Assalamualaikum . Kuma sangat annoyed kalau aku panggil dia lelaki hot . Nanti Kuma akan buat muka sambil mencebik - cebik . "Apa aku hot , kaulah hot ! " kata Kuma tak mahu mengalah setiap kali aku menganjing dia hot hot . Sebenarnya aku saja - saja aje bergurau dengan Kuma . Kuma kalau buat muka tahan malu , kacak habis . Dan muka kacak Kuma kalau jual tepi jalan memang laku macam goreng pisang panas .
Kuma memang sesuatu . Nak kata Kuma tinggi budi bahasa , kalau datang angin PMS dia , dia punya tahap annoying lagi dahsyat daripada Kim Kardashian . Kalau bab menganjing pun Kuma boleh tahan . Kuma suka cakap Justin Bieber tu perempuan , ini aku paling pantang . Tahan sabar aje aku kalau Kuma sentuh isu - isu sensitif macam isu cinta mati aku dengan JB . Mulut Kuma boleh tahan laser , macam Mak Jemah . Sekali Kuma buka mulut , memang rasa nak tendang - tendang aje muka dia . Tapi entah kenapa , Kuma jadi gilaan . Rebutan . Dambaan wanita - wanita kecik besar tua muda . Mana Kuma pergi , mesti ada yang tertambat hati . Kuma aje jual mahal , Kuma kekalkan status single agak lama jugak . Tapi aku tahu , Kuma dulu ada sejarah hati jugak . Cuma Kuma jarang nak buka mulut pasal benda ni .
"Banyak hati aku kena jaga ." Kata Kuma . Selalunya Kuma yang start buat dialog dulu kalau bab - bab hati ni .
"Apasal pulak ?" Aku saja buat - buat tak faham . Padahal , aku arif dan sedia maklum . Kuma kalau tak kusut pasal cinta , dia tak akan buka suara .
"Iyelah . Sana sini aku kena jaga hati orang . Aku sakit hati bila fikirkan kenapa orang nak sangat dengan aku ni . Apa entah yang aku ada ." Keluh Kuma . Serious . Aku rasa nak terajang Kuma dekat - dekat situ jugak . Kaki dah menggigil . Tapi aku buat muka comel . Layan perasaan Kuma .
"Kau ni dambaan wanita . Kau ni , dambaan dia ." 'Dia' dekat sini merujuk kepada sejarah hati Kuma yang kini dengan setianya menjadi penunggu hati Kuma yang setia .
"Aku sedikit semak dengan semua yang berlaku . Aku bukan nak berlagak macam Rockstar . Aku cuma rasa belum sampai masa aku nak deal dengan semua - semua ni . Jalan apa yang tinggal untuk aku , yang aku ada?."
Dari riak wajah Kuma , aku tahu dia sakit . Sakit dalaman . Sakit tuan . Hati aku berdecit . Kasihannya Kuma . Kenapalah sampai sekarang dia tak tahu betapa istimewanya dia , betapa rarenya Kuma . Ah , Kuma . Tak habis - habis pening kepala fikir kenapa dia menjadi dambaan wanita . Masalah Kuma , dia terlalu mahu menjaga hati . Hati sana sini semua dia nak jaga , tapi hati aku selaku kawan dia , dia pandang sipi - sipi aje . Cis kau , Kuma !
"Kuma , kau kena buat sesuatu , boi . Buat keputusan . Jangan buat perempuan tunggu kau . Lagi lama dia menunggu lagi desperate dia akan jadi , lagi rimas dia pada kau , lagi murah nanti cintanya , boi ".
"Habis aku kena buat apa ? Terima dia ? Balik pada dia ? Setelah apa yang aku hamburkan pada dia ? Aku tak mahu buat kerja gila !" Kuma buat muka . Ah memang kepakaran kau , Kuma buat muka time kau kusut . Memang menambat hati betul !
"Habis , apa kata hati kau ? Apa yang kau rasa dalam hati ?"
"Aku taknak pilih apa - apa . Sebab aku belum rasa sampai masanya . Aku mahu kejar cita - cita ." Aku pandang wajah Kuma dalam - dalam . Tenang . Aku tahu Kuma bercakap straight dari hati . No belok - belok . Dan aku dapat melihat riak penat , penat jiwa diwajah Kuma . Kuma penat . Penat menjadi seseorang yang bukan dirinya . Penat memuaskan hati semua orang . Penat menjadi yang terbaik . Penat menidakkan apa yang dia rasa selama ini .
