Assalamualaikum . Jumaat lepas tak ada exam so kami pengawas - pengawas yang bertugas jaga PMR masing - masing pergi sekolah macam biasa . Sebenarnya dah dapat jangka tahap kebosanan yang bakal ditempuhi . Kelas tak ada , jadi cikgu - cikgunya masing - masing berjimba dengan penuh kegirangan . Err . Sebenarnya aku sorang aje yang berjimba . Cikgu - cikgu lain penuh dedikasi buat kertas soalan lah untuk exam akhir tahun , key in PBS , masuk kelas mengajar , ah rutin - rutin biasa seorang cikgu gemilang lah . Semua . Kecuali aku . Aku terlalu free . Sebenarnya kalau nak ikutkan , masa - masa macam ni patut aku isi dengan buat benda - benda berfaedah macam bina modul ke , kemas kini fail ke , tapi .. ah tapinya aku isi dengan benda - benda super lagha .
Sebenarnya lebih kepada sesi melepas rindu dekat sekolah . (Krik krik !) Eh betul apa , aku rindu mati dekat sekolah ehem dan isinya . Mana nak sama , mana nak sama . Jaga exam dekat STI tapi hati tertambat dekat SESEGA . Yang mengubat rindu dekat STI bila ternampak muka - muka familiar bekas - bekas students mana yang sambung form 6 dekat sana . Alah masing - masing dah besar dah kacak dah cantik . Rasa macam ah tuanya aku , tapi jangan risau , aku tetap taknak mengaku tua ! GAGAGA ! Rasa macam deja vu bila anak murid datang tanya khabar , hugs and kisses tu penting . Rasa macam ah how time flies . Lagi datang rasa bila Wahyu Amirul Nashriq tegur "Teacher tetap wangi macam dulu - dulu !" Ah Wahyu , what do you expect ? Nak teacher bau longkang ke apa . :3 Dulu dulu , Hakim Ali yang suka sakat aku wangi , wangi . Sekarang Hakim Ali dan semua - semua sudah besar . Ammar tetap comel macam biasa , hug-able macam teddybear (Eh tapi aku tak hug Ammar !) Ammar jerit "I LOVE YOU " dari cabin Form 6 , semua mata pandang , buat aku rasa famous sekejap (Puii !) sweet kau , Ammar ! Dan yang ladies pulak ah semua dah jelitawan ! Sobs ! (Kesat airmata )
Berbalik kepada topik , rindu dekat SESEGA . Iyalah rindu . Rindu Makcik Kantin dan masakan dia yang masin macam tahi hidung . Rindu dengan kakak - kakak adik - adik ofis , rindu dekat kawan - kawan (Semua sepakat membawa berkat kata bila aku tak ada , sekolah jadi senyap . Aman dan tenteram . Sambil semua buat muka lega . Apakah !) rindu dekat students . Ah . Rindu dekat wajah - wajah kesayangan beta . GAGAGA . Sudahlah , Yatt ! Jangan buat aku muntah dekat sini . Sempat beramah - mesra dengan few of them . Aku rasa aku loveable sebab diorang suka cium aku . Kahkah . Aku suka sebenarnya dipeluk dan dicium . Hobi juga . Sempat juga bincang kertas soalan English sebelum masing - masing menderita kekecewaan menyesal sebab bincang soalan . Kan dah datang risau . Ah , lupakan !
Dan sepanjang masa yang lainnya , aku melepak dekat makmal komputer . Jangan kata aku buat benda tak berfaedah . Sebab iya , aku memang buat benda tak berfaedah . Start dengan layan Adam & Hawa , membawak kepada layan Sang Pemimpi , membawak kepada layan lagu - lagu Nasyid , membawak kepada layan Spongebob sekejap , membawak kepada dengar lagu - lagu Indon secara pukal dan repeat lagu Zakiah Nurmala sampai mual mual dan mual . (Oh , akhir - akhir ini aku menggilai Zakiah Nurmala tahu !) Dan ya , nampak sangat tak berfaedahnya .
Muka serious mintak kaki macam ini sebenarnya tengah dengar lagu Zakiah Nurmala (Rendy Ahmad) sampai berpuluh - puluh kali . What the !
Penat beryoutube , kita isi perut ! Cokelat Luqman bagi ini rasanya dah selamat masuk berlumba - lumba dalam perut . Burppp !
Untung mengendeng cikgu sukan , dapatlah baju XG Athlete SESEGA . Weeehooo ! Dagu berlapis . Tapi aku rasa seksi habis dagu berlapis ni . Keep it up , dagu berlapis !
Dan begitulah aku menghabiskan hari Jumaat aku yang lepas dekat sekolah . Tak ada pengisian rohani . Tsk . :3 Tapi terubat jugak rindu aku dekat sekolah . (Krik krik !) Oh ya , dan sebelum aku lupa , hari itu Embun ada send video untuk aku sempena birthday aku and I find it cute though walaupun dia kata birthday aku yang ke 48 ! (Nak mati kaa !) . Tiba - tiba aku rindu dia . Sobs . Bila dia dah besar ni dia kurang bermanjalah dengan aku . Rasa kehilangan adik kecil pula aku secara tiba - tiba . Wuwuwuwu !
Ah , esok kena sambung jaga exam lagi untuk dua hari . Dan lepas itu bebas - sebebas bebasnya ! Yeaaahh! (Eh macam aku pulak yang PMR !) Aku tak sabar nak enjoy katak sebenarnya . Lepas beban wohoooo !
Oh dan siapa belum follow aku dekat Twitter , sila berbuat sekarang . Sebab , sebab apa ya . Sebab , anak murid aku yang hingusan lagi banyak follower dari aku dan aku rasa sumpah tak hot . KAHKAH ! Ah , publisiti murahan ! Publisiti murahan !
Dahlah dahlah . BABAI !
10 comments:
nape cik puan bunga? cik puan tu kenapa ye,, cer citer,, hehe
bsok eh abis pmr, ke da abis>.<
waa...bestnya cikgu nie waktu PMR..^_^
btol2 men'sibuk' cikgu ni.. hahahha
cikgu²... sapa ambik gambar² cikgu ek?? ada personal photograper ke? ^_^
@Nurmujahidah IsmailHaha cer citer , citer apa ? HAHA !
@◕ Kawaii D Y S H A ◕Esok last . Paper Bahasa Cina / Tamil / Arab . Lepas tu enjoy katakkkk !
@imantizz_truperAwesomeee ! HAHA !
@watyzKan ? Sibuk betul cikgu ni ! HAHAH !
@Rozieta RaffarHahaha sekolah saya ramai yang bawa kamera ke sana sini , so , apa lagi ,ambil kesempatan ! HAHA !
Post a Comment