Monday, September 30, 2013

Selamat Berjuang.

Assalamualaikum.

Tahun ini aku memang betul - betul garang bila mengajar. Jarang aku senyum - senyum dalam kelas. Muka nak masam mencuka sentiasa, asyik nak membebel. Nak marah. Tak ada nak melawak. Kerja asyik nak bash students sana sini.

Aku tahu ramai yang benci.

Ramai juga yang kutuk belakang.

Aku tahulahh.

Tapi aku buat pekakkan telinga, pejamkan mata. Kuatkan tekad dan azam dalam jiwa. Biarlah apa orang nak kata. Aku garang bersebab. Bukan garang membabi - buta.

Kalau aku tak garang , students taknak dengar cakap aku. Kalau aku tak tegas , students taknak buat kerja aku. Kalau aku selamba melewah - lewah, tak ada orang ambik serious dengan apa yang aku kata. Dalam hati , biarlah betapa meronta - rontanya aku nak bergelak ketawa dengan mereka, aku pendamkan aje.

Bukanlah aku garang sepanjang masa.

Ada masa aku gelak kaw kaw jugak dengan dia orang semua.
Ada masa aku buat lawak bangang jugak dengan dia orang semua.
Ada masa aku duduk semeja kongsi cerita juga.
Ada masa aku hantar juga dia orang balik rumah sambil gossip - gossip dalam kereta.
Aku tetap Teacher Yatt yang sama, dulu, sekarang. Sampai bila - bila.

Aku tahu tahun ini aku garang. Maaf, kalau aku ada buat jiwa - jiwa tak selesa.

Students ada banyak jenis. Banyak.
Tak semua sayang aku. Tak semua suka aku. Ada yang puji ada yang benci. Aku cukup maklum.
Aku tak mintak banyak.
Aku cuma mintak, Tuhan, mohon dengan sangat, semoga jiwa - jiwa yang penah aku didik, terdidik terbina menjadi seorang manusia. InsyaALLAH.
Aku tak sempurna. Maaf.
Aku cuba yang terbaik, untuk memanusiakan mereka.

Ikhlas ke aku, kalau aku sayang mereka dan minta balasan?
Ikhlas ke aku, kalau aku berkorban dan aku mahukan pulangan?
Ikhlas ke aku, kalau aku memberi dan minta dibalikkan?

Rabu ni, PMR start. Setahun hampir ini, itulah tarikh sebenar perjuangan mereka. Apa yang aku dah ajar, apa yang mereka dah belajar selama ini, itulah titik mulanya.

Anak - anak Teacher, 3KAA, 3RK2, 3RK4, 3C dan 3E,

Teacher halalkan segala ilmu yang pernah Teacher berikan untuk awak semua. Sama ada yang langsung ataupun tidak. Teacher sudah halalkan.

Untuk segala salah silap, Teacher sudah ampunkan.
Untuk segala pemberian, Teacher sudah ikhlaskan.
Untuk segala kekhilafan, Teacher sudah lupakan.
Untuk segala kutukan, cacian, umpatan, sikap - sikap biadap kurang ajar, Teacher sudah maafkan.
Pergilah berjuang dengan tenang.
Pergilah mulakan langkah pertama kejar kejayaan.

Tahun ini tahun yang penuh pancaroba. Beberapa kali jugak aku terduduk tahan hati daripada kecewa. Beberapa kali jugak pernah hampir tewas dengan airmata.

Orang kata kerja guru ni senang.
Cuti banyak.
Gaji besar.
Ya?

Pernah cuba memanusiakan manusia?

Anak - anak Teacher yang Teacher sayang dan tak pernah beza - bezakan.

Maafkanlah Teacher yang serba kekurangan dalam mendidik awak semua. Ada yang Teacher tak tahu, ada yang Teacher terlepas pandang. Kadang - kadang emosi melimpah ruah masa marah. Kadang - kadang sentap berhari - hari lamanya. Membebel sampai habis dua masa. Suruh awak semua lari padang, ketuk ketampi. Old school betul hukuman, kan? Maafkan salah silap Teacher sepanjang mendidik awak semua. Teacher bukan yang terbaik, I know. Tapi Teacher dah berikan awak semua yang terbaik. Semoga Allah menilai usaha kita sama - sama , ya ! 

