Wednesday, August 29, 2012

Kasih Sayang Bersepahan Dalam Hati Sempena Syawal Yang Mulia. Eceh.

Assalamualaikum. Adalah mengharukan okay, eh bukan mengharukan sahaja, tetapi adalah super mengharukan bila rumah engkau mejadi pilihan anak - anak murid untuk datang berhari - raya. Rata - rata sepakat mengatakan rumah aku sangat ceruk dan menyusahkan untuk dijejaki *Roll eyes* Macamlah rumah aku dekat Papua New Guinea. Menyampah. Eh tapi macam yang aku cakaplah, super mengharukan bila anak - anak murid engkau sanggup datang jauh - jauh berpeluh - peluh semata - mata mahu datang berhari - raya. Aku sebagai guru terpaling berjiwa penyayang seantero sekolah hampir - hampir mengalirkan air mata setiap kali ada students datang rumah. Berjiwa penyayang aku ni rupa - rupanya. Sobsobsob. *Kesat mata dengan hujung lengan baju*


Ini manusia pertama menjejak kaki berhari - raya. Sangat gentleman datang sorang - sorang. Dah semakin kurus, semakin kacak. SPM Batch 2009. Bila tengok Ariffin yang semakin membesar terasa diri ini sangat tua dan dan dan tidak comel lagi seperti dahulu kala. How time flies! *Kesat mata lagi* Dulu masa dekat sekolah suka tolong aku buat kerja. Angkat bukulah, kemas kelaslah. Apa - apa tugasan disettlekan dengan penuh rasa wibawa dan tanggungjawab. Dalam kelas super fokus sedunia. Setiap kali balik cuti sem mesti tak lupa untuk Buzz aku. Touching sedunia!

Lepas itu group kedua yang datang adalah group havoc dari kelas 3RK2 PMR 2012. Datang secara berjemaah dengan sungguh comel sekali. Siap ada yang datang bersampin. Terharu lebih. Semua bawah umur tapi masing - masing jadi rempit sejati sebab datang rumah aku bawa motor semua kelasss kau Jah. Lesen confirm tak ada. Ya Allah, terima kasihlah semua. Kalau group ni yang datang rumah aku memang huru - hara. Sekejap - sekejap ketawa, nanti masing - masing diam makan kuih. Bila dah kenyang karang ketawa lagi. Dan begitulah seterusnya sampailah masing - masing mintak balik. Pheww! Ingatkan tak tahu jalan balik. HAHA!

Ini 4 sekawan ni dalam kelas suka berangan. Tapi bagus, bila kena marah tak pernah ambil hati. Kihkih!
Ini semua bodyguards saya. Kacak - kacak super. Lagi - lagi Luqman (Specky) Alahai baik sedunia hari - hari tolong aku bawa buku, hantar masuk dalam bilik guru. Sweet sangat perangai.

Dilain hari pula, Batch SPM 2010 menyerbu. Kali ni dia orang bernasib baik sebab suami sempatlah memasak untuk dia orang. Untunglah! HAHA. Ya Allah datang juga lengkap bersamping dengan muka masing - masing dah kacak sedunia. Sekali lagi effect terasa diri sendiri sungguh tua menghantui diri. Rasa malu pulak nak mengaku umur sebenar. KEHKEH. Batch ini kuat menganjing. Rasa nak lempang pakai kaki sorang - sorang. Terharu bila sorang - sorang minta maaf dengan sopan sambil kepala masing - masing tunduk patuh. Olohlohlohloh!

Eh tapi bila bergambar sama kenapa nampak sungguh sebaya ni?HAHA

Ini couple manis dua orang ni Batch SPM 2008 antara legasi terawal aku mengajar. Batch pertama hasil didikan aku. Ingat lagi kelas dia orang (5 Sains 3) budak - budaknya baik - baik sedunia. Patuh. Sobsobsob. Rindu! Datang buat aku teringat zaman - zaman bercinta masa sekolah dulu. Masih sama macam dulu dua orang ni, sopan, sweet sangat. Didoakan kekal kasih sayangnya hingga ijab halalnya. InsyaALLAH.

Batch PMR 2012

Lagi touching bila dua orang ini datang. Shah Azlan dengan Selamat. Datang dari kelas terpaling belakang tapi suka buat aku rindu gila zaman - zaman mengajar mereka ni dulu. Sepakat mengatakan bahawa aku cikgu terwangi dekat sekolah. HAHA. "Kalau lalu somewhere terbau wangi, mesti cakap dalam hati, ini Teacher Yatt baru lalu nii!" HAHA. Baiklah, Selamat!


Wakil kelas 3KAA PMR 2012 (Ada lagi seorang sebenarnya, Firdaus tapi tak sempat nak berposing. Thanks Firdaus!) Alahai. Sopan santun sangat sampai aku pun tak berapa nak sampai hati buat perangai liar dekat rumah. Sopan je aku jalan tunduk - tunduk. HAHA. Biasalah, bila duduk sebelah manusia sopan automatik aku yang merakas ni jadi sopan. HAHA. Bagus budak ni. Buat menantu memang takkan menyesallah. Siap jadi Imam, imamkan kawan - kawan solat Zuhur dekat rumah aku hari tu. *Nasib baik anak aku lelaki. Kalau tak dah cop buat menantu. HAHA*


Hakim. Sopan juga. Baik aje. Dia inilah yang sanggup naik motor jauh - jauh sebab nak hantar munjung rumah aku masa bulan puasa hari tu. Dahlah kacak, baik budi perkerti pulak. Haih. Bagus ni!



