Monday, May 28, 2012

Suhaimi Hashim

Assalamualaikum. Sebelum engkau orang pelik membabi - buta dengan tajuk entry aku kali ni, meh sikit aku nak tanya engkau orang. Pernah tak pernah tak engkau orang terasa sangat mencintai sesuatu sampaikan engkau berasa sungguh awesome sepanjang masa? Head over heels dengan something? Pernah? Pernah? Haaa macam itulah aku rasa sekarang. Hepp heppp jangan nak tuduh aku bukan - bukan. Ini bukan skandal ini kenyataan. HAHA. Okay okay. Siapa Suhaimi Hashim? Boyfriend baru ke? Mungkin tidak sebab aku selama ni setia dengan Farid Kamil aku. HAHA sila jangan muntah. Suhaimi Hashim ni seorang lelaki yang awesome yang suka buat cover - cover lagu dengan gitar dia and suara dia yang sungguh lemak merdu disukai ibu - ibu tu. Suara dia sungguh epik! Dengar sekali terasa nak dengar berkali - kali kali kali kali. Terus subscribe channel youtube dia. Serious memang berbakat beliau ni.

Semalamlah tengah aku syok - syok cari lagu Afgan, aku came across mamat ni punya channel youtube. Dengar pertama kali terus jatuh cinta macamana? Terus dengar semua lagu - lagu cover yang dia buat. Not badlah. Awesome gila semuanya. Kebetulan ada sorang kawan dekat FB bagi link FB dia, apa lagi kan teruslah add. Jyeaaahh!

Budiman sungguh beliau ini.
Engkau orang boleh check out semua cover yang beliau buat. Memang tak rugi singgah channel dia. Dia ada juga buat lagu sendiri. Not badlah. Benda - benda seni yang berkualiti. Jealous betul aku dengan manusia - manusia yang macam ni. Berbakat and very down to earth. Salute pengakap! Meh aku share video yang buat aku jatuh cinta dekat dia. HAHA



AWESOMEAWESOMEAWESOME!

So sekarang ni kalau free memang aku dengar ajelah lagu - lagu Suhaimi Hashim atau nama manja dia Cumi alahalahalah sweetnya namaaaaaa! Macam nak cubit - cubit pipi sendiri aje! HAHAHA!

p/s : Aku gitar memang tak pandai main, main batu seremban bolehlah. Berbakat tak berbakat tak? HAHAHA!
Dah. Babai!

Tuesday, May 22, 2012

Master Chef. Edisi Perasan.

Assalamualaikum. Bersempena dengan sambutan Hari Guru peringkat SESEGA 2012, KEBIRU dengan sukacitanya menganjurkan pertandingan Master Chef yang ala ala pro gitu. Aku dengan tak sedar dirinya pun sibuk - sibuk nak join sekali dengan Mel. Jangan kata nak memasak, nak potong bawang pun aku tak tahu tapi ada hati pulak nak masuk pertandingan memasak. Nampak tak dekat sini betapa tak sedar dirinya aku. HAHA.

Balik rumah, bila bagitahu emak nak masuk pertandingan memasak, melopong besar emak aku. HAHA derhaka tau, emak! Mungkin ia kedengaran sedikit tak masuk akal, tapi we'll see mommy, we'll see. HAHA!

Pertandingan start lepas waktu sekolah buat dekat Bilik Masakan. Dia punya huru - hara tak payah nak cakaplah. Berebut apron satu hal, berebut pisau, berebut chopping board. Oh team aku memang cool kentang sedunia, jangankan kata pisau, lesung batu pun aku bawa dari rumah. Semua emak dah preparekan. Sayang tak sayanglah kan emak aku dekat aku. HAHA. Menu kami simple aje masa tu. Ala ala pecal la, tapi guna sambal kicap campur kacang. Resepi rahsia emak. Aku rasa memang sedap sedunia. HAHA.

Sebelum start memasak, wajib posing dulu. Yang pakai baju ungu tu pelakon tambahan aje. HAHA!
Lagi berposing dengan team saingan. Penapis pun aku bawak weh!
Gadis Melayu betul kau Mel! HAHA!

Kita orang punya menu tak sampai setengah jam dah siap. Setengah jam ke hapa, 15 minit aje dah siap dah. Dah boleh start psiko group lain. Seronok sangat - sangat. Merapatkan ukhuwah sesama kita. Kalau ada yang tergurau kasar tu mintak maaf ajelah. HAHA.