Jangan takut untuk PMR akan datang ini ya ? Teacher iringi dengan doa. Insyaallah. Kejayaan selari dengan usaha. Selawat banyak - banyak. Minta bantuan dengan Yang Maha Kuasa.

Teacher sayang engkau orang semua :')

Selamat berjuang !



Dah. Babai.

Sunday, September 22, 2013

Kalah Penuh Hikmah.

Assalamualaikum. 

Baca Facebook dan TL Twitter, ramai betul yang memadan muka kan kejatuhan UKM sebagai penyandang juara Kejohanan Sukan Sekolah selama 3 tahun berturut - turut. Ada yang kata UKM dijatuhkan, ada yang kata UKM digulingkan, ada yang kata UKM menurunkan kuasa, ada yang kata UKM loser, ada yang kata UKM dah tak power. Ada juga yang mentakziahkan UKM. Maklumlah, tahun ini UKM bukan juara lagi. Tahun ini UKM duduk dekat tangga paling bawah. Tangga ke 6.

USM (Oren) bersorak, kata mereka bukan lagi di tangga yang tercorot. UTHM (Kuning) urut dada lega. Biarpun menang tipis tiga mata di atas UKM, menang tetap menang. Yang penting bukan tangga yang tercorot. UTM (Biru) tebar sayap bangga. Menang bergaya ini tahun. UM (Ungu) pun fight. Nak menang punya pasal. Paling aku salute, geng - geng UPM (Hijau). Cikgu - cikgunya , sekali dengan anak - anak buahnya, pattern yang manusia lindungan Kaabah. Tak ada keluar cakap - cakap longkang mencarutkan UKM. For that , aku tabik dekat UPM.

Aku lepas satu keluhan berat.

Mengeluh, bukan sebab aku kecewa kalah. Ini bukan setakat kalah. Ini memang jatuh terguling - guling, terduduk, ditimpa tangga betul.

Aku mengeluh sebab, kalaulah diorang - diorang tahu, hikmah yang kami dapat daripada kekalahan ni sangat besar , diorang secara automatik tahu yang diorang tak layak langsung nak ludah cakap - cakap carut dekat kami.

Ya , kami kalah.

Tapi aku besar hati lapang dada bangga dengan atlit - atlit UKM ini tahun. Masa sukan kecil, semua datang ikut masa. Lambat - lambat sikit tu , biasalah. Lepas kena marah dua tiga round dengan Ketua Pasukan dia, kami geng balik macam biasa. Atas padang, semua all out. Semangat dia orang memang lain macam. Walaupun lari sorang - sorang atas padang, orang lain dah selamat sampai garisan penamat, atlit aku tak pernah mengaku kalah. Habiskan jugak larian sampai ke garisan akhir. Tak ada yang lebih membanggakan aku selain ini.

Masa tengok Anis, Hana, Farah buat larian 400m, jadi pulak orang yang terakhir, sebak hati macam tergunting - gunting. Bergenang airmata bangga aku tengok semangat juang dia orang yang tak kenal erti putus asa. Diorang bukan atlit balapan. Susah juga nak cari atlit perempuan. Masing - masing takut nak lari. Tapi bila aku tanya "Awak boleh lari untuk rumah kita?" Semua jawab "Ya!" sebagai jawapan pertama.

Ya, kami kalah.

Kami kalah dengan penuh maruah.

Kami bukan kalah bodoh - bodoh tak fight. Berhempas pulas semua orang. Masa latihan sehari sebelum Kejohanan berlangsung, atlit - atlit aku penuhkan padang. Turun training, walaupun Cikgu Ketua Pasukan kaki bangku, apapun tak tahu. Tapi turun masing - masing, berlatih sungguh - sungguh. Tengah - tengah panas terik, padang pula lecak sebab semalamnya hujan lebat, semangat masing - masing lari tengah bahang.

Aku ingat lagi, sebelum mula acara 1500m, Nu'aim tanya.

