Monday, March 4, 2013

Mari Kita Berpelukan!

Assalamualaikum. Sungguh lain macam kepenatan yang melanda aku beberapa minggu kebelakangan ini. Dengan simptom mengantuk sepanjang masa yang semakin menggugat kredibiliti aku sebagai manusia yang cergas sentiasa, ditambah pula dengan kursus sana sini, kerja-kerja dekat sekolah yang banyak, eh atau aku buat-buat kerja banyak padahal kerja tak banyak (Kihkih) semua itu sedikit sebanyak menyumbang kepada pertambahan paras tekanan kepada emosi aku yang turun naik tak tentu hala.

Dan untuk beberapa minggu ini juga, beberapa kali juga hati aku tertabrak sebabkan perkara yang sia - sia. Bahasa rempitnya, kuat tacing. Muka kena gangstar walaupun dalam hati penuh taman bunga. Ahh. Kalau nak diulas dengan lebih lanjut memang makan 4,5 muka surat juga. Cukuplah aku kasi tau yang hidup aku sepanjang beberapa minggu ini sungguh huru hara gayanya. Tapi makan sehari 2 , 3 pinggan juga. Ha datang pelik dia dekat situ. Orang stress mana ada selera makan. Ini siap sumbat ciskek macam makan keropok ikan, acane?

Pagi tadi datang sekolah macam biasa. Sedikit berbunga-bunga sebab pakai baju baru yang Emak jahitkan. Rasa ada sedikit lejen dekat situ walaupun baju kain murah aje. Tak mampu nak pakai baju mahal - mahal. Membazir sedara syaiton katanya. Lagi pulak Emak pernah kabor ke aku, orang ni kalau dah cantik, pakai apa pun cantik, kan? (Tercekik tulang) Jadi berpegang kepada prinsip hidup yang emak cipta, aku melangkah yakin ke sekolah dengan baju RM7 semeter, penuh elegan, gaya, mutu, keunggulan. Peh. Mendabik dada pula aku secara tiba-tiba.

Mana nak tau ada kejutan yang bakal tercipta. Masuk aje bilik guru, aku ternampak satu objek berwarna merah duduk cantik terletak atas meja. Objek merah yang dua tiga minggu ini begitu excited sekali aku dambakan. Objek merah dengan dua biji mata tersembul yang kalaus ekali pandang memang tak nampak comel dia dekat mana - mana. Itu sekali pandang. Tapi kalau dua tiga kali kau pandang eish comel dia memang lain macam! Semakin aku melangkah dekat menghampiri meja aku semakin lebar pulak senyuman yang kemudiannya bertukar menjadi gelak-gelak gedik. Cepat-cepat aku capai objek merah badan gebu sambil terlompat-lompat gedik setempat. Sumpah kalau orang lain pandang memang mengundang muntah ikan keli --" Tapi gasaklah! Aku dah terlampau happy! Aku dapat Elmooooooo! Wuhai tahap gembira yang tak boleh nak gambar dengan kata - kata. Tahap gembira yang kalau kata Farid Kamil merayu-rayu ajak dating aku suruh dia balik dekat Diana Danialle. Wahkaka! Woohooo!

Alahai. Ini jenis yang kalau picit perut dia sakan dia gelak-gelak gedik jugak macam yang pegang tu hah.

Ya Allah. Cakap benar, aku terasa macam nak mengalir airmata macho tapi tahan sungguh-sungguh. Sebak betul. Baru hari tu mengidam Elmo, eh dapat pula Elmo sebijik hari ni. Kalau aku tahu hari tu, aku sungguh-sungguh mengidam Adi Putra. Eh. Rentan sungguh jiwa disaat itu. Terasa sangat bertuah, terasa disayangi sepenuh hati, terasa macam nak terbang sana sini, terasa nak berguling-guling atas jalanraya sambil memakai saree. Terasa, ah terasa nak buat benda-benda lagha lagi sia-sia. Terima kasih, terima kasih banyak-banyak Fatin Nadia dan Haziq. Ya Allah, Allah saja yang mampu membalas budi baik kamu berdua. Serious sumpah pengakap rasa macam nak mengalir air mata. Manisnya lahai perangai! T_T Teacher doakan sampai jinjang pelaminlah kamu berdua ni ya, jaga diri. Jaga iman! Insyaallah.

