Assalamualaikum. Tiba - tiba dah Ramadan yang ketujuh. Besarlah harapan didada bahawa setiap hari berpuasa boleh hilang sekilo dua. Tapi haram nampaknya harapan tinggal harapan yang melaghakan. Jangan kata turun sekilo dua, turun seratus gram pun macam mitos aje. Pagi memanglah tak makan, tapi masuk aje azan Maghrib melantak macam bela sundal bolong. Itu belum togok air asam boi dalam gayung lagi tu. Mana kuih - muih lagi, nasi lagi. Hari - hari demand nak lauk ayam. Pui!
Tapi alhamdulillah. Ramadan kali ni banyak perubahan positif dalam diri. Ehem. Eceh. Pergi sekolah takadalah membuang masa bergosip macam selalu. Ada masa senggang, aku duduk diam - diam dekat meja sambil dengar lagu Nasyid. Nampak tak betapa mulianya perangai aku dibulan Ramadan Al - Mubarak yang penuh keberkatan ni. Kalau kawan - kawan ajak bergosip pun aku menolak dengan senyuman penuh hemah sambil berkata "Maaf, sesungguhnya saya sedang berpuasa." Eceh. Nampak? Nampak? Hidup terasa penuh dengan pengisian rohani.
Berbuka pula kalau bab - bab makanan aku tak heran sangat. Tapi kalah betul aku dengan air pelbagai perisa yang dijual dekat gerai - gerai air tu. Ais asam boilah, tembikai merahlah, air tebulah, air kelapalah. Tapi tak boleh nak challange air kelapa handmade yang suami petik, tebuk dan campurkan sendiri dengan air gula. Peh! Nak nak lagi buat dengan penuh kasih sayang. Jadi dia punya sedap tu memang terasa menusuk sampai ke hatilah. Eceh. Sudahnya masa solat Maghrib air dalam perut bunyi berkocak - kocak. Berenang - renang penuh kegembiraan agaknya cacing - cacing dalam perut aku.
Tapi yang super peliknya, Ramadan tahun ni buat aku jatuh cinta dengan Nasi Kerabu. Menu yang aku langsung tak pernah sentuh sejak 29 tahun hidup dekat muka bumi Allah ni. Selama ni kalau orang makan Nasi Kerabu aku buat bodoh aje. Nak menjamah memang tidaklah sebab aku tengok Nasi Kerabu ni macam tempat melonggok segala lauk. Semua pun ada. Serabut perut aku nak makan. Tapi itulah orang kata jangan benci sangat takut - takut satu hari nanti jatuh sayang. Tengok macam tahun ni punya bulan puasa, tak alih - alih aku dah jatuh cinta dengan Nasi Kerabu. Tengok aje Nasi Kerabu yang sungguh seksi tu nyaris - nyaris buat aku batal puasa. HAHA. First time berkongsi makan dengan Embun, aku rasa Nasi Kerabu tu sangat epik dan sedap sedunia! Beli dekat Bazaar Ramadan Parit Yaani. RM5. Peh!
Hai. Sayalah Nasi Kerabu yang seksi itu!
Tahun ni berazam nak khatamkan 30 juzuk Al - Quran. InsyaALLAH. Walaupun
mengaji bukanlah tahap profesional, tapi alhamdulillah kalau kata
mengaji tu berbunyi lah jugak. Alhamdulillah. Berhasil jugak didikan
emak abah aku. Beruntung betul suami dapat isteri macam aku. Sudahlah
cantik, pandai mengaji pula. Ehem. Suami bagi galakan. Alhamdulillah. InsyaALLAH kalau ada rezeki dapatlah aku habiskan 30 juzuk tu. Amin!
Ramadan korang macamana?? Awesome tak?
Dah. Babai!
10 comments:
nasi kerabu mmg sedap kot. kat KL ada jual yang kaw-kaw punya, pehhh terangkat!
@Innanie | AriffinDulu benci sekarang sayang! GASAK!
nasi kerabu tu...2 3 hari lepas tok saya ada buat nasi kerabu..pedas ya amat...mulut dok kata 'pedas2' tapi habis jugak 1 pinggan penuh...hehehe...kak CPB,baju raya warna apa tahun nie? hehehe...
dekat pasar malam kerinci ada nasi kerabu yg super duper sedap..selalu je minta lebih kelapa..hahaha..smoga CPB dpt khatam al quran dlm rmdhn ni..amin..
nasi kerabu best best:)
lapar plak tgk gambar tu haaaa
^__^
@imantizz_truperBaju raya tahun ni tak fikir lagi warna apa. Sadis betullll! Huhuhuhu! Silap2 pakai aje baju raya tahun lepas! Hoho!
@Cik LyeenTerima kasih untuk doanya! Aminnnnn!
@laskar pelangiHAaaa kurang pahala puasa! HAHAHAHAH!
perghhh feveret saya tu akak. kalau kat kelantan ni dia punya sambal kelapa tu manis kemain. ulam pun banyak dia letak. tapi harga murah \^___^/
@Nabila ZainudinAkak baru ni nak datang roh makan Nasi Kerabu. Sedap rupanya Ya ALLAH kalaulah tahu sedap macam ni dulu lagiii dah makan dah! HAHAHA!
Post a Comment