Sunday, August 5, 2012

Aku Dan Perkara - Perkara Yang Membahagiakan.

Assalamualaikum. Hari tu ada seorang kawan aku yang kebingungan bertanya secara sarkastiknya macamana aku boleh maintain hidup happening macam setiap hari yang aku lalui adalah umpama hidup seorang rockstar. Rational soalan dia aku tak dapat nak kenal pasti. Tapi sebenarnya tak susah pun nak buat aku happy. Cukup makan, cukup kasih sayang maka hasilnya adalah aku, seorang perempuan comel (Pui!) yang happy. Simple.

Aku tak pandai nak aim high. Aku bukan orang yang macam tu. Suami aku pernah cakap, aku ni suka menghargai benda - benda kecik. Aku pun mengaku juga yang aku suka fine details. Exaggerate pun iya jugak. Pada aku, kecil macamana pun sesuatu tu, kalau kita hargai dengan ikhlas dan sepenuh hati dia punya impak kegembiraan adalah sangat super duper. Seriously. Contohnya, kalau emak kau masakkan engkau nasi lemak sempena birthday kau, mungkin benda biasa aje pada kau. Kan? Tapi pada aku, benda tu macam internationale sangat! Happening sangat. Touching gila babi, kot. Macam itulah.

Sebenarnya nak mencari bahagia ni bukannya susah. Semuanya bermula dari hati. Eceh. Cakap macam Fadhilah Kamsah pulok! Kalau hati kita bagi signal dekat otak yang kita sedang bahagia, maka bahagialah kita. Kebahagiaan sangat mustahil untuk diukur dengan harta benda, wang ringgit. Tapi ada sesetengah orang memilih untuk benchmark kan aras kebahagiaan dia orang dengan harta, kemasyhuran, populariti. Terpulang. Tapi nanti in the end, tetap jugak back to square one. Again, kita terpaksa juga mengaku, walaupun segala - galanya perlukan duit, duit bukan segala - galanya.

Berbalik kepada isi : Aku tak pandai nak aim high. Orang mungkin akan cakap yang aku ni tak ada cita - cita. Betul jugak kalau engkau orang nak cakap aku macam itu. Aku manusia yang sangat tak bercita - cita. Aku realistik. Apa ada depan mata, ambil. Jangan terlalu pasang angan - angan tinggi melangit. Kalau jatuh nanti sakit. Biasanya manusia yang cita - cita dia tinggi melangit, mulalah matlamat dia nanti menghalalkan semua cara. Aku taknak jadi macam tu. Aku nak lay low and simple and menghargai kehidupan semaksima yang mungkin. Dengan orang - orang yang aku sayang, dengan orang - orang yang sayang aku. Mudah.

Sifat menghargai menjadikan aku seorang manusia yang berjiwa halus. Eceh berjiwa haluslah sangat. Maksudnya kebolehan empathy aku lebih sikitlah berbanding manusia lain. Aku boleh menjiwai jiwa manusia lain. Ecehceh! Tapi satu sifat aku yang aku sendiri tak suka, aku memilih jiwa mana yang aku nak fahami. Maksudnya, aku pilih orang untuk aku fahami perasaan dia. Dan majoriti situasi adalah, aku memilih untuk tidak memahami perasaan orang. Sebab setiap kali aku cuba untuk memahami perasaan manusia lain, aku ended up ada masalah emosi. So aku taknak. Faham?

Kadang - kadang orang menyampah baca status - status aku dekat FB. Nampak macam aku membesar - besarkan benda yang kecil. Padahal benda tu biasa aje kot. Publisiti murahan. Well, babes, that's my life. Kalau engkau orang menyampah, what can I say? It makes me happy. Dan untuk mencari kebahagiaan diri sendiri, aku happy atau engkau happy yang paling penting? Sila jawab. Kadang - kadang aku update status pasal students aku, what touches my heart, pasal colleagues, pasal suami, pasal family, then aku suka upload benda - benda yang students aku bagi, suami bagi, whateverlah yang aku rasa boleh menggembirakan aku. Jadi bila benda - benda macam itu buat mata engkau semak, dengan segala hormatnya, silalah jangan tengok. Ya?






