Wednesday, February 13, 2013

Anak Aku Sudah Besar

Assalamualaikum. Semasa aku sedang menaip ini, Adam sedang duduk silang panggung disebelah papanya sambil menghisap susu lembu dari botol sambil menyanyi-nyanyi lagu Muara Hati mungkin. Jangan pandang Adam sebelah mata kerana kelihatannya Adam dua tiga menjak ini begitu champion menghafal lagu-lagu lagha yang kerap berkumandang di dalam MP3 kereta aku. Mind you, Adam tak dengar radio. Aku bukan jenis yang suka dengar radio, jadi aku sajikan Adam dengan lagu-lagu hati tertabrak daripada MP3 kereta saja. Lagu- lagu seperti Muara Hati, Teman Pengganti dan beberapa lagu SM Salim turut menggamit hati nurani Adam. Eh sampai mana tadi? Oh ya. Minum susu.

Ha ya. Minum susu. Sekarang minum susu bukan sebarangan orang boleh buatkan. Adam sudah pandai demand. Dan demand dia punya perangai pesen yang tak tentu hala. Kalau dia kata nenek yang buatkan, neneklah yang buatkan. Kalau aku cuba-cuba nak buatkan walaupun dia dah request nenek yang buat, memang tak diminumlah susu berkenaan. Siap nanti dia melalak-lalak pula minta perhatian macam kena dera dengan aku. Padahal aku cuma mangsa yang innocent lagi tak bersalah. Innocent dan bersalah bukankah membawa makna yang sama? Hambar. Selain sudah pandai demand, Adam juga begitu licik memujuk ahli keluarga kecuali aku untuk membelikan beliau toys kegemaran iaitu sebiji bola. Bukan sebiji, malah sudah berbiji-biji bola aku belikan untuk Adam. Bola hijau, merah, kuning, bola keranjang, bola sepak, bola pingpong, bola gambar Ben10, bola cap pooh, ah bersepah-sepah bola aku dah belikan. Tapi setiap kali keluar kemana-mana, bola juga yang dia dambakan. Mainnya tidak! --" Adam jarang minta ke aku, dia tahu, kalau dia sebut aje perkataan bola depan aku, memang ceramah kesedaran sivik aku bagi ke dia.

Adam juga sudah pandai menjawab sekarang. Dan dia menjawab bukan calang-calang ayat, ayat-ayat sinis dia bagi ke aku.

Situasi 1

Aku pegang cawan dan terlepas jatuh ke lantai. Adam pandang aku dengan begitu sleck sekali.
"Careful Ma. Tak fikir ke?" Sambil berlalu dengan botol susu tergantung di bibir.
Aku selalu bebel ke Adam dia tak fikir ke kalau buat sesuatu aktiviti nakal, dan lihat, pada hari itu, aku terkena sudah.

Situasi 2

Adam minum air kotak hasil pembelian papanya.
Adam: Terima kasih, Papa.
Papa: Sama-sama. Minum elok-elok.
Mama: Aik? Papa aje? Mama tak cakap terima kasih?
Adam: Kenapa cakap terima kasih dekat Mama, pulak?
Mama emosi hambar.

Situasi 3

Mama : Adam, kita ada sepuluh ringgit ni. Toys apa Adam nak beli?
Adam: Bola. Eh tak tak. Bola kat rumah banyakkk. Adam nak car.
Mama: Okay car. Ha murah. 7 ringgit aje. Bagus, bagus.
Adam: Okay car. Lepas tu nak bola, nak kerusi, nak pistol tembak-tembak, nak aiskrim blablabla.
Mama emosi hambar.

Situasi 4

Adam: Mama, lagu cinta Ma, lagu cinta!
(Lagu cinta merujuk kepada lagu Muara Hati)
Mama: Okay kay. Mama pasang.
Aku sing-along sama. Tiba-tiba Adam tepuk bahu aku.
Adam: Mama diam. Mama pegi. Adam nak dengar. Bukan Mama nyanyi!
Mama emosi hambar lagi.

HY%&#iybs&@)#@khfsrev!!!

