Cukup - cukuplah cuti raya sampai lajak membawak ke Syawal 11. Pujuk hati aku. Tapi tak jalan jugak. Kusut memikir tungkiknya nak bangun pagi, nak drive ke sekolah, nak bergasak dengan student-student tak dengar kata, nak kena menghadap muka makcik kantin yang masak masin tapi kalau paw harga makanan pesen main henjut saja, nak menghadap muka - muka yang aku tak berapa rasa nak hadap dekat sekolah tuu,alah macam-macam lagilah. Biasalah. Dilema ditempat kerja. Semua orang mesti ada. Aku masih nak cuti raya! Begitulah jeritan batinku.
Nasib baiklah nasib baik aku dah siap marking semua. Kira tertunai jugak tanggungjawab aku dekat anak bangsa. Malas-malas pun baju dah siap iron, handbag dah siap kemas, kasut dah siap gilap kasi cemerlang sikit rupa bentuk dia. Aku ni tak adalah malas sangat sebenarnya pun. Psikologi aje semua tu. Kalau dipujuk-pujuk, redo jugak aku jadinya.
Kalau dipandang dari sudut positif, tak sabar jugak aku nak ke sekolah. Nak buat final preparation untuk coming PMR ni. Budak-budak watlek, aku yang gelabah. Budak-budak tahu nak bergembira, bersuka ria, aku yang ketar lutut, diorang mana tahu. Jatuh gred nanti, muka cantik aku nilah nanti yang ditunjal-tunjal. Pun tak sabar sebab nak jumpa kawan-kawan, walaupun aku tak banyak kawan dekat sekolah tu, ah tak ambik pusinglah. Kawan-kawan yang berapa kerat ajelah tu yang buat kasi hibur hati pun. Yang lain tu fakers aje. Ah , aku tau sangat.
Raya tetap raya. Aktiviti berhari - raya aku tetap berjalan macam biasa. Anak - anak murid nak datang rumah pun pintu rumah Emak Abah aku sentiasa terbuka (Aku mana ada rumah, menumpang aje rumah Emak Abah aku.) nak suruh masak - masak pun insyaallah kalau aku sempat. Briyani bagai tak adalah. Setakat nasi goreng perencah segera tu aku pejam mata aje. Silalah datang bagi yang belum jejak rumah aku.
Peh.
Memang betul-betul kena kuatkan semangat dan jiwa raga betul ni.
Semoga aku tak homesick sepanjang disekolah. Atau mungkin kena bawak kuih raya dua tiga bekas bagi menghidupkan suasana hari raya dekat sekolah ke acane ni?
Selamat hari raya. Kita raya sebulan, apa ada hal !Ala. Dah tak boleh dah tidur lambat layankan budak handsome ni main Minion Rush!
9 comments:
hahah..selamat nekerja kakak bunge ku...*sambil tarik selimut...ngeh3
Selamat hari raya.Dpt gak bercuti smpi raya ke 11.Tapi best kan cuti lama.Last week start keje pas seminggu cuti rase segar je bekerja.Minggu ni da lembik semula.
Saya terjumpa blog ni masa tgh menggoogle review tntg food skin.. Itu entri pertama yg sy baca.. Start dari tu, gigih sy menjejak entri2 lain.. Blog awk ni boleh jd penawar duka tahu? Kelakar tahap tak hengat..
Opss lupa nak cakap, awak comel.. ;)
@ynadonaHakalahhhh, tak aci betul ! Nak peknen jugakkk ! Haha !
@intandayaniPeh nasib baik tadi tak bangun lewat. Maklumlah cuti dah lama. Ekeke. Terima kasih ! :D
@Dang WangiAhh terima kasih Dang Wangi. Terima kasih daun keladi. Jemput datang lagi :D
heiii..dah x pegnem la.....
@ynadonaAwak memang ah dah tak peknen. Akak ni haa nak peknen ! Haha !
insyallahhhhh...amin
Post a Comment