Assalamualaikum. Hari ini birthday Embun. Tepat pukul 12 pagi aku dah SMS tapi tak ada jawapan. Itu mesti sambut birthday dekat kelab malam tu. HAHA. Kau jangan bukan - bukan dik! Rupa - rupanya dia kena prank ramai - ramai dengan kawan - kawan dia. Apalah kau dik, cuba duduk surau sana baca Al - quran. Kan lagi barokah birthday kau! ^^,
Awal pagi lagi emak dengan Maklong dah siap - siapkan bahan untuk buat bancaan adik. Sekali dengan bancaan Tisyar. Maklong dah nazar, kalau Tisyar sembuh dari sakit gatal - gatal dia, nak buat bancaan sikit. Itu yang sekali harung dengan bancaan Embun. Bancaan jarak jauh ajelah ye. Kalau Embun ada, memang akan celebrate sama - sama dengan family. Tapi ini dia jauhkan. Jadi kita bluetooth ajelah ye. HAHA. Nanti engkau balik bulan enam, kita celebratelah sekali lagi dengan abah. HAHA. Oh bagi yang masih alien lagi dengan perkataan "Bancaan", bancaan ni macam kenduri doa selamat sikit atas sesuatu hajat. Ada banyak bancaan dalam masyarakat Jawa. Menu utama dia tak lain tak bukan The Famous Nasi Ambeng. Nasi ambeng yang dijual dipasaran sekarang ni sungguh overated lah. Harga mahal, rasa kelaut. Kalau nak betul - betul puas hati, jom datang Batu Pahat. Puan Latifah tolong masakkan. Sedap sedunia. Resepi asli keturunan Jawa. HEHE.
Menu dia ayam masak kicap (Emak goreng dulu ala kadar sebelum masak. Bertambah dahsyat sedapnya!),ikan masin bulu ayam goreng rangup - rangup masyaALLAH sedap sedunia, serunding kelapa, keluban (Ada yang panggil urap daun ubi) dengan sambal goreng Jawa. Semua makanan ni campur jadi satu, lepas tu emak bungkus satu - satu nak bagi rasa dia bersatu. Makan panas - panas. MasyaALLAH sedap sedunia! Aku sampai bertambah tiga kali. Majoriti memang menambahlah kalau emak yang masak. Cukup rasa! Keluban dia tu yang mahal. Pedas - pedas sedap dan mengasyikkan. Aduh masih terasa lagi ni dekat tekak. Jarang - jarang masak nasi ambeng, bila dah ada depan mata memang fokus habis - habisan! HAHA!
Yang berbungkus ada. Tak cukup? Ha silalah tambah!
Close up sikit!
Sebelum makan abah baca doa selamat untuk adik dan Tisyar. Semoga dua - duanya selamat dan di dalam lindungan Allah SWT. Amin! Lepas doa dah siap amin, apa lagi! Serbu makanannnnnnnnnnnnnn!
Happy birthday Embun! Semoga engkau sihat - sihat sentiasa, belajar rajin - rajin, jangan buat perbuatan yang kera sumbang dekat negeri orang, pandai - pandai jaga diri. Dah habis belajar, jangan lupa bayar PTPTN. Jangan pulak engkau join piket ke rapat umum ke mintak mansuh PTPTN. Kita ni bukan orang senang. Kerajaan bagi duit suruh belajar, jangan jadi orang tak kenang budi. Semoga engkau gemuk sikit. Kehkehkehkeh. Sayang engkaulah Embun!
Isnin yang lepas 16 April 2012 genap 21 bulan hero kesayangan aku. Hari tu sebelum genap 21 bulan, dia demam teruk jugak. Rupanya bila dah baik demam, semakin bertambah - tambah pulak perangai dia yang macam - macam tu. HEHE. Membesar dengan baik ye sayang! Mama papa sayang Adam sangat - sangat. Ramai yang kata, dah sampai masa nak beri Adam adik. InsyaALLAH. Doakan lah yang baik - baik ye semua. Ada rezeki, adalah. ^^,
Muka fresh di bulan ke 21. Sayang dia!
