Assalamualaikum. Cuti sekolah dah nak habis dan selaku cikgu awesome yang berbakti untuk rakyat , malah sejak akhir - akhir ini menggelarkan diri sendiri sebagai 'The Green Lantern' (nsvsu#^#*!(!)~!!) aku memang tak sabar nak naik sekolah semula. Tapi itulah sebelum naik sekolah kena ambil keputusan PMR dulu kan (Macamlah aku yang exam. Tapi stressnya melampau - lampau melebih students pulak!) dan terpaksa melalui beberapa siri meeting yang pastinya cap jempol. Haha. Mental kena kuat nak pergi meeting lepas tu sila gilap semula kebolehan speaking secara berhabuknya sebab cuti ni aku banyak lenjan novel - novel #lejenpress so bahasa aku pun cantik habis dah ni. Kakaka.
Oh sebut pasal dah nak buka sekolah ni, hari tu sempena mendapat duit menjaga PMR aku belilah baju - baju untuk pergi mengajar tahun hadapan. Disamping revamp baju - baju lama, kiranya almari baju sekarang sudah ada space untuk menerima baju - baju baru. Kita nak mengajar ni kena semangat sikit, kena cantik cantik kemas kemas, students pun ghairah nak belajar insyaallah. Tak semestinya kena pakai baju mahal - mahal baru mampu tampil anggun, tengok baju - baju aku, murah-murah belaka. Kakaka aku kan cheapskate yang terhormat. Yang penting, kemas dan menutup aurat. ><
Mula-mula nak memborong di Jakel tetapi Jakel punya baju semua macam brrr sejuk sejuk coraknya. Tak hot langsung. Lepas itu banyak yang chiffon. Chiffon nak kena lining lagi. Misi kita nak mencari baju yang murah dan cantik. Kalau kena beli kain lining macamana nak mencapai objektif misi kan. Jadi kita kena bertindak bijak dengan menerjah kedai - kedai kain yang biasa - biasa tu. Haa rupanya dia orang pun buat jualan murah juga. Kain yang biasanya RM25 semeter semua dah jadi macam RM15 ke RM12 gitu. Memang tak pandang kiri kanan lagi dah.
Macam biasa, aku kalau membeli kain untuk dibuat baju, kalau tak ada yang corak bulat-bulat memang tak sah. Sampaikan Emak pun dah menyampah. Eh Emak pandai pulak nak menyampah-nyampah dengan aku. Walaupun corak bulat-bulat membuatkan aku yang gemuk bertambah gemuk tapi kebahagiaan yang datang setiap kali aku dibaluti cecorak polkadots tersebut tak dapat disangkal lagi. Sorga. So, rembat dua helai yang bercorak begitu. Sekian terima kasih. Juga tiga helai Italian Viscose yang corak dia emphhh alahai comelnya comelnya dengan dua helai lagi corak bebas. Ya, itu saja.
Yang tiga helai dekat bawah tu viscose . Kain dia sejuk. So aku yakin beliau selesa untuk dipakai.
Tahun ini, cheapskater punya misi adalah untuk menjimatkan duit seberapa yang boleh. Kakaka. Jadi aku cuma beli kain - kain untuk dibuat baju saja instead of beli sepasang. Maknanya aku beli 2 meter saja cukup-cukup untuk dibuat baju. Kainnya nanti rotatekan aje dengan kain plain yang aku sudah sedia ada. Bahaha. Nampak tak politik dia. Memudahkan Emak juga untuk proses menjahit. Jadi baju pun cepat siap. Kainnya nanti nak cuba padankan dengan maxi skirt. Labuh dan rasanya cantik kot! Kakaka. Aku rasa cantiklah, tak tau orang lain tengok rasa macam nak lempang diri sendiri ke apa kan. Hidup kena berani mencuba.
First time aku ada baju warna kuning. Rasa - rasa macam comel juga. --"
Alahai rindunya nak kembali mengajar. Duduk rumah lama - lama bosan juga. Eh nanti bila dah naik sekolah sibuk pulak nak cuti. Rindu nak jumpa kawan - kawan pun ada sebenarnya. Haha. Rindu nak buat benda - benda lagha dengan partner in crime.Kakaka.
Rindu rindu rindu.
Sebelum naik sekolah kena set up mood dan niat supaya kerja menjadi lancar dan berpahala. Insyaallah. Sementara ni kita habiskan sisa sisa cuti sekolah dengan bergembira sepuas - puasnya! ><
p/s : 19hb Disember ni results PMR didakwa akan diumumkan. Okay, aku yang nervous!
Dah. Babai!
20 comments:
haha . cecomelll nyer header teacher ~~!!
taun depan ajar budak pmr lagi ke ??
kasi can ajar kitaorg budak SPM pulak lah . hahah XD
memang semangat..wow!
Nervous jugak ni tunggu result.. Anyway, kain viscose tu omeyy nye.. hehe
Cuti sekolah dh nak habis, selamat kembali mengajar.. :D
@missteeha the babling girlTerima kasih ><, Haa tahun depan ajar budak form 3 lagi insyaALLAH! ><,
@FendyChayok chayok! HAHA!
@A Z M I E D AComel kan? Rasa diri comel pula! Kakakaka!
Oh terima kasih! ><,
hana pun dah nak start mengajar tahun depan insyallah, dalam perancangan jugak nak beli kain2
".. to love is to care, to care we must share..."
get some and feel awesome at I AM GORGEOUS
@hnahdySelamat mengajar Hana. Semoga menjadi guru yg baik! Insyaallah! ><,
@ketikketokThank you! ><,
Byknye memborong.. Aduyaiii, jeles ok!!
cantik nye corak kain tu...
@Fareeza NazimStok untuk tahun 2013. Tak banyak ni. More to come! Eceh! Kakaka!
@watyzKan? Murah-2 nih! ><
tips yg baik tuh sis betol kan boleh matching2 Nampak cantik dan part yg paling sekali jimat hehehe :)
@cik nurLamanya tak datang sini! Rindu! ><,
waah . tak dapat tengok teacher comel ber-gorgeous - gorgeous [bahasa apa ni -.-] masa first day sekolah nanti . >< dah habis dah sekolah . okay , rasa tua jap .
@izfahannyYaaayyy dah tak payah pegi sekolaaahhh! Boleh bangun lelambat yaaayyy! Hihi! ><
haha . anak dara bangun lambat kena baling periuk dgn mak -.-
@izfahannyWaaa hardcore betul emak awak? Ekekeke. Nasib baik baling periuk, kalau awak yg dibaling? Haha!
Post a Comment