Kami dengan masakan kami. Tu serabut - serabut cili tu Mel yang buat. Itu pasallah kalah. Ceh!

Walaupun tak menang, tapi yang penting masing - masing happy dan seronok. Lepas aje juri habis rasa semua masakan, kami apa lagi SERBUUUUUUUUUUUUU! Makan banyak sampai perut pun naik sakit. Haih!

Kalah tetapi puas hati!

Next year nak suruh KEBIRU anjurkan lagi. Yang ironinya, team cikgu perempuan punyalah ramai, boleh pulak cikgu lelaki yang tapau habis. Tahniahlah Cikgu Osman. Jeles betul aku ni hah!

Dah. Babai!

Monday, May 21, 2012

Last Payyyperrr Last Payyyperrr!

Assalamualaikum. Sekarang ni minggu exam. Dari last week dah start. Tapi esok special sikit sebab esok paper aku. Bukan aku yang nak exam pun tapi aku pulak yang lebih - lebih nervousnya. Takut kalau - kalau apa yang aku ajar selama ni belum cukup untuk buat dia orang dapat A. Tamak tak aku? Terus target A. Taknak target B ke C ke lulus ke apa. Terus berlari ke bintang. A terus. InsyaALLAH. ^^, 

Aku doakan semua students aku dari 5 kelas yang 171 orang tu dapat jawab dengan baiknya. Aku doakan semuanya lulus cemerlang. Aku dah halalkan semua ilmu. Eceh macam nak PMR sebenar pulak. Takut weh. First time aku mengajar form 3 ni. Macam - macam ada dalam kepala otak aku. Kalaulah dia orang tak dapat nak capai target, agak - agak siapalah yang kena dulu? Ha? Siapa? Siapa? Seramnya!

Alhamdulillah. Aku rasa tahun ni aku macam organized sikit. Kerja tak lagi huru - hara macam tahun - tahun sudahnya. Aku rasa aku belajar banyak benda dari pengalaman lepas. Alhamdulillah berubah jugak aku kearah yang lebih baik. Amin! Dalam 5 kelas yang aku mengajar tu masing - masing ada perangainya. Tabah ajelah hari - hari nak masuk kelas yang berlainan perangai. Kadang - kadang buat aku beristighfar panjang, kadang - kadang ada yang buat aku gelak sorang - sorang. Ada jugak yang menaikkan darah, ada jugak yang buat aku mengalirkan airmata macho aku. Macam - macamlah. Ingat senang nak jadi cikgu? Emosi bebeh emosi tu yang paling engkau kena kuat. Kalau tak kuat emosi, aku rasa boleh terbang jugaklah kerusi meja. Ketabahan kena sekuat biskut Tiger. Tak boleh garang sangat nanti students benci, pun tak boleh baik sangat nanti students tak respect.

Dalam 171 orang tu, tak semua aku dapat sentuh hatinya. Tak semua dapat aku berikan layanan yang sama rata. Kadang - kadang disebabkan perangai seorang, yang lain pun aku marah sama. Nampak macam tak fair. Tapi itulah hakikat. Marah bukan sebab aku benci. Marah sebab aku sayang sayang sayang. Dalam hati tak ada lain, cuma nak dia orang berjaya. Kalau aku hukum lari padang ke rotan ke, bukan sebab aku suka - suka nak dera kanak - kanak, bukan! Tapi sebab aku nak dia orang ambil pengajaran. Bak kata orang, kalau nak berjaya kenalah hablu minallah, hablu minannas. Hubungan baik antara guru dan murid itulah yang aku nak jaga sebenarnya.

Aku tahu ada anak murid yang tak puas hati bila aku layan kawan - kawan dia orang lebih sikit daripada apa yang dia orang dapat. Kalaulah aku ada masa yang banyak dalah sehari, aku nak layan semua anak murid aku sama rata. Aku nak attend dekat dia orang sama rata. Tak ada beza. Aku tak pernah beza - bezakan anak - anak murid aku antara yang pandai dengan yang tidak. Semua sama rata. Mana yang baik, aku layan baik - baik. Mana yang kurang baik memang aku rotan. HAHA. Tapi dalam hati niatnya cuma satu, nak engkau orang berjaya.
 
Jangan meniru!
Aku harap esok masing - masing pun dah cukup bersedia. Jawab soalan elok - elok dan jangan gopoh. Fikir betul - betul sebelum menjawab dan jangan jangan jangan jangan bazirkan masa dengan tidur. Please ye Zahid! ^^, All the best my angels. My prayer is always be with you. Amin insyaALLAH!

