Saturday, August 31, 2013

Syawal Seorang Guru (Part.1)

Assalamualaikum. Salam baki - baki Syawal. Pagi tadi aku timbang berat dekat sekolah sekali dah naik 2 kilo. Bukan aku nak insaf ke apa. Selamba pulak duduk dekat meja makan menghadap Almond London satu telap, capati sekeping, lempeng kelapa dua keping, Spagethi satu pinggan. Sambil makan, aku nyanyi - nyanyi sikit. Kasi effect gembira. Aku dah malas nak layan lemak dalam badan. Kau nak gemuk ke mende gasaklah. Begitu happy sekali aku pada hari ini.

Oh. Nak cerita pasal Syawal aku. Kenapa pulak boleh terbuka cerita pasal makanan dan lemak dalam badan ni? Scratch that. Tahun ni, mungkin antara tahun yang aku paling busy sedunia. Start raya ke tiga, group - group anak murid datang beraya sudah bermula. Kira berguna jugaklah baju raya aku yang 7 pasang tu walaupun aku tak beraya mana - mana. Setiap hari macam fashion show dekat rumah. Eceh. Baju raya memang 7 pasang, tapi. Ada tapinya. Tapi harga 7 pasang baju tu sama dengan baju engkau orang satu pasang. Kain murah. Upah tailor pun murah. Jadi apa ada hal setakat 7 pasang. Jenis kain yang semeter RM4.

Okay, sambung. Macam tahun - tahun sudah anak murid yang pertama sampai adalah Ariffin (Aiseh tak ada gambar pulak! T_T) diikuti group bawah ni yang Ya Allah kacaknya masing - masing siap bersampin bagai. Cuma markah kurang sikit sebab masing - masing taknak pakai songkok kan --" Apa pasal engkau orang taknak pakai songkok, tak dapatlah dikenal pasti sebab musababnya. Aku pun malas nak tanya. Group ni kalau datang tak pernahnya nak senyap. Okay majoriti anak - anak murid aku memang mulut tak ada yang senyap. Semua memang potpet memanjang. Redolah redo. Senyap dia time makan. Senyaplah dua tiga saat. Lepas itu, hmphh hmphhh.

Gagah perkasa masing - masing.
Petang sikit, geng abang - abang cool datang. Kali ini tak ada baju Melayu ke sampin ke. Santai ranggi aje. Maklumlah, yang sorang tu geng Zine Satu Malam, geng Puisi Satu Petang. Etika pemakaian pun macam ala ala Datuk A Samad Said. Benda - benda seni macam ni memang kita rakyat marhaen susah nak faham. Maaflah tak dapat nak masakkan apapun, sebab datang secara terjahan macam tu. Memang aku jamu kuih saja.Tapi yang penting air minum tu dibancuh dengan penuh kasih sayang sejagat.Mihmih.

Nazri, Huseng, Talib. Talib tak sudah - sudah mempersoalkan kenapa aku wangi. Okay. Okay.
Malam, giliran group abang - abang Sains Pertanian. Group ini antara yang sopan. Pesen yang gelak tutup - tutup mulut, cakap sopan santun. Yang buat tersentuh terharu rasa tu bila Ammar hulur kek batik buatan sendiri. Allah. Kalau student perempuan bagi kek batik tu rasa macam normal, tapi ini bila student lelaki yang bagi rasa macam rare habis. Malu betul. Kau ingat aku pandai buat kek batik ke? Itu yang malu dia lain macam tu haa.

Shafie, Luqman, Ammar dan Arif. Yes ! Aku ingat lagi nama empat - empat! Saya belum tua !
Esok paginya memang kejutan tahap dewa - dewa. Mula - mula ingat memang manusia yang satu ni memang tak akan jejak Banyumas sebab cuti raya dia pendek, Isnin dah ada kuliah. Tak terfikir yang dia nak datang beraya, tapi alhamdulillah. Akhirnya sampai jugak . Yang lagi true, bila dia bawa sekali dua manusia rare beraya sama ke rumah. Memang betul - betul tak sangka. Terima kasih Anwar. Ajak pun. Aifaa pun ! Gembira sedunia betul ! :D

Dan selepas itu, bertalu - talu anak - anak murid dan bekas anak - anak murid sampai menjengah rumah membawa barokah warahmah masing - masing. Aku ni kan kuat touching. Nanti bila ada sesi throwback mulalah nak mata merah nak sebak sendu segala geli geli mat tau. Tapi nak buat macamana, dah dilahirkan dengan jiwa halus mudah tersentuh macam ini. Lagi sendu bila anak - anak murid sudah besar-besar tapi masih mahu juga menjengah rumah cikgu yang lahai kalau dekat kelas membebel tak cukup setengah jam.

Macam Twin Tower. Aku katik ditengah - tengah.
Tengahari sikit Acha dengan Zehrah sampai. Manusia manis dua orang ni suka betul aku tengok. Bila entah nak kahwin. Jangan lupa jemput ! :D Amin !
Ini group ada sikit konflik identiti. Group Kpop mix dengan group Imam muda. Tapi masih redo dengan perangai cikgu dia yang asdfghjkl.
Dulu semua masih kecil dan separas ketiak saja. 
Bila group ini datang, aku memang throwback bersungguh - sungguh. Emosi gembira, duka nestapa datang secara marathon. Ini group legasi 2010. Tahun 2010 boleh dikatakan tahun paling hitam sepanjang perkhidmatan. Nak cerita dekat sini nanti boleh jatu airmata dalam kadar yang maksima. Sobss. Ah tapi you know what, apapun yang jadi, Teacher tetap sayang engkau orang sampai bila - bila. Sobs.