"Cikgu , nak Emas?"
"Mestilah nak!"
"Nanti saya bagi Emas!"

Berhempas pulas aku tengok Nu'aim lari. Putus sambung nafas neck to neck dengan Aizat. Dan ye, akhirnya Nu'aim hadiahkan aku pingat Emas kategori lelaki A yang pertama.

Ya, kami kalah.

Tapi kami kalah setelah kami mencuba, usaha , doa dan bertawakal. Sebagai Ketua Rumah, aku dah jalankan tanggungjawab aku sehabis baik. Kebajikan atlit dan guru - guru sedaya upaya aku dahulukan. Dapat juga tambah 4 pasang spike baru, walaupun terpaksa pakai kongsi - kongsi sampaikan berebut - rebut. Tak apa. Dapat juga tambah 6 pasang bendera baru, buat sama - sama dengan ahli - ahli UKM yang bukan atlit. Tak bantu dipadang tak apa. Bantu dalam sisi yang berbeza.

Pada aku, kekalahan drastik ni beri aku satu hikmah.

Hikmah berkeluarga.

Aku dapat anak - anak baru.

Aku ada 74 orang atlit dan aku kenal nama setiap daripada mereka. Setiap kali diorang turun acara, aku sorakkan nama mereka. Bukan hanya setakat sorak nama umum pasukan. Kalah atau menang, aku tak pernah jadikan keutamaan. Yang aku mahu, diorang berjuang dan buat yang sehabis baik. Jangan mengalah, jangan tarik diri, jangan ragu - ragu dengan kemampuan diri sendiri.

Dapat kenal Nu'aim yang kasar tapi aku tahu hati dia baik, Zharif yang selalu cuba yang terbaik, Danial Amirul yang orang kata nakal tapi tak pernah langsung berikan aku masalah sepanjang menjadi atlit UKM, malah yang datang paling awal sepanjang acara sukan kecil dan hari kejohanan, Alia yang banyak membantu dan sama - sama kusut dengan aku, Laila, tapi sayang tak dapat ada sama masa hari kejohanan, Athierah yang datang lambat untuk acara lempar cakera tapi masih mampu sumbang gangsa dan bantu aku sampailah habis kejohanan, Nabil Fadhilah yang baaaaaaaaaanyak sangat tolong jadi caller untuk atlit - atlit petang, Zulhilmi yang takut - takut nak lari tapi rupanya sangat laju untuk acara 100m (Walaupun tak menang. Tak apa) dan untuk semua atlit - atlit UKM yang dah buat aku bangga secara membabi - buta.

Tak apalah kita kalah tahun ini. Yang penting kita dah cuba yang terpaling bagus, kan?

Sayang - sayang saya.
Ini namanya tulang belakang.
Kalah kejohanan pun, kami juara keseluruhan Sukantara. Kalah kejohanan pun, kami juara keseluruhan 1 Murid 1 Sukan. Kalah kejohanan pun, kamu semua tetap yang terbaik dalam hari Ketua Rumah UKM tahun 2013. And she is actually blogging about you guys ! ^^,

Aku tak rasa, yang menang - menang tu, ada ke Ketua Rumah blogging pasal depa? Ekekeke.

Jangan sedih, jangan kecewa sebab kalah. Angkat kepala, genggamkan dua tangan ke udara, senyum dan bersoraklah dengan riang. Sebab Ketua Rumah UKM tahun 2013, selalu ada jadi tulang belakang!

Yang mengata tu kebanyakkannya bukan yang menyumbang apa - apa dekat rumah diorang pun. Jenis manusia yang sembang kencang, bila suruh lari semua chickened out. Penakut. Suruh masuk acara semua tolak menolak. Banyak alasan. Banyak alasan.

Biar kalah , tapi dalam hati Teacher ni, YOU ARE THE BEST, guys !

Me loves you SO MUCH!

Terima kasih kepada Kak Sally, Kak Raha dan Harith yang banyak membantu sepanjang aku kusut dan pening - pening, sepanjang kejohanan ni. Berpanas sama - sama. Dan untuk semua guru - guru rumah UKM yang lain. Terima kasih daun keladi buat kerepek sungguh sedap sekali. Eh.