Dah. Babai!

Sunday, May 20, 2012

Boyfriend Saya Pulang Dengan Penuh Ke'Handsome'an

Assalamualaikum.Sari berita penting. Ehem ehem *Batuk - batuk betulkan tekak*. Masih ingatkah anda semua kepada tarikh yang sungguh bertaqdir itu? 2 Januari 2012. Ye. Pada tarikh itulah Farrel yang handsome telah dilanggarkan ke tiang elektrik oleh aku dengan begitu bergaya sekali. Okay bukan salah aku. Salah driver lori yang sungguh sibet itu. Kalau aku nak memaki memang dah tak membawa apa - apa kesan lagi sekarang. Eloklah aku duduk diam - diam sambil membuat demonstrasi secara amanlah sangat. Duduk dan bantah. Okey dah merepek. Sebenarnya cuma nak tanya engkau orang ingat lagikah kereta aku tu tu tu? 5 bulan tanpa Farrel buat hidup aku terasa sungguh tidak bermakna. Sobsobsob. Ayat mesti nak drama.


Susah sungguh menjalani hidup tanpa Farrel. Susah nak bergerak. Terpaksa share kereta dengan suami. Tak sama rasanya. Tak segagah Farrel, tak seromantik Farrel. Rindu sangat - sangat. Farrel sungguhpun kereta compact yang senantiasa dikeji - keji oleh masyarakat sekeliling kerana hanyalah sebuah kereta murah dan tidak berenjin turbo, tetapi Farrel umpama seorang lelaki yang begitu budiman sekali. Aircondnya sejuk sedunia dan tak pernah buat aku kepanasan. Farrel sungguh utuh apabila dipandu laju dan tidak bergegar sama sekali walaupun kelajuan mencecah 120 kmj. Orang kata, tak senang goyang. Jyeaahh! Enjinnya senyap dan sungguh mendamaikan. Farrel sebuah autobots yang sungguh awesome sekali.

Setelah hampir 5 bulan menanti dengan penuh kerinduan, akhirnya 12 Mei 2012 hari tu Farrel pulang dengan begitu kacak sekali. Hampir 2 jam aku tunggu Farrel dekat EON Batu Pahat. Perasaan tak usah tanyalah. Ibarat kata macam nak jumpa boyfriend lama yang dah bertahun tak jumpa. Berdebar - debar. Nervous! EH! Pertama kali melihat Farrel selepas hampir 5 bulan tak jumpa, memang tak dapat digambarkan. Disaat aku memegang sterengnya yang sungguh berkuasa itu terasa macam nak menangis keharuan dan keterujaan. Baiklah. Terlebih sudah.

Farrel sungguh kacak. Berkilat dan langsung tak ada cacat cela. Beliau tetap handsome dan bergaya sekali. Apatah lagi orang EON tu dah pasangkan skirt Savvy edisi baru yang sungguh urban itu, Farrel ternyata tampil begitu epik sekali! Sobsobsob!

Epik
Epik kuasa dua.
Muntah darah!
Walaupun bil dia buat aku rasa macam nak lempang orang laju - laju tapi aku pasrah. Mungkin ini bahagian Allah pada aku. Kifarah dosa - dosa aku yang lepas. Siapa tahu kan? Alhamdulillah. Berjanji dengan diri sendiri, lepas ini jaga Farrel dengan sepenuh hati. Taknak dah naik kereta laju - laju. Lain kali drive, aku tolak aje pakai tangan. Sopan bangat!

Puas hati dengan hasil kerja EON. Kemasan catnya cantik dan awesome. Pemanduan pun lancar, Takde sangkut - sangkut. Alhamdulillah syukur! Gembira melampau sebab lepas ni hari - hari boleh bawa Farrel pergi sekolah! Jyeeaaaaahhhh!

p/s : Lepas ini nampak tiang lagi, kau langgarlah lagi. Kan?

Dah. Babai!

Hadiah Sebenar Buat Seorang Guru

Bukan sesuatu yang mahal. Bukan sesuatu yang berharga. Bukan sesuatu yang besar. Cukup hanya sekadar diingati.

Thank you Asyraf Arif. Thank you.

p/s : Rindu kalau teringat awak selalu jemput masuk kelas. Sobsobsob!

Dah. Babai!

