur fikir Seri Gading tu dekat mana, Seri Gading tu dekat Batu Pahat, Johor ye kawan - kawan. ^-^
Mungkin ada antara readers yang dah tahu kewujudan kedai makan yang nama dia unik ni, untuk yang belum tahu meh meh aku nak story sikit neh. ^-^ Okay nama kedai ni memang sangat bertepatan dengan jiwa aku yang cintakan bulat - bulat. Nama kedai dia 'Polkadot'. Comel kan? Rasa macam nak penampar orang comelnya. HAHA.
Polkadot Buffet, Steamboat and Grill ni konsep dia buffet steamboat and grill. Self - service. Jadi jangan pulak datang - datang demand staff dia masakkan untuk engkau orang pulak ye. Jangan pulak piat telinga dia orang kalau dia orang taknak tolong servekan untuk engkau. HAHA. Everything kena buat sendiri. Daripada ambil pinggan mangkuk sampailah ke tuang air minum, semuanya engkau kena buat sendiri. Kira kata kalau datang kedai ni bolehlah feeling - feeling buat macam makan dekat rumah sendiri. Cuma jangan bawak tilam bantal sudah. HAHAHA takkelako!
Awal - awal dah letak gambar annoying. Nak buat macamana. Blog dia. (Tak faham kenapa ekspresi muka aku sungguh seram disini!) HAHA!
Untuk memastikan Adam behave awal - awal lagi dah rasuah dia dengan tit bits. HAHA.
Di Polkadot ada lebih 100 jenis raw materials yang engkau orang boleh grill atau makan dengan sup. Sup pulak sama ada engkau nak pilih sup ayam ataupun Tom Yam. Ikut seleralah. Kalau nak makan dua - dua pun boleh. Tapi make sure jangan membazir. Sebab untuk setiap 100gram yang dibazirkan bayaran RM5 akan dikenakan. Haaa bagus kan? Jadi takadalah orang yang membazir sebab every cent counts. ^-^ Bayaran adalah RM18 seorang dan untuk kanak - kanak and senior citizens hanya RM8 sahaja. And you can eat as much as YOU CAN! ^-^
Ada juga nasi, mee goreng, mee hoon, roti john yang disediakan sementara nak tunggu makanan yang lain masak. Jadi boleh alas perut dulu.
Ini section makanan ringan dengan jeruk
Frozen foods. Macam - macam. Pilih aje mana yang rasa - rasa nak di cekik.
Aku datang - datang aje dah melantak ice cream sampai 3 scoops. Ada more than 8 flavors of ice cream to devour. Nyumnyum!
Nata de coco and toppings untuk ice cream.
Hari tu aku pergi satu family. Pakat - pakat pakai baju merah semua. Dari rumah memang kosongkan perut dengan harapan boleh masukkan seberapa banyak makanan yang boleh untuk memastikan RM18 seorang itu tidak sia - sia. HAHA buruk betul perangai!
Sayang saya yang hebat memasak. Jadi malam itu dialah yang memasak dengan penuh kasih sayang. HEHE!
Oh si handsome ini diam aje makan ice cream coklat. Berselera betul!
My jewels.
Emak dengan menantu kesayangan yang kacak. KEHKEH.
Rata - rata malam tu semua makan dengan happynya. Biasalah perut kalau kenyang semua orang pun gembira. Aku aje makan ice cream entah berapa scoops entah agaknya. HAHA. Makanan lain tak banyak sangat makan. Pantang betul aku nampak ice cream, mesti makan banyak - banyak sampai sakit perut! HAHA padan muka aku.
InsyaALLAH nanti ada rezeki kami bawak emak datang sini lagi ye. Terima kasih suami belanja makan malam tu. Semoga murah rezeki abang lepas ini ye. ^-^ Oh makanan dia not badlah. Taklah SEDAPPPPPP sehingga termimpi - mimpi tapi alhamdulillah kenyanglah perut kami. Aku recommend kedai ni bukan sebab dia sedap ke apa, kalau kata skala kesedapan tu maybe aku bagi 5 out of 10 lah tapi selection of foods dia memang awesome. Udang dia besar - besar, ikan keli dia pun sedap! Puas hatilah. ^-^Emak dengan Auntie.
Sesiapa yang berminat nak try, boleh pergi usha dulu dekat fan page Polkadot. InsyaALLAH untuk perut yang tak banyak cekadak, Polkadot tidaklah mengecewakan. ^-^
Okay Polkadot, sila belanja aku dinner free sebab dah buat iklan dekat blog. HAHAHA.
Dah. Babai.
6 comments:
perut saya pun tergoda dengan aiskrim tuh! nanti nak ajak maksu balik BP lah ^__^
@Bella BellitosJOM! Boleh singgah rumah akak! ^-^
kena cuba ni. leh saya compare dgn red wok kat bangi ri tu sy cuba. tambah pulak harga dia half price than red wok!!! wahwahwah!
cpb x pakai baju merah pun? hehe.. baju sailorman adam lawalah..;)
@Innanie | AriffinRed Wok maybe sedap dan ohsem lagi kot? Polkadot ni biasa2 aje tau tau. Jangan menaruh harapan tinggi sangat. Kalau nak bagi kenyang bolehlah! HEHE!
@nur easyOh tu gambar tepek, pergi hari lain, hari kejadian merah semuanya tapi xda gambar sebab tukang amik gambar aje! HAHA!
Post a Comment