Ini Batch SPM 2008. Kelas akaun. Group ini memang tiap - tiap tahun tak pernah miss serbu rumah aku. Lagi - lagi yang posing paling depan tu. Dulu masa wedding aku, banyak sangat tolong aku. Tak lama lagi giliran dia pulak naik pelamin. Tua dah akuuuu tua dah akuuuu!


Batch SPM 2010. Ini datang dengan mengejut. Tau - tau dah sampai depan rumah. Kelas Sains Teknologi 2. Dah besar - besar dah semua. Kacak - kacak cantik - cantik sedunia. Satu yang aku menyampah dengan diri sendiri, suka - suka bagi nama lain dekat anak murid. Memang simptom penuaan. Lupa nama anak murid sendiri. Lepas tu terasa sangat gagal sebab dah bagi hint banyak kali pun tak ingat - ingat juga! *Tepuk dahi*


Group ini datang buat aku terpaling touching. Batch SPM 2010. Kelas ni paling happening dulu. Semua manusia dalam kelas 5 Sains 2 ni mulut macam masing - masing ada 2,3 pasang. Especially yang terpaling depan tu yang pakai baju putih sebelah kiri. Fahmi. Subhanallah mulut. Rasa macam nak gam dengan gam gajah. Tapi sekarang bila dah besar jadi sopan sedunia. Rindunya Ya Allah. Diorang ni special, masing - masing ada nama Western. Zachery, Stevie, Owen. Rindunya rindunya rindunya!

Wawa. Datang rumah tak reti duduk diam. Lain kali datang rumah aku memang kena tambat budak ini dekat pokok banyak kerengga.

Penutup (Agaknyalah tak tahu kalau lepas - lepas ni ada lagi. HAHA) adalah bila rumah aku diserbu habis - habisan petang tadi Batch PMR 2012. Entah berapa banyak motor entah yang datang serang. Tak terkira. HAHA. Nasib baik sempat suruh Emak masakkan mee goreng bodoh - bodoh. Kesiannya masing - masing makan dengan penuh berselera. Lapar sangat agaknya. Kuih raya pun licin tinggal bekas. Bagus betul, bagus.  Walaupun rumah hingar - bingar sekejap, masing - masing nak bercakap serentak, gasak siapalah yang nak dengar. Sudahnya aku pening kepala.

Hampir separuh kelas.
Separuh kelas lagi. Phewww!

Aidilfitri kali ini memang meriah sedunia. Lagi - lagi bila aku berkongsi kegembiraan dengan anak - anak didik tersayang. Monyet macamanapun perangai masing - masing, tapi ingatan nak datang berhari - raya rumah aku tulah yang sangat mahal sedunia. Kesanggupan, keterbukaan hati dia orang memilih rumah aku sebagai rumah untuk dikunjungi memang buat aku terasa betul - betul dihargai. Terima kasihlah semua sayang - sayang teacher. Sayang engkau orang semua. Bekas anak - anak didik pulak, walaupun masing - masing entah dah kemana - mana sambung belajar, masih ingat lagi teacher diorang yang suka membebel, suka denda, suka hukum merepek - repek ni. Terharu. Terima kasih ya!

SELAMAT HARI RAYA SEMUA, MAAF ZAHIR DAN BATIN! ^^.

p/s : Bagusnya kalau yang seorang tu sudi datang. Dengar tak?

Dah. Babai!

Monday, August 20, 2012

Cerita Syawal Kanak - Kanak Tua.

Assalamualaikum.Tiba - tiba dah 2 Syawal. Cepat betul masa berlalu. Ayat cliche. Setelah kenyang melantak segala macam makanan yang emak masak dan mabuk - mabuk kuih raya sikit, baru teringat nak update blog yang telah dinaik taraf menjadi dot com ni. (Nanti cerita dekat entry lain. Weehoo!) OH SELAMAT HARI RAYA SEMUA! (Lambai - lambai tangan)

Pagi 1 Syawal bermula dengan agak smooth bila masing - masing bangun on time dengan penuh keceriaan. Mana tak ceria, pagi - pagi raya dah korek - korek rendang daging emak yang memang emmmphh tak payah nak cakap banyak - banyaklah. Rasa dululah, memang terus sepakat nak buat jadi emak mertua.  Hidangan lengkap air tangan emak 100%. Kuah kacang, kuah lodeh, ayam grilled, ketupat pehh memanglaaahhh memang! Suasana pagi raya memang sesuatu yang epik. Tenang, nyaman, mendamaikan, dengan takbir sayup - sayup berkumandang, dengan muka - muka penuh kebahagiaan, umat Islam meraikan kemenangan setelah sebulan menggiat diri menahan nafsu yang macam - macam kategori. Hah. Alhamdulillah.