Friday, May 18, 2012

Cikgu Hijau Yang Gembira

Malam sebelum sambutan hari guru dekat sekolah aku tak boleh tidur. Pusing kiri kanan dok fikir kalau - kalau ada loop hole dekat preparation sambutan hari guru untuk 16 Mei 2012. Berdebar pun ada jugak. Selagi tak habis event ni rasa tak tenteram hidup aku. Haih. Lepas itu takut jugak kalau - kalau students aku tak bagi hadiah ke kan. Kosong kosong aje meja aku. HAHA nampak sangat bukan cikgu kesayangan. Seriaunya! HAHA!

Esok paginya sampai sekolah tengok bila semua cikgu hijau - hijau dah macam perhimpunan katak pisang (Wahkaka!) sedunia. Yang bestnya tengok baju siapa yang terpaling glamour. Ada yang letak batu - batan, manik, daun pisang, macam - macamlah. Seronok. Sambil kutuk - kutuk baju orang, tadah ajelah telinga kalau ada yang kutuk baju engkau pulak. HAHA. Disebabkan warna tudung aku lain daripada warna tudung cikgu - cikgu majoriti, senang nak spot aku kalau aku hilang. HAHA.

Acara wajib. Sampai - sampai terus posing dulu dengan geng bas sekolah.
Lepas itu acara bergambar ramai - ramai dengan semua cikgu - cikgu SESEGA. Bukan senang nak atur cikgu - cikgu ni. Semua tak mendengar kata. HAHA!
Sambil tunggu yang lain susun - susun diri masing - masing, sempat lagi bergosip, "Mana kau beli tudung ni, Jah?" HAHA!

Lepas siap berposing, kami berarak dari perkarangan sekolah ke dataran asrama SESEGA. Penat jugaklah berjalan dengan heel. Nak nak lagi jalan basah lepas hujan, agak stress jugaklah dekat situ. Tapi dengarkan kompang yang penuh bersemangat, terasa macam zaman muda - muda masa kahwin dulu. HAHA.

Pantang nampak kamera.
 Sampai dataran asrama, berkumpul ramai - ramai dengar perutusan - perutusan daripada manusia - manusia penting, kemudian baca ikrar dan nyanyi lagu epik untuk sambutan hari guru setiap tahun "Kami Guru Malaysia". Wajib air mata bergenang, dada sebak sangat kalau hayati bait - bait lirik lagu tu. Terasa mulianya kerjaya kami sebagai guru mendidik anak bangsa menjadi manusia berguna. Sobsobsob! Kemudian ada persembahan students, and acara potong kek sebelum masing - masing berehat sekejap untuk breakfast sebelum diteruskan dengan acara sukaneka and persembahan pentas.

Perhatikan muka Kak Wa yang menyampah tengok aku bagi arahan. HAHA.
Pitching masing - masing off! HAHA!

Masa acara sukaneka and persembahan pentas aku tak dapat join sebab sibuk uruskan hadiah - hadiah guru untuk acara tukar - tukar hadiah nanti. Sambil - sambil pastikan tagging untuk hadiah betul dan cikgu - cikgu semua dah serahkan hadiah masing - masing. Tengok macam mudah kan? Tapiiiii, buat dulu baru tahu senang ke susuah kerja ni. KEBIRU tahun depan tahulah macamana peningnya kepala nak uruskan semua ni. Tak dapat nak bergembira sama - sama dengan orang lain. Ceh. Tapi puas hati bila event tu berjalan dengan bagusnya. Yeahhh!

Nak melepas penat sekejap. Itu yang lain macam sikit perilakunya. HAHA

Masa persembahan pentas rugi betul aku tak pergi tengok. Ada student buat live performance untuk aku. (Auwwww touching!) Tak pasti dia nyanyi lagu apa masa mula - mula tu, tapi the moment aku sampai tu dia tengah perform lagu yang aku suka gila gila gila gila gila. Rapuh. Aihhh memang rapuh betul emosi masa tu. Sweetnya anak murid aku! ^^, Rugi betul tak tengok dari awal sebab dia dah prepare surprise, sekali aku tak ada pulak dekat situ. Aku sampai, dia dah nak habis perform and dia pun tak nampak aku berdiri dekat mana. HAHA tak ada rezeki.

