Assalamualaikum. Pheww berdebar jugak nak share benda ni dekat sini. Tapi, ah aku share ajelah. Mana tau engkau orang suka kan. Kalau tak suka pun tak apa. Aku just buat untuk suka-suka. Bahahaha. Aku ada tulis satu novel, lahaii macam bodoh aje ayat tulis novel konon! Kakaka. Aku bagi tajuk dia 'Malaikat Kedua'. Kenapa? Nanti masa sidang akhbar novel aku, aku bagitahulah kenapa. Kahkah. Berangan. Aku nak share sikit Bab 4 Malaikat Kedua ni kat sini. So, engkau orang, bolehlah membaca dengan aman ya. Kahkah. Dahlah aku nak sorok masuk bilik nih! Malu!
BAB 4 (DOA)
“Ya
Allah, Kau yang memberi rasa dalam jiwaku ini untuknya tanpa aku minta. Aku
mengawal, aku menidakkan, bahkan aku meminta Kau untuk membantu aku melupakan,
malah Kau semakin kuatkan rasa cintaku padanya, kau suburkan perasaan ingin
memunya dalam hati aku kepada dia, Kau cambahkan rasa kasih dan sayang untuk
seseorang yang tak akan mungkin menjadi milikku melainkan dengan kekuasaanMu Ya
Allah.
Bantulah
aku Ya Allah. Engkau pemilik cinta maka bantulah aku membuang rasa cinta ini
daripada jiwaku Ya Allah. Bantulah aku mentadbir perasaanku, bantulah aku
membuang kenangan – kenangan ku Ya Allah. Bantulah aku bangkit dan mencari
cinta sebenarku Ya Allah. Bantulah aku menemui cintaku yang mencintaiMu Ya
Allah.”
Tanpa
sedar. Dipipinya mengalir airmata. Airmata kecelaruan yang tumpah sama ada
kerana doanya kepada Yang Maha Pencipta sebentar tadi atau airmata kerana
menahan kerinduan yang terlalu mendesak – desak hati untuk menjadi lemah. Di
atas sejadah, dia menemui kekuatan. Diatas sejadah juga dia mengalah menjadi
lemah. Dihadapan Pencipta Agung, airmatanya sejak – sejak ini mudah sangat
tumpah dan membasah pipi. Dikesat dengan hujung lengan. Kepala masih tertunduk.
Muhasabah kekhilafan lalu. Bangkit mahu menjadi hamba yang sebenar hamba. Yang
penuh sifat redha. Tafsiran surah Al-Baqarah ayat 286 menerjah otak secara tiba
– tiba. “Allah tidak membebani seseorang melainkan
sesuai dengan kesanggupannya.” Ah bukan setakat dalam surah Al-Baqarah saja,
malah bersepah – sepah didalam Al Quran, dalam surah Al –A’raf ayat 42, dalam
surah Al Mu’minun ayat 62 dan banyak lagi ayat – ayat Allah yang menyatakan
manusia tak akan diuji melebihi apa yang dia mampu. Jadi dia yakin, dia mampu
untuk menghadapi semua ini. Semua ini.
Bersangka baik sentiasa kepada Allah.
Pesan ibu. Jangan fikir jika Allah menguji kita maknanya Allah tak sayang. Itu
tanda Allah mahu meningkatkan keimanan kita. Ah suara ibu terngiang – ngiang.
Serentak itu juga wajah yang berbulan hilang dari pandangan mata, muncul dalam
entiti yang tak berwujud. Sulha mengalah menjadi lemah. Kalah kepada kenangan.
Kalau kenangan itu boleh dipadam, diliquid, didelete, dia orang pertama yang
akan melakukannya. Tapi kenangan itu walaupun terlalu melukakan, ia terlalu
indah untuk dilupakan. Kenangan yang ketika dia bersendiri, kenangan itu yang
memberi semangat, menjadi teman. Hidupnya hanya disandar pada kenangan.
Kenangan yang ah. Tak semua orang bertuah untuk punya kenangan sebegini rupa.
Wajah semakin menjelas. Wajah seorang wanita sedang tersenyum. Dua pipinya menggunung.
