Friday, March 15, 2013

Sayang, Apa Jadi Kalau Saya Terlambat?

Aku betulkan tudung yang tersenget-senget ditolak angin. Suasana pagi yang sungguh sejuk dan mencengkam kalbu membuatkan aku sedikit menggigil. Masih awal pagi. Aku jeling jam Nike cetak rompak yang baru beli semalam dekat kedai Abon. Ah baru pukul 6.20 pagi. Menyedari waktu masih lagi awal pagi dan aku berkira - kira lebih kurang 15 minit lagi sebelum bas sekolah Cik Ani sampai, aku pun memperlahankan kayuhan basikal rally warna merah emak punya. Itu kenderaan rasmi aku ke sekolah. Pada ketika itu basikal rally sungguh champion sebab sangat rare digunapakai oleh orang ramai. Mana taknya, yang lain semua naik motor. Aku aje yang naik basikal --" Jatuh martabat betul.

Hampir melewati deretan rumah kedai di pekan, aku semakin memperlahankan kayuhan sebab kawasan situ merupakan kawasan hitam ataupun kawasan darurat. Aku harus mengambil langkah berjaga-jaga kerana kalau aku leka, nescaya kaki keding aku akan dikokak oleh anjing-anjing Boon Siong yang sungguh musibat sekali perangai mereka. Menyalak tak tentu hala diawal pagi sambil mengejar-ngejar basikal rally merah kepunyaan emak sudah cukup membuatkan ketiak aku berpeluh kecemasan. Acapkali aku gagal mengawal ketakutan lalu menyebabkan aku terpaksa menangis dalam seribu satu perasaan yang sungguh lemah sekali. Namun hari itu, berbeza sungguh dengan hari - hari yang biasa. Anjing - anjing Boon Siong tak kelihatan dimana - mana. Aku syak diorang semua masih tidur kerana cuaca boleh tahan syahdu juga pagi tersebut. Dengan sedikit lega, aku meneruskan kayuhan lalu akhirnya aku sampai ke kedai tempat aku selalu parking basikal.

Basikal merah emak aku sorong perlahan - lahan lalu aku sandarkan ke tiang. Kedai sebelah tempat aku parking basikal masih belum dibuka. Awal lagi kot. Biasanya kedai buka pukul 8. Dihadapan kedai, ada sebuah van berwarna ungu diparking dengan begitu eksyen sekali. Iyelah, parking tengah-tengah jalan. Depan kedai pula tu. Bukan kah sudah cukup eksyen begitu? Dalam van ungu tersebut, sepasang mata memerhatikan tingkah laku aku dengan begitu asyik sekali. Aku pandang sekilas. Seraut wajah yang sungguh asing bertentang mata dengan mata aku. Aku pandang wajah dia selama beberapa saat sebelum hati aku secara tak tentu halanya diserang satu perasaan cemas yang sungguh menggodak rasa. Perasaan apakah itu? Terasa rama - rama berterbangan didalam perut. Terasa darah dipam-pam dengan sungguh laju dan padu ke segenap organ. Terasa jantung berdegup dengan kencang yang lain macam. Terasa sungguh seram sejuk seluruh badan. Terasa macam nak demam pula. Aku pandang lagi wajah tersebut. Rambut yang tersikat kemas, wajah yang tenang dan mendamaikan, mata yang bundar sedang memandang aku, seulas bibir yang nak kata senyum tak senyum, berkemeja sekolah putih dan bertali leher hijau. Aku syak dia budak sekolah bandar. Sebab pada masa itu, sekolah bandar aje yang pakai tali leher. Barulah boleh membajet riak dengan budak sekolah kampung.

30 saat. Lebih kurang 30 saat. Aku yakin ia cuma berlangsung 30 saat. Tak sampai seminit.

Aku cepat - cepat atur langkah ke tempat menunggu bas. Van ungu aku tinggalkan. Eh tapi muka budak tu melekat pulak dalam kotak fikiran. Flashback secara tak tentu hala, menerawang tiba - tiba tapi nanti akhirnya balik juga ke raut wajah yang sama. Tanpa sedar, aku tersengih - sengih sendirian. Geli pula rasanya bila secara tiba - tiba, aku yang ketika itu baru berusia empat belas tahun boleh terfikir dialog ini dalam kepala;

"Siapa dia tu eh? Aku rasa aku nak kahwinlah dengan dia!"