Sekarang ni tengah kekenyangan. Nak layan TVlah. Semua benda dah buat dah. Iron baju aku dan suami dah, lipat kain yang berbakul - bakul pun dah, beg dah kemas. Rumah dah kemas. Bolehlah relax - relax. Alhamdulillah! ^^,
Dah. Babai!
28 comments:
sedapnyeeee nasik ambeng
kat kl ni susah la nak carik nasi ambeng.
saya yg bukan org jawa pon suka makan.
happy besday embun.
nasi ambeng memng sedap. Lapar terus.
Tisya juga semoga cepat sembuh. dan happy family uolls.
@farah a.rahimSedapkan? Rasa dia bercampur - campur! ^^,
@Innanie | AriffinThanks Innnanie! ^^,
Ngences wesan kak!! mboco pasal panganan ki!! haish!!!
hepi besday embun.... tp nape 'bancaan'??? hehehhe
Sedapnyer nampak.. Tak pernah makan nasi ambeng. Teringin nak try..
kak pa'e dah buat tingkep??
@HustlerTasa kan arek ngawe panganan ki. Kue mareng omahe lah. Huhu!
@watyzDoa selamat! ^^,
@♥Eyza Qhairy♥Insyaallah kalau kena yang masak memang sedap sedunia! ^^,
@Miss TasantekBelum. Huhu!
bestnya mesti sedapp
sedapnye!! btw, kirim salam hero malaya atas tuh ea. adam dam dam, ily. :)
@Aida JelitaSedap sedunia! HEHE!
@zera eiraHamboih curang! HAHA!
alala sdpnye!!!
napela mak akak duk bp huhu
kak,sy suka part nak bg adam adik tu :-)
Ya ampun kak lamanya xdengar perkataan bancaan ni sejak dah merantau ke negeri orang ni dan sungguhhhhhhhh2 kangen dgn nasi ambeng tu...yg plg xthn keluban & serunding jawa tu..rasa mcm nak fly blk kg jerk skg ni..huhu...kat perak xjumpa nasi ambeng ni..orang kat sini pun mungkin xtaw apa tu nasi ambeng..hehehe..btw, kita sama spesis la...HIDUP JAWA ANAK JAWA!!!!hahaha
psssttt: da beli perfume TBS vanila..bdk2 ofis kata mcm bau ice krim..hehehe..mmg sdp la baunya... :-)
@Wardah AinaKan, kalau berjiran bolehlah hulur - hulur! HIHIHI!
@fidaJAWA RULES! Hehehehehe!
Mehlah alau dtg BP Chef Latifah akan prepare nasi ambeng yang tersedap sedunia! HEHE!
p/s : Kan?? Kita akan berbau seperti biskut yg lazat! Nyumnyum!
wahhh..ada pelawaan nih..hehehe..nak keluban yg tersedap tu..hehehe...da alang2, nak tanya kat BP ada kedai yg jual rempah nak wat nasi beriani kan?kedai mana yg paling tersedap rempah die ek??
@fidaAlamak, mana eh? Nanti sy usharkan heh! Huhu!
BOLEH2....NANTI emel sy eh...dulu penah beli sekali..kirim kat kwn mase tempat keje lama...last year p batu pahat xsempat nak cari...sempat borong pinggan mangkuk je kt claytan..hehe
rafidah.manap@my.boral.com
@fidaDah tau dah tempatnya, tapi tatau nak explain macamana. Suami tau! HAHAHA!
oh my! nasi ambeng *lap air liur* ngidam nyaaa dah lama tak balik batu pahat! nasi ambeng time kenduri kat kampung juga terbaik! hehe
@nnKampung kat BP eh? Mehlah balik kampung! Derhaka betul! HEHEH!
kita explain pakai bahasa jawa bole??hahahaha....confirm sedap kan??kirim bole x??then poskan kat saya...nanti kita wat payment
@fidaBoleh boleh. Nanti suruh suami cari dulu mana kedainya eh. ^^,
Post a Comment