Assalamualaikum . Sebenarnya , kalau nak diikutkan, aku sungguh wasatiah sekali dalam merayakan hari guru pada tahun ini berbanding dengan tahun - tahun yang sebelumnya. Kalau tahun sebelum ini aku begitu padu sekali galak mencari baju baru, tudung baru, kasut baru dan handbag baru, tapi tahun ini aku sungguh cool kentang sekali. Tak ada sibuk - sibuk nak beli baju ataupun menggelupur nak cari kasut atau kena sawan nak cari tudung baru. Tak tak. Aku kelihatan begitu matang dan rileks sekali. Berpegang kepada prinsip, orang kalau dah lawa pakai apapun lawa (Muntah) aku melangkah ke sekolah dengan baju second hand yang entah berapa kali pakai dah, kasut yang juga second hand, handbag yang hampir dua tahun usianya disertakan dengan muka natural beauty yang terpancar dengan cahaya kesolehahan sebenar. Oh ya. Tudung baru. Kalau sebelum ini berbawal kesekolah, kali ini aku up sikit. Pakai tudung tingkat - tingkat ala ala Fareeda yang ciplak yang boleh didapati dengan harga yang lebih murah, labuh serta cantik sekali.
Dalam hati sebenarnya rasa sentap juga kalau - kalau tahun ini aku tak dapat banyak hadiah macam tahun - tahun sebelum ini sebab tahun ini aku boleh tahan garang dan kejam pun lain macam. Selain menyuruh pelajar lari keliling padang sampai hampir putus nafas, aku juga kelihatan eksyen menyuruh pelajar ketuk - ketampi tanpa perasaan belas dan simpati dalam hati, setiap kali ada pelajar yang membuat durja. Ada satu kali aku tengking budak dalam kelas sampai senyap sunyi satu blok Tingkatan 3. Aku syak, dikala itu terkeluar suara Mak Nyah aku dengan muka bengis yang masih mengekalkan kecomelan melampau. Senang kata, tahun ini aku buas sedikit . --" Jadi perasaan ke sekolah adalah 1% berharap dan 99% pasrah. Kasihannya aku .
Walaupun cuaca hujan rintik - rintik, tak mematahkan semangat kami guru - guru meraikan hari dimana kami rasa kami wajar diraikan. Setahun sekali. Hari dimana kami nak perasan - perasan artis selama satu hari. Hari dimana kami nak pakai cantik - cantik dan bergembira dan bukan menghabiskan masa didalam kelas semata - mata. Tema hari guru sekolah aku tahun ini adalah PLAIN POLOS. Tak boleh bercorak. Nasib baik aku banyak baju plain. Maka baju bukanlah menjadi satu masalah serious dalam hidup aku ketika ini. Seperti yang aku tekankan diawal tadi, orang lawa pakai apapun lawa, maka aku buat buat cool saja pakai baju buruk ke sekolah. Gasaklah. Yang penting , kekal jelita. Haa nampak. Nak muntah, sila muntah nanti okay.
BFF !
Ucapan bukanlah menjadi sesuatu yang aku idam - idamkan, jadi semasa orang lain berucap, aku menghabiskan masa dengan bergossip dan membuat lawak - lawak hambar secara marathon. Entah kenapa hari guru tahun ini terasa sungguh lain dan janggal sekali. Mungkin salah satunya sebab Oat tak ada sama - sama meraikan hari yang gilang - gemilang ini. Dan mungkin juga sebab aku rindukan anak - anak murid aku dari batch yang lepas. Iyelah, masing - masing dah pindah sekolah. Jadi, rasa sayu sebak rindu tu ada sikit lain macam :') Masa nyanyi lagu Kami Guru Malaysia pun perasaan sangat bercampur baur. Sedih, sebak. Entah. Datang secara berjemaah. Beberapa saat aku kelihatan buat - buat menyapu air mata yang sungguh drama. Plastik betul.
Entah apalah yang aku tengok tu. Nampak mengasyikkan!
Habis acara rasmi, kami guru - guru diberi masa beberapa minit sebelum sambung acara sukaneka yang rata - ratanya hanya menimbulkan kontroversi dan sakit hati yang melampau. Sudahlah cikgu - cikgu main tipu, fenomena menganjing pihak lawan juga ternyata semakin menjadi - jadi dan berleluasa dikalangan guru - guru. Oleh kerana takut berakhir dengan kejadian tumbuk - menumbuk dan bertarik tudung, pasukan aku terpaksa berdoa menghalau syaitan dan bermohon supaya ditetapkan iman didalam hati dan tidak menyerang pihak lawan secara membabi buta. Alhamdulillah, ternyata doa kami diperkenankan Tuhan dan acara sukaneka berakhir dengan aman dan tenteram. Sebelum sukaneka start, apa lagi. Aktiviti camwhore pun dijalankan dengan penuh taksub sekali.
Nama kami sama. Duduk pun depan - depan. Cuma aku comel dia ada sikit lebih la. Bahaha.
Ini kakak - kakak satu kawasan meja dengan aku. Tabah dengar aku membebel setiap hari. Itu belum lagi kalau aku nyanyi off-key sambil lupa lirik. Memang mencabar emosi --"
Ini Ita. Kawan sebelah meja. Terima kasih Ita sebab tahan dengan perangai aku selama ini. Mihmih!
Mentang - mentang dia first time pakai Saree dan agak seksi, semua orang nak bergambar dengan dia. Jaki woh jaki !
