Assalamualaikum. Suami bershopping adalah macam 4 ratus tahun sekali. Tak macam aku yang macam 4 minit sekali. Aku kena buang sifat suka membazir ni jauh - jauh. Seriously. Kalau suka membazir, macamana nak buat rumah besar - besar? Sudahlah asyik kena keji sebab dah kahwin pun masih duduk bawah ketiak emak. Semua pun masih nak harapkan emak abah. Berkepit dengan emak. Tidur malam pun dengan emak lagi, macamana?
Weekend lepas teman suami shopping barang - barang dia yang kalau tengok kondisinya memang dah layak mintak bantuan Bersamamu TV3. Belt yang dia pakai buat pergi kerja dah koyak - koyak dah. Tak apa, dia kata. Boleh pakai lagi. Sayang nak buang. Itu hantaran masa bertunang dulu. Sayu hati aku dengar suami cakap macam tu. Tak macam aku. Kasut terkuis sikit dah menggelupur mintak yang baru. Perangai macam anak dato, suami gaji ribu - ribu.Nasib baik tak dapat penampar.
Selepas 4 tahun. Baru beli yang baharu. Set tali pinggang dengan wallet sekali. Jimat.
Jeans. Beli terus sekali dua. Mungkin lagi sepuluh tahun, baru jeans suami bertukar.
Jarang - jarang suami beli baju baru. Biasanya aku yang beriya belikan suami baju baru. Kata suami baju lama boleh pakai lagi. Buat apa nak membazir, kita bukan orang senang yang suka - suka hati bazirkan duit. Cakap macam itu, buat hati aku tersiat - siat. Aku? Hari - hari nak baju baru. Tak ada baju baru taknak pergi sekolah. Sentiasa nak update dengan fesyen terkini. Handbag asyik nak matching dengan baju. Semua warna nak ada. Perangai siapa aku ikut kalau bukan perangai syaitan?
Kasut lagi.
Kasut jangan cakaplah. Naik muntah aku nak susun kasut banyak - banyak dekat rak. Macamlah effect dramatik kalau pakai kasut warna - warni. Malu pulak aku dengan suami yang kasutnya itu aje. Tak ada pun nak tukar - tukar ikut warna baju. Handsome aje pun dia. Kacak ajepun dia.
Suami belikan kain pasang 2 pasang.
Suami korek - korek duit dalam poket, bawa aku pergi kedai belikan aku kain pasang 2 pasang. Suami kata warna tu cantik. Aku rasa akulah perempuan paling cantik bila pakai baju yang suami pilih tu nanti. Confirm.
Nak tau suami cakap apa dengan aku?
Kalau duit dia banyak, tak payah mintak pun, dia akan belikan semua barang yang aku suka. Untuk masa sekarang, dia belum mampu lagi.
Menangis aku dalam hati.
Babai.
24 comments:
400 thn sekali vs 4 minit sekali. memang jauh kaw-kaw. heheh. ^__^
baca entri ni sambil lap2 air mata. :( hukkk!
huhuhu...
tetiba rasa sebak baca..
suami kite pon mcm tuh..
kite pon tgh belajar control nafsu shopping...cuba nak kumpul duit plak..
ksih syg kluarga n suami tiada tndingan kan..wah..ase cm nak kawin skrang...(bru 18 kOt..gatai)..BTW...syhrah dOakan rezeki akak dan kuarga di murahkan,,insyaAllah :D
touching gila!
terharu.
bertuah akak dapat hasben macam tu. :)
dia shopping mmg 4 tahun sekali. tp yg sekali shopping dlm 4 thn tu yg beratus abis kan.. hahahaha
@anNaqiaKan? Astaghfirullahhhhh! Syaitannn syaitannnn!
@zera eiraTisu ada tak?
@Pink LavenderSuami kerja cari duit, kita janganlah bazirkan duit dia. Sob sob sob. Ayohhhh sama2 berubah! Yeah!
@miZz sYirAhTerima kasih untuk doa ikhlasnya! Terima kasih! Amin ya rabbal alamin! ^-^
@Arn sweetriderSob!
@sidAlhamdulillah. Bersyukur!
@watyzHAAAHAHAHAA itulah kan!
tali pinggang tu memang sama sebijik cam azmee punya perangai.
die pakai tali pinggang sampai lubang nyer dah lodos...dah tekopek2, koyak2 jaitannyer..
baru beberapa bulan ni azmee pakai tali pinggang hantaran kawin.
kasut pon cenggitu. dah tanggal tapaknye, die gam pakai gam gajah kat ofis. ah. kasihan mereka2 ini. kenapalah punya bini pantang nampak duit. hahahahahaha...
Best la entry nih! uWaaaa.... T____T
@Miss TasantekCapricorn memang gitu kot? Uhuhuhuhuhu!
@eusTerima kasih! ^-^
yatttt..ko marah aku tak..aku baru baca entry ko yg ni..dan aku terpandang kasut ko yg sama ngan kasut aku yg ada kat sebelah aku yg aku baru je beli petang tadi...sama design sama kaler...adoiii..sadiss...aku mmg suka nautifit punya design ni..dah 2 pasang beli dah haus tapak sebab lanyak hari2..uhuhhu..nasibla tersama pulak eh..walaupun ko dah beli dulu tp aku baru baca entry ko ni..kalau tau aku beli kaler lain..eheheh
Ayat Ijal tu kan... kenapa sama dengan ayat Abg Azam...hahhaaha..kekadang rasa insaf sekejap
tp selalunya x bleh tahan nafsu..huhuhu adoyaiiiii
@idauraWeh aku turut berbangga ada yang pakai Nautifit jugak. Aku tak kisah je sama design kasut pun. Maknanya dah ada 3 orang dah yang sama, aku, engkau and Radin. Jom buat kelab Nautifit! Hehe. Memang superb selesa!
@LelaLalaLuluKan kak? Kesian aje. Huhuhu nafsu membeli macam kena sampuk syaitonnnnn! Huhuhu!
entri paling best....sedih ja bila baca..
@imantizz_truperSobsobsob!
Post a Comment