Sayang sepah - sepah.
Terlebih happy bersama cokelat ditangan.
Lina datang bawak cokelat. Macam tahu - tahu aku dah lama tak makan cokelat. Malu - malu juga nak ambik masa mula - mula tuhh. Kehkeh. Geli pulak dengan perangai sendiri. Sempat jamu dengan mee hoon sup air tangan sendiri. Alhamdulillah. Kabornya sedap. Tak tahulah kan. Bak kata Shafiq, mee hoon sup ni kalau nak tahu true ke tidak , rasa dulu sambal kicap dia. Bila aku tanya sambal kicap aku true ke tidak, dia sampai tak terkata, cuma angguk - angguk tunjuk jempol. Itu kira true tahap hipster lah tu kan. Mihmih.

Throwback sangat. Dulu kecil dan polos. Sekarang sudah tinggi dan cantik - cantik semuanya.
Syawal ke lima. Pagi - pagi dah bangun masak. Kemas rumah awal - awal. Tak sabar nak jumpa dengan anak soleh yang dah lama sangat tak jumpa. Sejak dia pindah sekolah berapa kali aje jumpa. Itu pun tak lama. Bila dia bagitahu nak datang, memang excited melampau sikit rasa dalam hati. Alhamdulillah. Sihat walafiat. Semakin kacak, semakin matang. Semakin tinggi. Mendadak pulak budak - budak ni tinggi eh. Dulu aku masa zaman sekolah lahai susahnya nak tinggi. Tahun lepas paras bahu, tahun ni haa hambik, kemetot sungguh rasanya T_T

Lengkap bersampin, kacak berbaju Melayu. Kalau dulu cakap sepatah sepatah tapi kali ini dah banyak improvement dari segi kosa kata beliau. Tak ada lagi gap gap perbualan antara kami. Lancar aje susun atur ayat, dah pandai buat lawak, dah pandai nak usik - usik. Tak ada bunyi cengkerik lagi dah :') 

Hai Abdullah Tahir ^^,
Petang sikit, sampai pula group 3 sekawan. Yang ini antara yang paling true. Semua dah macam nak pergi menikah dah. Seronok tengok anak - anak murid yang datang beraya lengkap pakai baju Melayu dengan sampin, dengan songkok. Suka sangat - sangat. Barulah datang semangat nak berhari raya. Tahniah bertingkat - tingkatlah kepada anak - anak murid yang datang dengan busana Syawal. Eceh busana bagai. Engkau ingat rancangan Nona ke apa ?

Pengantin perempuan mana?
Tamatlah sudah bahagian pertama edisi students beraya di rumah cikgu kuat membebel yang bahagia. Ada berapa episod semuanya tak dapatlah aku nak janji sebab hampir setiap hari ada anak murid yang nak datang beraya. Seronok betul aku rasa. Bukan senang nak datang rumah aku yang jauh dari sekolah, terpaksa lalu jalan besar, lepas itu memang payahlah untuk anak - anak murid bawah umur yang belum ada lesen motor. Kena bersabung nyawa nak datang rumah beraya. Terharu tahap kuda terbang betul. Terima kasih aku ucapkan untuk semua.

Mana yang terkurang terlebih layan, terbagi ceramah free, termarah, tersuruh balik dengan kadar segera ke apa kan, mohon ampun dan maaf. Teacher sangat sangat menghargai kehadiran engkau orang yang menyerikan Syawal Teacher tahun ini. Thank you darlings ! ^^,

Sebelum mengundur diri, marilah kita berpelukan secara berjemaah, tanda kasih dan sayang yang tiada tandingannya. Dengan ucapan "Selamat Hari Raya Maaf Zahir Dan Batin."

Oh tahniah juga kepada mereka yang tamat membaca entry panjang penuh gambar ini. Engkau orang memang awesome. Meh. Nak peluk jugak.

Jumpa di sambungan seterusnya.

Oh dan babai !

Tuesday, August 20, 2013

Lin.

Sambungan entry ini : Tuhan Aku Bermohon. Mohon Dengan Sangat.

Sebelum melangkah masuk wad 601A, aku bagi warning dekat Inn dengan Ijah, supaya dia orang jangan berani - berani nak mengalir airmata. Aku siap bagi sign penumbuk. Untuk menguatkan hujah aku bahawa aku bukan main - main. Inn , Ijah angguk sekali. Pintu aku kuak. Sekujur tubuh yang terbaring dengan tiub berselirat, mata separa terbuka menyambut kami.

Dan disaat tangan Lin aku genggam, airmata aku turun macam hujan.

"Lin, kenal aku tak?" Aku tanya Lin dengan suara yang bergetar - getar.
Lin angguk. Sekali.

Aku perhatikan Lin yang terbaring lemah. Celaka sungguh dengan airmata. Aku yang sepatutnya kuat untuk Lin, jadi manusia yang paling lemah - selemah lemahnya. Sesekali Lin terbatuk - batuk, mencari nafas untuk disambungkan dengan nyawa. Lembut, suami Lin, Razali, mengelus - elus, mengurut - urut dada Lin.

