Assalamualaikum. Cerita weekend. Baru nak update. Tak apalah kan. Aku kan cikgu cemerlang. Cikgu cemerlang mana ada masa nak update - update beloglah, nak 24 - 7 menghadap FB dengan Twitter lah. Eh bukan kerja aku tu. (Nada riak!) HAHA janganlah sentap darling - darling ku sekalian. Sebenarnya hari - hari aku banyak kerja, kena cari masa untuk update belog. Bila ada masa, teruslah draft entry. Itu yang cerita weekend, tapi hari ni baru sempat nak update. Sorry! (Aku budget macam ada yang tertunggu - tunggu entry terbaru aku! KAHKAH!)
Sabtu weekend semalam ni, setelah operasi memujuk suami berjalan dengan lancar, suami yang hebat kacak bergaya pun dengan hati yang riang drive ke tempat idaman kaum - kaum wanita (Dan lelaki dan juga separa wanita atau separa lelaki. Mana - manalah tak kisah!) iaitu tempat yang sungguh berlagendalah sangat iaitu Johor Premium Outlet. Memang sengaja bertolak dari rumah awal - awal sebab nak dapat parking betul - betul dekat pintu masuk and taknak kena himpit - himpit dengan Singaporean yang kadang - kadang memang tak faham bahasa. Sabar ajelah kan kalau datang sini nak buat kekwat. Okay sorry. Kita satu Malaysia (Tak ada kena - mengena) Sebenarnya nak ajak Maklong tapi dia ada kerja lain pulak. So pergi berdua dengan suami.
Sampai JPO pukul 11.30 pagi. Mula - mula sampai terus pergi butik Coach. Hajat dihati nak beli handbag Coach dalam seketul dua. Duit dah bawak penuh dalam kocek. Aku simpan sejak kecik ni. Memang dari kecik dah berangan - angan nak beli handbag Coach bila dah besar nanti. Terus masuk butik Coach and kebetulan tak ramai orang yang ada dalam butik tu. SA dia pun ramah - tamah tak kerek langsung. Yang kereknya cuma harga handbag - handbag dialah. Mak aihhhh! Haerga dia sekali ganda lagi mahal dari harga handbag Coach yang dijual online! GILA MAHAL! Duit yang aku kumpul dari kecik cuma mampu nak beli kasut BATA aje. Macamana?
Dengan hati yang kecewa cepat - cepat keluar dari butik Coach terus masuk butik Carlo Rino. Gila kau dia buat sales up to 50%! Walaupun handbags dia dengan kasut - kasut dia dah out - dated, tak kisahlah kan. Masih cantik dan comel - comel semuanya. Dengan rakusnya pilih handbag kaler merah sedondon dengan heels merah + wedges mustard. COMEL! Yang penting murah sedunia! HAHA! Kebetulan amoi yang kerja situ pernah kerja dekat Carlo Rino Batu Pahat, apa lagi, sembang panjanglah. Layanan memang terbaik sedunia. Silalah berkunjung. Ada jual baju - baju Carlo Rino. BEST!
Lepas puas hati dapat apa yang dicari (Sebenarnya lain yang dicari lain yang dapat. HAHA) perut pun dah berkeroncong mintak diisi. Mengada - ngada cacing dalam perut aku. Kerja asyik nak makan aje. So singgah dekat Food Channel. Makan time! Pheww harga dia boleh tahan jugaklah. Moderate, tak mahal sangat and tak murah sangat.
Fresh Watermelon Juice (Ngada - ngadanya nak cakap nama omputeh dia!)
Nasi Ayam Penyet dia yang memang tak sedap. Wek!
Lepas makan, kembali bertenaga. Round two, suami punya giliran. Nak cari jeans. tapi aku rasa dia lagi dahsyat dari aku. Masuk kedai jeans merata - rata tapi satu apa pun tak beli. Jahitan tak lawalah, kain lembiklah, itulah inilah. Memang mencabar kesabaran. Nasib baiklah sayang. Haih! Sudahnya tak beli apa - apa. Bila aku marah dia sengih aje. Bila aku tanya nak beli apa sebenarnya, dia kata nak aiskrim Baskin & Robbin eh tiba - tiba aku menyirap bandung! Suami suami! Bila dia dah give up cari jeans dia, terus masuk round three. Cari barang - barang untuk anak bujang handsome saya! HEHE!
Tak ada kaitan.
Handsome (Walaupun tak ada kaitan!)
Lepas beli overpriced chocolate dekat Fidani Chocolate, zoomed terus ke JB. Singgah Jakel and Jusco sebelum balik ke Parit Yaani semula. Alhamdulillah jumlah kerugian masih terkawal. Bulan ni makan megi ye masing - masing.
Hasil tangkapan. Untuk aku, untuk aku, untuk Adam, untuk emak.
Tadaaaaa. Seksi tak dia? Aku rasa kalau handbag ni ditransform menjadi manusia, beliau adalah Zila Bakarin.
Untuk Adam. Semoga beliau bertambah handsome.
Hoodie Sweater untuk Adam. Comel gila bila dia pakai! HAHA!
Aku rasa JPO tersangatlah overated. Memanglah ada diskaun sana - sini tapi aku rasa ada certain kedai tu yang tak berbaloi langsung. Mungkin pendapat aku ni agak bias sebab aku dah kecewa dengan butik Coach tadi kan, HAHA but still aku rasa JPO tu dah diexaggeratedkanlah oleh orang - orang.
Sebab sebagai orang Johor, aku rasa JPO tu tak adalah best manapun.
Dah. Babai!
14 comments:
kemain shopping Carlo Rino. jelesnya! :D
tak mampu lagi nak shopping situ. tu yang malas nak pg!
seb baik tak pegi lagi.. hehehe..
''Bila aku tanya nak beli apa sebenarnya, dia kata nak aiskrim Baskin & Robbin'' - comel nye jawapan...
nak amrah pun mesti cik bunga x jadik kan..kan...
ye, beg kaler merah tu seksi ya amat kaler die...
saya g JPO pun sekali je..memang takdela best sangat. alang2 nak beli barang branded yg mahal, better gi butik trus, lg puas ati walaupun mahal. sbb mostly barang diorg mmg out dated.
akak,tu gmbr latest ke?x gems pon..
@Rara NasihaAlaaa Carlo Rino dah less banyak2. EHEH!
@Innanie | AriffinAkak pun window shopping jek lebih! HUHUHU! Budget duit berkepok! HAHA!
@Rai OurkizunaTak pegi pun takpe Rai, tak menyesal pun! Huhuu! OVERATED betul! Huhu!
@cik aletheea:Rasa nak gigit2 jek dia! Boleh jawab nak eskrem! Huhuh!
Seksi bangat kan! HAHA!
@Mrs. AdnanUihhh baik beli online! HAHA!
@Wardah AinaSebab akak mengiring kot? Camera trick jek tuh! HAHA!
wahhh...seksinye bag tuh...tapi lagikkk seksi kalo kak bagi coklet tu kat sy^^hehe
@yayathNak cokelat?? Dah selamat diproses jadi tuttttt! HAHAHA!
Post a Comment