Assalamualaikum .
Gayat masih belum hilang sepenuhnya tapi keinginan yang membuak - buak untuk meneroka bumi Langkawi tak menghalang aku untuk pagi pagi dah bangun dengan mata bersinar - sinar pakai baju make up - make up semua dan bersedia untuk island tour yang selanjutnya . Sedangkan yang lain punya kadar kecepatan bersiap mengalahkan sloth yang dah empat belas hari tak makan .
Geram tahu , geram ! Grr !
Datang Langkawi tak sah kalau tak menziarah kota yang empunya lagenda . Pagi yang permai dan sedikit gerimis gerimis manja itu , kami menjejak Kota Mahsuri . Tiket masuk RM5 , pada aku memang berbaloi sebab dalam Kota Mahsuri tu ada macam - macam yang engkau boleh tengok , boleh belajar , boleh beli dan untuk camwhorer sila jangan risau sebab dalam tu banyak shoot - shoot cantik yang engkau orang boleh posing . Of course dengan perasaan excited yang melampau - lampau , ditambah lagi dengan keinginan yang super dahsyat untuk menyaksikan makam wanita tercantik yang sungguh lejen itu , aku melangkah masuk ke Kota Mahsuri yang bererakan bumi Langkawi lebih 200 tahun yang silam . Assalamualaikum !
Tourist dari Johor yang comel .
Masuk - masuk saja kami disajikan dengan sebiji tempayan yang agak besar yang kelihatan sungguh comot dan agak buruk , yang dipercayai kepunyaan Dato Pakerma Jaya atau ada version yang mengatakan nama sebenar beliau adalah Wan Yahya . Apa , ingat engkau orang aje ada nama glamour ? Come on lah . Siapa Dato Pakerma Jaya . Well , beliau merupakan abang Wan Derus . Wan Derus ni husband Mahsuri . So Dato Pakerma Jaya ni adalah abang kepada suami Mahsuri atau lagi nak senang fikir , abang ipar Mahsuri . Aku saja je uji minda engkau orang . Alert atau tidak . Bahaha ! Sama ada betul atau bohong (Kalau salah pun tak ada siapa nak karen ! Bahaha . Tak funny!) tempayan ni kepunyaan beliau , wallahualam . Mungkin iya , mungkin tidak . Ah gasak . Nak tahu lebih kanjut tentang Dato Pakerma Jaya ni engkau orang jangan cari pulak FB atau Twitter beliau , confirmlah tak ada . Tapi engkau orang boleh Google pasal beliau ini dan apa pulak kaitan beliau dengan tragedi Mahsuri di bumi Langkawi . Sila sila .

Kemudian , kami dihiburkan dengan persembahan gamelan oleh beberapa orang pemuzik dekat situ . Persembahan yang bersahaja , tak ada bukak bukak baju ke lempar lempar gong ke apa , tapi cukup menusuk kalbu . Kalau engkau hayati betul - betul , rasa macam dialu - alukan pulak setiap langkah engkau dekat Kota Mahsuri ni . Aku terpukau jugak , asyik melayan irama gamelan yang agak rare dekat telinga aku . Maklumlah dah biasa dengar lagu nasyid memanjang . Eceh .

Habis show , kami melangkah masuk ke
Kampung Kedah . Pemandangan yang subhanallah sangat cantik , dedaun menghijau dan keadaan alam yang disajikan dengan sawah yang terbentang , Allah rasa macam nak tulis puisi cinta dekat situ situ jugak .
Syok habis suasana dia . Dekat dalam Kampung Kedah ni engkau orang boleh imaginelah macamana cara hidup Dato Pakerma Jaya , Panglima Hitam , dan Mahsuri sendiri sewaktu zaman zaman dia orang masih hidup lagi . Kita panggil ini sebagai diorama .
Diorama ni macam full sized rebuilt semula benda - benda bersejarah untuk tatapan generasi muda .
Macam biasa , jangan malas sila Google benda benda macam ini untuk menambah ilmu pengetahuan .