Mata mengecil. Lekuk dipipi kiri. Senyuman yang seringkali didakwa tidak
sempurna, tetapi senyuman itu yang membuat jiwanya tertabrak lalu sejak itu
senyuman itu menjadi penguat jiwa. Pelemah juga.
Inilah padah bercinta belum sampai
masanya. Padah juga bercinta dengan orang yang salah. Padan muka aku. Hati
berdialog sendiri. Eh bercinta ke namanya kalau cuma sebelah pihak saja yang
menyulam rasa. Sebelah pihak lagi? Entah. Sulha menyeka mata yang dikira – kira
mahu membanjir lagi. Tak pernah seumur hidup menangis kerana perempuan.
Salahkah aku menangis kerana perempuan? Kerana aku lelaki, maka aku tak boleh
menangis untuk sesuatu yang dianggap lemah? Sejak bila airmata menjadi batu
tanda kuat lemah seseorang. Kalau begitu, kenapa bila kita terlampau gembira,
airmata juga yang memuncul rupa? Kenapa? Sulha meraup dua tapak tangan ke
wajah. Menyeka dan menyapu sisa – sisa airmata. Sejadah dilipat dua sebelum di
susun di atas rak khas. Matanya terpandang kitab suci Allah di rak yang satu
lagi. Diambil satu lalu dia memilih sudut melabuh punggung. Berdehem kecil.
Membetulkan suara. Dibukanya surah At – Taubah. Suaranya bergetar mengalun ayat
– ayat Allah. Terhenti seketika. Berperang dengan emosi. Dan pembacaan
diteruskan lagi. Payahnya mengubat jiwa yang luka. Allah ada. Allah ada. Pujuk
hatinya. Sampai ke ayat yang terakhir, jiwanya berombak menahan sebak yang tiba
– tiba menggila.
“Kemudian
jika mereka berpaling ingkar, maka katakanlah (wahai Muhammad): "Cukuplah
bagiku Allah (yang menolong dan memeliharaku), tiada Tuhan (yang berhak
disembah) melainkan Dia; kepadaNya aku berserah diri, dan Dia lah yang
mempunyai Arasy yang besar."
Sebak
menggila , namun airmatanya tidak tumpah. Hebat bukan. Sampai satu tahap,
terlalu luka dan berduka, tiada airmata yang tumpah. Tiada. Walau setitik.
Kitab Allah dikucup lembut, dan serentak itu bahunya dipegang dari belakang.
Sulha menoleh. Taariq.
“Aku,minta
maaf.”
“Takde
apa yang aku nak maafkan.”
“Aku
kat kantin tadi mulut tak jaga.”
“Selama
ni pun macam itu.”
“Aku
minta maaflah Sulha. Salah aku. Selama ni pun memang salah aku.”
“Takda
apalah. Aku, emosi.”
“Aku
tanya soalan bodoh.”
“Yang
tak pernah pandai.”
“Maaf,
Sulha.”
“Lama
dah kau dekat sini?”
“Dari
permulaan At – Taubah tadi.”
“Apasal
kau tak join sekali?”
“Suara
kau sedap sangat. Aku rendah diri” Senyum.
Berbalas.
“Sulha,
jomlah balik. Atau kau nak lepak library? Study?”
“Aku
nak baliklah. Aku, penat.”
“Okay
Sulha. Kita balik.”
Sulha
pulangkan Al- Quran ke rak, menggalas beg lalu duduk ditangga surau. Memakai kasut.
Diikuti Taariq dibelakang.
“Kau
dah Zuhur dah?”
“Dah
tadi. Masa kau khusyuk mengaji.”
Mereka
berjalan beriringan ke tempat menunggu bas. Berpuluh langkah dan masih diam
begitu. Terik matahari jam tiga membakar kulit mereka. Peluh kecil memercik
didahi.Taariq mencuri pandang kearah Sulha. Terseringai menahan terik mentari.
Merah – merah muncul dipipi.
“Sulha,
aku minta maaf tahu?”
“Selama
ni kau minta, ada aku tak pernah beri?”
Taariq
tunduk sambil tersenyum.
“Brotherhoodlah
Taariq, brotherhood. Kawan lagi penting daripada awek!” Sulha tersenyum kecil.