Tidak cukup dengan itu, Adam sekarang sudah menunjukkan ciri - ciri kelakar yang tak tentu hala. Ada sekali tu aku tangkap dia sedang membuli budak yang Emak aku babysit kan, aku nampak dia telangkupkan periuk atas kepala Aisy --" Belum lagi dia suruh aku pakai besen atas kepala. Memang menduga. Tak cukup dengan tindak-tanduk yang serupa kaki buli, Adam sebenarnya tanam bunga dalam hati. Suka menonton cerita-cerita percintaan menjadikan Adam sweet talker yang sejati. Hobinya suka mencuit pipi orang sambil memuji "Comelnya Mama ni. Comelnya Papa ni." Subjek tertakluk kepada siapa yang dicuit pipinya.

Tidak leka dengan hal-hal dunia, hal - hal ukhrawi tidak dipandang enteng oleh Adam. Solat setiap kali masuk waktu walaupun cuma sekadar azan sebunyi yang mungkin, tonggeng-tonggeng, rukuk sujud dan kemudian kumat-kamit tadah tangan berdoa, cukuplah untuk buat aku tahu Adam alhamdulillah tidak liat untuk bersolat. Kalau dia kejutkan Papa bangun untuk solat, memang gigih dan mainstream sungguh gayanya. Selagi Papa tak bangun selagi itu dia mencubit, piat telinga, tendang-tendang sikit dan selalunya Papa kalah dalam perjuangan ini tak sampai 30saat. Kahkah. Adam suka jugak layan-layan zikir terapi diri Hafiz Hamidun yang disajikan di Astro Oasis. Selain baru mula mengenal huruf-huruf Jawi, Adam dah mula pandai sebut zikir-zikir mudah seperti Alhamdulillah, Allahuakbar, Subhanallah dan Astaghfirullah. Alhamdulillah.

Asal aku mula nak baca buku, ada saja makhluk menganggu. Haih --"
Adam sama macam kanak-kanak yang lain. Hobi memanjat grill memang sudah menjadi rutin harian Adam. Papa kata biarkan. Anak jantan kena lasak. Papa banyak ajar dia benda-benda lasak, kalau nak belajar cara mengurat anak dara orang, InsyaALLAH Mamanya boleh membantu. Ekeke. Adam boleh tahan kacak juga jadi aku kira, kalau kena gayanya, tak susah dia mahu cari pasangan hidup. Lagipun aku dah terapkan ciri-ciri jangan memilih rupa ke Adam. Rupa cantik perangai macam pongkes nak buat apa. Kan? Cari yang solehah. InsyaALLAH. Aku selaku Emak mertua, seboleh-bolehnya setuju ajelah pilihan hati Adam. Baik untuk Adam, baiklah juga pada aku. Eh apa? Adam sekolah pun belum? Terpandang jauh ke hadapan pula. Aherher!
Kecintaan terhadap lollipop melebihi yang lain-lain.
Adam memang aktif tak tentu hala. Time demam pun dia boleh selamba panjat dinding sebelah tangan. Itu belum lagi kira berapa km dia lari-lari dalam rumah setiap hari. Betul-betul padu six packs Adam kalau dia amalkan ini sampai dia membesar bujang lagi kacak nanti. Adam macam aku. Perangai saling tak tumpah. Apa aku, itulah dia. Bayangkan, kalau dah sampai comel nya pun tahap tahap nak sama, macamana? Makanan yang aku suka makan, pun jadi makanan kegemaran dia. Ayam dan cokelat. Nampak? Semoga Adam nanti bijaknya pun macam aku. Aherher!

Asal kata dah mengantuk, tidur mana sempat ajelah.
Dulu, masa Adam kecik, aku memang haru-biru nak besarkan Adam. Orang kata aku tak pandai jaga anak. Orang kata aku menyusahkan Emak. Maklumlah sepanjang masa Emak aje yang menjaga Adam. Orang bukan tahu kalau setiap kali Adam dekat ke aku, dia menangis macam orang kena rasuk hantu kopek. Orang nampak macam aku ni emak yang musibatlah kira sebab macam tak ambik port perkembangan Adam. Kewibawaan aku sebagai emak kandung Adam tercalarlah jugak dek persepsi masyarakat. Aku  sedih juga. Sampaikan aku rasa, Adam tak kenal agaknya nanti ke emak dia. Adam tak sayang agaknya ke aku.