Okay. Selingan kejap. Kehkeh !

Ah. Dapatlah aku tidur dengan aman damai Shah Alam nya.

Dah. Babai.

Saturday, September 14, 2013

Syawal Style Puisi Satu Petang.

Assalamualaikum. Syawal kali ini memang lain macam betul dia punya penangan. Paling seronok, paling mencabar perasaan, Syawal tahun inilah. Lagi nak menambah kemeriahan Syawal kali ni bila orang - orang famous Zine Satu Malam, yang selalu mencapap dekat Puisi Satu Petang serata Malaysia datang beraya dekat rumah. Disebabkan ego yang tinggi dia lain macam, aku berjaya menghalang diri daripada meminta autograph. Tapi tak dapat menahan perasaan daripada bergambar sama - sama. Camwhorer sejati kot. Hecehceh !

Syawal ke dua, Zaimi Jamat sampai dulu. Dengan baju melayu gold dia siap bersampin tu memang kalau nak cakap secara serious bersepadu, agak handsome juga. Malas nak puji lebih - lebih. Comek ni bukan boleh. Emak aku suka dia. Emak aku kata lemah - lembut orangnya. Tolonglah. Hipokrasi semua ni. Mulut dia paling jahat dengan aku haa. Makan mee sup pun sopan santun nak mati. Tak tahulah sifat sebenar ke atau sebab Embun ada dekat situ ke apa tak tahulah. --"

Tapi satu benda aku suka ke Comek ni, dia ikhlas. Aku kalau depan dia tak pernah nak jadi orang lain. Tak perlu nak kontrol apa bagai. Satu lagi dia ni seadanya. Aku lupa dunia yang materialistik sikit kalau dengan Comek ni. Rasa yang hidup ni bukan setakat nak kerah tulang empat kerat cari rezeki untuk meneruskan kelangsungan hidup. Tak. Comek banyak ajar aku yang hidup ni bukan setakat duit semata - mata kot. Walaupun dia selalu panggil aku gemuk, tak rasa nak marah pun. Tak apa tak apa. (Sebab dalam hati aku doakan dia dapat wife lagi gemuk dari aku haa. Ekeke!)

Puisi - puisi Comek ni sekali dengan penulisan dia tak pernah pun aku tengok menjurus kepada pemuliharaan haiwan liar ke, menyelamatkan tuntung ke apa, ke isu global semasa ke apa, tak pernah. 100% cinta manjang. Kadang - kadang syok juga baca. Kadang - kadang rasa nak muntah berbaldi - baldi. Bahaha.

Kan. Aku nampak lagi muda dari dia kan? Kan ?
Esok petangnya pulak, bekas anak murid yang sekarang ni semakin mencipta nama dalam dunia penulisan underground ni datang bertandang. Dulu masa sekolah aku tak nampak pulak ciri - ciri kesasteraan dalam diri dia ni. Tengok macam budak tak ada masa depan yang kerjanya cuma nak habiskan duit emak bapak. Haa macam tu. Sekali bila dah habis sekolah, terkejut beruk sarkis aku bila tahu yang dia ni bukan saja pandai berpuisi, pandai menulis pulak. Memang terkejut guling - guling aku haa.

Ghadaffi, atau nama alter-ego dia Husen, pemalu satu pakej dengan pendiam. Tak banyak borak. Satu aku tanya satulah dia jawab.  Husen ni walaupun tak sejiwa - jiwa Comek, sentuhan puisi dia boleh tahan lain macam. Tak memanjang menulis pasal cinta, kena dengan selera aku sebagai pembaca karya - karya dia. Aku pujuk - pujuk suruh buat buku. Bolehlah menumpang bangga , ye dak ? Puas bodek dia bagi aku Zine percuma. Alhamdulillah berjaya jugak akhirnya. Terima kasih Husen. Semoga Allah sentiasa merahmati kau dan perjalanan hidup kau!

