Friday, June 8, 2012

Hot Stuff

Assalamualaikum. Sebenarnya aku tak tahu nak mula dari mana. Aku cuba.

Sepanjang aku menjadi pendidik. Macam - macam yang aku dah lalui. Benda - benda best, benda - benda musibat. Walaupun baru nak cecah 5 tahun mengajar, tapi banyak benda jugak yang aku belajar dalam masa tempoh 5 tahun tu. Belum cukup nak menjadikan aku hebat. Terbaik jauh sekali. Tapi aku belajar sehari demi sehari untuk menjadi yang terbaik, memberi yang terbaik. Ceh dah macam moto syarikat jualan langsung pulak.

Orang kata jadi cikgu ni kerja senang. Kerja mudah. Gaji besar. Cuti banyak. Ayat - ayat tipikal yang engkau orang biasa dengar dekat mana - mana. Heh. Senang? Senang sangat. (Buat muka Datin Maimon)

Students pun macam - macam yang aku jumpa. Yang baik, yang terlalu baik, yang baiklah sangattttt, yang depan baik belakang baik, yang depan jahat belakang baik, yang depan baik belakang jahat, engkau cakap ajelah yang macamana. Aku dah jumpa. Setiap tahun pasti ada kisahnya. Berputus asa? Tak akan sekali - kali. Mengalah? Jauh panggang dari api. I'm a woman of steel. Jyeah.

Kadang - kadang bila kita jadi guru yang garang sangat budak tak suka. Menyampah. Macam akulah. Aku tak suka cikgu yang garang tak pasal - pasal. Jumpa sikit nak sergah, ternampak sikit nak menyumpah. Ada saja yang tak kena. Jadi baik sangat pun macam celaka juga. Samada kau gagal terus melingkup ataupun kau kena bahan setiap hari dengan students engkau yang semakin hari semakin advance. Jadinya ramai guru memilih untuk menjadi moderate. Baik dan garang. Dengan harapan engkau boleh give and take dengan students engkau. Engkau dapat mewujudkan zon bebas dekat situ. Zon gencatan senjata. Dekat zon itu engkau boleh jadi kawan dan dalam masa yang sama garisan pemisah status guru dan pelajar itu ada.

Aku tak tau macamana dengan cikgu - cikgu lain, tapi bagi aku kerja mengajar ni bukan setakat nak bagi dia orang dapat A masa exam nanti. Bukan. Bukan. Walaupun itu termasuk dalam target aku mengajar sehari - hari tapi bukan itu misi utama. Pembelajaran sepanjang hayat. Lifelong learning. Apa yang dia orang dapat dekat sekolah pada hari ni, dalam masa 20, 30 tahun akan datang dia orang masih boleh guna pakai dalam hidup dia orang. Susah. Ye. Kalau setakat nak dapat A straight masa exam, tak payah gunakan khidmat cikgu pun engkau orang boleh dapat 65 A. InsyaALLAH. Tapi manusia yang macamana yang engkau bakal jadi nanti? Itu, engkau jawab sendiri.

Jadi, bila usaha engkau diperlekeh pelajar sendiri, apa engkau rasa? Bangga? Kalau engkau tanya aku, rasa dia macam ada manusia pegang tahi dan lumur dekat muka engkau. Kecewa. Iya. Kecewa. Tak sedikit pun pernah terdetik dalam hati aku buat semua tu untuk mengejar glamour, atau perkataan yang tengah meniti dibibir - bibir manusia pada ketika ini, nak jadi 'Hot Stuff'. Mungkin ayat aku cliche. Tapi aku ikhlas. Ikhlas nak bantu anak murid aku yang majoritinya dari 171 orang tu datangnya dari kelas belakang. Budak - budak yang markah English dia orang paras - paras antara gagal dengan lulus. Budak - budak yang tak tahu pun bila nak guna atau bezakan present tense dengan past tense. Yang tak tahu makna perkataan 'COMBINE' pun. Yang tak tahu pun nak menulis karangan. Tapi aku tahu, dalam diri setiap daripada dia orang, terdetik rasa ingin berjaya. Aku, nak sentuh hati mereka.

Kalau ayat - ayat memperlekeh itu datangnya daripada mulut - mulut pelajar yang tak guna, yang datang sekolah hanya tahu nak menyusahkan cikgu - cikgu, aku boleh faham mentaliti dia orang. Tahap pemikiran dia orang letaknya dekat mana. Sumpah aku boleh faham. Tapi, kalau yang memperlekeh itu datangnya daripada pelajar yang aku tatang macam minyak yang penuh, yang namanya selalu meniti dalam setiap perbualan aku dengan cikgu - cikgu yang lain, yang selalu aku yakini bakal melakar sejarah untuk 2012, maka perasaan aku ketika itu adalah seperti mahu memilih untuk hidup atau terus terjun dan mati perlahan - lahan. Baginya, dia bijak pandai. Tak punya langsung masalah untuk berjaya. Ya. Bagaimana dengan 170 yang lain? Atau 100 yang lain? Atau 55 yang lain? Atau 20 yang lain? Atau 5 yang lain? Bagaimana?