Singgah dirumah yang dibina mengikut ciri - ciri rumah dato Pakerma Jaya , terasa macam ada flashback pulak macamana semua semua tu terjadi dua ratus tahun yang lampau . Aku membayangkan Dato Pakerma Jaya dan Wan Mahora mundar mandir membincangkan isu Mahsuri yang dilihat bermesra - mesra dengan Deramang . Ditambah dengan liuk badan mimik muka Wan Mahora mencucuk - cucuk fitnah kepada suaminya . Ah serious . Macam betul - betul berlaku depan mata . And guess what , dekat sini , DSLR aku few times error shutter dia . Gagal berfungsi . Kenapa ? Wallahualam . Allah lebih tahu .
Rumah Dato ni besar gila gila gila . Sesuai lah dengan pangkat dia pada waktu tu . Kaya!
Kemudian , kitorang jalan - jalan masuk ke rumah Mahsuri , tengok ruang tamu , buaian tempat dia mendodoikan Wan Hakim , dapur tempat dia masak , bilik dia . Apa yang menarik perhatian dekat rumah Mahsuri ni , ada satu corner dalam rumah dia tu , ada potret dia . Duduk berlatar belakangkan laut , pandangan mata Mahsuri terus menikam ke mata sesiapa yang memandang potret tu . Tak tahulah sama ada aku yang lebih lebih atau benar sebenarnya yang aku merasakan mata dia suci dan sayu . Pandangan mata perempuan cantik yang sebenarnya langsung tak ada masalah pun dengan orang lain , tapi sebab dia cantik , hotstuff pada zaman itu , baik budi pekerti dan akhirnya menerima nasib tragis . Bibir Mahsuri dalam potret tu menguntum senyum yang kalau kau tafsirkan antara senyuman sinis atau senyuman puas tanda kemenangan .Tak tahu siapa yang lukis potret tu , tapi kalau betul potret tu menggambarkan peri Mahsuri yang sebenar , peh aku cakap kau memang cantik perempuan ni . Nilai nilai estetika yang lengkap ada pada seorang perempuan .


Settled tengok rumah dia , kitaorang pergi pulak perigi dia . Basuh muka bagi mata segar , dahlah tengah panas terik . Sawah yang menghijau buat mata jadi mengantuk . Memang awesomelah pemandangan sawah padi ni . Dia bagi kau satu feeling yang rare , susah kau nak tafsirkan . Memang flashback tanpa diminta - minta main ulang tayang berkali - kali dalam kepala otak . Aku terbayang Mahsuri mandi , ambik air , membasuh ah macam - macamlah . Ditepi perigi ni ada seorang makcik yang menjual air perigi yang dah diproses . Satu botol RM2 . Manalah tahu kan , kau minum terus muka cantik macam Mahsuri kan . Manalah tahu , kuasa Allah .

Habis dekat situ , kami menziarah makam perempuan cantik ini . Rasa sebak , sayu menerpa secara membabi - buta . Aku tak kenal Mahsuri secara personalnya . Hanya dengar cerita yang disampaikan dari generasi ke generasi . Tapi aku tahu , hati manusia murni akan selalu dilindungi Allah walaupun ketika nyawa dah terpisah dari badan . Berdiri sebentar ditepi makam , kami sedekahkan Alfatihah untuk puteri Pandak Mayah dan Che Alang ni . Suasana sepi . Tak ada seorang pun yang berkata - kata . Maisng - masing diam , berteleku atau cuma berkata - kata melalui bahasa jiwa . Semoga rohmu ditempatkan dikalangan orang - orang yang beriman .

Sebelum balik , kitorang sempat singgah masuk ke muzium dia , tengok barang - barang perhiasan yang dipercayai kepunyaan Mahsuri , then tengok tayangan tragedi Mahsuri sekejap , belajar siapa Wan Mahora , siapa Wan Derus , Deramang , Wan Hakim tu siapa , baca tragedi Beras Terbakar di Padang Matsirat , dan macam - macam . Cuma sayang , kamera tak boleh bawa masuk so tak ada kenangan yang dirakam . Berpuas hati dengan bayaran RM5 tadi . Banyak yang aku belajar dekat sini . Alhamdulillah .
Sebenarnya banyak version tentang lagenda Mahsuri ni . Walaupun rata - rata ceritanya hampir sama , ending pun sama tapi yang jadi persoalan sekarang betulkah Wan Aishah tu waris beliau ataupun keturunan beliau yang ketujuh . Soheh kah bukti - bukti kewujudan beliau dari waris tunggal Mahsuri iaitu Wan Hakim ? Banyak spekulasi sebenarnya . Engkau orang boleh Google dan nilaikan sendiri . Jangan malas nak membaca dan mencari ilmu . Tak salah . Banyak benda yang engkau boleh belajar sebenarnya . Satu perkara penting yang aku belajar , fitnah ni pusing macamana sekalipun , ending dia tetap celaka . Sooner or later , si pemfitnah confirm akan terima balasan dia . Takut tak ?
So tamat dekat sini . Lepas ini part yang paling awesome sedunia ! Part shopping ! Weeehuuuu !
Dah . Babai !