Tuesday, June 5, 2012

Suami

Tak tahu kenapa.Tapi hari ini aku nak bercerita tentang dia.

Oh Assalamualaikum kawan - kawan. Aku sambung cerita tadi ye? Em. Okay. Iye. Hari ini aku nak bercerita pasal dia. Mungkin ada yang sudah bosan setiap kali aku bercerita tentang sisi cinta dan kehidupan aku. Tapi nak buat macamana. Aku ni jiwang karat orangnya. Iye. Muka aja gangstar. Tapi hakikatnya hati penuh dengan taman bunga. KEHKEH. 

Sebenarnya bukan selalu aku bercerita pasal dia. Kadang - kadang. Tak selalu. Malu. Nanti orang kata aku jiwang tak bertempat. Padahal kalau mahu diikutkan, aku nak saja bercerita tentang dia kepada semua warga bumi. Iye. 

Suami sangat comel perangainya. Tahun - tahun terawal mengenali beliau aku sangkakan suami seorang yang bermuka ketat dan tak tahu bergembira. Suami saya sangat sejuk perangainya. Tak suka marah - marah. Tak suka cemburu membabi - buta. Satu sikap suami yang aku tabik spring sampai sekarang, suami bukan seorang yang cemburu melampau. Tak. Suami cukup faham dengan keterujaan aku setiap kali terserempak dengan lelaki kacak. Dan suami juga cukup faham dengan keringanan dan keramahan mulut aku dengan kaum yang berlawanan jantina. Suami mengendali aku ibarat mengendali layang - layang. Tali lepas lepas. Bila macam sudah tegang, tinggi jauh melayang, dia tarik tarik semula biar dekat dengan tanah. Faham? Cemburu? Semestinyalah. Tapi bukan yang buta. Cemburu suami sungguh comel. Suami bukan jenis yang check inbox, SMS, FB segala. Senjata dia adalah doa. Dan selalunya, cubaan aku untuk menyimpan rahsia kotor dari suami akan gagal. Sama ada suami tahu kerana kebodohan aku mengantoikan diri ataupun mulut aku gatal dan mengaku sendiri. Tiada rahsia antara kami. Alhamdulillah.

Rasanya sudah banyak kali aku war - warkan, suami cukup pandai memasak. Kebolehan dia memasak adalah melebihi si isteri. Air tangan suami buat aku tak tidur malam. Sedap sedunia. Suami tak pernah memaksa aku belajar masak dan menjadi tukang masak yang hebat untuk dia. Suami kata, tak apalah aku tak pandai memasak. Tapi aku pandai mengemas dan membahagiakan dia. Ya Allah. Bila suami puji begitu, aku rasa terbang - terbang tak jejak bumi. Bila sesekali memasak, suami puji dengan bersungguh hati. Makan banyak - banyak dan sampai habis. Teruja sungguh aku untuk memasak lagi dan lagi. Tapi tak selalu. Maklumlah, tinggal dengan emak. Emak pula manjakan kami. Semua tugas memasak, emak yang tapau. Kami tinggal nganga mulut dan makan betul - betul. Terima kasih, emak!

Terlalu banyak pengorbanan suami untuk aku. Terlalu banyak. Aku tak mampu nak hurai satu - satu. Cinta aku untuk suami tidak ada tolok bandingnya. Bagaimana aku sayangkan nyawa sendiri, begitulah sayangnya aku pada suami. Malah lebih lagi. Aku redha dan rela hidup bersusah senang dengan suami. Bermula dari kosong hingga seperti sekarang, Allahu akhbar. Sesungguh ini rahmat ALLAH yang paling besar untuk aku. Mungkin akulah perempuan yang terpaling bertuah di alam semesta. Menjadi isteri kepada lelaki yang kacak (Ehem) baik budi pekerti, rajin bersolat dan sangat sangat penyayang. Maaf kepada yang tak suka. Iye. Aku memang puji suami melambung - lambung. Sebab itu hakikatnya. Biar tak mewah dengan wang ringgit, aku mewah dengan kasih sayang dari suami. Dan sekarang semakin berseri - seri dengan kehadiran buah cinta kami, Adam Irfan Xaharis.