Sebagai seorang isteri, moment yang paling syurga adalah apabila suami kita sibuk - sibuk tanya mana songkok, sibuk - sibuk minta kita betulkan butang baju, sibuk - sibuk suruh kita pasangkan butang baju walaupun agak ironi seorang lelaki yang gagah perkasa tiba - tiba tak tahu nak pasang butang baju melayu. Kan? Kemudian sibuk - sibuk suruh kita betulkan sampin. Alaah. Moment itulah yang terpaling syurga sekali. Rasa kembang bunga - bunga dalam taman hati bila suami lengkap berbaju melayu siap sampin macam nak menikah (Ehem), siap - sedia nak pergi masjid. Dia punya syurga, memang tak terucap dengan kata - kata. Heaven sedunia.

Suami dengan penuh redha.

Kemudian, siapkan pula anak bujang yang kerjanya celik mata je berlari satu rumah. Main bekas kuihlah, main gelas lah, Ya Allah. Tabah. Tabah. (╥_╥) Tema baju raya tahun ni warna ungu. Terus - terang aku pilih warna ungu sebab demam Beliebers masih membara - bara dalam diri. HAHA. Gigih aku promote dekat students supaya masing - masing beli baju raya warna ungu. So nanti ada sambutan hari raya dekat sekolah, bolehlah unguuuuuu mata memandang. HAHA. Tadah ajelah telinga kena keji sebab pilih warna ungu sebab demam JB (╥_╥) Okay tahun depan nak pilih warna yang lebih berprestij dan bertaraf star. Warna apa? Nasib baik dapat suami yang super sayangkan isteri. Warna apapun gasaklah janji isteri bahagia. Weee!

Menziarahi kubur memang menjadi satu kemestian setiap kali pagi raya. Masa inilah kami akan menjadi super beremosi sekali. Kubur atuk nenek sebelah emak dengan abah. Terbayang - bayang kenangan kami dengan atuk nenek. Dahlah masa kecik bukan main nakal lagi dengan dia orang. (╥_╥) Semoga atuk - atuk dan nenek - nenek kami ditempatkan dikalangan orang - orang yang beriman insyaALLAH.

Balik dari menziarah kubur, moment yang ditunggu - tunggulah. Err kira moment yang mendebarkan jugak bagi seorang isteri yang banyak dosa dengan suami macam aku. Manalah tahu suami taknak maafkan ke, suruh aku poco - poco dulu sebelum dosa - dosa dianggap settle ke kan. Hah. Saat bersalaman dengan suami, terasa kasih sayang yang tak berbelah - bahagi untuk suami. Pandangan mata dia yang penuh kasih - sayang buat aku terus menghambur semua kekhilafan yang aku pernah lakukan. Aku tahu, betapa lelaki inilah yang banyak berkorban emosi, fizikal dan masa mudanya untuk menjaga aku selama aku bergelar isterinya untuk 4 tahun yang super bahagia. Lelaki inilah yang membanting tulang (Errr...) mengerah keringat dan kudrat mencari rezeki yang halal untuk aku dan Adam. Sobsobsob. Okay ini betul - betul touching! (╥_╥)

Family ungu! Ungu! Ungu! Jyeah!
Kekasih - kekasih dunia akhirat.
 Settle revamp akaun dosa dengan suami, nak revamp pulak akaun dosa dengan emak abah, adik - beradik pulak. Tahun ni Maklong tak join sesi ni sebab Maklong beraya dekat Sungai Mas. So nanti Maklong bermaafan secara sololah tanpa kami sebab kami dah jalan dulu! HAHA! Tumpang lalu ye Maklong! Family aku ni lain macam sikit, orang lain minta maaf hingar - bingar dengan airmata family aku pulak hingar - bingar dengan gelak - gelak dan beberapa ketul lawak yang boleh tahan bodohnya. Jangan tanya kenapa. Family kami memang kalau suruh serious, bertahan 50 saat je. Yang selebihnya gelak memanjang.
 
Anak dengan emak dua - dua comel Subhanallah.

Lepas tuuuu apa lagi. Makan time! Time ni lah nak mengokak ketupat emak, rendang emak semua - semua yang emak masak. Berselera masing - masing makan. Tak tengok kiri kanan. Maklumlah sebulan tak makan siang hari, dapat peluang makan, cekik betul - betul. HAHA. Buruk perangai! Lepas makan, semua duduk diam - diam tunggu tetamu datang. Tahun ni raya pertama dah plan nak duduk rumah and tunggu tetamu datang. Emak dengan abah lah yang paling busy nak layan saudara mara. Kami adik beradik setakat keluar salam - salam senyum - senyum sebelum hilang balik masing - masing duduk dapur diam - diam. Kami adik - beradik memang pemalu. Pui! HAHA!

Raya ke dua nanti barulah nak round satu kampung. Maklong dah pesan tunggu dia balik kalau nak tawaf rumah saudara mara. Makngah pun dah pesan jangan start tawaf tanpa dia. Baiklah. Baiklah. Malam 1 Syawal duduk rumah layan tetamu datang sambil - sambil layan FB. Reply wishes and PM dari students, kawan - kawan, skandal - skandal (Eceh) sambil - sambil upload gambar - gambar raya. HAHA.

Tetamu balik, akulah kerja mengokak kuih raya!