Tengoklah Husen. Beliau begitu pendiam.
Raya ke 7 paling buat aku rasa terharu. Kalau dulu masa borak - borak selalu aku tanya ke manusia ni "Bila eh kau nak jejak kaki ke Banyumas?" Rasa macam mimpi pun ada sebab satu jauh dekat Selatan satu jauh dekat Utara. Kira kata kalau nak jejak kaki ke Bumi Johor ni memang macam misi mustahillah.Kadang - kadang sambil berseloroh dia selalu cakap "Manalah tau kan, aku posting ke Johor haa". Memang macam impossible gila - gila.

Tapi perancangan Allah siapa yang tahu kan? Elok aje dia dapat posting ke Johor. Jadi masa balik cuti raya hari tu dia singgah sekejap dekat 83710 Parit Banyumas, Parit Yaani. Memang rasa macam nak golek - golek bila kereta dia masuk dekat halaman. Macam nak jerit kuat - kuat "Welcome Zuli !!"

Sumpah tak pernah jumpa lelaki monotonous , tak suka lime light serta critical thinking melampau macam beliau ni. Aura misteri dia memang lain macam. Tapi aku suka. Dia baik hati, mulut dia tak jahat macam Comek! Kehkeh! Boleh feeling - feeling adik - adik dengan dia. Kalau Comek , manjang lah nak kata aku tua. Memang pongkes. Zuli punya puisi pun tak sejiwang Comek (Comek ni memang jiwang sedunia!) tapi sangat berbekas untuk yang membaca. Aku tak pernah baca penulisan dia dalam bentuk selain puisi, tapi aku rasa, kalau dia buat cerpen, boleh tahan juga ni. Zuli ni dark thinking, puisi dia pun acah acah gangster cinta yang manja. Tak lembut terbuai - buai macam Comek (Comek lagi!) tapi best. Ada sentuhan yang lain macam. Kalau dia terkenal satu hari nanti, jangan lupa aku ya ! Haha !

Sebelum balik, Zuli bagi rencah Nasi Daging. Dia kata Nasi daging ni lejen dekat Utara sana. Semangat aku nak masak. Nanti kalau dah terer, boleh jemput dia datang rumah, makan ! 

We rock, aite?
Seronok bila dapat kenal, dapat borak - borak dengan orang - orang macam ni. Otak aku jadi meluas sikit pemikiran dia. Tengok dunia dari perspektif yang berbeza. Tak adalah asyik terperap dalam pemikiran seorang cikgu yang 'menurut perintah'. Sekurang - kurangnya, otak aku ada suntikan tambahan 'makanan' yang berbeza. Rasa bertuah, bersyukur. Orang kata daripada membenci sesama kita, apa salahnya tebarkan jala cinta, ye dak?

Lain kali datang lagi okay? Tak payah tunggu raya lahh ! :D

Dah. Babai !

Friday, September 13, 2013

Assalamualaikum ! Kami Nak Datang Rayaaaaa !

Assalamualaikum. Aku ni kalau nak dikirakan kesianlah jugak. Raya ada 30 hari. Tapi aku cuma dapat spend 1 hari untuk berziarah rumah kawan - kawan. Lagi 29 hari aku sibuk tak tentu hala. Apa benda entah. Nasib baik aku jenis manusia yang kawan tak ramai, lahai kawan pun boleh kira pakai sebelah tangan. Jadi tak adalah aku menggelabah sangat. Kawan pun ada 3 orang aje. 3 orang aje weh, 3 orang aje.

Raya ke 7, lepas habis rombongan anak - anak murid datang beraya, aku cepat - cepat mandi , siapkan Adam, siapkan suami (Nak siapkan suami mengalahkan nak siapkan Adam. Nak suruh mandi pun malas Ya Allah ! --") terus pergi rumah bff. Dari lepas Asar dah mesej tanya bila nak datang. Aku saspek dia rindu aku sebab lama dah tak jumpa. Terus aku paksa dia masakkan aku benda yang sedap - sedap yang tekak aku boleh nak makan. Nasiblah dia pandai masak ke tidak kan yang penting selaku kawan baik aku kenalah dia masakkan aku. Kejam jugak ni. Haha.

