Sunday, April 8, 2012

Murah Mahal Make Up Kau?

Assalamualaikum. Apa khabar penduduk Bumi? (Cakap macam Otromen yang menjaga keamanan planet Bumi) Last week barang - barang make up habis. Terseksa betul bila blusher dah habis. Tak pakai blusher rasa macam tak ada nyawa. Betul. Muka pucat macam mayat. Tapi aku mayat yang kacaklah. (Nak jugak!)

Nak pergi cari blusher asyiklah tak sempat. Asyik ada extra classes je lepas habis sekolah. Manalah sempat nak meronggeng pergi Elianto cari blusher kan. Aku taknak jenama lain. Nak Elianto aje sebab ia murah dan lawa. Tapi sempat - sempatkan jugak beli blusher, tak best rasa pergi sekolah muka pucat lesi. At least kalau tepek blusher perasan macam comel - comel manja gitu. *Muntah*

Itu cerita blusher. Aku nak cerita lain sebenarnya. Aku nak cerita last week aku beli mascara baru setelah 2 tahun pakai mascara yang sama. Orang kata mascara kena tukar setiap 4 bulan sekali. Aku pulak bantai pakai mascara 2 tahun terus. Nasib baik bulu mata tak ada yang gugur. Karang kalau togel nampak pulak toyol menyorok tepi pasu bunga. Pui! 

Jalan - jalan dekat The Summit Batu Pahat, nampak dekat Guardian ada jual blusher Maybelline comel. Ada free gift BB Cream cinonet sebotol. Terus rasa tergoda dan beli. Beli mascara yang volume express dengan harapan bulu mata lentik macam Cik Ta punya. *Pengaruh media massa betul aku ni*


Masa dah nak pergi bayar ternampak pula Maybelline punya BB Cream yang digembar - gemburkan dalam iklan. Yang SPF dia sampai 50 tu. Terus teruja nak beli, tapi tak tau nak beli shade yang mana. Last - last beli yang shade kuning langsat. Eh tapi not bad lah Maybelline punya BB Cream! It looks natural on your face. Cuma two way cake dialah bosan sikit. Tak sehebat Miyami atau ZA. Tapi BB Cream dia best jugak. Tak rasa melekit, tak cakey on your face. Licin dan lembut aje. Cuma kalau dah muka ada jerawat bertongkol - tongkol jangan pulak salahkan BB Cream ni tak bagus ke apa. Itu berkesannya kalau engkau pakai simen yang buat plaster rumah tu.

Best sebab dia ada bagi percuma compact powder. Jimat!

Oh by the way nak happy happy dekat sini sebab perfume yang aku sangkakan dah pupus (Selari dengan kepupusan dinasour dekat muka bumi) rupanya masih wujud lagi! Merata - rata tempat aku cari rupanya dekat The Summit ada lagi jual perfume CK IN2U POP yang aku minat gilewww gilewww (Nampak effect mengada - ngada dekat situ??). Happy gila - gila sampai rasa nak cium - cium amoi tu! HAHAHA!

Bertambah - tambah happy sebab aku tak payah nak keluarkan duit sendiri. Ada orang yang tolong bayarkan. Thanks Inn! ^-^ Aku doakan kau cepat - cepat kahwin ye! HEHEHE! Sampai rumah lepas mandi terus spray sikit dekat badan. Harummmmm sedunia!

Tu tu yang warna hijau tu! ^-^
Ada dua tiga kali jugak orang tanya dekat FB, dekat Formspring, aku pakai make up jenama apa ye untuk make up sehari - harian? Ada yang suruh buat entry. Tapi aku rasa seganlah pulak kan nak buat entry. Karang orang kata aku poyo pulak nak tayang dekat umum make up apa yang aku guna. HAHA. Tapi akhirnya tahap poyo aku telah mengatasi segala - galanya. Nak share jugak dekat engkau orang apa yang aku guna. Gasaklah. HAHA.

 Tadaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!


1. Number one yang terpaling terpenting sedunia. BB Cream Sunplay Cool Aqua. Aku guna yang SPF 29++. Best! Muka macam kapas. InsyaALLAH. Picit sikit aje dekat hujung jari then calit dekat lima tempat atas muka (Dahi, hidung, kiri kanan pipi, dagu) ratakan secara menaik. Gunakan gerakan sehala untuk blend kan dia dekat muka. ^-^

2. Lepas itu aku tepek dengan Miyami Two Way Cake. Jangan pilih shade yang cerah sama dengan warna kulit. Ambik satu shade lagi gelap dari muka kita. Kalau tak nanti nampak putih sangat macam opera Cina. Kan pelik.

3. Elianto punya eye shadow. Aku ada banyak warna dia. Banyaaaakkkkk sangat. Murah. Satu bekas tu boleh dapat RM5, Tengok warna. Paling mahal pun belas - belas aje. ^-^

4. Eyeliner Stay - On pencil. Ambik yang kaler hitam. Memang terbaik! Dramatik habis mata engkau lepas itu. Pengguna setia dah 4 tahun. Belum terfikir nak curang. RM20++

5. Elianto Baked -Blusher Marble. RM30++. Terbaik dari ladang. Shimmer dia memang best dekat muka rasa licin aje. Stay dekat muka almost 8h++. 

