Assalamualaikum . Disaat dan ketika ini aku mengharapkan adik - adik murid aku (Nampak tak , taknak mengaku tua , instead of panggil 'anak - anak' , guna 'adik - adik' . KAHKAH !) sama - sama nervous macam aku . Aku punya nervous , macam lelaki yang nak kahwin lagi satu . Nervous teramat sangat . Tapi dalam masa yang sama , aku yakin . Yakin dengan Allah , yakin dengan usaha yang aku dah buat , yakin dengan adik - adik aku yang hebat - hebat belaka . Insyaallah . Insyaallah .
9 Oktober 2012 . Itu tarikhnya . Apa yang kita usahakan selama ini , itu nantilah menjadi hari bermulanya perjuangan . Exam PMR . Seram seh . Aku pulak yang seram . Paper English hari Rabu . Insyaallah . Aku doakan yang terpaling terpaling cemerlang untuk semua adik - adik aku . Aku yakin , dia orang boleh buat dengan awesome sekali .
Adik - adik teacher sekalian ,
Teacher dah kongsikan segala ilmu teacher , apa yang teacher tahu berdasarkan pengalaman dan pengajian teacher selama ini dengan awak semua , teacher dah berikan sehabis baik untuk awak - awak semua . Teacher dah sediakan awak semua dengan bekalan yang secukupnya . Teacher dah tumpahkan sepenuh perhatian dan kasih sayang teacher pada awak semua . Banggakan emak ayah , banggakan sekolah , banggakan sesiapa sahaja yang awak ingin banggakan , dan kalau dalam senarai nama manusia yang awak nak banggakan tu , ada tempat kosong , isi nama teacher sekali dekat situ ya . Banggakan teacher . Itu sudah cukup buat teacher bahagia .
Adik - adik teacher sekalian ,
Teacher dah halalkan semua ilmu yang teacher dah sampaikan pada awak semua . Teacher dah maafkan semua salah silap awak pada teacher , tak ada langsung bekas dalam hati ni . Benci , dendam , marah , sakit hati semua dah tak ada . Yang tinggal cuma sayang yang melimpah ruah untuk awak - awak semua . Berjuanglah dengan hati yang tenang , berjuanglah dengan segala asa dan daya yang ada , berjuanglah dengan gagah dan penuh bermaruah , berjuanglah . Melangkahlah dengan bangga . Teacher iringi dengan doa .
Maafkanlah kekurangan teacher sepanjang teacher mengajar awak semua . Banyak benda yang teacher tak tahu . Banyak benda yang teacher tak mampu nak tolong awak semua .Teacher marah - marah , teacher hukum , teacher jerit - jerit , teacher membebel , semua semua semua tu sebab satu reason aje . Sebab teacher care pada awak semua . Teacher nak awak berjaya . Percayalah , teacher dah mengerah sehabis yang terbaik dari teacher untuk awak semua . Yang terbaik . Nanti dah berjaya , tak payah nak ingat teacher pun tak apa . Teacher didik awak semua dengan hati , dengan sepenuh rasa cinta . Mahukan awak jadi manusia yang berguna . Tapi kalau sikit sikit ingat dekat teacher tu , awesomelah jugak kan . Hoho .
3KAA , 3RK2 , 3A , 3D dan 3F . 172 orang semuanya . Teacher doakan semua dapat keputusan yang cemerlang . Percaya atau tidak , semua yang 172 orang ni semua teacher sayang . Masing - masing istimewa dalam hati . Jangan pernah rasa teacher beza - bezakan antara satu dengan yang lain . Ya . Mehmeh peluk ramai - ramai meh ! Berjamaah !
Dengan lafaz Bismillahirahmanirrahim , teacher 'lepaskan' awak semua . Buat yang terbaik ya ! InsyaALLAH ! Jawab dengan tenang , mulakan dengan Bismillah , selawat banyak - banyak , kalau tak dapat jawab , tarik nafas , bertenang . Ingat muka teacher banyak - banyak ! Confirm dapat jawab ! HAHA Tak kelakar .
Ingat muka ini banyak - banyak bila idea tak ada masa nak tulis essay ! GAGAGA !
Nanti habis exam , kita enjoy katak sama - sama ya ! ><,
p/s : Tingkap , buat yang sehabis baik oi tingkap !
Dah . Babai !
10 comments:
Bestnye..nk jd cikgu jgk la....byk pahala dpt utk setiap ilmu yg mengalir.. :)
@Cik IlaInsyaallah . Seronok jadi cikgu ni . ><, Pahala berterusan selagi diamalkan insyaallah .
untuk anak murid teacher :)
ada teacher yang sungguh caring ^^
@Nurul Nadiah Karim^^,
cikgu yg comel! ikhlaskan hati utk didik anak bngsa selalu ya? hehehehe
terima kasih cikgu!
@imantizz_truperInsyaallah . Insyaallah ! Terima kasih ! ><,
moga adik2 teacher baca entry ni and dorang tau dorang punya teacher ni sayang amat kat dorang,, amiin,, moga dorang berjaya dalam PMR jugak :D
mase zaman saye sekolah, cikgu² takde blog untuk luahkan perasaan mereka.... jg saye tak tahu ape perasaan cikgu² saye....
^__^
@Nurmujahidah IsmailAmin ya rabb ! Thanks again ! Insyaallah diorang baca , semua stalker tuh ! HAHA !
@Rozieta RafarSemua cikgu sama , sayangkan anak didik dan mahukan mereka berjaya . Sama ada diluah ataupun tidak . Studnets sekarang lebih beruntung ! ><,
Post a Comment