Sungguh kemas dan padu sekali dialog yang aku karang dalam hati. Tak sedar langsung yang aku cuma budak tingkatan dua yang pergi sekolah pun duit masih mintak dengan Emak Abah. Tapi entah kenapa laju pulak angan - angan dan cita-cita aku memusat ke dia. Ke wajah dan empunya wajah yang aku tatap tak sampai 30 saat tadi tu. Aku sungguh yakin yang dia, wajah tadi itu, bakal menjadi wajah terakhir yang aku tengok sebelum tidur setiap malam, dan wajah pertama yang aku tengok setiap pagi. Yakin seyakin yakinnya.

Dan tarikhnya adalah 15 Mac. 14 tahun yang lepas.

14 tahun yang lepas dan aku masih cintakan dia secara tak tentu hala setiap hari. 14 tahun yang lepas dan aku masih ingat perincian hari yang sungguh bertaqdir itu dengan begitu kemas dan jelas sekali. 14 tahun yang lepas dan aku masih belum jumpa mana - mana cinta manusia yang boleh menandingi cintanya aku ke dia. Lelaki yang menggoncang tangan Tok Kadi dengan segala asa dan daya sebagai seorang lelaki, memperisterikan aku secara halal dan sahnya. Lelaki yang mengimami solat aku. Lelaki yang setiap kata-katanya adalah satu dosa jika aku ingkarinya. Lelaki yang aku sanggup mati demi mahu melahirkan zuriat keturunannya. 14 tahun, dan aku masih memuja - mujinya setiap hari dan setiap masa. Masih lelaki yang sama. Dan akan kekal sama sehingga akhir masa aku tutup mata. Dengan izin Allah.

Selamat ulang tahun jatuh cinta pandang pertama sayang. Dari mata turun ke hati. Sesungguhnya ia benar. Orang kata, kalau sudah jodoh memang tak akan ke mana. Buatlah apapun, andai Allah kata dia jodoh engkau, maka dia tetap akan jadi jodoh engkau. Tak akan ada siapa yang mampu menidakkan jodoh yang datangnya dari Allah.

Selalu aku tanya ke dia. "Sayang, apa jadi kalau saya terlambat menambat hati awak?" Dan dia selalu menjawab, "Lambat atau cepat, kalau sudah memang jodoh kita sama - sama, mana pun kita pergi jauh mana pun kita terpisah, disebelah saya juga tempat awak"

Kalau sudah jodoh! ><,

2006

Tuhan, kalau cinta itu buta,
Kenapa aku masih mendambakan nikmat mata dari Mu untuk aku tatap segenap keindahannya?

Dah. Babai

22 comments:

Wada Harun said...

wah ! so sweet :D hihi
slmt ulangtahun :D

Lia Uret said...

Waahh.... Suka sangat baca sampai mata tak lari langsung sambil senyum memanjang. Dah macam drama pulak. Apa pun, semoga cinta dan kebahagiaan bersama suami, tetap bekekalan.

Usu Siq

Cik Puan Bunga said...

@Siti WardahTerima kasih! :)

Cik Puan Bunga said...

@Liawati UretTerima kasih! :') Amin ya rabb!

cikdil said...

ololooo, suwittt..

Cik Puan Bunga said...

@cik DilHaha :)

imantizz_truper said...

nak nangis boleh? sweeeett sangat2 la...hehehehe

imantizz punya cita bermula 'time' hujan,dekat bus stop depan sekolah..^_^

Cik Puan Bunga said...

@imantizz_truperAh awak punya lagi sweet! :) Macam hindustan! :)

Unknown said...

switnyeeeee..slmat ulangtahun ye :)

Cik Puan Bunga said...

@Cik MunTerima kasih! ><,

Miss Tasantek said...

bodohnye anjing boon siong. bukan kau je lah aku pon kalau gi skolah kena kejar anjing juga.. hahaha..

Cik Puan Bunga said...

@Miss TasantekAnjing tu memang hanjing betullah!

izfahanny said...

Ya Allah, sweetnya :'> Moga kekal forever ^^

Cik Puan Bunga said...

@izfahannyThank you, adik! ^^,

muja said...

adusss,,, rasa ingin jatuh cinta,, tapi tak tahu kepada siapa,, kih3,, sila update sila update sila update,, lalala

Cik Puan Bunga said...

@mujaMalasnya nak update! Kekekeke! ><,

Cik Puan Bunga said...

@mujaMalasnya nak update! Kekekeke! ><,

yayath said...

wahhhh...sweetnye:)

Cik Puan Bunga said...

@yayathSampai diabetis ! Haha !

Unknown said...

fuh fuh..tang yakin tu tak tahan. Alhamdulillah bertemu jodoh. Semoga kekal bahagia hingga ke syurga.

Unknown said...

fuh fuh..tang yakin tu tak tahan. Alhamdulillah bertemu jodoh. Semoga kekal bahagia hingga ke syurga.

Cik Puan Bunga said...

@Kak LinAmin insyaallah! :D