Gila. Tapi aku tak pernah tahu pun yang aku dibenci sampai ke tahap ini. Aku rasa aku sentiasa berikan yang terbaik, sentiasa. Mungkin kurang senang barangkali. Mungkin aku bukanlah seperti apa yang mereka harapkan. Mungkin aku belum layak untuk menjadikan mereka manusia. Mungkin aku belum layak untuk dihormati sebagai guru. Mungkin. Ya mungkinlah. Aku belum sepenuhnya guru. Aku kecewa.

Setiap kali aku dekati mereka, dibibir aku meniti doa. Setiap kali mereka menyakitkan hati aku, aku cepat - cepat sejukkan kembali hati yang marah biar jangan sampai aku terlepas menjadi tidak redha. Setiap kekecewaan setiap kali kerja - kerja yang aku berikan tak dilaksanakan dengan baik aku ubati sendiri dengan seribu harapan yang mereka akan berubah. Nampaknya itu belum cukup untuk mereka menghormati aku sebagai seorang guru. Mungkin ilmu aku terlalu dangkal. Mungkin apa yang aku beri terlalu picisan untuk dihargai. Mungkin. Ya. Mungkinlah.

Kalau aku yang dibenci, janganlah dibenci ilmu yang aku sampaikan. Janganlah dinafikan tunjuk ajar yang aku berikan, jangan ditidakkan setiap titis keringat dan masa - masa yang aku laburkan untuk mereka. Setidak - tidaknya, enggan menghormati aku sebagai guru, hormatlah aku sebagai orang yang lebih tua dari mereka. Setidak - tidaknya.

Mungkin dia lupa. Aku akan ingatkan dia. Mungkin jalannya tersasar. Aku akan pimpinkan dia. Mungkin dia terlalu benci. Aku akan tawarkan kebenciannya. Mungkin dia terlalu bangga. Aku akan ceritakan padanya kisah Qarun. 

Sekurang - kurangnya aku tak berpura - pura. Kerja keras aku buat semua ini untuk mereka bukan sebab aku nak pangkat, nama atau pengiktirafan mana - mana pihak. Tak pernah. Tak terlintas. Tak terbayang. Tak pernah menginginkan. Tapi kepuasan yang aku dapat bila setiap jiwa yang aku didik berjaya dalam subjek aku, itulah sebenar pengiktirafan tertinggi yang aku impikan. "Terima kasih cikgu". Ayat keramat itu yang membahagiakan aku untuk tempoh 5 tahun yang picisan ini. Bukan yang lain - lain.



Terima kasih. Hari ini aku tahu, di mana tempat aku.

Ikhlas.
Cikgu.

14 comments:

Uji Hussein said...

Alhamdulillah, akak dah masuk 17 tahun mengajar tapi belum pernah ada pengalaman menyakitkan dengan pelajar.Mudah-mudahan akan terus begitu hingga akak pencen.Apa pun, jgn cepat putus asa menghadapi kerenah anak-anak murid kita.

-[DeeYA]- said...

owh..keciwanya bila ada student mcm tuh.
luluh rasa hati.
siapalah student yg berjaya buat ko mcm ni..
bersabarlah wahai hati.

Cik Puan Bunga said...

@Scarlett O'HaraAlhamdulillah. Tahniah kak. Akak memang guru cemerlang. Saya ni kena banyak belajar dari akak! Huuuu ^^< Berputus asa takkan sekali2 kak. Kuat semangat saya ni nak mendidik anak bangsa. Semua ni semakin menguatkan saya! ^^,

Syafika Musa said...

Teacher :')

Cik Puan Bunga said...

@-[DeeYA]-Batman tak akan mengaku kalah. Batman tak akan cepat putus asa! JJyeaaaahhh! Rindu kau! Sobsobsob!

Cik Puan Bunga said...

@Syafika MusaSaya! :)

Nora_Aniza said...

terima kasih atas perkongsian pengalaman ini, semoga dapat menfaat utk sya bila dah mengajar nanti :p

Cik Puan Bunga said...

@Nora_AnizaOh bakal guru juga? ^^, cekalkan hati kuatkan semangat! Jyeah!

Meeda said...

Dapat guru yang baik sangat pon tak best, yang garang sangat pon lagi tak best.
Tapi jadi cikgu memang best, kan? :)

Syafika Musa said...

Batman the best ;) HAHA.
Teacher kuat.!
Btw, teacher thanks untuk ilmu yg teacher da bgi :)

Cik Puan Bunga said...

@Az MeedaBest sedunia! ^^,

Cik Puan Bunga said...

@Syafika MusaSama - sama (Walaupun sebenarnya tak pernah bagi apa2..) ^^, Hee jyeahh Batman kuat! ^^,

Anonymous said...

kuatkan semangatmu wahai Cik Puan Bunga. Memang begitulah resam dunia sekarang ni.Murid-murid dah tak pandai menghargai pengorbanan guru..

Cik Puan Bunga said...

@AnonymousThanks. Kalau kita merungut, dia kata kita tak ikhlas, tapi ikhlas kah mereka dengan setiap apa yang mereka buat untuk guru? Haih. Tabah.