Alhamdulillah. Syawal 1433H kali ni memang betul - betul bagi aku satu pengisian rohani yang susah aku nak describe macamana. Banyak moment - moment bahagia yang aku tak dapat nak kongsi dekat sini. Emosi sangat bercampur baur tapi banyak didominasi oleh emosi kegembiraan. Alhamdulillah. Syawal yang terlalu banyak magis nya. Syawal yang mendewasakan dalam erti kata kematangan hati, fikiran, walaupun aku belum mencapai tahap matang secara total, aku bersyukur kerana perspektif aku berfikir mula berubah degree nya. Alhamdulillah. Diberi peluang menyambut lebaran dengan orang - orang tersayang, dengan family, dalam keadaan sihat sejahtera. Alhamdulillah. Syukur!

SMS dari cinta hati yang jauh dimata dekat dihati. Ecehwah!

Penutup 1 Syawal aku pun boleh tahan awesome jugak. Tengah sedap - sedap basuh kain boleh pulak aku tergolek dekat bilik air. (╥_╥) Memang terbaik lah ! Penat minta tolong takde siapa nak perasan sebab dah pukul 1.30 pagi. Suami pun mamai - mamai urutkan badan sebab dia pun dah tidur sama. Mithali betul aku. Orang tidur aku sibuk lagi mengemas rumah. Siap basuh baju lagi. Hebat ni! Memang isteri pilihan. Itu yang sampai jatuh bilik air tu! (╥_╥)
 
Eh. Tertepek gambar boyfriend pulak! KEHKEH!

Untuk semua pembaca .geek in the pink. yang sekarang dah tukar jadi cikpuanbunga.com, aku nak ucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir Dan Batin. Ampunkan salah silap aku sepanjang aku berblogging, mana - mana entry aku yang musibat yang menganjing yang membahan yang membabi - buta, aku minta ampun. Kalau - kalau ada aku terkasar bahasa, terover, terbudget bagus ke, aku minta ampun. (╥_╥) Halalkan makan minum (Eceh) semua - semualah ye. (╥_╥) Selamat Hari Raya!

p/s : Jemput datang rumah ya! Rumah aku banyak kuih sedap - sedap. Aku beli dengan penuh kasih sayang.

Dah. Babai!

Friday, August 17, 2012

Karunia Ramadan.

Assalamualaikum.

Sesuatu itu, biar sepedih dan seperit manapun, jika dilakukan dengan rasa ikhlas yang bukan diada - adakan, insyaALLAH, keberkatan ALLAH akan menyusul mengubati apa yang pedih dan perit itu. -Norhayati Isnin

Aku pandang dia. Dia pandang aku. Aku pandang dia dengan penuh kasih sayang. Aku tak tahu dia pandang aku dengan pandangan yang apa. Dalam hati aku Allah saja yang tahu. Dalam hati dia, dia dan Allah saja yang tahu. Sebab aku tak tahu. 30 saat (Mungkin lebih mungkin kurang) berkeadaan begitu, dia akhirnya membuka bicara. Ayat penyata yang pertama kali keluar dari mulut dia. Dalam keadaan kami hanya berdua. Berempat. Dengan dua malaikat di bahu kiri kanan kami.

Beberapa ayat yang pertama keluar dari mulut masing - masing kedengaran sangat kekok dan masih berbaur ego. Terutamanya aku. Beberapa kali aku cuba menukar nada suara, supaya getar yang berakar dari hati takkan sampai ke riak muka. Dan akhirnya, ego aku runtuh seruntuh - runtuhnya bila saja telinga aku menangkap bait ayatnya yang hampir terakhir.

"Saya mahu berbaik sampai bila - bila."

Itulah sebenar. Itulah sebenarnya yang meruntuh tembok antara aku dengan dia. Itulah sebenarnya. Itulah sebenarnya yang membuak sebak dalam hati aku. Dan itulah sebenarnya. Yang membuka empang takungan air mata. Itulah sebenarnya.

Dari situ aku mengesan riak ikhlasnya. Dari situ aku membuang jauh - jauh topeng hipokrit yang berbulan - bulan aku pakai. Dari situ, hati aku berkembang dan melimpah - ruahkan maaf yang maha ikhlas untuk dia. Tanpa kompromi.

Dan, umpama skrip filem yang aku hafal dari zaman kanak - kanak, segala - galanya aku luahkan umpama esok takkan ada lagi. Aku tahu dia kurang percaya atau mungkin 100% tidak percaya dengan apa yang aku cakapkan. Mungkin. Sebab kalau ditelinga manusia biasa, semua yang aku luahkan tu bunyi dia lebih kurang macam mitos. Dongeng kanak - kanak. Tapi itulah yang sebenarnya bersarang dalam hati. Itulah ikhlas yang aku ingin dia tahu. Ingin dia tahu yang selama ini dia bukan picisan. Dia penting. Bukan. Bukan. Dia sebenarnya adalah yang terpenting. Sangat penting untuk aku. Aku mahu dia tahu itu.

Dan sekarang. Dia sudah tahu.

Allah saja yang berupaya memberikan aku kekuatan mengawal emosi. Menjinakkan kelenjar - kelenjar airmata supaya jangan terhambur dihadapan dia. Macamana aku mengetap bibir dan mengawal vibrato suara supaya tidak bergetar - getar. Walaupun nantinya aku bakalan tewas dengan emosi, diharapkan agar bukan dihadapan dia.