"Ayang, kawan datang tuu." Sesekali mata Lin terpejam terbuka. Lin pandang kami seorang , seorang. Tangan Lin aku lepaskan. Aku berundur ke sudut kepala katil. Melayan tangis. Memujuk airmata supaya tolonglah, buat sekali ini, janganlah dia buat pasal. Sementara, Inn dan Ijah berbual dengan Razali.

"Mula - mula demam. Batuk, selesema. Seminggu demam batuk tak baik - baik. Kena masa pagi raya. Stroke. Mula sebelah kanan. Sekarang bila belah kanan dah okay, belah kiri pulak. Doktor kata ada jangkitan kuman dekat paru - paru, dan dah merebak sampai ke otak. Lin ni sihat aje. Takde sakit apapun. Cuma dia liat nak makan ubat. Antibiotik sepatutnya dah habis, tapi dia tak habiskan."

Tenang aje Razali bersuara. Sesekali tangannya mengusap-usap lembut lengan Lin. Bertambah - tambah terpagut sayu rasanya hati aku. Reda airmata, aku melangkah menghampiri Lin. Aku biarkan Ijah dan Inn berbual - bual dengan Razali. Aku pandang mata Lin. Lin pandang tepat ke muka aku. Telus. Polos. Tapi masih punya sinar. Sinar harapan. Sinar kasih sayang. Aku tahu Lin flashback apa sahaja memori yang tinggal dalam kepalanya, memori antara kami.

"Kuat Lin. Kau kawan yang paling kuat antara kita."
Aku tak boleh cakap panjang. Satu, satu aje ayat yang keluar. Bila cuba nak cakap panjang - panjang, mesti nak menangis. 

"Lin, kawan - kawan kirim salam."
Lalu aku sebut satu - satu nama - nama kawan kami. Bila aku tanya kenal atau tidak, Lin mengangguk.

Lalu kami sebutkan satu - satu antara memori- memori manis kami dengan Lin. Naik basikal beraya keliling kampung, godak parit, tangkap ikan, lumba basikal sampai tayar tercabut, mandi parit sampai basah lencun, aktiviti tukar - tukar komik, buat benda jahat, buli kawan - kawan. Sesekali mata Lin aku pandang. Sesekali mata Lin bercahaya, mungkin ada memori memori yang kami sebut tadi, masih berbekas di ingatannya.

Razali, sesekali melempar pandang, memandang ke sudut. Entah apa yang dia fikir.

"Suaminya kena kuat juga."

Razali senyum. "Insyaallah." Ucapnya perlahan tapi padu.

Kau sedang diuji, sahabat. Allah mahu tingkatkan keimananmu, darojah mu.

Lama kami berbual - bual dengan Lin. Biar dia ingat. Kami tunjukkan gambar Irfan, anak dia. Biar dia dapat suntikan semangat. Biar semangat juangnya kuat melawan sakit. Lin tenung lama gambar Irfan. Aku tahu hatinya berbunga rindu.

Kami bersilih ganti berbual dengan Lin. Kadang - kadang kami mengekek ketawa bila ada cerita yang lucu, kadang - kadang kami terdiam bila Lin terbatuk - batuk. Sambung semula cerita. Ketawa lagi. Ketawa bagi pihak Lin. Ketawa supaya boleh jadi ubat. Macam - macam yang kami janjikan.

Lin kena sembuh. Bila sudah sembuh, kita buat reunion ramai-ramai. Minta bapa Inn sponsor lemang. Buat reunion dekat rumah Ijah. Lin kena datang tau, sebab dia tetamu istimewa. Dia duduk saja, tak payah buat apa. Kami yang uruskan semua.
Lin kena sembuh. Bila sudah sembuh, Lin boleh baca blog aku. Banyak entry yang Lin tertinggal. Lin kau suka baca blog aku kan, Lin? Bila aku tanya ini pada Lin, dia angguk.
Lin kena sembuh, Lin boleh jaga Irfan. Lin boleh ajar Irfan mengaji, Lin boleh tengok perkembangan Irfan. Lin kena kuat. Lin tak boleh mengalah.
Bila Lin sembuh aje nanti, kita keluar ramai-ramai. Bawa suami, anak - anak kita. Lin kena lawan sakit Lin. Ya?

Untuk Razali, kami titipkan kata - kata semangat.

Supaya dia tabah.
Supaya dia kuat.
Supaya dia sabar.
Supaya dia ikhlas.

Sampai masa mahu pulang, tangan Lin aku genggam kuat - kuat. Aku ucapkan banyak kali supaya dia kuat. Kawan - kawan sayang kau, Lin.

"Aku sayang kau Lin." Ucap aku ke telinga Lin.

Aku cium pipi dia . Lama.

"Aku balik dulu. Nanti aku datang lagi."

Lin angguk lagi.

Tiba - tiba, tangan kiri Lin bergerak perlahan. Hinggap ke mulut, dan ditebarkan kepada kami. Lin buat flying kiss !!

Berderai ketawa kami. Dengan mata yang berkaca - kaca.

Kami tahu Lin memang fighter.

Yang true punya.

Kami tinggalkan Lin. Tapi kami titipkan doa yang tak putus - putus untuk dia. InsyaALLAH, Lin. Tuhan akan bantu kau. Dia Maha Pengasih Maha Penyayang.

Semoga kau lulus ujian ni dengan cemerlang, Lin ! InsyaALLAH !

Monday, August 19, 2013

Tuhan, Aku Bermohon. Mohon Dengan Sangat.