Alhamdulillah. Kenyang aku makan mee goreng pedas nauzubillah dia. Rabak jugaklah mulut makan. Nasib baik sedap. Ke aku tengah lapar. Tak kisahlah. Yang penting sedap!

Kawan gossip, kawan menyetan, kawan buat benda benda bangang, kawan macam haram. Inilah dia.
Balik dari rumah Oat, Maghrib sekejap dekat BP Mall, lepas tu terus pergi rumah Kak Sally. Dah kata kan tadi tema berhari raya rumah bff, bff terbabit kenalah memasak untuk aku sebagai tanda kasih sayang yang tak berbelah bahagi. Perut aku ni six packs. Tempat nak simpan makanan memang banyak. Tadi dah makan mee goreng tak puas - puas lagi. Sampai rumah Kak Sally makan pulak mee sup udang. Bersila terus tak pandang kiri kanan. Kak Sally ada 2 orang anak perempuan comel - comel. Dua - dua aku dah cop jadi menantu.

Kawan yang selalu bagi nasihat, tolong masa dalam kesusahan, tapaukan makanan, masakkan makanan, tolong bagi pinjam bahu telinga semua.
Kebolehan perut aku simpan makanan memang tak boleh nak disangkal lagi, that's why lah masa pergi rumah bff nombor tiga selamba aje aku gasak lemang dengan macaroni goreng dia. Sebelum tu siap relay makan kuih berganti - ganti pulak tanpa perasaan segan silu. Aku tak mengamalkan diet semasa berhari - raya. Bila gemuk tu menyesal memanglah menyesal, tapi bak kata P.Ramlee barang yang lepas tak payah susah - susah nak kenang. Kita mengamalkan konsep redo dan berlapang dada. Biar gemuk asalkan tak sailang boyfriend kawan. Eh?

Lomang bapak dia sedap weh !
See, habis satu hari lengkaplah sudah aku berhari - raya rumah manusia - manusia penting dalam hidup aku. Selamat hari raya maaf zahir dan batin aku ucapkan , halalkan makan minum semua, yelah sebab bff aku tiga orang ni suka belanja aku makan sedap - sedap. Terima kasih banyak - banyak. T_T Engkaulah kawan - kawan aku dunia akhirat. Dan terima kasih jugak sudi nak berkawan dengan manusia super annoyance macam aku.

Aah kan. Aku tak banyak kawan :')

Dah. Babai !

Sunday, September 8, 2013

Syawal Seorang Guru (Part.2)

Assalamualaikum. Esehmen, raya dah habis. Sekarang baru nak throwback moment - moment masa raya. Tapi mintak maaf, sebab aku tua, aku dah lupa mana students yang datang beraya dulu. Dah cacamarba dah. Dah tak ikut urutan dia dah. Gasak ah ye dak?

Tahun ini students aku yang datang semua memang terbaik dari ladang. Sebelum datang, diorang dah bagitahu nak datang, haa jadi sempatlah aku nak mandi, nak iron baju raya, nak masakkan cekodok ke lempeng ke, dan yang terpaling penting sedunia, sempatlah aku nak bermake up bagai kan. Ini semua penting, so aku akan sentiasa kelihatan cemerlang didalam gambar dan juga mengelakkan serangan jantung dikalangan anak - anak murid kot laa terkejut tengok muka cikgu dia macam Mak Lampir. Kehkeh.

Pendek kata, start dari Syawal 3 sampailah Syawal 29, rumah aku tak pernah sunyi dengan kunjungan anak - anak murid. Alhamdulillah, baru 6 tahun jadi cikgu dah ramai anak - anak dah aku kumpul. Seronoknya ! Anak - anak dah besar besar panjang, Emaknya masih muda. Kehkeh.

Malas nak bebel panjang - panjang, kita cuci mata tengok gambar eh eh? Sesambil makan serdak - serdak kuih raya. Hakhak.