Tapi alhamdulillah, Adam membesar dia bertambah rapat dengan aku. Tidur pun nak dah dengan aku, kalau kata aku kemana - mana tak bawak dia melalak jugaklah dua tiga round. Lagi sorga bila aku balik sekolah, Adam dah tersengih - sengih kejar aku sampai ke parking. Sambut aku balik sekolah. Allah, dia punya rasa, herr tak terucap. Lejen sedunia. Adam pun sekarang bukan main senang lagi nak jaga. Tak banyak karenah, tak banyak kali sakit. Kemas betul tahap kesihatan dia. Alhamdulillah. Sekurang-kurangnya sifat aku yang mudah jatuh sakit, Adam tak kebas sekali.

Emak mana yang tak sayangkan anak. Emak ayam pun sayang ke anak ikan dia. Eh? Macam itu jugaklah aku. Cinta yang mendalam ke Adam memang tak boleh nak dijual beli. Walaupun nampak macam aku ni emak yang garang sikit-sikit asyik kerja nak mengetil Adam aje, dalam hati ni siapa yang tahu. Eceh. Aku doakan Adam membesar menjadi manusia yang unggul sahsiah unggul peribadi unggul ukhrawi. Amboih nampak kosakata aku sejak-sejak rajin bergaul dengan orang baik-baik ni. Kosakata syurga sungguh. Emak mana yang taknak anak dia berjaya. Sedangkan Adam baru pandai sebut ABC pun aku dah bangga macam apa. Lagikan pulak kalau satu hari nanti Adam terpilih masuk ke Harvard ke apa. Gila. Sekampung aku bagitahu.

Sumpah setiap kali keluar jalan-jalan sambil bawa Adam, aku merasa sungguh hot setapp!

Kesimpulannya Adam sudah besar. Dan rasanya sudah sampai masa bagi Adam adik untuk dia jaga. Eh? Haha.

Dah. Babai!

21 comments:

Chan said...

HAHAHAHAHA! Comelnya adam! teringat awal iman hakim (sepupu) bdk2 mmg kelakar and comel!

Meeda said...

Adam malu nak cakap yang dia dah lamaaaaaa nak adik.. Kehkehkeh!

Cik Puan Bunga said...

@ChanKan? Nak marah pun tak jadi! Haha!

Cik Puan Bunga said...

@A Z M I E D AKalau dapat adik perempuan, alangkah comelnya! :D Amin!

Unknown said...

atototo omey2nya...

INNANIE ARIFFIN said...

tang tak boleh blah, mama careful.. tak fikir ke??? kahkahkah... sebijik kena. makan dalam!

mujagirl92 said...

teja is on the way katanya,, haha

@__shxfiik said...

untunglah Adam dpt mama yg superb gOjes !

fifi said...

Beznya! Dapat babygirl,best giler kak.boleh pakai bju comel.lama x komen sini.dari sy blm peknen,sampai baby sy dah besar,baru komen.. :)

Cik Puan Bunga said...

@xila dotSiapa? Emaknya ke anaknya? Hakhak!

Cik Puan Bunga said...

@Innanie | AriffinHambar.

Cik Puan Bunga said...

@Nurmujahidah IsmailInsyaallah. Makbullah kata-kata! :D

Cik Puan Bunga said...

@Nurmujahidah IsmailInsyaallah. Makbullah kata-kata! :D

Cik Puan Bunga said...

@Encik Shafik FashahAih alamakkk :') Malu nih emaknya! Haha!

Cik Puan Bunga said...

@Encik Shafik FashahAih alamakkk :') Malu nih emaknya! Haha!

Cik Puan Bunga said...

@Encik Shafik FashahAih alamakkk :') Malu nih emaknya! Haha!

Cik Puan Bunga said...

@fifiFifi! Hyeee amboihhh lama betul tuhh! :D

izfahanny said...

Teacher ~ Situasi 4 sangat sangat sangat sangat comel ! haha Adam's way nak buat Mama dia hambar sangat lejen !

Cik Puan Bunga said...

@izfahannyIni baru sikit. Hari-2 buat emosi Mama hambar, kekadang rasa macam nak campak luar aje budak pintar tuh! Ahakkk! Sinikal seperti emaknya! :D

Syamimi Hazirah said...

Alahai comelnya Adam. Umur berapa? Mama Adam is gojes! :D

Cik Puan Bunga said...

@Syamimi HazirahAdam bulan 7 ni genap 3 tahun :) Oh terima kasih! :)