Thursday, January 3, 2013

Bukan Manusia Yang Tepat.

Assalamualaikum. Dengar sini makhluk Bumi.

Satu. Aku bukan manusia yang tepat untuk kau minta nasihat.

Sebab aku sendiri manusia yang sangat bermagnet dengan masalah dan aku tak tahu bagaimana mahu selesaikan masalah yang aku cipta sendiri. Walaupun bila sudah besar-besar begini aku jarang menangis macam waktu dahulu, tapi ya. Kemahiran menyelesaikan masalah aku masih cilaka. Jadi bila kau datang dan mahu aku hulurkan secebis dua nasihat, biasanya yang aku mampu berikan hanyalah sisa - sisa tahi permasalahan aku sendiri. Dan selalunya yang aku berikan itu bakalan tidak akan membantu engkau dari segi apapun.

Dua. Aku bukan manusia yang tepat untuk kau minta teguran.

Damn. Patutnya engkau jumpa Ustaz / Uztazah ataupun cikgu kaunseling katakan. Penghulu atau ketua kampung pun engkau boleh consider sebagai manusia yang layak untuk menegur engkau tapi bukan aku. Perangai aku sendiri boleh buat emak abah aku picit dahi, buat suami urut dada, lagikan pula nak menegur manusia lain. Tak. Nanti orang tuduh aku hipokrit. Hati aku hati tisu. Curah air musnah semuanya. Jadi please, sila tujukan ayat "Tegur-tegurlah saya kalau saya ada buat salah" Huhaii. Tak akan. Aku tak mahu orang counter attack aku dan berkata "Engkau punya perangai pun macam cilaka lagi kau nak tegur salah silap orang!" Memang taklah.

Tiga. Aku bukan manusia yang tepat untuk kau jadikan role model.

Most of the time, aku buat benda-benda stupid yang otak manusia biasa tak boleh nak digest kewarasannya. Sebagai seorang pendidik mungkin orang akan pertikaikan kenapa itu kenapa ini kenapa perangai aku begitu dan kenapa tidak begini. Aku bukan malaikat. Aku manusia yang kadang-kala emosi main peranan. Ada masa aku normal, ada masa aku cuma mahu menjadi diri sendiri dan duduk bawah pokok sambil baca buku Shin Chan. Tak ada siapa boleh halang. Perlukan role model? Itu, Tun Mahathir ada. Anwar Ibrahim ada. Ustaz Azhar Idrus pun ada. Aku? Lupakan saja.

Empat dan lain - lain.

Pendek kata aku bukan manusia yang tepat untuk kau lambakkan segala segala kebaikan yang kau pernah list downkan untuk aku. Bukan. Kau tak kenal aku sebenarnya. Kau ingat aku sempurna. Sebenarnya tak. Aku masih tidur dengan teddybear. Aku masih merajuk kalau tidak dibelikan cokelat. Aku masih menjerit-jerit kalau permintaan aku tak dipenuhi. Aku bukan manusia zuhud yang 100% hati curang pada dunia. Bukan. Aku tak layak, tak capai lagi tahap layak untuk kau panggil sempurna.

Mohon kau faham. Aku bukan manusia yang tepat.


Dah. Babai!

14 comments:

Aku pengembara said...

Aku juga bukan manusia yg tepat :)

Cik Puan Bunga said...

@Aniq BukharyDan itu menjadikan kita dua! :)

Anonymous said...

Tiada manusia yang tepat. Tiada manusia yang sempurna.

Meeda said...

kita memang bukan manusia yang tepat,
tapi kita boleh bagi pandangan kita sendiri bila ada yg minta pendapat.

Cik Puan Bunga said...

@Rara NasihaBenar.

Cik Puan Bunga said...

@A Z M I E D APandangan tak guna tak payah beri pun tak apa. Hewhew.

cik nur said...

sis font yg sis guna mcm ssh je nak baca ye la nur kan Rabun kuasa 10 juta hehehe so ssh skit nak baca :)

Cik Puan Bunga said...

@cik nurLahaii sian! Baik. Akan ditukar! ><,

Fatin Radzuan said...

nice entry! like2

Shafa Eman said...

Elehh. Tak boleh jadi role model kunun. Haha.

Cik Puan Bunga said...

@Fatin RadzuanTerima kasih! :'D

Cik Puan Bunga said...

@Shafa EmanBetul hapeee! Hakakaka!

Anonymous said...

lamanya Cik Puan Bunga tak update. I'm one of your fan! Saya dah baca dari awal entry hinggalah ke hari ni. It took me almost 4 days to go thru all your entries. Anyway..tahniah for your courage in life..and tahniah kerana mempunyai sebuah family yang sangat bahagia jika berbanding dgn saya.. I was once a teacher too! all the best Cik Puan Bunga..Semoga Allah limpahkan rezeki, kebahagiaan yg berlipat ganda dan kesihatan yg mantap sepanjang hidup mu.. Amin p/s: by the way...perangai yg suka mintak kaki tu hampir2 sama.. hik!

Cik Puan Bunga said...

@AnonymousAllahuakbar! Terima kasih kerana telah membazirkan masa selama 4 hari untuk membaca blog saya yang sia-sia ini. Terima kasih untuk doanya. Ya Allah terima kasih sangat-sangat. Lama tak update sebab konon-2 busy! Kehkeh. Nyampah betei! Sila rajin-2 datang ye walaupun blog ni tak berapa nak berinformasi. Ekeke.

Amin ya rabb!