Lepas sukaneka, ada acara persembahan pelajar dan guru, berserta beberapa lagi persembahan yang aku merasa sungguh jaki dan dengki sekali. Secara tiba - tiba teringat pula kenangan hari guru tahun lepas bila ada student buat live performance untuk aku. Sobsob. Tahun ini sudah tak ada. Dia dah pindah sekolah. --" Okay tiba - tiba nak emosi. Teringat semula kenangan - kenangan hari guru sebelum ini. Sejak aku jadi cikgu dari tahun 2008, dah macam - macam kenangan hari guru yang aku lalui. Paling tak boleh lupa, masa tahun 2010 dapat anugerah Guru Mata Paling Cantik, dan sejak itu aku kekalkan trademark eyeliner Cleopatra ni. Lejen sungguh. Haha. Okay. Sebak . Memori menyerang secara tak tentu hala.
Lepas acara jamuan guru, aku merasa sungguh teruja sekali nak sekodeng atas meja kot - kotlah ada ehem hadiah melambak -lambak kan. Dalam hati dah pasrah. Kalau tak ada students bagi hadiah aku nak buat - buat cool kentang dan menerima dengan hati terbuka. Alah kesian betul ayat. Masa ini memang dah comot momot dah, dengan make up dah sememeh, bau dah macam longkang, tangan bau belacan siap eyeliner dah cair semua dah, tiba - tiba sampai dekat bilik guru ada surprise yang alahh sweetnya rasa macam nak menangis kat situ - situ jugak ! :') Tak sia - sia rindukan bekas pelajar. Rupanya ada dua bekas pelajar datang melawat aku. Ya Allah rasa happy gila! Terima kasih Nada and Nad ! Sayang korang sangat - sangat ! :')
Sayang sayang sayang ! :')
Alhamdulillah. Hari guru tahun ini berjaya jugak dilalui dengan cempien sekali walaupun emosi dah bertabrak tak ketahuan hala. Malam semalam sampai ke pagi reply SMS daripada students dan bekas - bekas students. Ada yang wish buat aku rasa sebak tak pasal - pasal. Aku tak sangka, cikgu macam aku ni ada jugak anak didik yang ingat, yang sayang, yang sudi meluangkan masa beberapa saat untuk wish aku. Ya Allah, jujur aku rasa macam tak layak sangat. Aku rasa macam tak ada jasa langsung selama aku jadi cikgu ni. Yang paling buat aku rasa sedih dan terharu, bila anak - anak murid mana yang dah habis sekolah wish dan terasa macam nak balik semula ke sekolah, dengar aku membebel. Atoto :')
Terima kasih aku nak ucapkan kepada anak - anak didik aku sekarang, bekas anak - anak didik, anak - anak didik yang aku tak pernah ajar diorang secara langsung, kaum keluarga, kawan - kawan, dan kawan - kawan sekerja yang dah wish sama ada di FB, Twitter ataupun SMS, yang dah beri hadiah, Ya Allah terima kasihlah sangat - sangat. Sumpah. Aku rasa sangat tak layak. Allah saja yang mampu balas budi engkau orang. Terima kasih juga yang tak terhingga untuk Suami yang sepenuh masa menyokong kerjaya aku sebagai guru, yang faham perangai aku. Yang ahh. Kalau aku cakap kat sini, memang tak akan habis. Terima kasih sayang ! :') Untuk kawan - kawan blogger, kawan - kawan FB dan kawan - kawan Twitter. Especially Mafia Manis aku. Wehh terima kasih! :') Super terharu bila Kuma tak lupa untuk wish aku. Aku ingat bila dia dah busy dengan hidup dia, dekat tempat baru, dia lupa ke aku. Lahai ingat jugak dia ke aku. Terima kasih Kuma :') Rasa nak tempeleng aje muka dia bila dia suka sangat buat benda - benda manis, lepas itu cakap "Maaflah, ini aje yang termampu". Padahal manis gila dah ! :) Terima kasih !
Terima kasih terima kasih terima kasih ! :')
Aku tahu sampai bila pun aku takkan mampu jadi guru yang sempurna. Tapi aku janji ini pada anak bangsa, aku akan memberi yang terbaik, mencuba yang terbaik. Tak akan ada istilah putus asa insyaALLAH. Untuk anak didik, Teacher minta maaf kalau belum boleh menjadi yang terbaik untuk awak awak semua. Tak kiralah siapa, samada yang Teacher ajar secara langsung ataupun tidak, Teacher tetap sayang awak awak semua tanpa berbelah bahagi! Tahu? Jangan pernah ada rasa rendah diri atau rasa diri awak menganggu Teacher. Tak pernah sekali - kali. Ya? :')
Terima kasih. Untuk sayang yang bersepah - sepah :')
Ya Allah. Terima kasih kerana Kau memilih aku untuk kerjaya ini. Terima kasih kerana Kau mempertanggungjawabkan aku dengan amanah ini. Terima kasih Ya Allah. For every wrong doings that I have done, I must have done something right! :')
Mel : Yatt, kenapa kau jadi cikgu?
Aku : I don't know la Mel. But one thing I know. I am born to be a teacher :')
Mel : Kalau let say one day kau kena stop jadi cikgu, what will you do Yatt?
Aku : Entahlah Mel. I don't know how to do any other jobs except for teaching.
InsyaALLAH. I am Lejen !
Dah . Babai!