Tadi, usai solat Isya'. Aku duduk berdoa. Mula -mula aku eksyen dengan Tuhan. Aku ego. Aku cuba tahan sebak. Buat - buat kerek. Aku persetankan rasa sedih yang bergumpal-gumpal dalam jiwa. Tapi the moment aku panggil nama Tuhan, airmata aku turun macam hujan.

Aku tak pernah sedih, untuk seorang manusia yang namanya kawan, sedih macam apa yang aku tengah rasa sekarang. Aku sedih, untuk sakit yang dia tanggung. Aku sedih, untuk derita yang selama ini dia bendung. Aku sedih, untuk masa - masa yang aku bazirkan selama aku tak contact dia. Padahal dia kawan aku dari kecik. Dari tadika, sekolah rendah. Dia deskmate aku paling sejati sejak dari Form 2 membawak ke Form 5. 

Aku menangis lagi. Aku mintak Tuhan, beri dia kekuatan.

Aku tak mintak. Tapi disaat aku mintak Tuhan anugerahkan dia kekuatan. Memori - memori lama antara aku dengan dia , satu - satu tergambar depan mata.

Comotnya kami main parit dekat kebun kawan lagi satu.
Lencunnya kami naik basikal pergi sekolah kena hujan lebat.
Beraya dengan badan bau asap bas semata - mata nak pergi rumah Cikgu Matematik kami masa darjah lima.
Kami main galah panjang sama - sama.
Setiap kali waktu rehat sekolah agama, kami panjat pokok zaitun yang besar merendang tepi kelas sambil makan jajan dengan ABC.
Kami sama - sama jadi pengawas masa Form 2.
Kami sama - sama bangang Add Math masa Form 5. Sampaikan kena marah dengan cikgu kami.
Kami ponteng kelas tambahan.
Kami kongsi rahsia boyfriend - boyfriend kami.
Kami tukar - tukar turn baca komik Dragon Ball.
Ah. Banyak.

Aku menangis lagi.

Aku tak salahkan taqdir. Aku tahu Tuhan tahu apa yang dia bikin. Aku tahu Tuhan tak kejam. Aku tahu Tuhan maha kasih maha sayang. Aku tahu Tuhan tengah perati dari atas sana. Tuhan perati kan dia. Tuhan peratikan keluarga dia. Tuhan peratikan kawan-kawan dia. Tuhan peratikan aku.

Aku terbayang anak dia yang belum pun cecah usia 2 tahun. Macam celaka. Airmata aku jatuh lagi. Anak sekecil itu yang entah berapa banyak memori dia dengan ibu dia. Entah sempat terakam atau tidak wajah ibu dia dekat memori, suara ibu dia, bau ibu dia. Ya Allah. Aku kesat airmata, dan mengharap agar airmata berkerjasama dengan aku, jangan cengeng, jangan menangis. Jangan lemah. Tapi aku dasar manusia lemah bersenjatakan airmata, aku menangis semahu - mahunya. Aku sebut berulangkali dalam hati, Tuhan tak kejam. Tuhan tahu kerja Dia.

Aku teringat beberapa bulan lepas, dia ada mesej aku dekat Facebook. Dia kata dia bukan kawan yang baik. Dia rindu aku. Dia kata dia sayang aku. Masa itu aku bodoh dan tak tahu apa - apa. Aku anggap itu cuma sekadar mesej yang biasa. Bangangnya aku, aku tak tanya dia sihat ataupun tak. Aku ambil number phone dia tapi aku tak contact dia langsung. Bangsatnya aku, aku tak cuba contact dia untuk ucap Selamat Hari Raya. Dan dia kata 'Dia bukan kawan yang terbaik' untuk aku. Aku bodoh.

Dia banyak bagi hint. Aku aje yang buta hati tak dapat membaca.

Allah.


Kau wish aku untuk hari guru. Wish yang aku harap sangat Allah akan makbulkan. InsyaALLAH. Kalau Allah izinkan, aku akan didik ajar anak kau, kawan.

Lin.
Lin, Norazlin Mohti. Sekarang dia terlantar dekat Hospital Pakar Pantai, Batu Pahat. Jangkitan kuman dekat paru - paru dan sekarang merebak ke otak, membawak kepada stroke. Beritanya, dia agak kritikal. 

Allah. 

Aku minta satu Ya Allah, Kau berikan dia kekuatan. Kuat untuk suami, kuat untuk anak. Kuat untuk keluarga dia. Kuat untuk kawan - kawan dia. Kau Yang Maha Tahu Ya Allah apa yang kau taqdirkan untuk setiap hambaMu. Tak ada tali tempat kami bergantung melainkan talimu Ya Rabb. Taqdirkan dia dengan taqdir yang baik - baik Ya Rahman.

Mohon doanya kawan - kawan. Mohon doanya. Agar segala urusan dipermudahkan. Mohon Tuhan Yang Maha Kuasa membantu dari setiap sisi. Mohon doanya. Doakan kawan aku.

Lin, kau tunggu aku datang ya. Aku doakan kau kuat, Lin. Aku tau kau kuat, Lin. Semua orang tahu kau kuat, semua orang insyaALLAH doakan kau yang baik - baik. Kau berjuang Lin, jangan putus asa. Kau kena kuat untuk anak kau, Lin.

