Assalamualaikum . Phew . Lama rasanya tak update pasal Adam . Masing - masing ingat lagi tak dengan Adam ? Hero kacak aku yang semakin hari perangai dia buat aku semakin yakin yang dia sememangnya mewarisi bakat - bakat aku untuk membuat perkara - perkara yang rare dan membabi buta . Dan bila cousin aku ingatkan aku untuk update cerita pasal Adam dengan lebih kerap , aku pun macam eh betullah . Lama tak update pasal Adam . So stop sekejap cerita Kembara Bumi Mahsuri , malam ni kita makan kenyang - kenyang cerita Adam ya ! ><,
Oh . Adam sekarang genap 28 bulan . 2 tahun 4 bulan . Untuk baby yang berumur 2 tahun 4 bulan , alhamdulillah aku rasa pencapaian Adam sangat memberangsangkan . Perkembangan kognitif Adam buat hidung aku kembang kempis menahan rasa bangga . Eceh . Eh serious . Betul . Adam sangat bijak , lepas tu bila dia dah pandai bercakap ni , dia menjadi budak yang sangat articulate , polos , rajin tanya itu ini , lepas itu dia sangat rajin mensound Papa dia time Papa dia drive . Terlangggar bonggol sikit ke apa ke , laju je mulut dia cakap "Careful Appa !" Oh jangan risau . Adam bukan sepanjang masa cakap English . Beberapa perkataan aje dia konon - konon speaking . Selebihnya , dia cakap Jawa dekat rumah . Amacam , rare tak ? Bahaha !
Hari - hari buka mata kerja dia bercakap . Itu ini . Selain bercakap tak berhenti - henti , kerjaya tetap dia adalah menyepahkan dapur dan membuli orang . Semua orang kena buli . Tak ada yang terkecuali . Semua orang dia kacau . Pagi pagi lepas mandi , dia bentang tilam depan TV dekat dapur and back to back Upin Ipin , Boboi Boy and macam - macam lagi kartun yang dia suka tengok . Sambil minum susu silang kaki sila jangan kacau dia . Habis tengok kartun , dia akan main tab sambil belajar ABC , 123 , belajar bentuk dan Iqra' sekali . Kadang - kadang dia tak mahu belajar , cuma nak melagha sambil tengok Upin Ipin dekat Youtube . Tak kisah . Daripada dia menyepah , baiklah dia duduk dan menikmati masa lapang dengan gembiranya .
Dia suka buat suara . Nanti dia ubah ubah suara dia . Comel sangat . Kadang kadang rasa nak cubit jugak bila kita tanya dia serious serious nanti dia jawab dengan suara suara itik . Eh budak ini . Mendakwa diri sendiri budak nakal , tapi kehulu kehilir masih dengan Kitty kepam dia yang bau dia masyaALLAH lazatnya ! Cepat merajuk . Serious . Nanti kan kita usik usik dia ke tinggi suara kat dia ke kan , alih - alih dia peluk tubuh sambil jalan ke ruang tamu . Nanti asyik asyik ulang "Tak sayang Adam , tak sayang Adam ! " Oloh . Comel . Pujuk pujuk sikit , puji puji dia handsome sikit , mencair lah nanti dia . Bahaha . Kata suami , sebijik macam aku . Obses terhadap diri sendiri . Bahaha !
Tengok . Suka buat perangai pelik .
Hari tu last check up dia masa Isnin lepas (26 November 2012) berat dia 13.2kg . Susut sikit . Makan taknak , tau cuma nak main main main main . Nasib baik dia suka minum susu dengan sangat lebatnya . At least ada jugak nutrisi yang masuk dalam badan dia . Waktu belajar Adam macam yang aku cakap tadi , tak ada silibus khas . Kalau rajin belajarlah ABC kalau tak rajin maka tengok ajelah Baby Bus dekat tab dia . Baby Bus ni pun bagus jugak sebab dia ajar bentuk , ajar mengira , ajar binatang - binatang . Kadang - kadang malam atau petang - petang Adam buat latihan Iqra' . Eceh . Gempak aje lebih . Bukan latihan Iqra' apapun , cuma matchingkan huruf yang dia dengar dengan pilihan jawapan yang diberi . Kadang kadang betul semua , kadang kadang salah semua . Bahaha !