6. Maybelline Water Shine lipstick. RM18++.

7. Body shop Vanilla Oil yang tak sampai RM50. Bau dia bertahan sampai malam. HEBAT!


So itulah yang aku tepek dekat muka hari - hari. Murah - murah aje pun make up aku tu. Bukan mahal - mahal pun. Aku belum rasa nak pakai barang make up mahal - mahal lagi. Rasa macam offended pulak kalau terpaksa pakai barang - barang make up yang mahal untuk buat muka kita jadi cantik. Macamlah muka kita hodoh sangat sampaikan kena pakai yang mahal - mahal. Yang murah pun okay aje, babe! ^-^

p/s : Engkau orang selesa pakai yang mana? ^-^

Dah. Babai. Pandu cermat jiwa selamat!

26 comments:

ciksukaberangan said...

hehe. tak pakai make up ^^

Cik Puan Bunga said...

Baguslahhhh! Natural beauty! Hehe!

ciksukaberangan said...

Cik Puan Bunga : hahaha. faktanya, tak reti make up :D

kak fakhriah said...

akak tepek krim temulawak..(tak penah tuko dari umo 17tahun), ngan bedak johnson..kadg2 yang purple..kdg2 yang pink, rase macam malas bantai yang biase2..hahahah

S.A. said...

First time I read your blog untuk baca review pasal Sunplay BB cream, terus kita beli semalam. Lembut dan best tapi coverage macam kurang sikit, maybe kena pakai tebal sikit kot :)

Anonymous said...

eyeliner stay-on pencil tue bleh cari kt mana erkk??x pernah jumpa lak b4 nie...

Anonymous said...

eyeliner stay-on pencil tue bleh cari kt mana erkk??x pernah jumpa lak b4 nie...

Unknown said...

cik puan bunga,
ayat nih "Beli blusher yang volume express dengan harapan bulu mata lentik macam Cik Ta punya" refer to blusher ke mascara?
ni mst eksaited sgt menaip sampai tersilap term nih. hihihi

btw, mekap CPB nice jek. takde la hover2. iloike!

fida said...

kita pakai blusher yg sama la..hehe..suka beli brg elianto..harga yg mampu untuk kita yg nak melaram cam diva tapi poket xmcm diva..hehehe..
skg ni hati melonjak nk beli perfume TBS tu..masa baca ayat awak tulis tu rasa mcm perfume tu lalu dpn idung jerk!!gial poyo!!hehe...xsabo nak ajak hubby p beli nih...sedey tol kat Taiping xde TBS..kalo x zassss da beli...huhu

Cik Puan Bunga said...

@kak fakhriahAkak muka flawless takde masalah. Jeles betullllll!

Cik Puan Bunga said...

@S.A.Beli yang SPF 29 ke 36? Kalau yang 36 tu mmg macam kureng sikit. Hoho.

Unknown said...

murah2 je saya punya teacher. :)

Cik Puan Bunga said...

@AnonymousDekat Elianto. Mana - mana Elianto pun ada kot rasanya! ^-^

Cik Puan Bunga said...

@cikdibaOh typoooo typoooooo! HAHAHAH!

Cik Puan Bunga said...

@fidaSila sila! Baunya pasti tak akan buat awak menyesal! HEHE! ^-^

Cik Puan Bunga said...

@zera eiraTakpe,orang cantik mcm kita pki yg murah2 pun dah cukup! Hahaha

Nurul 2 said...

cantek ape nye kalau sy ni. ta mcm teacher. heee.

Cik Puan Bunga said...

@Nurul Aqila AzmiHahah janganlah macam tu, kita semua pun cantik! ^-^

Anonymous said...

lipstic tu yg mane ek..natural k

Cik Puan Bunga said...

@AnonymousWater shine! ^^,

Anonymous said...

apa rahsia awak kulit muka cantek ye??? cmne awak pki bb cream tu pki span k

Cik Puan Bunga said...

@AnonymousIh taklah cantik sangat kulit ni, jerawat dan bekas jerawat tetap ada, pores pun boleh main golf. Besar. Saya pakai BB cream tu guna jari then ratakan pakai hujung jari. Compact Miyami tu banyak membantu jugak untuk coverage yang best sgt! ^^,

Anonymous said...

oh..aritu sy pki bb cream maybelline tp nmpk putih sgt r.. oh mane nk cr bb cream aqua cool ni ye??? sy nk tahu gk ape pencuci awak pki ye???

Cik Puan Bunga said...

@AnonymousOhh maybe compact powder awak kena cari satu shades yang lebih gelap dari warna BB Cream. Tapi yang sunplay tu memang best tau! tak menyesal! ^^,

Pencuci pakai SF Beauty ^^,

Anonymous said...

oo..tq berkongsi info.. akan cuba diaplikasikan. insyaAllah

Cik Puan Bunga said...

@AnonymousSama - sama! ^^,