Orang yang selalu menyokong aku, dialah. Orang yang selalu membiarkan aku buat kerja - kerja bodoh, dialah. Lepas itu bila aku menyesal dan perlukan bahu untuk menangis juga telinga untuk mendengar, maka dialah juga orangnya. Iya. Suami akan biarkan aku buat semua benda - benda bodoh. Walaupun dah ditegah aku degil juga nak buat. Dan bila menyesal, dia tetap berada dekat situ untuk meminjamkan bahu dan kata - kata semangat. Ya ALLAH. Tak tergambar betapa bersyukurnya aku.

Bila aku marah - marah dan campak semua barang - barang ke lantai. Dia tak akan pungut. Tapi dia akan peluk dan pujuk aku, sampailah aku sendiri yang pungut barang - barang yang aku campak tadi. Dia akan peluk aku erat - erat sampailah kemarahan aku hilang. Tak pernah sekali pun dia mengasari aku, pukul, cubit, langsung tak pernah. Dan inilah hasilnya. Aku terlalu manja dan bergantung harap. Hanya pada dia. Definisi dunia pada aku, adalah dia. Dia dan dia sahaja. 


Dia tak pernah gagal membangkit rasa cinta aku untuk dia. Tetap bertambah dari sehari ke sehari. Rindu tak pernah hilang walaupun hari - hari berjumpa. Yang paling manis, kalau kami tak jumpa walaupun sehari, dia rasa rindu. Rindu dengan bebelan aku, rindu dengan perangai aku. Rindu. Suami bukan seorang yang meluah rasa. Perasaannya, suka duka marah kecewa semua disimpan dalam hati. Pandai - pandai aku sendiri untuk meneka. Jadi bila dia meluah sesuatu pada aku, aku akan dengar dan sangat - sangat menghargai. Itulah suami. Cintanya adalah sabar. Sabarnya adalah cinta.


Entah apalah kebaikan yang aku pernah buat, sehinggakan ALLAH mengurniakan aku suami sehebat dia. Walau apapun taqdirnya, aku sangat - sangat bersyukur. Syukur Ya ALLAH Alhamdulillah.


Demi Allah yang menjadi saksi setiap apa yang berlaku di langit dan dibumi, aku terlalu menyintai lelaki yang kini sah menjadi suami aku. Setiap titis peluhnya yang mengalir demi mencari sesuap rezeki untuk aku dan Adam, hanya ALLAH yang mampu membalasnya. Setiap masa aku berdoa untuk kesejahteraan dan keberkatan hidupnya. Aku berdoa, ALLAH akan mengurniakannya Jannah dan segenap bidadari yang terindah untuknya. Aku? Biarlah aku menjadi ketua bidadari - bidadari itu. Heh. Cita - cita kena tinggi. InsyaALLAH. Amin Ya Rabb.

13 tahun menyemai cinta. Dan setiap hari tak pernah berlalu tanpa rasa bahagia.

Terima kasih sayang, untuk cinta ini.


Salam sayang,
Isterimu.

8 comments:

Unknown said...

Salam..
Cerita anda membuatkan saya ckup terharu..untungnya suami ada wife yang sehebat awk..Terus saling sayang-menyayangi hgga hujung nyawa .InsyaAllah :)

lieza said...

2 para akhir..tetiba ada air panas bertakung kt mata i..tetibe jatuh laju..kita punya yg hampir sama..Allah is great! *hugs*

ecadwinkyasha said...

this is so awesome...touched!.

doa tuk kalian :)

Aida Jelita said...

ohhh so sweeettt!!!

Cik Puan Bunga said...

@Mala NasohahSaya atak hebat tapi selalu berangan nak jadi hebat! ^^, InsyaALLAH terima kasih untuk doanya! Amin Ya Rabb!

Cik Puan Bunga said...

@lieza*Hugs u back*

Cik Puan Bunga said...

@ecadwinkyashaTerima kasih untuk doanya! ^^,

Cik Puan Bunga said...

@Aida JelitaKurangkan gula dalam makanan, tambahkan manis dalam senyuman! HIHI!