Buat muka suci .
Apek sangat !
Main main dengan rabbit belaan Papa .
Alah penyayang !
Kalau bawak dia keluar jalan - jalan atau shopping memang dia excited sangat - sangat . Mulalah melaram pakai baju cantik - cantik , rambut pacak pacak and sepanjang dekat shopping complex tu suara dia ajelah terjerit - jerit tanya itu ini . Kalau dia tak ada sunyi rasanya rumah ><, Rindu keletah dia dengan Kitty kepam dia tu . Haih . Adam dibesarkan dengan suasana kampung yang sangat sangat laid back . Tak adalah urban sangat . Biasa biasa . Aku harap suasana kampung dapat mendidik dia menjadi lelaki yang baik budi nantinya . InsyaALLAH .
Cepat aje dia membesar . Orang dah mula tanya tanya bila nak bagi Adam adik . Macamlah nak bagi Adam adik macam boleh pergi dekat pasar lepas itu pilih aa nak yang ini , nak yang itu . Pffft ! Sabar . Ada rezeki adalah . Tak payah nak emosi emosi . Kalau dapat anak perempuan , oloh comelnya . Nanti Adam protect adik dia dekat sekolah daripada kena buli . Aloh sweetnya ! Suami kata entah entah adik dia yang protect Adam dekat sekolah kalau adik dia perangai macam aku ! Kahkah !
Aku sentiasa doakan yang terbaik untuk Adam . Yang terbaik . Dan aku akan berikan yang terbaik untuk Adam . InsyaALLAH . Aku garang dengan Adam . Garang . Selalu ajar Adam kemas toys dia , selalu ajar Adam buat kerja sendiri , buang sampah dia sendiri , kalau dia nakal on the spot aku hukum dia . Kalau dia nak manja - manja memang dia cari Papa atau Nenek . Tak apalah . Aku cuma nak menjadikan dia manusia , InsyaALLAH . Nak dia tahu yang hidup ini tak selalunya indah . Kalau nak sesuatu kena berusaha . Mewah tak datang bergolek . InsyaALLAH . Aku nak Adam jadi lelaki yang kacak luar kacak dalam . Macam Papa dia . Amin Ya Rabb !
Ah tengok . Asal cerita pasal Adam , mesti sebak ! Emak mithali aku ni !
Dah . Babai !
10 comments:
adam sangat handsome ! comel pulak tuu ! bulu mata dia lentik sikit ;)
comelnyaaa keletah Adam :D
adam sebijik macm papa dia,, sangat apek!!! hahaha,, gelak banyak kali baca entry ni. tibe2 rasa nak kawin,, eh. :P
what a lovely real story... akak...bca dari tulisan akak pun dah dpt rasa how special adam tu..:) nice , syahdu baca last part dlm kotak tu..dun worry adam tau yg akak syaang sgt2 kat dia even akak garang2 (xtually sy xrasa akak garang,heheh)... lastly, sweeeeeeeettt ---> adam protect adik dia dari dibuli,hkhihihik
@Nadiah KarimAah tak payah pakai mascara dah lentik . Emaknya pakai mascara bercoated - coated pun still kontot ! Bahaha !
@Nurmujahidah IsmailKahwin Muja , kahwin ! Calon macam dah ada dah tu ! Haha !
@zaxxTerima kasih ! ><, Sayang dia gila gila . Tapi dia selalu taknak akak pasal akak Mama garang grr grr (Dia buat bunyi macam ni menandakan Mama garang . Haha)
Kalau ada adik gegirl betul alangkah sweetnya ! Bahaha ! ><,
Adam hensem! hehehe...arnab tu comel la kak CPB...hahahaha
@imantizz_truperKan ? Dua dua comel ! Haha !
ha...barulah puas hati aku.
dapat tengok adam dari jauh.
err..kau tau tak dulu aku mengandung aku suka baca entry adam. ulang2 baca pon takpe.
selepas bersalin , aku kembali ke mood normal.
ni aku kembali membuka entry2 adam balik. eh.
@Miss TasantekYes. Wafiy nak ada adik! Yes!
Post a Comment