Dan sepanjang hari tadi, aku tersenyum-semyum sendiri tak tentu hala. Masih berbaki lagi sisa sisa kegembiraan yang Allah turunkan melalui insan-insan sekeliling. Sungguh, kadang-kadang aku rasa jadi cikgu ni biarpun tak boleh kaya dan hidup mewah, tapi barokah dia sampai ke akhirat nanti insyaALLAH. Lagi-lagi bila ada anak murid yang sayang pesen cenggini. Lahai dia punya syurga, tak tergambar!

Orang tua dengan Elmonya.

Esok nak try mengidam Honda Jazz seround tengok acane tiba-tiba ada satu atas meja ke apa kan. Mana tahu?

Sayang bersepahan dalam hati! ><,
 
Dah. Babai!

19 comments:

hana hadi said...

honda jazz? balik dari sekolah terus nampak honda jazz depan pintu pagar..:)

utin said...

suka tengok lina punya baju, kaler semua best best.......pandai pilih la.

Hhhhh said...

Aaauuuwwwwww :3 Thank you for the gift teacher :* and thank you doakan kami hingga ke jinjang pelamin. kira dah dapat restu lah ni eh ? *gatal* hahaha xD
Dan sebagai syarat untuk comment, saya akan kata TEACHER COMEL ! :* hihi

Hhhhh said...

Aaauuuwwwww :3 Thank you for the gift teacher ! :* and thank you doakan kami hingga ke jinjang pelamin. Kira dah dapat restu lah ni eh ? *gatal* hahaha xD
Dan sebagai syarat untuk mengkomen, saya akan kata, TEACHER COMEL ! :* hihi

Cik Puan Bunga said...

@hana hadiKan? Manalah tauuu rejeki! Hakhak! :D

Cik Puan Bunga said...

@Nurfatin NadiaHari tu dah ceramah tazkirah dekat Haziq dah pasal benda ni. Kira dah dapat restu dah ni. Hekhek. Aaahh welcome dear! Awak sangat manis kerana beri teacher Elmo yang gedik tuh.

Study rerajin ya! :D

Cik Puan Bunga said...

@solero_splitAih siapa ni panggil saya Lina :D Wewuweweuuu! Terima kasih. Baju memurah saja :D

imantizz_truper said...

nak honda jazz warna biru muda! waa...dapat elmo,kongsi,nak? hahahaha..lama la imantizz tak komen dalam blog nie..rindu kot!!!!! >_<

Cik Puan Bunga said...

@imantizz_truperItulah. Lamaaaa tak nampak! :D Honda Jazz Pink laahhh pinkk! Lejen :D

OmbakBaik said...

*Sungguh lain macam kepenatan yang melanda aku beberapa minggu kebelakangan ini.*

oh cikgu sy pon same..sgt sgt penat lepas bersekolah..sebelah ptg klu kn dok dlm meting..menjerit jerit dlm ati ni nk suh boss berenti ckp cecepat...bestnye dapat elmo. .Mau anak berebut ngan mak tu nk picit picit perot elmo o_O

No name said...

Alahai suweet nye kawan2 kamu. Sila perkenalkan kawan2 suweet kamu tue. hehehe

Cik Puan Bunga said...

@OmbakBaikUntungnya jerit-2 dalam hati. Kalau saya dah jerit betul-2. Kehkeh. Tekanannn. Hakhak.

Elmo tu dah diwarta menjadi milik Adam. Sabar ajelaahh T_T

Cik Puan Bunga said...

@Lizzie YasminBoleeehhh! HAHA!

Tengkubutang said...

done follow.. follow teman lik yea.. http://tengkubutang.blogspot.com/

Cik Puan Bunga said...

@tenku butangInsyaallah.

mujagirl92 said...

helo,, i dah tak sabar nk jadi teacher ni tau,, bleh tak cher tak buat i jelez,, grr,, lalala.. merah nya elmo dye,, kih3

Cik Puan Bunga said...

@Nurmujahidah IsmailMuja lama lagi ke nak jadi cikgu? InsyaALLAH Muja, jadi cikgu yang baik mesti seeeeemuaaaa orang sayang! :D

watyz said...

comel nye elmo... hehehhe

Cik Puan Bunga said...

@watyzKan?? :D