Lepas persembahan pentas, ada makan - makan lunch untuk cikgu - cikgu sambil tukar - tukar hadiah. Memang hingar - bingar tapi best! Kalau buat perangai tak senonoh pun pengetua tak marah! HEHEHE! Habis lunch, aku, Mel dengan Kak Sally nak sambung celebrate dengan Kenny Roger's pulak. (Haih makan makan makan makan lagi!) Sebelum balik singgah dulu bilik guru kot - kotlah ada students letak hadiah atas meja. Rupa - rupanya ada surprise lagi! HAHA sweet sungguh - sungguh!

Student yang buat live performance tadi, sekali lagi buat live performance untuk aku dekat bilik guru. Wajiblah aku rasa terharu kuasa dua yang berganda - ganda. Terima kasihlah awak, susah - susah aje nak buat teacher awak yang suka buat perangai bukan - bukan ni happy. Terima kasih. ^^,
HAHA comel!

Alhamdulillah, hari guru tahun ni banyak kenangan yang macam - macam betul. Menguji emosi sesungguhnya. Alhamdulillah semuanya dah berjalan dan berakhir dengan bagusnya. Terima kasih juga untuk students yang wish dan sudi beri aku hadiah. Terharu lagi. Kerja asyik nak terharu memanjang. Mana nak sangka cikgu garang suka merepek macam aku ni ada juga yang sayang. Ecehceh! 

Weeeee!
Okay fineeeeeeee bagi aku cokelat banyak - banyak. Semua suka aku gems kan kan kan! HAHA!

16 Mei tahun ni aku betul - betul happy. Walaupun sedih sikit tak dapat nak sambut dengan kekasih gelap (Tika. I miss youuuuu soooo much!) tapi hopefully di tahun - tahun akan datang dapat celebrate dengan dia lagi. Sobsobsobsob. Bersemangat aku nak mengajar dan mendidik dengan lebih baik lagi. Insyaallah. SELAMAT HARI GURU buat semua kawan - kawan, bekas cikgu aku dan juga students - students aku. Sesungguhnya aku juga banyak belajar daripada mereka. TERIMA KASIH CIKGU! ^^,

p/s : Janji - janji manis aje students yang kata nak bagi aku hadiah Farid Kamil. Ceh!

Dah. Babai.

Tuesday, May 15, 2012

Izinkan Aku Merasa Bahagia Esok. Eceh!

Aku tengah nervous ni.Bapak punya nervous. Esok buat kali kedua KEBIRU Batch 2011/2012 organize hari guru dekat sekolah. Jadi apa, aku tak tahulah. Tak berani nak cakap sebab aku rasa kami - kami ni dah buat yang sehabis baik dah. Cakap - cakap belakang - belakang tu aku malas nak ambik pusing. Nanti next round engkau orang trylah jadi AJK KEBIRU baru tau best tak best nya kan kan kan? ^^,

Alhamdulillah baju dah siap. Beading pun dah siap. Simple aje. Taklah sarat gila glamour. Aku rasa kecantikan semulajadi aku dah cukup untuk buat aku tampil dengan begitu hot. KAHKAHKAH muntah ramai - ramai. Cuma tudung ajelah yang menjadi masalah yang sungguh memalat disini. Kalau nak diikutkan dah elok dah KZ Nabihah nak sponsor tudung tapi aku sangat tak sempat nak pergi ambil. Tak sempat. Gila busy nak uruskan hari guru. Bihah, after hari guru ni valid lagi tak offer tu? HAHAHA.

Jadinya esok aku just pakai tudung yang suami belikan. Suami kata cantik. Kalau dah suami kata cantik, makan cantiklah kan. Bak aku kata tadi, orang cantik pakai apapun cantik. KAHKAHKAH. Tikam aku! Kasut pun tak beli yang baru. Just sarung ajelah apa yang ada. Belasah ajelah. HAHAHAHA.

Pakai ini untuk esok. Semoga tampil lebih comel. HAHA!

Esok cuma sematkan ribbon chiffon aje dekat tudung. Semoga mampu tampil lebih comel dan kiut - miut dan awesome sekali. Itu ajelah harapan aku. Dan semoga majlis esok berjalan lancar. InsyaALLAH Amin! Doakan ye!

Nervous!

Selamat Hari Guru buat semua readers .geek in the pink. Doakan aku tak terjatuh ke tergolek ke masa perarakan esok. AMIN!

HAHAHAHA!

Dah. Babai!