"Alhamdulillah"

Ucap dia. Sambil kedua tangan diraup ke muka. Ringkas. Tetapi sangat terkesan dalam hati aku. Subhanallah. Maha suci Allah. Misteri sungguh caraNya melerai kekusutan, menghurai beban. Dengan cara yang penuh bertakzim sekali, dua tali ukhuwah yang dulunya terlerai kini bersambung kembali.

Aku mahu sujud syukur.

Dan ketika sujud itulah, empangan airmata terhambur sesuka hati.

Ya Allah. Tuhan yang memakbulkan segala doa - doa, akhirnya doa aku disetiap malam - malam dimakbulkan pada 24 Ramadan. Tidak ada perkataan atau lafaz syukur yang mampu aku ucapkan untuk menggambarkan betapa agungNya kekuasaan Allah dalam mentadbir setiap hati yang ingin berubah. Dan aku bertuah kerana hati aku terpilih untuk ditadbir olehNya dengan penuh mahabbah. Ya ALLAH.

Terima kasih kak. Kalau tak kerana jasa baik akak, kami mungkin akan kekal sebagai 'Mustahil'. Terima kasih, kak!
Dan kini, aku tak pernah merasa lebih tenang dari ini.

Karunia Ramadan.

Dah. Babai!

Friday, August 10, 2012

Perempuan Cantik Dari Syurga Dan Tinggalan Legasinya

Assalamualaikum. Secara harfiahnya kalau orang tanya apakah aku sanggup berbuat apa sahaja demi wanita ini, tanpa ragu - ragu malah tanpa perlu berfikir panjang sekalipun aku akan jawab dengan yakinnya bahawa YA aku sanggup berbuat apa sahaja untuk dia. Wanita yang 29 tahun yang lepas bertarung dengan ajal demi mahu memberikan aku satu kembara kehidupan di dunia. Wanita yang hidup matinya berjuang dan berkorban untuk kebahagiaan anak - anak. Wanita yang kecantikannya tidak pernah luntur disapa usia. Wanita yang bait perkataannya dilontar untuk menyejukkan hati. Wanita yang sentuhan senyum sapa hanya untuk mendamaikan hati. Emak.

Semalam genap umur Emak 56 tahun. Tapi Emak kekal cantik, muda dan bertambah jelita setiap tahun macam Emak tak lut dengan usia. Walaupun aku bangun pagi untuk kesekolah agak lambat (Siot punya jam loceng boleh pulak engkau tak bunyi! Pui!) Walaupun aku agak kelam - kabut mana nak solat mana nak make up mana nak cari handbag untuk matchingkan dengan baju, sebelum ke sekolah sempat aku wish Emak. Aku cium dua belah pipi Emak. Hati sebak. Tapi tetap kontrol macho. Mana boleh menangis depan Emak.

Emak, wanita hebat sepanjang zaman. Pengorbanan Emak memang tak akan tergambar dengan kata - kata. Tak ada sebarang perkataan yang layak untuk aku gambarkan betapa hebatnya Emak. Betapa tabahnya Emak meneruskan kelangsungan hidup. Betapa Emak sebelum mengecap bahagia hidupnya meniriskan keringat - keringat kecekalan hati. Emak tak pernah menangis depan anak - anak. Jiwa Emak sangat kental. Aku rasa aku mewarisi ketabahan Emak yang tiada tolok bandingnya. Emak sangat - sangat super woman.

Aku masih ingat gigihnya Emak hantar aku ke sekolah setiap pagi walaupun hanya menaiki basikal tua Emak. Sepanjang perjalanan, aku peluk Emak erat - erat. Kalau hari hujan, Emak selubungkan aku dengan tuala atau kain, biar aku tak basah. Masa balik sekolah Tadika dulu, bila angsa - angsa jahat yang berkeliaran tepi sekolah Tadika tu kejar aku, Emaklah yang tolong hambatkan. Masa aku kena belasah dengan Abah sebab jahat sangat perangai, Emak yang tolong pujukkan. Emak pakaikan aku baju sekolah, Emak bedakkan pipi, Emak masakkan bekal untuk aku kesekolah. Emak hanya wanita biasa dengan seribu satu kelebihan yang luarbiasa.

Bila aku semakin membesar, semakin dewasa, Emak menjadi kawan tempat aku meluahkan rasa. Aku tak segan - segan nak bercerita dengan Emak siapa skandal dekat sekolah, skandal sekampung, skandal masa zaman Form Six, skandal sehidup semati, semua aku cerita dekat Emak. Emak ibarat penyimpan mohor besar rahsia - rahsia aku. Emaklah tempat aku meluah rasa cinta aku pada suami (Masa itu boyfriendlah kan! HAHA) Emak tempat aku bercerita semua moment - moment manis aku dengan suami. Emak, tempat aku berkongsi bahagia dan rasa. Emak tempat aku mendapatkan satu tiupan ketenangan dan kebahagiaan yang takkan ada orang lain mampu berikan. Setiap kali ada masalah, bila aku jauh dari Emak, aku call Emak. Hanya dengan mendengar suara Emak, aku rasa yakin dan kuat.