Ini ini ini sayanggg sepah - sepah. Sebelum duduk makan kuih raya, sempat bermarhaban dan mendoakan kesejahteraan cikgu dia yang sorang ni. Ya Allah, terharu. Semoga Allah memberkati kamu juga anak - anak.
Dengan group beriman, kita kena menjadi sopan santun dan muslimah sejati.
Eh eh, macam budak tingkatan tiga pulak !
Semua dah cantik - cantik. Semua okay, semua. Tak ada yang terkecuali. (That includes me!) Kehkeh!
Ini group yang dirahmati. Punyalah rintangan dan halangan nak sampai ke rumah aku memang tahap gaban punya. Accident, motor rosak, seluar koyak, berdarah - darah. Tapi tetap tersenyum bila jejak kaki dekat halaman rumah. Ya Allah. Terima kasih sangat - sangat !
Ini Luqman saya ! :D
Group ini kesian. Terpaksa tunggu lama untuk tunggu turn berhari raya . T_T Sorryyyyy!
Dua dua manusia ni, Adam suka sangat. Siap tak kasi balik.
Group gossip tahap tak ingat alam sekitar. Group yang paling lama beraya jugak. Sampai kena suruh balik. Wakakaka.
Alohloh dah cantik - cantik dah semua.
Anak - anak aku tahun ini. 3RK2 2013. Kemain nak berspek hitam bagai lahaiii.
Tengok Shafiq. Dia tak puas hati ke apa ?
"Kita pose macam Cikgu Bunga !"Kata mereka.
Alohloh ayunyaaa ayunyaaaa !
Semua dah handsome. Rindu betul dengan semua semua ni. Nama aje satu sekolah, tapi nak jumpa batang hidung dah payah dah haa.
Star sekolah.
Bodyguard tahun lepas. Rindunya !
Dua kali Luqman datang rumah, dua dua kali pun rasa tak puas berborak. Sobs !
3 kali datang rumah. Kali ke empat baru dapat peluang beraya sama - sama. Cikgu dia busy tahap polis angkasa gaban.
Penutup tirai Syawal 1434H. Terima kasihhhh ! :D
Alhamdulillah. Boleh dikatakan Syawal kali ini kunjungan anak - anak murid yang paling meriah. Bahagia betul tengok diorang makan dengan penuh berselera, berborak , catching up benda - benda yang terlepas, mana yang dah pindah sekolah atau dah habis sekolah, inilah masa untuk diorang update cerita hidup mereka dengan aku. At leastnya aku tau, busy macamana pun diorang, ada masa - masa istimewanya diorang ingat kan aku. Itu paling mahal tahu? Tak ternilai dengan Ringgit Malaysia mahupun Ringgit Dunia.

Terharu bila ada anak - anak murid yang aku marah - marah dalam kelas, dengan tanpa segan silu minta maaf dengan penuh rasa rendah hati. Rasa nak mengalir airmata, tahu? Setiap tahun mesti ada kisah yang menyentuh hati macam ni. Alhamdulillah, ingat lagi pesan lecturer dulu masa zaman belajar, kalau kita mampu bonding dengan anak murid dengan baik, kita marah macamana sekalipun, tak akan mampu mewujudkan perasaan dendam dan benci di hati anak - anak murid. Insyaallah :)

Terima kasih sudi datang rumah Teacher. Maaflah tak mampu nak sediakan kambing golek ke tenuk bakar ke apa, insyaALLAH rezeki lebih nanti jangan kata tenuk bakar, kepala gajah pun Teacher boleh hidangkan. Kehkeh. Maaf zahir batin untuk segala salah silap Teacher pada awak awak semua ya? Kalau Teacher marah, membebel, hukum awak semua lari padang, rotan, tarik telinga, tu semua bukan sebab Teacher benci, okay? Tak pernah terlintas langsung nak benci awak semua. Lillahi Taala, itu semua cuma sebahagian daripada proses untuk menjadikan awak manusia. Insyaallah.

Terima kasih Syawal 1434H, untuk kegembiraan, kebahagiaan, dan rasa kasih sayang yang tiada sempadan ini. Untuk seorang guru, apa lagi yang mampu membahagiakan jiwanya, selain anak - anak didik dan ingatan tulus ikhlas dari mereka?

Sayang engkau orang semua secara membabi buta !

