Aku bukan ibu yang menghambakan seluruhnya waktu untuk malaikat - malaikat kecil yang dipanggil anak. Bukan ibu yang menyusukan anak - anak sehingga genap dua tahun usia malaikatnya. Bukan ibu yang setiap hari menyelak buku - buku resepi demi mencari makanan khasiat terbaik untuk wajah - wajah suci tanpa dosa yang satu masa dulu jantung kami pernah senada selagu. Bukan juga ibu yang pagi petang siang malam berada dekat dengan anak - anak lalu menjadi figura super untuk idola kaum - kaum wanita yang lain. Bukan.
Aku cuma seorang wanita yang bakal menginjak 30 an namun ilmu keibubapaan aku umpama tin karat kosong yang penuh lubang. Dan aku tak pernah ambil peduli semua itu.
Kerana aku tahu, biar picisan manapun aku, tetap tak akan ada mana - mana manusia yang akan mencintai Adam Irfan Xaharis sehebat aku. Tak akan ada.
Mati itu benda yang aku tak pernah rasa. Dan kalau engkau baca tulisan aku ini, aku yakin, engkau juga belum pernah merasai mati. Namun kau tahu apa? Untuk mati itu juga aku sanggup galang gantikan asalkan lelaki kacak kecil itu mampu membesar gembira , bahagia dan penuh diselimuti dengan cinta.
Hari ini hari lahir Adam yang ke tiga. Yang ke tiga puluh enam bulan. Bangun pagi tadi, alhamdulillah aku masih diizinkan Tuhan untuk tatap wajah suci tanpa dosanya. Wajah polos tanpa cela yang satu masa dulu berlindung dalam taman - taman syurga sebelum Tuhan pilihnya untuk dihadiahkan buat aku dan suami. Aku pandang setiap inci wajahnya yang mirip suami. Dan disetiap inci itu, cinta aku semakin kukuh dan padu.
36 keping gambar. Dari dia berusia satu hari sehingga genap 36 bulan :')
Tangan kaki comel yang satu masa dulu duduknya di dalam perut.
Tak ada sambutan yang maha megah. Cuma masjlis doa selamat kecil yang dihadiri oleh insan - insan yang aku yakin mencintai Adam. Atuk, Nenek, Cucuq, Papa, Atok Usu, Atuk Bahim, Acik Meme. Dan Adam aku lihat sentiasa tersenyum gembira penuh bahagia. Mudahnya anak - anak kecil mentafsir kehidupan. Dunianya hanya berkisar sekitar rumah kecil tempat dia berteduh. Dan bahagianya adalah bahagia bila hidupnya dikelilingi wajah - wajah yang dia sayangi. Mudah. Jujur. Dan mahu tahu apa, Adam? Makanan tadi, Nasi Ayam Penyet tadi itu, Papa yang masak. Secara seluruhnya, air tangan Papa.
Masak dengan penuh cinta.
Adam semakin membesar dan harapan aku padanya kekal sama. Semoga Adam membesar menjadi anak soleh yang bertaqwa. Dan aku akan kekal memberikan Adam sokongan tanpa syarat, cinta tanpa kondisi, pelukan paling hangat, ikhlas yang terpaling suci. Biarlah Adam membesar demi apa yang ingin dia perjuangkan. Kalaupun dia cuma bertaqdir menjadi seorang pelukis jalanan, biarlah dia menjadi pelukis jalanan yang bertaqwa. Dan kalau dia sudah tersurat ditaqdirkan menjadi manusia yang hebat - hebat, aku doakan supaya kehebatannya tak akan membuatkannya lupa pada Tuhan. InsyaALLAH.
Tuhan. Terima kasih beri aku pinjam anak ini. Terima kasih sudi berikan aku peluang menjadi seorang ibu walaupun bukan yang paling hebat.
Dan untuk itu Tuhan, segala pujian hanya untukMu.
Alhamdulillah.
Dah. Babai !
Dah. Babai !
14 comments:
ala comey nya adam. putih macam mummy dea. moga jadi anak yg soleh kelak . ameen :)
happy birthday kekasih gelap!! :)
hehhhhhee
Semoga Adam berjaya dunia akhirat jadi anak soleh pada mama dan papa. jadi insan berjaya dalam pelajaran, dalam hidup. jadi khalifah yang membanggakan kedua ibu bapa. jadi muslim soleh yang membangunkan nama agama bangsa dan negara. dan moga menjadi malaikat kecil mama dan papa di syurga sana!
Yat..kita berkongsi nama IRFAN yg sama..kebetulan..aku doakan malaikat kecil kau menjadi insan yg soleh dan yg akan menyejukkan perut kau yg melahirkannya...Amiiin...
Tapi Adam byk ikut muke hubby kau ek..kate org anak ikut muke ayahnye budaknye baek..In sya Allah..huhu...touching pulak aku tgk budak tomei ni...
dia dh besar. ingt lagi last time jd ur reader, dia x lahir lagi.:)....happy birthday adam
@Syuhada NasyaAmin ! Terima kasih untuk doanya ! :D
@Innanie AriffinAmin ! Terima kasih untuk doanya ! :D
@Azlin MohtiAmin ! Terima kasih untuk doanya ! :D
@suezenKan ! Dari zaman anak dara lagi ! Hehehe ! Tgu adik gegurl dia pulak keluar! Haha !
Awhhhhh , sweet family :* May Allah bless all of you . And, in shaa Allah, bersama menuju ke syurgaNYA. Amin ! Jadi ank soleh ya Adam Irfan Xaharis :')
@Nadya KarimAmin ! InsyaALLAH ! :D
pinjam nama dia masa jawab exam spm paper english. planet xaharis. haha.
ok last word teacher yatt comel seperti yg dipinta.
cerita saya pi perth (kalo sudi ^0^)
http://akumastermind.blogspot.com/search/label/Jelajah%20Australia
@Irsalina IsaAaa jeles ahh jeles !
Tersentuh hati baca ayat2 kat atas..pasti nnt bila Adam da dewasa die menangis baca madah ibu die ni
@intandayaniMintak-2 masa Adam dah besar, blogger wujud lagi ! HAHA !:D
Post a Comment