Sunday, November 25, 2012

Rumah Terbakar Panggil Bomba . Kalau Beras Terbakar ? : Kisah Kembara Bumi Mahsuri Part 6

Assalamualaikum . Habis bershopping gamat , kami meneruskan perjalanan merayap - rayap di bumi Mahsuri dengan penuh kegembiraan dan mata yang masih bercahaya . Dah pesan dekat Maklong awal - awal , datang Langkawi ni nak melawat semua tempat bersejarah seberapa banyak yang sempat dalam masa 3 hari 2 malam ni . Tak payah nak risau - risau pasal shopping itu ini sebab dah selamat melabur duit tabung dekat Idaman Suri dan Haji Ismail Group .

Kalau tengok tajuk entry pun rasanya readers aku yang bijak bijak sedunia ni dah dapat agak dah mana pit-stop kami yang selanjutnya . Padang Matsirat bebeh , melawat kawasan beras terbakar yang sumpah sangat famous seantero Malaysia .

Sejarah kawasan beras terbakar ni sebenarnya rentetan daripada kesan sumpahan Mahsuri selepas dia dihukum bunuh . Kalau nak kan version yang lebih awesome lagi macam biasa engkau orang boleh menggunakan khidmat Google , ye . Tapi mengikut apa yang aku faham , beras terbakar ni start daripada tindakan Datuk Pakerma Jaya yang mengarahkan tentera - tentera dan orang kampung untuk tanam semua stok stok beras yang dia orang ada untuk mengelakkan bahan makanan yang sangat penting ni jatuh ke tangan Siam . Time tu diorang ni tengah berperang . So macam biasa , macam dalam filem , kalau perang perang mesti ada bakar bakar sana sini kan , so aku rasa dek kerana tentera Siam atau tentera Datuk Pakerma Jaya ni main bakar sana sini , beras yang diorang tanam pun turut hangus hitam legam terbakar sama . Sungguh membazir . Begitulah , mengikut lagendanya . Phew !

Jadi , disinilah kami . Cuba melihat sendiri dengan mata kepala kami sendiri , lagenda yang diturunkan melalui generasi ke generasi . Kawasannya agak tersorok , signboard dia pun agak lusuh . Memang menambah sungguh effect effect bersejarah dengan sungguh dramatik sekali . Cuaca pulak mendung . Memang feeling feeling kembali ke masa silam .

Pintu masuk dia . Kalau lapar boleh singgah dekat gerai Makcik tu , beli bebola sotong .

Masuk aje pintu gerbang dia tu , kiri kanan engkau akan ada booth - booth kecil yang menjual T-Shirt , makanan , kain batik lepas , baju - baju blouse , permainan , cenderahati macam fridge magnet atau keychain ke , hasil hasil laut macam sotong sira , sotong kering bergula (Sedap gila nak mati!) and engkau orang boleh membeli - belah dekat sini kot - kot nak bagi cenderahati dekat orang kampung . Harga dia aku rasa agak mahal sikit kalau nak dibandingkan dengan dekat luar . Fridge magnat kat tempat lain , bentuk yang sama RM10 dapat 3 , dekat sini  satu dia jual RM5 . Tapi kalau engkau orang malas nak beli kat tempat lain , rembat aje banyak - banyak dekat sini . Jalan sikit habis area booth - booth ni , maka sampailah dekat kawasan beras terbakar .
 
Assalamualaikum .

Kawasan beras terbakar ni sebenarnya masuk dalam kawasan rumah orang . Kebetulan rumah dia pulak mak aih tradisional sangat sangat . Compound dia sangat bersih dan sangat sangat cantik . Dan bila dah nampak tempat - tempat macam ni , rugilah kalau tak berposing sekali . Bahaha !

Tadaaaaa !
Sayang perempuan ni sangat sangat sangat sangat !

Dulu , kata Pakcik aku sebelum kawasan ni berpagar , adalah lebih kurang 15 ke 20 tahun yang lepas , pengunjung yang datang boleh korek - korek sendiri kawasan beras terbakar ni dan kumpulkan beras - beras terbakar yang ada , masuk dalam botol dan bawak balik rumah buat kenangan . Tapi sekarang dah tak boleh lagi dah sebab kawasan dia dah berpagar , engkau orang cuma boleh tengok kawasan dia daripada luar pagar ajelah . Tapi jangan risau , ada satu tempat khas dia sediakan untuk display beras terbakar tu dalam satu bekas kaca . So , engkau orang boleh saksikan beras original yang terbakar pada era Mahsuri tu dulu lebih kurang 200 tahun lebih yang silam . Phew . Ayat macam ensiklopedia lah pulak .

Kami tiga beradik . Makngah , aku , Maklong . Embun tak ada . Bahaha . Jangan jealous ye kau !
Ini kawasan beras terbakar .
Ini beras nya .
Dah nak balik dah . Babai . Terima kasih . Assalamualaikum .

Lepas puas tengok tengok sana sini , posing sana sini , cuaca pun kebetulan dah menunjukkan tanda tanda nak hujan , kami pun gerak nak merayap ke destinasi seterusnya . Sebelum tu , sempat singgah ke booth - booth tadi untuk beli cenderahati macam keychain dengan fridge magnet untuk kawan - kawan . Emak dengan Makngah rembat kain batik banyak - banyak sebab Emak kata batik Langkawi pun tak kurang bestnya jugak . Kainnya tebal dan motif coraknya berbeza sikit dengan batik Kelantan atau batik Terengganu . Aku dengan Maklong shopping T-Shirt untuk Abah and shopping sotong kering pedas bergula yang masyaALLAH sedapnya sedapnya sedapnyaaaa !
 
Hah pilih boi , pilih .

Sebenarnya tak sabar nak ke destinasi seterusnya . Orang kata kalau dah sampai Langkawi dan tak pergi ke tempat yang bakal kami pergi ni maka rugi sikitlah . Itu yang excitednya tak sabar dan melimpah ruah sikit tu ! Tak sabar tak sabar !

Tunggu part 7 ya !

Dah . Babai !

6 comments:

mujagirl92 said...

tempat ni muja sempat sampai hari tu,, tpi masa tu tak de kamera,, tak leh snap gambar,, sedih tapi redha,, lgpun time tu tak jadi blogger agi,, tak pe,, kih3

Cik Puan Bunga said...

@Nurmujahidah IsmailAkak sejak belum ada blog lagi dah memang camwhorer terlampau , bila dah ada blog makin double triple lah kegilaan itu . Bahaha .

:)

◕ D Y S H A S A H H I R ◕ said...

tak sampai lagi..hukhuk

Cik Puan Bunga said...

@◕ D Y S H A S A H H I R ◕Takpe seksok nanti boleh pegi ! :)

Meeda said...

Dah pernah sampai dekat sini.. memang barang-barang dujal harga dia mahal sikit. Anyway, rumah dia memang cantik, bersih gila-gila ! hahaha

Cik Puan Bunga said...

@Az MeedaKan . Rapi terjaga , macam nak tolong sepah sepahkan aje ! HHAHAHA!