Motto hidup manusia looser macam dia. Macam dia dan Taariq. Macam dia, Taariq,
Ahmad Izzuril, Hezwan malah berpuluh – puluh lagi lelaki yang kononnya
brotherhood bisa menumbang perilaku – perilaku bodoh yang bakal terjadi kerana
cinta. Kerana perempuan. Hakikatnya, itu cuma doktrin bodoh yang digunapakai
ketika lelaki tak punya siapa – siapa. Once bila mereka sudah bertemu jiwa
dengan pasangan berlainan jantina, kawan ke mana, brotherhood kemana. Kesetiaan
dicurah melebihi kesetiaan kepada bangsa dan negara macam dalam Rukun Negara.
Tahi semua tu. Tahi. Dan petang itu Sulha memilih untuk menjadikan doktrin
bodoh itu pegangan seketika. Walaupun hatinya luka dek kata – kata Taariq, dek
ketidak sensitifan Taariq terhadap sejarah cintanya, dia mempersetankan semua
itu. Dan memilih untuk memperjuang brotherhood yang entah apa hala tujunya.
Bersalaman.
Bahu Sulha ditepuk – tepuk. Mungkin Taariq merasa jiwa Sulha sudah disembuh
sepenuhnya. Hakikatnya tidak. Jiwa Sulha sebenarnya semakin terjera. Cuma Sulha
bijak menyembunyikan. Jauh – jauh dalam hatinya yang terpaling dalam. Yang
setakat ini cuma Taariq yang mampu menyelam. Itupun separuh jalan. Tak mengapa.
Asalkan Sulha mampu hidup seperti manusia biasa. Dan bukan seperti setengah –
setengah lelaki yang memilih untuk menjadi bangsat kerana kecewa bercinta.
Bukan mahu memperbaiki diri, tapi memilih untuk membunuh diri. Sulha bukan
begitu. Dalam kelemahan, dia temui kekuatan. Dan Taariq akan sentiasa pastikan,
saat – saat jiwa Sulha lemah ditabrak cinta, Taariq akan sentiasa ada. Ada
untuk, entah. Mungkin tak membantu banyak. Mungkin cuma ada untuk saja – saja.
Tak mengapa. Asalkan bila Taariq diperlukan dan dia ada untuk Sulha.
InsyaALLAH. Itu brotherhood bagi Taariq. Walaupun ada satu hal yang dia
mengengkeng membantah habis – habisan, dalam hal yang lain, dia akan sentiasa
menjadi sosok pendukung. Cuma satu hal itu, satu hal itu yang Taariq takkan
mampu menjadi faktor penguat.
Hal
Sulha Mujaheed yang dalam diam mencintai perempuan itu.
Itu,
tidak akan.
Dah habis. Nak tahu cerita lengkap, belilah novel aku! ><
Dah.Babai!
9 comments:
soalan serious, novel you ni dah keluar ke?
best! kenapa pendek sangat tak puas bacalah. hehe..
bagus... patut di teruskan tetapi bila satu percakapan berlaku haruslah diketahui siapa yang bercakap. tidak elok kiranya sebuah novel melakukan percakapn tanpa mengetahui siapa yang berkata-kata. memahami kehendak penggila novel.
yang benar...
pembaca novel yang ke 2500 buah
kak sue
ok?
@Rara NasihaKakakaka tak pun. ><
@A Z M I E D AKehkeh nama pun snippet. Sikit-2 jek! Ekekeke!
@Noura AisyaKak Sue pernah baca novel Fixi?
looking forward for the novel teacher!
hehe. nice. jujurnya, saya lagi suka novel camni, sebab novel melayu terlampau mainstream.
wujudnya penulis2 mcm fixie and the gang mmg sgt dihargai. cuma certain cam awek chuck taylor saya takleh terima. terlampau banyak carutan. hukhuk. keep up the great work~ gambatte ^_^
@Cik OrenSebenarnya novel tal ada pun. Sesaja jek. Ekekek! Bukan senang nak tukar mindset yang dah baca mainstream nak ke underground macam ni. Banyak cabaran. By the way, terima kasih ya! ><
Post a Comment