Assalamualaikum. Tahukah anda, selain bau ketiak suami yang handsome, bau baby adalah bau yang teramat sangat boleh membuat aku teruja enam ratus lapan puluh empat kali. Bau baby yang suci murni kalah perfume Bvlgari tahu tak, tahu tak? Sedap sedunia! Jadi bila sesekali dapat gomol baby comel, memang peluang keemasanlah! Mihmihmih! (Oh by the way ini gaya baru aku gelak. Bayangkan gelak sambil tersengih dengan penuh kecomelan. Menghasilkan bunyi MIHMIHMIH! HAHA mintak kaki!)
Tahniah Makngah kerana dengan hebatnya telah melahirkan ahli baru kongsi gelap Isnin yang seberat 3.6kg pada 18 Jun yang lepas. Hebatlah! Masih tak dapat challenge berat baby terberat dalam keturunan Isnin. Disandang oleh Adam Irfan Xaharis. 3.76kg! HAHA! Sekilas pandang muka dia macam Kakak Una, sekali pandang lagi eh macam Abang Fateh pulak. Yang pasti memang 100% handsome tanpa syak wasangka. Mihmihmih!
Onyohonyohonyoh omel omel!
Eksyen nampak muka!
Sambil tidur boleh senyum.
Rasa macam kekok pulak nak pegang baby. Masa nak angkat pun seram - seram jugak. Mengada - ngada betul. HAHA. Tapi baby Makngah tersangatlah baiknya. Tak menangis langsung. Kerja asyik nak minum susu, tidur, minum susu, tidur. Pheeewww! Kalaulah dulu Adam Irfan Xaharis sebaik ini. Mihmihmih! Bila pegang baby, cium bau baby, terasa macam nak ada baby lagi pulak. Ehem. Rasa- rasanya Adam pun dah cukup besar nak jadi abang. Bestnya kalau dapat baby gegurl. Memang aku hiaskan dia macam kereta berhias. All pink, of course! HAHA. Amin! Doakan ye doakan! Eceh!
Eceh. Eceh. Eceh. Praktis. Praktis. HEHE
Oh sudah buka mata! KACAK!
Muhammad Arrazi Mohd Asfarizan
Muhammad Arrazi sayang, Mokde doakan Arrazi membesar jadi khalifah yang berguna kepada anak, bangsa dan negara. Jadi anak yang soleh dan berbakti kepada ibu dan ayah. Amin. InsyaALLAH. Sayang Arrazi!
SKT tahun 2013. Baby gegurl! KEHKEH! Amin!
Dah. Babai!
10 comments:
comelnya bby tu...bertambah lagi umat nabi Muhammad...ahlan wassahlan...hehehe..( ceh! speaking arab....hahahaha)...kak CPB,saya doakan kak CPB dapat bby girl....doa banyak2,usaha mau lebih...bagi Adam kawan main masak2...huhuhu...
anda bila lagi ? !
Amin..insyaallah de rezeki tahun depan..:)
wa..tahniah!!! sedapkan bau bb.. rindu nk bau bb lagik...
@imantizz_truperAmin! ^^, Terima kasih untuk doanya!
@Aida JelitaSoalan yang jawapannya hanya ditangan ALLAH! ^^,
@✿ n.i.e.y.x.z.h.a ✿ ™AMIN! ^^,
@watyzBau bb adalah bau yg terpaling epik sekali! ^^,
Keturunan jawa??
Naper kt surat beranak wafiy die tulis melayu...ala...rugi.
@Miss TasantekHaaa rugilah kauuuu rugi!
Post a Comment