Sewaktu aku ingin melahirkan Adam, berjuang dengan taqdir hidup dan mati, aku hanya terbayangkan Emak dan 1001 pengorbanan yang Emak dah lakukan kepada kami adik - beradik. Kasih sayang Emak membawa kami ke syurga dunia dan syurga hakiki. Walaupun tanpa sebarang kemewahan, Emak memewahkan kami dengan kasih sayang. Emak memanjakan kami dengan perhatian yang tidak berbelah bahagi. Menjadi ibu, baru aku faham, betapa hati Emak dan kimianya dengan anak - anak sangatlah tidak boleh disangkal lagi. Emak, dan semangat juangnya memberikan kami adik - beradik satu inspirasi dalam hidup.

Aku suka berbaring dekat peha Emak. Sambil dengar Emak bercerita macamana outstandingnya aku masa zaman baby - baby dulu. Macamana nakalnya aku, macamana susahnya Emak nak jaga aku dalam pantang dulu. Macamana perangai aku masa kecik dahulu memang menduga kesabaran Emak. Peha Emak tempat berbaring yang terpaling selesa sedunia. Tak ada tolok bandingnya. Satu perasaan yang tenang mengalir dalam jiwa. Emak, umpama bidadari syurga yang Allah kurniakan untuk setiap anak - anak merasa bahagia. Terima kasih Ya Rabb untuk anugerahMu ini yang tidak ternilai.





Emak, Lina tahu Lina banyak kecewakan Emak dalam banyak perkara. Lina kecewakan Emak setiap kali Emak menggantung harapan. Lina ambil masa yang lama, jalan yang panjang untuk membahagiakan Emak. Emak banyak membantu Lina menjadi manusia yang lebih baik. Kasih sayang Emak tiada tandingannya.

Selamat Hari Lahir Emak. Semoga Allah merahmati Emak dengan kasih sayang yang tiada batasan. Semoga Emak dilimpahi dengan rahmat Allah, dikurniakan kesihatan yang berpanjangan, hidup yang penuh dengan keberkatan dan kebahagiaan didunia dan diakhirat. Lina sayang Emak. Tak terucap dengan kata - kata. Tak layak rasanya untuk Lina membalas jasa - jasa Emak pada kami adik - beradik.

Emak, Lina akan jaga Emak sepanjang umur Lina. Lina akan jaga Emak sepertimana Emak menjaga Lina dan adik - beradik semasa kami kecil dulu. Emak jangan risau, Lina tak akan sia - siakan Emak. Lina sayang Emak, Lillahi Ta'ala.

Ya Allah, seandainya dalam hidup ini aku pernah membuat kebaikan Ya Allah, maka kau pindahkanlah pahala kebajikan ku itu kepada Emak. Amin Ya Rabb.

Selamah Hari Lahir, Emak.

Yang Benar,
Anak Emak Yang Terpaling Nakal.

Dah. Babai

Sunday, August 5, 2012

Aku Dan Perkara - Perkara Yang Membahagiakan.

Assalamualaikum. Hari tu ada seorang kawan aku yang kebingungan bertanya secara sarkastiknya macamana aku boleh maintain hidup happening macam setiap hari yang aku lalui adalah umpama hidup seorang rockstar. Rational soalan dia aku tak dapat nak kenal pasti. Tapi sebenarnya tak susah pun nak buat aku happy. Cukup makan, cukup kasih sayang maka hasilnya adalah aku, seorang perempuan comel (Pui!) yang happy. Simple.

Aku tak pandai nak aim high. Aku bukan orang yang macam tu. Suami aku pernah cakap, aku ni suka menghargai benda - benda kecik. Aku pun mengaku juga yang aku suka fine details. Exaggerate pun iya jugak. Pada aku, kecil macamana pun sesuatu tu, kalau kita hargai dengan ikhlas dan sepenuh hati dia punya impak kegembiraan adalah sangat super duper. Seriously. Contohnya, kalau emak kau masakkan engkau nasi lemak sempena birthday kau, mungkin benda biasa aje pada kau. Kan? Tapi pada aku, benda tu macam internationale sangat! Happening sangat. Touching gila babi, kot. Macam itulah.

Sebenarnya nak mencari bahagia ni bukannya susah. Semuanya bermula dari hati. Eceh. Cakap macam Fadhilah Kamsah pulok! Kalau hati kita bagi signal dekat otak yang kita sedang bahagia, maka bahagialah kita. Kebahagiaan sangat mustahil untuk diukur dengan harta benda, wang ringgit. Tapi ada sesetengah orang memilih untuk benchmark kan aras kebahagiaan dia orang dengan harta, kemasyhuran, populariti. Terpulang. Tapi nanti in the end, tetap jugak back to square one. Again, kita terpaksa juga mengaku, walaupun segala - galanya perlukan duit, duit bukan segala - galanya.

Berbalik kepada isi : Aku tak pandai nak aim high. Orang mungkin akan cakap yang aku ni tak ada cita - cita. Betul jugak kalau engkau orang nak cakap aku macam itu. Aku manusia yang sangat tak bercita - cita. Aku realistik. Apa ada depan mata, ambil. Jangan terlalu pasang angan - angan tinggi melangit. Kalau jatuh nanti sakit. Biasanya manusia yang cita - cita dia tinggi melangit, mulalah matlamat dia nanti menghalalkan semua cara. Aku taknak jadi macam tu. Aku nak lay low and simple and menghargai kehidupan semaksima yang mungkin. Dengan orang - orang yang aku sayang, dengan orang - orang yang sayang aku. Mudah.