Saturday, May 12, 2012

Setahun Sekali Kami Nak Feeling Artis

Assalamualaikum kawan - kawan. Lamanya tak update blog. Sekarang semua ramai - ramai boleh panggil aku pemalas! Sorry sangat - sangat tak sempat nak update selalu, balik sekolah aje terus tidur. Malam nak buat macam - macam sangat. Blog pun terabai. Aku tau blog aku ramai yang baca, itu belum masuk stalkers dengan silent readers. KEHKEH. Mintak maaf sebab perasan famous sekejap. Siapa rasa nak muntah sila berbuat demikian sekarang.

Next week kami spesis cikgu - cikgu ada satu event besar yang berlangsung sekali aje dalam setahun. Hari itulah nanti kami berpeluang perasan artis sekejap. Pakai baju glamour - glamour vogue - vogue sikit, make up tebal - tebal sikit, dan kami akan jadi extra peramah pada hari tersebut. Takkan marah - marah students, takkan ligan students keliling sekolah, takkan verbally abusing students kalau dia orang prank kami berlebih - lebihan, percayalah, setiap kali 16 Mei, kamilah makhluk Allah yang terpaling baik sekali sedunia. HEHE.

Tahun ini kami akan pakai pakaian yang seragam sempena hari guru. Hijau saujana mata memandang. Nasib baik rumah aku ada tailor hebat sedunia tolong jahitkan baju maka tak payah nak pening - pening kepala mana nak cari tailor yang jahit baju secara adhoc. Cuma masalah sekarang nak cari tudung ajelah kan. Menyampah betul, manalah aku nak cekau tudung yang glamour sikit ni. Orang lain pakat - pakat beli shawl chiffon yang harga ratus - ratus sila aku mana mampu kan kan kan so solution sekarang nak cari bawal crown yang hebat sedunia. Supaya mampu tampil anggun dan comel dan menawan juga! HAHA!

Ini uniform pada 16 Mei nanti. Jyeaaahhh!

Baju baru aje hantar beading. Tak tahulah macam mana rupa bentuknya nanti. Tabah ajelah. Oh sekarang memang giat nak cari tudung bawal crownlah! Mana ada jual eh area Batu Pahat? Bantuin guwe dong!

Nah siapa rindu aku boleh tengok muka mintak kaki ni seround! HAHA!

Dah. Babai!

Tuesday, May 8, 2012

Rezeki. Perut Kenyang Hidup Lebih Gembira

Assalamualaikum.Cuaca sungguh panas sekali. Alangkah bagusnya kalau aku dapat skinny dipping dekat mana - mana pool hotel, letak ais sikit. Huwaaaargghh sungguh syurga. Ke duduk kutub utara sekejap main - main dengan beruang kutub sumpah tak cari lain! Panas sangatlah! Aircond rosak nak betulkan mahal pulak, nak beli baru rasa macam membazir pulak. Tabah ajelah tahan panas, boleh jugak bakar - bakar lemak tepu dalam sekilo dua. Harapan.

Semalam 7 Mei sempena birthday Cik Aim, kami berjamu sate ayam and daging dengan burger kukus. Dah lama tak makan sate, bila pekena sate malam - malam macam tu memang tak pandang kiri kanan. Tapi kuah kacang dia tak boleh challenge yang emak buat. Memang terbaik sedunia. Yang beli ni macam oily sikit. Tak kisah. Orang dah belanja makan ajelah.

Pun sempena dengan kejayaan Meme (Cousin) dapat masuk Universiti jurusan Kejuruteraan Mekanikal. Sedihlah. Sorang sorang aku punya assistant pergi jauh meninggalkan aku, sorang dah pergi Penang, ni lagi sorang dah sambung study dah. Aku dah tak ada orang suruhan dah. Sobsobsob!

Sebelum makan, abah bacakan doa selamat dulu supaya makanan menjadi lebih barokah dan syaitan tak makan bersama. HEHE. Makan ramai - ramai baru datang rasa syoknya. Alhamdulillah. Rezeki yang ada dikongsi bersama. ^^,

Burger kukus tu roti dia dikukus, bukan dibakar macam selalu. Sedap!

Untuk Cik Aim and Meme,

Selamat Hari Lahir untuk Cik Aim. Semoga panjang umur murah rezeki diberkati Allah sentiasa dan diberikan kesihatan yang baik. Amin. Tahniah jugak untuk Meme. Semoga Meme menjadi manusia yang berguna satu hari nanti. Jangan karang engkau join duduk bantah pulak Meme mintak mansuh PTPTN. Lempang sekali karang! HAHA!

Sekarang tengah nak plan untuk acara BBQ secara Mega. Sekarang tengah usha - usha ahli - ahli Isnin's Clan yang lain bila agaknya dia orang free. Dah lama tak buat bakar - bakar ni!