Aku taknak terlambat dan terlepas peluang untuk bagitahu kau, bisikkan dekat telinga kau, betapa kau kawan yang baik. Betapa kau tak pernah melukakan aku. Betapa aku sayangkan kau.

Tunggu aku, Lin !

“Dan sungguh Kami benar-benar akan menguji kamu dengan sedikit rasa takut, kelaparan, dan kekurangan harta, hilangnya jiwa, dan sedikitnya buah-buahan.(Surah al-Baqarah : 155)

Sunday, August 18, 2013

Hekeleh. Besok Dah Start Kerja.

Cukup - cukuplah cuti raya sampai lajak membawak ke Syawal 11. Pujuk hati aku. Tapi tak jalan jugak. Kusut memikir tungkiknya nak bangun pagi, nak drive ke sekolah, nak bergasak dengan student-student tak dengar kata, nak kena menghadap muka makcik kantin yang masak masin tapi kalau paw harga makanan pesen main henjut saja, nak menghadap muka - muka yang aku tak berapa rasa nak hadap dekat sekolah tuu,alah macam-macam lagilah. Biasalah. Dilema ditempat kerja. Semua orang mesti ada. Aku masih nak cuti raya! Begitulah jeritan batinku.

Nasib baiklah nasib baik aku dah siap marking semua. Kira tertunai jugak tanggungjawab aku dekat anak bangsa. Malas-malas pun baju dah siap iron, handbag dah siap kemas, kasut dah siap gilap kasi cemerlang sikit rupa bentuk dia. Aku ni tak adalah malas sangat sebenarnya pun. Psikologi aje semua tu. Kalau dipujuk-pujuk, redo jugak aku jadinya.

Kalau dipandang dari sudut positif, tak sabar jugak aku nak ke sekolah. Nak buat final preparation untuk coming PMR ni. Budak-budak watlek, aku yang gelabah. Budak-budak tahu nak bergembira, bersuka ria, aku yang ketar lutut, diorang mana tahu. Jatuh gred nanti, muka cantik aku nilah nanti yang ditunjal-tunjal. Pun tak sabar sebab nak jumpa kawan-kawan, walaupun aku tak banyak kawan dekat sekolah tu, ah tak ambik pusinglah. Kawan-kawan yang berapa kerat ajelah tu yang buat kasi hibur hati pun. Yang lain tu fakers aje. Ah , aku tau sangat. 

Raya tetap raya. Aktiviti berhari - raya aku tetap berjalan macam biasa. Anak - anak murid nak datang rumah pun pintu rumah Emak Abah aku sentiasa terbuka (Aku mana ada rumah, menumpang aje rumah Emak Abah aku.) nak suruh masak - masak pun insyaallah kalau aku sempat. Briyani bagai tak adalah. Setakat nasi goreng perencah segera tu aku pejam mata aje. Silalah datang bagi yang belum jejak rumah aku.

Peh.

Memang betul-betul kena kuatkan semangat dan jiwa raga betul ni.

Semoga aku tak homesick sepanjang disekolah. Atau mungkin kena bawak kuih raya dua tiga bekas bagi menghidupkan suasana hari raya dekat sekolah ke acane ni?

Ala. Dah tak boleh dah tidur lambat layankan budak handsome ni main Minion Rush!
Selamat hari raya. Kita raya sebulan, apa ada hal !

Tuesday, August 13, 2013

Raya Like A Boss (Eid Mubarak 1434H)

Assalamualaikum. Selamat hari raya yang ke enam ya'll ! Saya berada disini adalah untuk menyatakan bahawasanya saya masih hidup dan masih berupaya menggunakan dua tangan untuk mengupdate blog. Cuma sebagai manusia yang tahun ini puasanya cukup sebulan, aku terasa nak all out sikit raya kali ni dan tak mengambil keputusan mengabaikan blog selama beberapa ketika sehinggalah aku mendapat hidayah untuk membuat entry raya yang tiada unsur poyo . Raya baru 6 hari tapi badan aku macam nak patah dua dah dengan pinggang yang meragam sejak malam raya lagi. Kasihannya kasihan. Lepas itu raya ke dua hari tu mabuk pulak tak boleh nak bau makanan laut. Kepada yang mungkin membuat spekulasi nak kata aku pregnant ke apa , hentikan segera. Nampak udang , ikan, sotong, terasa nak menyembur segala isi perut. Ah kasihannya saya. T_T

Gelanggang #rayasampaipengsan dibuka dengan mengunjungi pusara orang - orang yang aku sayang, yang dah tak lagi ada dengan aku dekat dunia ni. Abah jadi ketua tahlil. Kami ramai - ramai aminkan doa. Siram air mawar , tabur bunga - bunga. Dekat sini hati tak berapa kuat. Airmata dah dekat tepi - tepi mata. Tengok kiri kanan mata masing - masing dah merah. Insaf. Tempat ini, satu hari nanti, soheh confirm jadi tempat tinggal aku yang abadi.


Lepas balik ziarah kubur , masing - masing terus tukar baju tercantik yang kami ada dalam almari masing - masing. Maklong tema ungu, Makngah hijau, family aku yang comel abadi pilih tema dusty pink, Abah Emak dengan Embun pulak emerald green. Nak rare saja. Lepas dah pakai baju cantik - cantik , terus duduk dekat ruang tamu, beratur untuk acara meminta maaf sambil menghulur duit raya. Acara hulur duit raya ni budak - budak gembira lah, untuk tukang hulur macam aku ni, hati kena kuat, ikhlas kena jitu. Embun untung. Duit raya berkepuk. Habis sesi ni saja duit raya dia dah macam gaji aku separuh bulan. Peh.