"Apa harapan kau , Kuma ? Apa harapan kau pada manusia yang kelak menjadi suri dalam hidup kau ?"
Kuma diam . Lama baru dia bersuara . "Aku punya harapan . Harapan mahu menikmati sayang selepas nikah , yang aku rasa akan jadi lebih lebih indah . Aku mahu memilik dan dimiliki . Aku mahu memunya . Aku mahu istimewa . Aku mahu mencari zaujah yang memahami diri aku , walaupun aku tahu itu ciri yang terpaling leceh . Siapa yang mahu faham aku , aku cerewet . Aku mahu yang didikan agamanya mantap . Tahu jaga diri . Aku juga mahu yang sedap dipandang mataku . Biar indah dimataku , mataku . Dan aku mahu yang sanggup susah dan senang bersama aku . InsyaALLAH . " Itu dia . Kuma bersuara . Aku jadi diam . Kuma sungguh ikhlas dalam butir - butir ucapannya . Dan aku semerta tahu itu datang dari hatinya yang luhur . Besar harapan Kuma . Mahu membina keluarga yang sakinah .
"Aku doakan ." Jawabku pendek .
"Jadi kiranya sekarang kau sudah tahu bukan , kenapa ini semua mengusutkan aku ?" Tanya Kuma . Aku mengangguk .
"Cinta itu menguatkan , boi . Kerana itu memang sifatnya . Kalau dia mengusutkan , itu soheh bukan cinta namanya ." Aku berceramah sedikit . Sedikit saja . Dengan Kuma , aku rasa aku tak layak berceramah . Kuma lebih arif . Kuma tersenyum sedikit . Kuma bangun , lalu melabuh ditingkap rumah . Pandangannya dilontar sejauh saujana .
Ingat lagi , kenapa diawal cerita tadi aku terpaling ingin menerajang Kuma tanpa belas kasihan ? Sebab , Kuma langsung tak mengerti kenapa dirinya begitu didambakan wanita . Kenapa cintanya ditagih , kenapa hatinya bermatian cuba diraih . Kerana Kuma lelaki hot yang soleh . Kuma terpelihara . Bersih dan murni . Membersih dan memurnikan . Riak wajahnya yang penuh iman dan bercahaya , siapa yang tidak tertambat hatinya ? Masa lapang diisi dengan mengaji , solat diawal waktu , habluminallah , habluminannas . Dia berjalan membawa aura . Aura kehebatan yang terpancar dari dalam hati terus kewajah lalu tumpah melata dibumi Allah Yang Esa . Dan Kuma masih terus - terusan bertanya , apa yang dia ada . Memang nak kena kaki kau ni !
Tiba - tiba Kuma mengalih wajah . Pandangan matanya tepat ke mata aku .
"Aku mahu berhenti memilih , boi . Aku mahu ambil jalan kejayaan . Cinta , ah nanti sampai masanya dia kan datang mencari aku . Tapi bukan untuk sekarang !" Yakin sungguh nampaknya . Matanya bercahaya . Aku mengangguk sambil membalas dengan senyuman .
Kawan , aku doakan . Aku tahu, diluar sana ada wanita solehah yang Allah sediakan untuk menjadi zaujahmu didunia dan diakhirat . Yang sekarang dengan tawadhuknya sedang mempersiapkan diri dan imannya untuk menjadi pendamping teman menyejuk mata dan hati kau , yang sedang memantapkan ilmu agamanya , yang sedang memperbaik amalan hariannya , yang sedang mengalun lunak bacaan ayat - ayat sucinya , yang sedang memperlengkapkan bekalan untuk menemani setiap langkah - langkahmu ke syurga . Akan ada satu mujahadah untuk mu, Kuma . Lelaki hot yang soleh .
Dah . Babai
4 comments:
nak gak hubby macam kuma,, yang menenangkan bila dipandang,, btw,, is that kuma in the picture? hehe
@Nurmujahidah IsmailKuma dalam gambar tu soleh sangat mukanya , Kuma dialam nyata ada iras - iras tapi tak selalu bersongkok . Awak umur berapa , boleh kenalkan dengan Kuma ! :')
kalau punya harapan itu bagus.
bagus kuma, menjadi lelaki terbaik untuk wanita yang terbaik.
ini tidak, lelaki..nak yang solehah, sedap mata memandang..tapi ..
perangai...sendiri mintak kaki.
@Miss TasantekMintak kaki boleh kawtim lagi , kalau mintak ludah punya muka ? Kehkeh !
Post a Comment