Sifat menghargai menjadikan aku seorang manusia yang berjiwa halus. Eceh berjiwa haluslah sangat. Maksudnya kebolehan empathy aku lebih sikitlah berbanding manusia lain. Aku boleh menjiwai jiwa manusia lain. Ecehceh! Tapi satu sifat aku yang aku sendiri tak suka, aku memilih jiwa mana yang aku nak fahami. Maksudnya, aku pilih orang untuk aku fahami perasaan dia. Dan majoriti situasi adalah, aku memilih untuk tidak memahami perasaan orang. Sebab setiap kali aku cuba untuk memahami perasaan manusia lain, aku ended up ada masalah emosi. So aku taknak. Faham?

Kadang - kadang orang menyampah baca status - status aku dekat FB. Nampak macam aku membesar - besarkan benda yang kecil. Padahal benda tu biasa aje kot. Publisiti murahan. Well, babes, that's my life. Kalau engkau orang menyampah, what can I say? It makes me happy. Dan untuk mencari kebahagiaan diri sendiri, aku happy atau engkau happy yang paling penting? Sila jawab. Kadang - kadang aku update status pasal students aku, what touches my heart, pasal colleagues, pasal suami, pasal family, then aku suka upload benda - benda yang students aku bagi, suami bagi, whateverlah yang aku rasa boleh menggembirakan aku. Jadi bila benda - benda macam itu buat mata engkau semak, dengan segala hormatnya, silalah jangan tengok. Ya?






Kalau nak bahagia, bukakanlah skop kebahagiaan dalam minda kita. Bahagia bukan setakat banyak duit, pakai baju cecantik, handbag memahal, kasut banyak - banyak, kereta besar and everything. It's actually more than that. That will make you larger than life, baby.

Dan bila orang lain bahagia, belajarlah untuk sama - sama meraikan kebahagiaan itu, bukan mencemburui mereka. Itu penyakit hati. Belajar untuk menerima kekurangan dan menghargai kelebihan. InsyaALLAH setiap hari dalam hidup kita adalah merupakan hari - hari yang super awesome sedunia. Jyeah!

Dah. Babai semua. Semoga berbahagia!

Thursday, August 2, 2012

Sudahlah Cantik. Pandai Memasak Pula. Isteri Pilihan. Eceh.

Assalamualaikum. Demi kecintaan yang mendalam kepada Nasi Kerabu, lepas tu hari - hari asyik canang dalam bilik guru betapa cinta aku kepada Nasi Kerabu yang semakin memekar memaksa Datin Rimah untuk buat kelas masakan khas untuk kami. Menu of courselah Nasi Kerabu, kan. Bersemangat betul aku nak tolong - tolong (Eceh!) Datin Rimah prepare untuk menu Nasi Kerabu. Biasalah, perempuan cantik kenalah tahu memasak kan kan kan. Barulah suami sayang. (Pui!) HAHA.

So lepas extra class, aku dengan co-pilot sejati, Oat terus pergi rumah Datin Rimah dengan semangat yang berkobar - kobar. Sampai - sampai dekat markas Nasi Kerabu, rupa - rupanya Kakak Kawasan Form 5, Kak Sally dengan Kak Hairani dah ada dekat situ. Potong kobis dengan muka yang penuh serious macam tengah fikir masalah negara. Melampau. Baru suruh potong kobis dah stress. Belum suruh potong pusat orang lagi tu. 

Ingatkan, aku selaku princess tak kena buat apa - apalah kan. Rupanya kena potong kacang panjang dengan gunting daun kesum yang bau dia tak sama langsung dengan bau CK IN2U Pop. Menyesal tak menyesallah kan kena potong halus - halus bapak kuman. Padanlah muka Kak Sally dengan Kak Hairani ketat je masa kena potong kobis. Memang stress. Nak nak lagi Datin Rimah pantau kami buat kerja sambil mulut pot pet pot pet terus tak berani nak melawan. Baru siap separuh, aku dah give up dah. Terus pass baton dekat Oat untuk take over potong kacang panjang. Nasib baik Oat cekap, buat kerja laju gila babi. Syabas, Oat!

Bukti nyata aku turut menyumbang bakti.
Muka - muka stress.
Oat dengan gigihnya potong sambil pejam mata. Hebak!

Nampak macam remeh buat Nasi Kerabu ni tapi bila dah involved dengan proses penyediaan dia baru tau langit tinggi ke rendah. Semua benda kena racik potong halus - halus macam orang dah takde kerja kan. So memang makan Nasi Kerabu ni senanglah kerja perut kita, tak payah nak hadam lama - lama. Semua benda senang nak hadam. Maklumlah dah halus macam kuman. Stress tak payah cakaplah. Nak nak lagi pemalas macam aku ni. So kehadiran aku dekat dapur Datin Rimah lebih kepada menceriakan susasana dengan gossip liar and posing sana sini. Memang takde guna lah.

Siap dah racik semua! Jyeah!
Ayunya memasing. Lagi - lagi yang tengah tu. Subhanallah.
Perangai sebenar.

Lepas dah siap semua, kenalah bungkus - bungkus untuk kakak - kakak yang tolong sekali. Termasuk bungkusan aku sendirilah kan. Kata dah berkerja keras. HAHA. Bungkus - membungkus ni pun mencabar keimanan jugak sebab semua benda pun asyik nak berterabur aje. 