Kalau nak bahagia, bukakanlah skop kebahagiaan dalam minda kita. Bahagia bukan setakat banyak duit, pakai baju cecantik, handbag memahal, kasut banyak - banyak, kereta besar and everything. It's actually more than that. That will make you larger than life, baby.

Dan bila orang lain bahagia, belajarlah untuk sama - sama meraikan kebahagiaan itu, bukan mencemburui mereka. Itu penyakit hati. Belajar untuk menerima kekurangan dan menghargai kelebihan. InsyaALLAH setiap hari dalam hidup kita adalah merupakan hari - hari yang super awesome sedunia. Jyeah!

Dah. Babai semua. Semoga berbahagia!

19 comments:

MiA said...

like!

MiA said...

Like!

Ramai orang penyakit hati sekarang ni..

duduk dalam friend list kita pun dok mengata kawan sendiri...


acaner tu ??hehe..

rozietaraffar said...

seronoknye jadi macam cikgu... sangka sye, sye sorang aje yang tak punyai cita².. hahaa! rupanya ada orang yg serupa dengan saya..

"menghargai sesuatu yang kecil " maybe sye cuba buat yg ini... maybe hati saye akan super duper lebih bahagia!

watyz said...

semoga kebahagiaan kekal milik mu...amin..

eh nasi kerabu sedap tau. nak2 makan kat klantan lagik sedap.. perghhhh!!! hahahha

YUS said...

Baca segala isi dan tengok segala gambo ni pun dah buat saya BAHAGIA! ^____^

Teacher Hafizah said...

btol. kalau terlalu tinggi angan2 bila tak dapat frust menonggeng. mmg nak yang baik2, harap yang baik2. tp be realistic la kan. grap apa ada depan mata, bersyukur apa yang ada. tu lebih bahagia kan.

suka tngk status2 fb tu. sure awak guru kesayangan. hehe :)

Cik Puan Bunga said...

@MiAPenyakit hati ni sangat berbahaya. Boleh makan dalam juga. Minta dijauhkan! :)

Cik Puan Bunga said...

@Rozieta RafarKita selalu overlook benda2 kecil padahal itulah sebenarnya benda yg boleh buat kita bahagia! :)

Cik Puan Bunga said...

@watyzAmin terima kasih! :) Peh sedap gilalah nasi kerabu!

Cik Puan Bunga said...

@YUSTerima kasih! :)

Cik Puan Bunga said...

@Fiza NoorBersyukur apa yg ada. Betul tu! :)

Oh nak kata kesayangan tak taulah tapi alhamdulillah! HAHA! :)

imantizz_truper said...

bila tengok kak CPB,saya bertambah semangat nak jadi cikgu..tapi cikgu tadika...hehehe....walaupun kecik,memang kita wajib hargai apa yg kita ada sebab bila apa yg kita ada tu hilang,kita dah tak ada peluang untuk hargainya..en. pemilik hati yg pesan...hehehe

Miss Tasantek said...

ah kau kak. ajam bagi batang ais krim pon kau simpan.

Cik Puan Bunga said...

@imantizz_truperEh betul tu betul tu! Hargai sementara masih ada dengan kita! :)

Cik Puan Bunga said...

@Miss TasantekRindu Ajam! HAHA!

Miss Pija said...

tak tau nk kata apa.tapi memang setuju.kadang2 benda kecil2 tu yang bawak kesan besar untuk seseorang.:)

Cik Puan Bunga said...

@FiZBetul! Tepat sekali! :)

Cik Oren said...

hehe
betul2. setuju ngan teacher. kdg2 kita kurg hargai benda2 kcik dlm hidup kita, pdhal dr situla dtgnya bahagia ni and harap2 saya pon boleh jadi cikgu yg disayangi cam teacher 1 hari nanti. hikhik. aamiin :D

Cik Puan Bunga said...

@miss anonAmin Ya Rabb :)