Assalamualaikum. Pertama kali diberitakan menduduki senarai 10 blogger terbaik Malaysia, perasaan ketika itu didalam hati adalah begitu champion dan padu sekali. Tersengih-sengih jugak aku selama beberapa saat sambil membayang-bayang ucapan macamana yang aku nak kasi kalau kata nanti aku kena naik pentas untuk ambil piala. Eh, terasa kurang pandai pula bila berangan sebegitu.
Aku ingat aku mungkinlah duduk dekat list paling bawah ke kan sebab kalau nak diambil kira daripada kandungan blog aku yang boleh tahan merepek ni, macam mustahil pulak nak duduk dekat tangga atas-atas. Tapi bila aku rujuk ke sini, rupanya aku duduk dekat ranking number tiga. Sungguh kemas sekali perasaan kembang kuncup aku sewaktu itu. Beberapa kali juga aku betul-betulkan duduk takut terkembang apa yang tidak sepatutnya. Tetapi alhamdulillah, terkawal semuanya.
Rembat dari blog Muja.
Rasa malu pula secara tiba-tiba sehingga merah-merah pipi aku menahan perasaan segan yang tebal didalam hati. Tak terlintas ada manusia yang sudi menghargai tulisan aku sebegini sedangkan kalau nak difikir-fikirkan banyak lagi blog dekat Malaysia yang dia boleh senaraikan. Disebabkan terlalu segan, hampir setengah jam juga aku tak tengok muka sendiri di cermin. Selepas itu aku normal seperti sediakala. Dan apabila sudah normal semula, aku pun mengkhabarkan berita gembira ini di FB dan juga laman Twitter sebagai tempat melampiaskan bangga. Bukan bermaksud nak riak tetapi lebih kepada penghargaan rasa terima kasih yang daun keladi. Ada masa, jemput datang baca lagi. Eh sudahlah merepek, berpantun dua kerat pula.
Terima kasih aku ucapkan kepada Muja. Pembaca .geek in the pink. yang setia. Setianya beliau mungkin sudah serupa tahap fan Liverpool yang setia menyokong team itu dan tak sanggup Walk Alone walaupun mereka sedar Liverpool seperti tidak berhasrat mahu memenangi mana - mana piala bolasepak didunia. Aku sangat-sangat menghargai penghargaan yang beliau berikan ini. Terharu, gembira, tak percaya, bangga dan macam-macam lagi perasaan bermain-main dekat kepala yang kalau aku kaborkan dekat sini muntah hijau pula engkau orang nak membacanya. Aku cuma mampu ucapkan terima kasih Muja. Terima kasih!
Tujuan utama aku wujudkan blog ini, dari dulu sampai sekarang, cuma mahu kongsikan cerita hidup aku yang kadang-kadang warna dia boleh tahan mengancam juga. Berkongsi emosi turun naik menggila yang serupa wanita PMS sepanjang masa. Berkongsi suka duka perkahwinan aku dengan lelaki yang setiap hari buat aku jatuh cinta, yang sekarang lagi manis bak gula-gula dengan datangnya seorang malaikat kecil penyeri hidup kami berdua . Juga berkongsi cerita-cerita gembira dan kebahagiaan seorang wanita yang semakin dimamah usia tapi asyik mengaku baru tingkatan dua. Itulah aku. Apa aku diblog, itulah aku diluar. Tanpa edit, tanpa tapisan.
Terima kasih readers semua. Terima kasih Muja. Allah saja mampu membalas jasa. Yang buruk confirm datang dari aku, dan yang baik itu datangnya dari yang Maha Mencinta.
Dah. Babai.
16 comments:
wah...tahniah!! mesti best bila kita dihargai kn? :)
wahhhhhh...tahniah cpb:)hihihi...baru hari ni sempat maraton bace sume post akak bulan ni...hehehe
siyesss!!setuju dengan komen muja tu..hihi..best baca blog cpb..ayat tersusun n best untuk dibaca...
@Cikgu FikriTerasa hati kembang berbunga :)
@yayathTerima kasih yayath terima kasih! Hargai sangat-2 masa yg awak bazirkan untuk baca blog akak :)
tahniah siap mengatasi BCE kan? hehehe
@Innanie | AriffinBCE tu tahap otai. Patutnya tak join senarai-2 cemni :) Hakhak!
tahniah :) ayat2 CPB memang kiut2 je bile bace..
fuh.lebih hebat dari Fatin LIyana tu.cayalah teacher.hehe.
@OmbakBaikAh terima kasih! :')
@Alfi KasranHahahh itu cuma pilihan individu. Lain org lain selera. Terima kasih by the way :D Weee!
you!!! you buat i gelak lagi tau,, grr,,,, hehehe,, tingkatan dua ye,, hahahahaa
@Nurmujahidah IsmailNama pun tak sedar diri! Kehkehkeh! Muja, thank you!
tahniah!!! awesome sangat!!!
@watyzTerima kasih! ><,
Hahaha... Terbaiklah blog ini...
Sememangnya blog ini layak berada dalam senarai 10 Blogger Terbaik Malaysia
Ini disebabkan blog awak cantik dan menarik.... ;)
@Muhamad anuar MarsibTerima kasih! :)
Post a Comment