Maklong serious habis.
Alohloh. Solehahnya anak Abah yang ini.
Yang paling mencabar sebenarnya nak kumpulkan ahli keluarga ambil gambar family sama - sama. Peh. Dengan yang bergolek - golek, yang nangis hentak - hentak kaki, yang meraung panas, yang moody sebab baju raya tak cukup patch lace, fuhfuh mencabar. Abah lagi best , tiba - tiba dah berlenggeng makan ketupat dekat dapur. Wuwuwuwuw. T_T

Untuk family aku, gambar bersama dah jadi macam misi ketenteraan. Mana nak pujuk suami yang tak sabar - sabar nak tanggalkan baju Melayu, kena cakap elok - elok. Macam cakap dengan budak umur 5 tahun. Urut dada minta sabar banyak - banyak. Herghh geramnya ! Mana lagi nak layan Adam yang kerjanya 24jam berlari saja. Kena tangkap dia, pegang kuat - kuat. Gambar raya aku memang macam haram T_T

Ini paling senonoh ni. Paling senonoh.
Budak itu kerja sepanjang masa nak sprinting !
Okay. Ini antara yang senonoh. Yang lain memang macam asdfghjkl!
Lepas makan ketupat , kuah kacang, rendang daging Emak yang lejen, ayam goreng dengan kuah lodeh yang peh memang boleh buat engkau menangis kegembiraan , kami adik beradik dengan Emak Abah gerak ke rumah pakcik makcik. Tahun ini semua beraya dekat kampung, jadi konvoi ke rumah sedara mara. Baru meriah gerak ramai - ramai macam ini. Aku ni bukan senonoh sangat nak beraya sorang - sorang. Sudahlah kerja asyik nak mengokak kuih raya. Saya perlukan pemantauan !

 Una, Mokde tahu engkau berpuasa cukup sebulan. Makan kuih tak payah nak lahap sangat.
 Budak ini baru - baru sampai memang behave. Bila dah lebih 15 minit, dah macam ulat nangka.
 Nak kuih raya.
Aku seperti biasa, bila kata dah beraya, memang pesen manusia yang makan kuih muih kasi kenyang perut. Walaupun setakat kuih Almond London. Aku makan sampai kenyang haa. Kira kata fokus bila makan tu memang terbaiklah. Emak dengan Abah biarlah diorang gossip - gossip orang tua dengan pakcik makcik aku. Generasi muda macam aku duduk diam - diam sambil hadam makanan.

Suami memang tabah orangnya. Tabah.
 Rumah Wak Li.
Makan makan minum minum sampai aku rasa perut aku dah banyak bahan yang bercampur - baur. Sungguh ketat kain dekat bahagian pinggang rasanya. Tapi masih tak mahu mengaku yang diri sendiri sudah kenyang. Dan dekat rumah Wak Li, aku balun lagi kuih raya dia sampai kontang. Nauzubillah.

Alhamdulillah, selesai raya pertama, kami sekeluarga dah setel menziarah pakcik makcik terdekat dan terapat dengan kami. Dah lega dan boleh meneruskan edisi #rayasampaipengsan dengan agenda-agenda yang lain. Bila yang wajib dilawati dah selesai dilawati, barulah senang hati nak melagha dengan benda - benda lain ye dak !




Seronok sebenarnya bila masih tinggal dengan Emak Abah. Bila ada sedara mara yang datang melawat, secara tak langsung, aku jadi kenal dia orang juga. Bila orang tanya aku tinggal dengan Emak Abah sampai bila , aku selamba jawab dengan muka comel "Nak tinggal sampai bila bila bila bila !" Kahkah. Annoying betul muka aku . Gasaklah orang nak menganjing aku masih duduk dengan Emak Abah ke apa kan, yang penting aku bahagia jiwa raga . Nanti - nanti kalau Emak halau, baru cari rumah nak duduk dekat mana. Tapi Emak kan sayang aku sepenuh jiwa raga, takkan Emak nak halau T_T Tinggal bawah jembatan aku kang jadinya.

Habis kisah 1 hari raya. Selamat hari raya semua ! Jemput datang rumah , dan duit raya hanya diberi kepada yang berusia 6 bulan ke bawah  ! Ekeke !

Dah. Babai !

Wednesday, August 7, 2013

Welcoming Syawal With Arms Wide Open !

Eceh. Tajuk nak omputeh pulak.

Assalamualaikum. Alhamdulillah. Sejurus selepas Pakcik dekat TV tadi mengumumkan yang 1 Syawal jatuh pada hari esok , Khamis 8 Ogos 2013, maka dengan itu rasmilah sudah esok memang raya. Tiada keraguan. Sepantas kilat Emak singsing lengan , singsing kain, pasang kuda - kuda duduk bersila dekat dapur sambil dibantu oleh kesemua anak - anak beliau kecuali aku. Haa. Jangan mengkeji dulu ye kawan - kawan, aku menguruskan hal - hal pasang langsir, iron baju Emak Abah sampai rabak pinggang, isi kuih raya dalam bekas kuih dan juga pelbagai lagi kerja - kerja yang lain selain yang melibatkan hal - hal memasak.