Bungkus. Posing. Bungkus. Posing. Bila entah nak siap.
Siap!

Tak sabar nak tunggu berbuka. Sebab selama ni Datin Rimah masak Nasi Kerabu sebelah mata pun aku tak pandang. Kononlah kan tak makan Nasi Kerabu. Bila dah kena sekali, baru tau sedap tak sedap. Nasi Kerabu Datin Rimah ni pulak bapak sedap! Memang jauh panggang dari apilah dari rasa Nasi Kerabu yang aku suka beli dekat Bazaar Parit Yaani tu. Picisan je tu! HAHA!

Bila dah kenyang. Apa lagi. Mata pun beratlah. 

Zzzzzzzzzzz.

Dah, Babai!

Wednesday, August 1, 2012

Ramadan Seorang Guru Picisan

Assalamualaikum. Puasa ke tak hari ni? Soalan noob macam ni engkau orang boleh pilih samada nak jawab ataupun tak. KEHKEH.  As for me (Eceh nak speaking!) Ramadan kali ni Alhamdulillah taklah menggelupur macam tahun - tahun yang lepas. Banyak pengisian rohani yang aku buat tahun ni. Pencapaian sungguh. Mengajar pun lebih bersemangat walaupun cuaca gila gila panas sampaikan students aku pun hairan dari mana aku dapat kekuatan untuk mengajar dengan suara lantang yang garau tapi cuba untuk aku manja - manjakan. Pui! Jawapan cliche yang aku selalu beri kalau dia orang tanya "Alaa relaks lahh, zaman dulu lagi masa bulan puasa dia orang berperang tahu!" Ceh. Ayat macam bagus. HAHA.

Semalam lagi hardcore. Bayangkan, buat kelas dari pukul 12.30 sampai pukul 4.30 petang. Subhanallah. Aku pun hairan dari mana aku dapat kekuatan dan bertahan macam tu punya lama. Aku rasa, kekuatan tu datang daripada students yang betul - betul nak belajar. Kesungguhan yang sungguh buat aku touching. Bila dia orang tak bagi aku balik, aku rasa sangat palat kalau aku berkeras juga nak balik. Fisabilillah ni. Berjuang di jalan Allah. Walaupun dengan cara sendiri. Alhamdulillah. Tak banyak, sikit pun aku rasa ada manfaatnya untuk students near miss cemerlang aku. InsyaALLAH.

Lagi buat aku touching, half way buat essay Paper 2, masing - masing minta izin nak bersolat and solat dalam bilik tu jugak semata - mata taknak buang masa nak ke surau. Subhanallah. Memang sejuk hati aku tengok masing - masing ada tanggungjawab kepada ALLAH. Serious rasa sangat best perasaan tu. Bila tengok masing - masing ambil wudhu dan bersolat dengan penuh khusyuk, dalam  hati tak putus mendoakan yang terbaik untuk mereka. Semoga hasilnya nanti selari dengan usaha. Lepas bersolat, sambung balik buat essay and teruskan dengan Paper 1 pulak. Alhamdulillah, dapat consult diorang personally and betulkan essay - essay diorang. Bila tengok masing - masing puas hati dengan essay diorang, kembang berbunga dalam hati aku ni tak payah cakaplah kan. Kembang setaman!

Amin!

Bagi aku, selagi students rela dan redha, maka dengan sepenuh hati juga aku mencurah segala - gala ilmu dan kesungguhan yang aku ada untuk pastikan mereka mendapat yang terbaik. Aku lagilah dengan berbesar hati sanggup stay untuk diorang asalkan diorang betul - betul redha nak belajar. Bagi aku sangat tak ada masalah. Biarlah kalau terpaksa berkampung ke kan, aku dengan gembiranya tak ada masalah. Cuma itulah, bila students taknak or tak hargai usaha yang kita buat untuk mereka, itu yang datang touching - touching dalam hati tu. HAHA. Emosi!

Lepas habis kelas, hantar masing - masing balik rumah. Hari pun dah petang, kesian pulak nak biar diorang tunggu bas dengan panas, penat macam tu. Kesian Farrel. dah macam apa dah aku tengok kena sumbat dengan 5 orang students yang masing - masing dah macam bapak orang. HAHA. Nasib baik Farrel hebat! HAHA! Dapat jugak aku sekodeng rumah maisng - masing. Anak - anak orang kaya rupanya students aku ni. Rumah memasing subhanallah. Beruntunglah. Jadi tak ada alasan kesempitan hidup menghalang diorang dari capai cita - cita masing - masing. InsyaALLAH.

Walaupun penat, aku rasa sangat berbaloi hari - hari yang aku tempuhi sebagai seorang guru. Lebih - lebih lagi sepanjang bulan Ramadan ni. Banyak yang aku dapat. Betullah kan, kalau kita ikhlas, redha dan berkerja semata - mata kerana ALLAH dan barokahNya, benda - benda yang lain dah jadi tak penting untuk kita. Berkerja pun lebih gembira walaupun terpenyek di bawah tekanan yang menuntut kesabaran yang super duper tinggi. Eceh. HAHA.

Ya Allah, kekalkanlah rasa cinta dan rasa redha yang aku ada sekarang ini Ya Rabb. Semoga kesungguhan aku ini bersifat istiqamah. Amin Ya Rabb.

Dah. Babai!