Dah. Babai!

Sunday, May 6, 2012

Lelaki Berkaca Mata

Sejak aku terpandangkan wajahnya yang begitu memukau jiwa 12 tahun yang lepas, terus terlekat dalam hati dan sanubari yang aku kan bertekad walau macamana sekalipun, aku akan menjadi perempuan dalam hidup dia. Masih jelas dalam kepala, muka dia pada waktu itu. Dialah lelaki berkaca mata yang pertama yang aku kenal. Eceh.

Sejak berkawan dan sejak menjadi isteri yang sah, tugas hakiki setiap tahun adalah menjadi peneman setia ke kedai cermin mata and diberi tanggungjawab untuk memilih design. Tugas penting tu! Untuk memastikan suami kekal kacak sedunia setiap hari. Dan biasanya suami akan bulat - bulat bersetuju dengan setiap pilihan aku tanpa sebarang kompromi.

Dulu suami pakai yang frameless, tapi sejak kejadian siku aku terkena muka dia dan cermin mata yang dia baru beli dua minggu terbelah dua, dia terus pakai yang full - framed. Menyesal sungguh time tu. Dahlah aku tak ada duit nak ganti. Buat muka seposen minta dikasihani. Time tu tengah bercinta, tak marah pun. HAHA.

Meneman suami memilih cermin mata tak pernah sesekali membosankan aku. Bangga bila setiap kali suami merujuk pendapat aku dulu sebelum bersetuju memilih design yang dia suka. Dan aku pulak, lahir dengan sifat mengada - ngada yang melampau sedunia selalu suruh suami pilih design yang sangat cacamarba. HAHA. Yang cacamarba itulah yang buat dia kelihatan kacak setiap masa.

Untuk sesi 2012.
Belek - belek. Oh suami sangat fussy!
Yeah. Berkenan dengan yang ini! ^^,
Tadaaaaaa! AWESOME sangat!
  Alah sayang sayang sayang!
Aku rasa lelaki kalau berspek tu seksi dia berlebih - lebihan sikit! HEHE!

Dah. Babai!

Thursday, May 3, 2012

Berzina Dan Disumpah Menjadi Batu

Nauzubillah. Beristighfar panjang aku bila abah suruh cari video ni dekat Youtube. Advance abah aku. HAHA. Aku taktaulah samada video ini benar asli ataupun propa aje kan. Tapi tak mustahil kalau ia betul - betul terjadi. Tak ada yang mustahil kalau Allah dah berkehendakkan sesuatu tu daripada terjadi. Jadi bersempena malam Jumaat yang penuh dengan keberkatan ni aku nak share satu video yang diambil di Paloh, Johor. Video pasal pasangan yang masing - masing sudah berkahwin, berselingkuh, berzina dan kemudiannya dilaknat menjadi batu (Ke makhluk pelik. Entah)



Pasangan lelaki katanya dah ditelan tanah. Tinggal yang wanitanya sahaja yang kaku keras dah tak bernyawa lagi. Sekali lagi aku ingatkan, kesohehan video ni tak dapatlah nak dipastikan lagi. Ini cuma perkongsian pintar yang aku nak ingatkan kepada orang - orang diluar sana. Balasan Allah itu sesungguhnya sesuatu yang nyata.

p/s : Sayangi pasangan anda. Jangan curang. Allah is watching you!

Tuesday, May 1, 2012

Bersih 3.0. Gelombang Kuning Yang Bangkit Penuh Kuasa Boboi Boy.

Assalamualaikum. Aku nak share something yang aku dapat dari NGO - Melayu Islam Bersatu. Buanglah ego jauh - jauh mana yang tak sependapat dengan aku. Bawak - bawaklah bertenang, especially anak - anak muda yang adrenalin sedang mencurah - curah ibarat cokelat diladang gandum Koko Crunch (Eh apesal??)


Nota daripada seorang sahabat di Universiti Medina kepada Bersih 3.0

Bismillah.

Sebelum bersungguh-sungguh ingin menghapuskan korupsi pada pemerintah, rakyat harus menghapuskan korupsi pada diri mereka sendiri. Berapa ramaikah rakyat yang mengabaikan solat namun mengharapkan pemimpin seperti Umar Abdul Aziz?