Sementara abang - abang ipar main bunga api dan mercun dengan sakannya dekat luar, sekali harung dengan anak - anak kami semua , aku pun dah start iron baju raya seisi keluarga. Rasa baju yang paling mendominasi dari segi bilangan, tak lain tak bukan adalah baju aku. Nak buat macam mana. Tak perasan beli kain punya pasal sampaikan terbeli 7 pasang baju raya. Terbeli. Okay rasa nak sepak diri sendiri. Tak apa. Chill. Baju - baju tu semua boleh guna untuk pergi sekolah nanti kan. Haa.



Kuih pun dah siap isi dah, karpet pun dah siap bentang. Bunga dah siap gubah. Kusyen dah siap susun. Alhamdulillah. Siap juga preparation raya untuk tahun ini. Raya disambut dengan penuh bersederhana (Baju raya sampai 7 pasang lagi nak cakap pasal sederhana!) , penuh rasa bersyukur dan menghargai apa yang ada. Jangan dok nak banding - banding diri kita dengan orang lain yang lebih berada, tapi bandingkan diri kita dengan orang yang terpaksa sambut raya dekat kaki lima, sambut raya dekat rumah orang sakit jiwa, sambut raya sorang - sorang. Allah. Tak terbayang rasa.

Sebenarnya aku kasihan dengan orang yang selalu kata tak ada feel nak sambut raya, tak ada excitednya nak raya, tak ada jiwa nak sambut raya. Kasihan. Serious. Aku rasa cukup bertuah dan bersyukur dapat sambut raya dengan orang - orang yang aku sayang. Dengan suami , Adam, Emak Abah, adik beradik, sedara mara, kawan - kawan dan anak - anak didik yang aku sayang. Alhamdulillah Ya Allah. Biarpun serba sederhana dan asalkan ada, aku masih dianugerahkan Allah perasaan berbahagia dan gembira di hari raya. Sujud syukur.

Untuk semua pembaca blog , tak kiralah yang minat ke yang menyampah ke, yang saja nak stalk nak cari bahan nak mengumpat aku dikemudian hari ke, gasaklah. Aku nak ucapkan selamat hari raya, maaf zahir dan batin. Sepanjang aku menulis, kalau aku ada merabakkan hati manusia yang membaca sama ada dengan sengaja ataupun tak sengaja, aku minta maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki. Jemputlah datang rumah, insyaALLAH aku layan dengan penuh kasih sayang dan muhibbah dengan semangat satu Malaysia ! ^_______^

Semoga Syawal kali ini memberi kita seribu makna. Amin. Insyaallah.

SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN ! ^______^

Dah. Babai!

Friday, August 2, 2013

Kad Raya Buat Saya Lebih Eksyen Daripada Biasa

Tadi pagi - pagi Kak Sally buat jahat dengan aku. Eksyen betul dapat kad raya dari budak - budak kelas dia. Siap ada lagu. Buka tutup buka tutup pasal nak bagi aku bertambah jaki. Mentang - mentang ada kad raya keluar bunyi - bunyi. Aku punya dengki dalam hati tak payah nak cakaplah. Macam nak hempuk pakai batu - bata kad raya tu bagi diam. Aku jaki secara bersepadu.

Tiba - tiba balik dari kelas lepas rehat , tengok atas meja ada kad raya siap dengan cokelat lagi haa. Setakat kad raya bunyi - bunyi tu ala tak heran dah. Aku punya kad raya sepesel. Buka aje, kau nyanyilah lagu apa yang kau suka. Tapi kena nyanyi sendirilah kan. Lagi gempak perdana nak dibandingkan dengan kad raya bunyi - bunyi. Kehkeh. Tak lama lepas tu , adalah few students datang dan beri kad raya. Time ni, angkuh sungguh muka aku. Siap angkat kening sebelah bagi cikgu - cikgu lain pulak merasa jaki. Kehkeh.

Ini kad raya pertama sekali dapat. Oat bagi. Colorful baq hang ! Comel !
Ini Kak Sally bagi. Amboih. Karangan.
Ini kad raya tercomel dan termanis sekali untuk tahun ini. ^____^

Ingatkan aktiviti meriak dengan kad raya terhenti setakat disekolah saja , balik rumah, waa rupanya ada lagi lambakan kad raya daripada students dan kawan blogger. Seronoknya seronoknya. Lagi seronok bila buka kad raya eh ada duit dalam tu. Duit raya ! Tapi bukan aku punyalah. Dia dah pesan awal - awal duit raya tu untuk Adam. Bukan untuk Emak Adam. Kecewa T_T . Lagi seronok bila ada kawan blogger yang ingat dekat aku yang picisan ni. Rasa macam baru dapat award dekat Anugerah Bintang Popular. Blog aku ada peminat? Biar betik. Sukanya hati sayaaaaa ! ^_____^

Lambakan kad raya dengan cokelat dan duit raya. Suka suka suka !
'Peminat blog awak' - Alaa lahai lahai ! Terima kasih Sue ! ^___^

Aku cukup suka aktiviti tulis kad raya lepas tu kirim dekat orang - orang yang kita sayang. Feeling dia lain macam tahu. Lagi - lagi bila dapat balasan kad raya semula. Allah. Dia punya gembira dah serupa budak - budak baru lepas sunat dapat peluang ngorat awek . Haa gitulah. Seronok. Tanda ingatan pengirim kepada orang yang dikirim. Maju macamana sekalipun dunia kita berkembang hari ni , aku tetap berpendapat bahawasanya aktiviti mengirimkan kad raya kekal lejen ditangga pertama. Terima kasih untuk semua yang kirimkan aku kad raya ye. Meh rapat sikit rapat sikit nak peluk ni haa ! ^___^

Memborong kuih raya. Mata rambang secara membabi - buta.

