Sunday, December 9, 2012

Cerita Seram

Assalamualaikum . Malang apa entah nasib aku malam Jumaat lepas, aku ingat aku cukup gagah untuk membaca buku cerita seram malam malam macam tu. Rupanya ideologi aku bercanggah sekali dengan kemampuan aku mengawal perasaan takut. Tak guna. Yang akhirnya aku ended up tidur berasak dengan Adam dengan Emak. Emak aku pulak tak sporting, berdengkur. Apa lagi, memang aku tak tenang, tidur pukul 5 pagi jawabnya. Memang aku menyumpah dengan dahsyatnya dalam hati. Padan muka. Siapa suruh aku baca #CeritaSeram dengan Ketakutan. Memang betul - betul aku diselubungi rasa kocor yang teramat. Kocor ni bahasa Jawa, makna dia takut gila. Kakaka. Sempat pulak aku buka kelas bahasa dekat sini.



Alang - alang dah bukak cerita seram, aku nak kongsi pengalaman pengalaman angker aku sepanjang aku hidup. Tak banyak. Tapi cukuplah untuk dijadikan kenangan abadi sepanjang hayat. Kira kalau time - time camping unggun api dalam hutan malam - malam tu ada bahanlah aku nak story kalau ada sesi mari bercerita cerita hantu ke apa. Gila. Sebab tu aku tak pernah join benda - benda bodoh macam camping dalam hutan ke apa kan. Mintak mahaplah. Aku waras lagi kot.

So, ceritanya begini .

#1 Perempuan Pandang Dari Screen Laptop

Phew. Kau bayangkan, aku tulis tajuk aje dah seram. Belum lagi start cerita. Cemana? Okeh. Macam ini. Tahun 2011, aku mengajar sebelah petang. Tempat duduk aku ni pulak kawasan cikgu - cikgu belah pagi. So kalau lepas pukul 3 petang tu memang aku sorang - sorang duduk sini, yang lain semua dah balik dah.Aku sorang sorang buat kerja, melagha semua soranglah.

Nak dijadikan cerita (Ayat cliche macam biasa), satu petang tu aku tengah main Facebook. Kelas tak ada. Jadi macam biasa, macam pegawai kerajaan yang lain yang kononnya dituduh buang masa, aku termasuk sekalilah on Facebook lepas tu usha pepakwe kacak sini sana sambil buat kerja sia - sia. Kebetulan time tu hari baru nak start hujan. Dengan angin dia menggila , suasana dah start gelap gelap dah, angin dia memang paling tak boleh blah. Menderu - deru macam apa. Aku dah seram tapi tak terfikir apa. Tengok jam baru pukul 5.30 petang so macam ala chill la, apa benda aje boleh jadi pun kan.

Tapi memandangkan angin dah menggila, dengan petir kilat lagi bagi effect kaw - kaw punya, aku takut jugak kalau - kalau laptop aku kena petir ke rosak tak memasal ke kan, macamana aku nak meneruskan hobi melagha lagi kan. So aku pun mengambil keputusan bijak untuk off laptop demi masa depan aku sendiri. Masa aku dah off and tengah tunggu screen dia ni padam sepenuhnya, dekat sebelah kanan screen aku (Screen laptop kan macam cermin, boleh nampak view sekeliling kita) halamak sekali aku mengesan satu objek yang macam manusia rambut panjang tengah berdiri pandang bawah. Fine. Aku dah kusut.

Aku buat - buat tak pandang tapi dasar mata degil mintak pelempang, aku terus tengok 'kakak' tu sambil mata tak berkelip. Cubaan untuk membaca Ayat Kursi berjaya walaupun aku yakin tajwidnya lari entah kemana - mana. Tapi aku cuba tahan diri untuk tidak depress. Aku pandang tempat lain, dan bila aku pandang screen laptop tu 'kakak' tu macam makin dekat pulak koordinatnya dengan tempat duduk aku. Pundi kencing tak menyebelahi aku nampaknya. Time - time ni dia nak buat penampilan istimewa. Aku dah menggeletar kepala lutut. Subhanallah astaghfirullah. Aku nampak jelas 'kakak' ni. Rambut panjang tutup muka, baju lusuh lusuh, tak bergerak statik satu tempat. Aku nak pengsan tapi tak pengsan - pengsan. 

Perlahan - lahan aku tutup screen laptop dan aku rasa macam pergerakan sedang diperhatikan. Aku sebut "Allah Allah" dengan suara menggigil - gigil. Lutut longgar macam tak boleh nak jalan. Aku bangun perlahan - lahan dengan kaki yang bapak ah goyang - goyang. Sumpah aku rasa tak macho menggeletar sampai gigi rasa berlaga. Dengan ekor mata aku jeling belakang aku. 'Kakak' macam dah tak ada tapi hati tetap rasa macam celaka so aku rasa dia masih ada cuma main sorok - sorok. Takut kena sergah membabi buta, aku tak tunggu lama, terus pecut ke bilik sebelah dengan handbag , wallet, phone semua tinggal.

Bila suami jemput petang tu baru aku berani patah balik bilik sebelah sambil pandang kiri kanan. Dan agak nasib baiklah 'kakak' tu tak tunggu aku dekat situ. Phew phew!


#2 Perempuan Pandang Masa Tengah Tidur

Yang ini memang agak celaka sikit sebab dia kacau aku honeymoon. Kakaka. Cerita berlaku di negeri Melaka. Biasa ah pengantin baru kan, so check in hotel yang up sikitlah instead of rumah tumpangan Ah Yap ke apa. So pengantin baru yang kepenatan meronda bandar Melaka tidur awal tanpa melakukan apa - apa contohnya bermain dam ular ke apa eh apa kau mengarut ni? Masa tengah - tengah tidur tu, aku terjaga tiba - tiba dalam pukul berapa aku taktau sebab malas pula aku nak check jam handset. 

