Tuesday, April 24, 2012

3 Down. Many To Go.

Burp. Alhamdulillah. Masih terasa - rasa lagi sedapnya mee kari emak masak. Alhamdulillah jugak dah 3 hari ganti puasa. Kalau tak kerana minggu lepas melepek konon - konon demam mesti dah lagi banyak hari aku ganti puasa. Takpe takpe. Malam masih muda, semangat masih kental. Boleh berpuasa lagi lepas ini dan lagi dan lagi dan lagi. Yeaaahhh! Lagipun bila berpuasa ni layanan emak dan suami memang tiptop sedunia. Hari tu suami belikan telur puyuh special nak masak nasi lemak, tadi emak masakkan mee kari dengan kek marble rainbow yang creamy menjilat hidung. Alhamdulillah! Bersemangat nak habiskan balance puasa yang berkoyan - koyan tu. Tabah tabah!

Berpuasa pun, masih tak dapat nak menahan kesabaran secara maksimum. Masih lagi terjerit - jerit bebelkan students. Masih lagi nak cubit students, masih lagi nak potpetkan Adam. Haih sabar kena lebih sikit. Puasa bukan nak tahan perut dari mencekik tak tentu hala, emosi, perbuatan, kata - kata pun kena lah puasa sama. Penat - penat tak makan, rupanya markah puasa KOSONG! Adeh! Nak lagi best, tengah aku duduk diam - diam fokus untuk lebih khusyuk dan tawadhu' ada pulak yang datang bawak gosip. Terpaksalah dengar! KEHKEH! ^^, (Sebenarnya tak payah dengar pun lagilah bagus! Haih!)

Mee kari emak + choc smoothies. Bapak sedap!
Tengok kesayangan aku, makan comelnya perangai! ^^,

Berbuka puasa suami dengan Adam temankan. Lagilah hati rasa berbunga - bunga. Bila dua lelaki kesayangan ada dekat sisi sepanjang masa, rasa heaven sedunia. Cukuplah nak buat hati rasa tenang dan bahagia. Tak hidup mewah pun tak menjadi masalah sedunia, asalkan hidup dengan rezeki yang halal, hidup selesa penuh dengan kasih sayang. Amin! Alhamdulillah.

Banyak lagi hari kena ganti puasa ni. Chayok - chayok!!

p/s : Hari tu aku post status dekat FB, aku kata "Sedapnya kalau time berbuka sardine roll". Tiba - tiba ada yang kata aku menunjuk - nunjuk puasa. Haih. Tak faham aku manusia.

Dah. Babai!

8 comments:

Aida Jelita said...

selamatlah berpuasa.. mee kari tu pos sini sikit

Cik Puan Bunga said...

@Aida JelitaBoleh boleh! Meh bak alamat! HEHE!

INNANIE ARIFFIN said...

kakak, selamat berpuasa. sedapnya mee kari dia. nak sket.

kakak, telur puyuh high colestrol tau berbanding telur biasa. tapi burung puyuh bagus untuk kesihatan.
*bg advice mcm aku kurus kan? hahahaha.

Tang status tu, akak boh-layan je orang macam tu!

Hustler said...

Drooling tgk meekari!! Haish!!

fida said...

sapa la yg PANDAI sgt mengomen kat FB tu..anyway,selamat berpuasa...kita pun xganti puasa lg nih....kumpul semangat nak ganti..hehe

Cik Puan Bunga said...

@Innanie | AriffinTelur puyuh sedaaaapppppppppppppppppppppppp!

Cik Puan Bunga said...

@HustlerMeh banyumas meh meh meh!

Cik Puan Bunga said...

@fidaJom ganti pose sesama jom jom jom! Banyak hari nak ganti nih! HAHAHA!