Persiapan raya macamana? Progressing? Tadi aku borong kuih lagi dekat sekolah. Istighfar banyak - banyak betul. Muka gigih bawa plastik isi kuih. Sampai naik muscle - muscle dekat lengan. Dahsyat betul orang perempuan ni kalau dah dihadapkan dengan kuih raya. Semua tumbuh muscle dekat lengan. Orang lelaki pun takut nak tegur haa. Malam ni konon - konon nak buat choc cookies untuk raya. Jakgi eh jakgi. Ni tengah ambik turn pakai oven. Big boss pakai dulu. Nak bakar samperit.

Raya jemputlah datang rumah mana yang dekat - dekat tu. Sambil - sambil datang tu bawaklah ketupat lemang bagai boleh kita makan sama - sama. Muhibahnya lahai ! ^___^

Dah. Babai !

Thursday, August 1, 2013

Raya. Siapa Yang Tak Excited , Ye Dak?

Assalamualaikum. Pejam celik mata, kurang seminggu lagi kita dah nak raya dah. Aku punya tahap excited pun dah lain macam melampau dia. Sebelum puasa lagi dah cat rumah dah siap roger askar - askar simpanan untuk tolong cat rumah. Untung jadi cikgu ni , bila - bila masa kita perlukan back-up, roger saja. Datang anak - anak murid yang baik budi tolong cikgu dia cat rumah. Hewhew. Terima kasih korang. Tahukah korang bahawa Teacher sayangkan korang secara bersepahan? ^^,

Yazid , Farhan dengan Akif. Yang tengah tu memang melebih - lebih posing dengan berus cat bagai. Poser !

Itu cerita pasal cat. Persiapan raya yang lain pun boleh tahan kencang. Baju raya Adam dengan suami , beli masa sales. Jimat beratus - ratus. Beli time mahal memanglah harga dia mencekik. Belilah time sales. Takde matinya pakai barang sales. Kalau dah pesen manusia handsome tu , pakai T-shirt Pagoda pun handsome jugak, ye dak? Baju - baju Adam dengan suami , awal - awal lagi dah beli. Cuma baju Melayu suami aje yang sampai ke saat entry ini ditulis , belum ada tanda - tanda nak siap lagi. Hantar dekat Aunty sorang ni memang kena tabah banyak - banyak. Pernah la ada sekali raya tu aku ambik baju suami malam raya pukul 1 pagi. Gila tak? T_T Itu baju diorang. Baju aku? Ehem. Awal - awal lagi tailor dah siapkan. Baju beli kain pasang murah - murah , jahit baju kurung biasa. Tak ada peplum ke , kurung moden ke jadah. Baju kurung biasa. Mudah. Evergreen. Cantik sepanjang zaman. Yang penting tutup aurat. Eceh membajet Islamik pula.

Shopping raya bawa budak kecil ini sesungguhnya begitu menduga emosi.
Membawak pula kita kepada isu kuih muih. Tahun ini tak ada kuih moden dekat rumah time raya nanti. Semua kuih - kuih retro yang lejen macam kuih Dahlia, kuih Samperit, kuih Rempeyek , kerepek pisang tanduk, kerepek ubi. Semua jenis kuih yang kampung - kampung. Kata budak - budak hipster , kuih - kuih yang true. Haa. Kuih pesen yang nama - nama urban macam Almond London ke jadah, mungkin ada satu dua. Tapi tak mendominasi. Tema hari raya rumah Pakcik Isnin ini tahun, back to basic. Rasa macam nak hidang tetamu dengan daun pisang aje.Barulah semangat raya tu merasuk lain macam sikit.

Persiapan lain macam daun kelapa nak buat ketupat, ayam semua tu, Abah setelkan. Hal - hal duniawi macam cat rumah , pasang langsir, ganti tikar getah, kemas rumah, tak lain tak bukan jatuh dekat bahu orang hebat macam akulah kan. Dibantu oleh Embun yang kalau setiap kali suruh buat kerja , mesti mintak upah. Kadang - kadang jaki jugak aku rasa, tapi dah nak buat macamana. Anak bongsu. Manja lebih. Jaki jaki. Yang lain - lain tu, ala kadar aje kami. Yang penting time raya nanti kakak - kakak, abang - abang ipar, anak - anak sedara nanti semua berkumpul meramaikan majlis dan menjahanamkan kuih raya. Itu yang paling true tu. Emak Abah aku mesti tersenyum penuh kegembiraan. Alhamdulillah. Dapat sambut raya, dengan orang - orang yang aku sayang. ^^,

Yang penting, berayalah dengan seadanya. Jangan sebab nak nampak lejen time raya , kita berhutang keliling pinggang. Hari raya ni bukan masanya untuk kita angkuh sesama sendiri. Sambut dengan iman terpelihara dalam jiwa , sambut dengan penuh ikhlas, bersederhana dan redo. Barulah nikmat barokah Syawal tu lain macam dia punya makna. Ye dak? ^^.

Selamat hari raya kawan - kawan ! Jemput datang rumah meh.

Dah. Babai!