Dengan mata yang terpisat - pisat tu, elok aje aku nampak satu perempuan pakai baju ala ala vintage bunga bunga putih berdiri dekat hujung kaki. Rambut paras bahu muka tak nampak. Damn. Lama jugak dia berdiri macam tu aku pun tak tanya apa dia nak. Mula - mula aku macam tak seram sebab aku mamai - mamai sebenarnya. Aku kejut suami. Masa aku kejut tu, dia masih ada berdiri dekat hujung kaki, aku pandang suami untuk gerakkan dia dengan lebih membabi buta, bila aku pandang dia lagi, eh dah hilang. Fine.

Malam tu memang tak nyenyak sangat tidur. Aku macam rasa ada orang tengok dari arah siling. Sunyi dia pun lain macam. Entah datang dari mana bunyi angin menderu - deru buat aku rasa memang eh jahanam honeymoon aku. Nanti tiba - tiba dengar bunyi benda tajam carik - carik kat dinding macam datang dari bilik sebelah, tiba - tiba aku dengar bunyi benda berat diheret dekat luar pintu. Ah pissed off betul. Suami pun terkebil - kebil muka macam antara nak berfikir secara rasional atau kekal menerima benda - benda macam gitu. Akhirnya untuk mengurangkan rasa takut yang bengang, suami pasang TV buka kuat - kuat dan akhirnya kami tertidur . Penat.

Yang bestnya, bangun Subuh, ada 'orang' dah tolong matikan TV.

Nice.


Ha. Sebenarnya banyak lagi. Itu belum cerita aku nampak perempuan baik punya duduk atas bumbung rumah. Phew. Nanti - nanti aku share lagi. Aku sebenarnya takut takut berani ni. Kakakaka.

Allah juga sebaik - baik pelindung.

Dah. Babai!

23 comments:

INNANIE ARIFFIN said...

jilake malam ni gua tidur sorang!

Unknown said...

Maaf kakak , Faie cuma bace cerita yang pertama jee ^ ^ Hee , sekarang dah malam , nanti susah pulk Faie nak tidur nanti =='

Cik Puan Bunga said...

@Innanie | AriffinGua pun. Adam tidur dengan nenek. Bf gua kerja. Perghhh!

Cik Puan Bunga said...

@Nur FaieSorry Faie! ><< Anda awesome kerana tidur sendiri!

Meeda said...

Esok masuk baliklah blog akak, malam-malam ni tak nak baca. Hehehe..

Kenapa publish post ni memalam ? Huhu

Cik Puan Bunga said...

@Az MeedaKakakaka . Idea datang memalam! HAHA!

Unknown said...

Semalam bace sket..part dah nampak tu..terus tutup..

Arini sambung bace..sampai habis...baru berani..hahhaha ;)

Cikgu Ma said...

kuat imaginasi kdg2 boleh muncul bnda tu...ish...mintak jauh...

Cik Puan Bunga said...

@Nieyxzha HassanKekeke itulah. Saya yg type pun seram seram jugak . Kakaka.

Cik Puan Bunga said...

@Cikgu MaKalau setakat dalam imaginasi je tak apa, ini kalau depan mata. Uwaaaaa!

Miss Tasantek said...

orang yang boleh nampak2 ni mak angkat aku kata, hijab die tebukak sikit. kalau tebukak semua , semua yang kita tak nampak die boleh nampak.

sometime kita tak terkecuali dari diuji Allah dengan kelebihan2 ini.

aku sendiri, penakut. aku memang away dari punca2 yang mendatangkan seram. tempat gelap adalah tempat aku benci.
hahahaha..
nsib baik aku baca ni time aku tengah bengang dengan baby tonget kebencian ramai. so tadelah takut sangat. hahahaha..

Cik Puan Bunga said...

@Miss TasantekAku ni kau ingat berani ke? Kakakaka penakut melampau! Haha tapi suka baca cerita seram tengok cerita hantu benda tah!

Baby tonget? Kakakakaka!

Meeda said...

Datang balik baca post ni, semalam takut nak baca benda-benda seram ni. Ternyata di siang hari ni pun saya takut. Huwaaaa !

Cik Puan Bunga said...

@Az MeedaHalamak maaflah membuat anda seram disiang hari. Kakaka!

deQna said...

wahai kakak....sungguh smlm sy tidak lena tidur baca cerita kamu....sy tdo keseorangan smbil memandang kipas siling...terasa-2 mcm ade bnda menenggek je....hadoi laaaa......

Cik Puan Bunga said...

@deQnaMaaf lah kerana membuatkan anda tak lena tidur ! Kehkeh ! Imaginasi tinggi nih ! ><

@__shxfiik said...

sheramnyer,,rase nk pipis bace citer kt bilik guru tu,,mujurlah aQ suda tamat pengajian,,fuhh!

CPB yg cumell,,proceed utk part ats bumbung tu, desprte nk tau,,ngee

Cik Puan Bunga said...

@Encik Shafik FashahInsyaallah! Akan diusahakan sambungannya! ><,

Anonymous said...

Nk cite jgnla mncrut.apela ko kn pmpuan.

Cik Puan Bunga said...

@AnonymousMencarut celah mana? Lahaii amenda ah kau. Nak ayat yang gramatis dan berbudi bahasa pergi ah baca kamus dewan ke, buku-2 motivasi ke apa. Haihh.

Unknown said...

Aku biasa jer bace malam2 tak takut pon

Cik Puan Bunga said...

@hatif alilmanKau berani lagi berjiwa kental mungkin.

Unknown said...

Hotel mana tuu?