Tuesday, May 8, 2012

Rezeki. Perut Kenyang Hidup Lebih Gembira

Assalamualaikum.Cuaca sungguh panas sekali. Alangkah bagusnya kalau aku dapat skinny dipping dekat mana - mana pool hotel, letak ais sikit. Huwaaaargghh sungguh syurga. Ke duduk kutub utara sekejap main - main dengan beruang kutub sumpah tak cari lain! Panas sangatlah! Aircond rosak nak betulkan mahal pulak, nak beli baru rasa macam membazir pulak. Tabah ajelah tahan panas, boleh jugak bakar - bakar lemak tepu dalam sekilo dua. Harapan.

Semalam 7 Mei sempena birthday Cik Aim, kami berjamu sate ayam and daging dengan burger kukus. Dah lama tak makan sate, bila pekena sate malam - malam macam tu memang tak pandang kiri kanan. Tapi kuah kacang dia tak boleh challenge yang emak buat. Memang terbaik sedunia. Yang beli ni macam oily sikit. Tak kisah. Orang dah belanja makan ajelah.

Pun sempena dengan kejayaan Meme (Cousin) dapat masuk Universiti jurusan Kejuruteraan Mekanikal. Sedihlah. Sorang sorang aku punya assistant pergi jauh meninggalkan aku, sorang dah pergi Penang, ni lagi sorang dah sambung study dah. Aku dah tak ada orang suruhan dah. Sobsobsob!

Sebelum makan, abah bacakan doa selamat dulu supaya makanan menjadi lebih barokah dan syaitan tak makan bersama. HEHE. Makan ramai - ramai baru datang rasa syoknya. Alhamdulillah. Rezeki yang ada dikongsi bersama. ^^,

Burger kukus tu roti dia dikukus, bukan dibakar macam selalu. Sedap!

Untuk Cik Aim and Meme,

Selamat Hari Lahir untuk Cik Aim. Semoga panjang umur murah rezeki diberkati Allah sentiasa dan diberikan kesihatan yang baik. Amin. Tahniah jugak untuk Meme. Semoga Meme menjadi manusia yang berguna satu hari nanti. Jangan karang engkau join duduk bantah pulak Meme mintak mansuh PTPTN. Lempang sekali karang! HAHA!

Sekarang tengah nak plan untuk acara BBQ secara Mega. Sekarang tengah usha - usha ahli - ahli Isnin's Clan yang lain bila agaknya dia orang free. Dah lama tak buat bakar - bakar ni!

Dah. Babai!

10 comments:

Meeda said...

bestnye buat BBQ. lepas tu kumpul dengan family ramai-2 kan

lieynanilaz said...

saya festime dengar burger kukus...:)

Cik Puan Bunga said...

@Az MeedaAah sambil catching up dengan life masing - masing. BEST sangat! HIHI!

Cik Puan Bunga said...

@lieynanilazSedap juga rasanya! ^^,

dear yayah said...

terliur plak tgk satay ni.. aish .. hm

Hustler said...

Drooling lagik dgr burger kukus!!!

xxxxh said...

terliur tengok satey. ishhh

Cik Puan Bunga said...

@dear yayahUiii sedap sedunia!

Cik Puan Bunga said...

@HustlerUiiii nyumnyumnyummm!

Cik Puan Bunga said...

@ezzatyMaafkan saya kerana membuat awak terliur! HEHEHE!