Berapa ramaikah rakyat yang menipu dalam urusan perniagaan namun mengharapkan pemimpin yang jujur dalam harta negara ? Berapa ramaikah rakyat yang sangat kedekut dalam bersedekah namun mengharapkan mereka mendapat harta negara dengan saksama ?

Berapa ramaikah rakyat yang melanggar undang -undang keselamatan jalanraya namun mengharapkan mahkamah yang telus? Berapa ramaikah rakyat yang tidak peduli terhadap mesej kenabian lalu mengharapkan pemimpin yang memimpin dengan jalan kenabian ?

Sebelum rakyat bising mereka ditipu oleh Kerajaan, semak dulu adakah rakyat sudah berlaku jujur dalam urusan mereka dengan kerajaan.

Masih ada lagikah rakyat yang tipu ketika 'punch card' di tempat kerja. Masih ada lagikah rakyat yang tipu 'office hour' dengan meng'ular'. Masih ada lagikah rakyat yang ambil M.C tanpa ada apa-apa keuzuran. Masih ada lagikah rakyat yang tipu 'claimn' untuk out station.

 Masih ada lagikah rakyat yang gunakan harta pejabat untuk kegunaan peribadi. Jika rakyat masih tipu kerajaan, maka tidak pelik kerajaan juga akan tipu rakyat.

Telah menjadi Sunnatullah bahawa kaum-kaum yang zalim itu diperintah oleh orang yang zalim. Firman Allah: “Dan (penduduk) negeri itu telah Kami binasakan ketika mereka berbuat kezaliman.” (Surah Al Kahfi, 18: 59)

Al-Walid ath-Tharthusi rahimahullah berkata, “Sehingga sekarang masih terdengar orang-orang berkata, “amalan - amalan kalian adalah pekerja-pekerja kalian”, sebagaimana kalian sekarang ini;maka seperti itulah kalian akan dipimpin."

Di dalam al-Qur’an terdapat ayat yang semakna dengan perkara ini. “Dan demikian kami jadikan sebahagian orang-orang yang zalim itu menguasa sebahagian yang lain disebabkan apa-apa yang mereka (masyarakat) usahakan.” (Surah Al-An’am, 6: 129)

Imam Ibnu Katsir rahimahullah menjelaskan (Berkenaan ayat tersebut) “Tiada orang yang zalim pun melainkan ia akan diuji dengan orang yang zalim. Dijadikan dari kalangan orang-orang yang zalim, mereka dikuasai oleh orang- orang-orang yang zalim lainnya Sebahagian mereka dihancurkan dengan sebahagian lainnya, dan sebahagian mereka disiksa dengan sebahagian lainnya, sebagai balasan atas kezaliman mereka.” (Rujuk: Shahih Tafsir Ibnu Katsir, Terbitan Pustaka Ibnu katsir, jil 3, m/s. 430)

“Wahai rakyatku! Bersikap adillah kepada kami! (Bagaimana mungkin) kalian mahukan dari diri kami sebagaimana yang dilaksanakan oleh Abu Bakar dan Umar, sedangkan kalian tidak pun mengerjakan sebagaimana apa yang mereka amalkan?!” (Siraj al-Muluk, m/s. 100-101).

Pemimpin itu asalnya adalah seorang Rakyat. Zalimnya seorang Pemimpin disebabkan zalimnya seorang Rakyat, begitu juga sebaliknya

Fikir fikirkan lah....setakat mana amalan kita sebelum kita mengharapkan amalan baik dari Pemerintah?

1. Sudahkah kita membayar zakat dengan telus
2. Sudahkah kita mendidik anak dengan didikan islam
3. Sudahkah kita menjalankan amalan Rukun Islam dengan sempurna
4. Sudah kah kita membantu kaum keluarga seperti di syariatkan
5. Sudahkah kita menjadi anak atau abang lelaki yang bertanggung jawab
6. Sudahkah kita solat 5 waktu sebelum bercakap hal agama
7. Adakah kita bertanggung jawab terhadap Mak Bapak dan kaum keluarga
8. Adakah kita menjadi jiran mengikut ajaran Islam 

Dan banyak lagi....Tanya lah diri kita setakat mana amalan kita? Sebelum bercakap mengenai Islam dalam negara ?


p/s : Aku bukanlah seorang perwira, gagah menghunus senjata, namun hati rela berjuang, walau dengan cara sendiri, demi cinta ini.

Aku berjanji, akan ku didik anak bangsa menjadi manusia yang lengkap berpendidikan yang penuh dengan hikmah. InsyaALLAH.

Dah.Babaibaiiiii!