Tahun depan dan tahun tahun tahun tahun tahun depan jangan serik datang lagi ya?

Dah. Babai !

Monday, September 2, 2013

Menunjuk Bagus

Assalamualaikum.

Tadi masa drive balik rumah on the way dari sekolah, aku secara tiba - tiba dan membabi buta teringat satu kejadian bangang yang berlaku dekat sekolah. Kisah ini terjadi masa tahun pertama aku posting. 2008. Masa ini aku kurus lagi, seluar jeans pun masih size 25. Tops pun masih size XS. Sekarang tak payah nak ceritalah. Semua pun dah ganda empat. Oh ya, berbalik kepada sesi throwback. Sebagai seorang cikgu muda baru graduate yang sedikit bongkak dan ye oo poyo, perangai time tu pun hekeleh sangat, aku asyik nak membajet bagus saja. Semua benda aku nak buat, konon - konon macam bagus sangatlah.

Pada suatu petang yang mendamaikan, masa itu ada latihan rumah sukan dekat sekolah. Aku, yang time itu poyo dan membajet bagus, datang latihan sukan sambil pakai jeans saja dengan tops long sleeve. Ceh bajet dah urban sangatlah tu. Masa tu aku kena jaga lompat tinggi. Students yang lompat semua jenis yang hybrid renek - renek. Kemetot je aku tengok sorang - sorang. Jadinya semua yang lompat pun tak lepas. Asyiklah nak rempuh palang besi. Dahlah panas. Aku mula buat muka tonyok. Panas. Make up cair. Budak - budak ini pun satu. Malu - malu nak lompat. Geramnya rasa hati aku.

"Kau orang ni lompat kasilah betul - betul sikittt." Dah mula nak marah dah.

"Susahlah cikguuu. Tinggi !" Jawab seorang budak.

"Amende yang tinggi? Ini senang aje ni!" Kata aku. Taknak ngalah.

"Cikgu cubalah." Eceh. Sudahlah aku ini pantang dicabar. Dirasuk pulak dengan rasa meninggi diri yang tidak berbelah bahagi, aku pun siap - siap pasang kuda - kuda.

"Haa awak ketepi sikit. Karang terlanggar. Cikgu nak lompat ni." Kata aku sempat memberi amaran kepada seorang budak tak bersalah yang duduk dihujung tilam.

Mata fokus pandang palang besi yang aku dah bajet - bajet paras pinggang aku, atas sikit. Kacang ni. Kata aku dengan sungguh eksyennya dalam hati. Dua tiga kali hela nafas, fikiran dan mata berfokus kepada palang besi. Aku anjak sikit dua tiga langkah ke belakang supaya nanti masa aku take off, cantik sikitlah landingnya nanti. Begitulah aku berkira - kira.

Dengan sekali hembus, aku lari sekuat hati menuju ke palang besi. Lagi dua tiga langkah nak sampai palang besi, aku menghenyakkan langkah bersedia untuk membuat take off. Badan aku biarkan terangkat tinggi dari rumput, kaki diangkat setinggi mungkin, hampir pasti yang nantinya aku akan landing cantik di atas tilam. Harapan hampir pasti. Badan dan kaki aku berkoordinasi dengan begitu champion sekali, dan...

Bukkk !

Suasana sunyi dua tiga saat sebelum pecah dengan suara budak - budak ni ketawa macam nak gila.

Aku terseringai menahan sakit berganda. Sudahlah palang besi tu aku rempuh sekuat tenaga, boleh pulak aku termiss tilam tu, lajak sangat lalu mendaratlah aku dengan malunya di atas rumput.

Musibat. Memang musibat.

Yang budak - budak ni pun tak guna jugak. Ketawa sampai tonggeng - tonggeng pehal. Kasihan betul aku yang ketika itu merasa sungguh hina dina sekali.

First time agakya terjadi. Cikgu cantik jatuh bedebuk atas rumput dengan palang besi ngam ngam landing atas perut.

Pengajaran cerita aku pada hari ini ialah, jangan menunjuk bagus. Tuhan marah.

Dah. Babai !