Assalamualaikum.
Baca Facebook dan TL Twitter, ramai betul yang memadan muka kan kejatuhan UKM sebagai penyandang juara Kejohanan Sukan Sekolah selama 3 tahun berturut - turut. Ada yang kata UKM dijatuhkan, ada yang kata UKM digulingkan, ada yang kata UKM menurunkan kuasa, ada yang kata UKM loser, ada yang kata UKM dah tak power. Ada juga yang mentakziahkan UKM. Maklumlah, tahun ini UKM bukan juara lagi. Tahun ini UKM duduk dekat tangga paling bawah. Tangga ke 6.
USM (Oren) bersorak, kata mereka bukan lagi di tangga yang tercorot. UTHM (Kuning) urut dada lega. Biarpun menang tipis tiga mata di atas UKM, menang tetap menang. Yang penting bukan tangga yang tercorot. UTM (Biru) tebar sayap bangga. Menang bergaya ini tahun. UM (Ungu) pun fight. Nak menang punya pasal. Paling aku salute, geng - geng UPM (Hijau). Cikgu - cikgunya , sekali dengan anak - anak buahnya, pattern yang manusia lindungan Kaabah. Tak ada keluar cakap - cakap longkang mencarutkan UKM. For that , aku tabik dekat UPM.
Aku lepas satu keluhan berat.
Mengeluh, bukan sebab aku kecewa kalah. Ini bukan setakat kalah. Ini memang jatuh terguling - guling, terduduk, ditimpa tangga betul.
Aku mengeluh sebab, kalaulah diorang - diorang tahu, hikmah yang kami dapat daripada kekalahan ni sangat besar , diorang secara automatik tahu yang diorang tak layak langsung nak ludah cakap - cakap carut dekat kami.
Ya , kami kalah.
Tapi aku besar hati lapang dada bangga dengan atlit - atlit UKM ini tahun. Masa sukan kecil, semua datang ikut masa. Lambat - lambat sikit tu , biasalah. Lepas kena marah dua tiga round dengan Ketua Pasukan dia, kami geng balik macam biasa. Atas padang, semua all out. Semangat dia orang memang lain macam. Walaupun lari sorang - sorang atas padang, orang lain dah selamat sampai garisan penamat, atlit aku tak pernah mengaku kalah. Habiskan jugak larian sampai ke garisan akhir. Tak ada yang lebih membanggakan aku selain ini.
Masa tengok Anis, Hana, Farah buat larian 400m, jadi pulak orang yang terakhir, sebak hati macam tergunting - gunting. Bergenang airmata bangga aku tengok semangat juang dia orang yang tak kenal erti putus asa. Diorang bukan atlit balapan. Susah juga nak cari atlit perempuan. Masing - masing takut nak lari. Tapi bila aku tanya "Awak boleh lari untuk rumah kita?" Semua jawab "Ya!" sebagai jawapan pertama.
Ya, kami kalah.
Kami kalah dengan penuh maruah.
Kami bukan kalah bodoh - bodoh tak fight. Berhempas pulas semua orang. Masa latihan sehari sebelum Kejohanan berlangsung, atlit - atlit aku penuhkan padang. Turun training, walaupun Cikgu Ketua Pasukan kaki bangku, apapun tak tahu. Tapi turun masing - masing, berlatih sungguh - sungguh. Tengah - tengah panas terik, padang pula lecak sebab semalamnya hujan lebat, semangat masing - masing lari tengah bahang.
Aku ingat lagi, sebelum mula acara 1500m, Nu'aim tanya.
"Cikgu , nak Emas?"
"Mestilah nak!"
"Nanti saya bagi Emas!"
Berhempas pulas aku tengok Nu'aim lari. Putus sambung nafas neck to neck dengan Aizat. Dan ye, akhirnya Nu'aim hadiahkan aku pingat Emas kategori lelaki A yang pertama.
Ya, kami kalah.
Tapi kami kalah setelah kami mencuba, usaha , doa dan bertawakal. Sebagai Ketua Rumah, aku dah jalankan tanggungjawab aku sehabis baik. Kebajikan atlit dan guru - guru sedaya upaya aku dahulukan. Dapat juga tambah 4 pasang spike baru, walaupun terpaksa pakai kongsi - kongsi sampaikan berebut - rebut. Tak apa. Dapat juga tambah 6 pasang bendera baru, buat sama - sama dengan ahli - ahli UKM yang bukan atlit. Tak bantu dipadang tak apa. Bantu dalam sisi yang berbeza.
Pada aku, kekalahan drastik ni beri aku satu hikmah.
Hikmah berkeluarga.
Aku dapat anak - anak baru.
Aku ada 74 orang atlit dan aku kenal nama setiap daripada mereka. Setiap kali diorang turun acara, aku sorakkan nama mereka. Bukan hanya setakat sorak nama umum pasukan. Kalah atau menang, aku tak pernah jadikan keutamaan. Yang aku mahu, diorang berjuang dan buat yang sehabis baik. Jangan mengalah, jangan tarik diri, jangan ragu - ragu dengan kemampuan diri sendiri.
Dapat kenal Nu'aim yang kasar tapi aku tahu hati dia baik, Zharif yang selalu cuba yang terbaik, Danial Amirul yang orang kata nakal tapi tak pernah langsung berikan aku masalah sepanjang menjadi atlit UKM, malah yang datang paling awal sepanjang acara sukan kecil dan hari kejohanan, Alia yang banyak membantu dan sama - sama kusut dengan aku, Laila, tapi sayang tak dapat ada sama masa hari kejohanan, Athierah yang datang lambat untuk acara lempar cakera tapi masih mampu sumbang gangsa dan bantu aku sampailah habis kejohanan, Nabil Fadhilah yang baaaaaaaaaanyak sangat tolong jadi caller untuk atlit - atlit petang, Zulhilmi yang takut - takut nak lari tapi rupanya sangat laju untuk acara 100m (Walaupun tak menang. Tak apa) dan untuk semua atlit - atlit UKM yang dah buat aku bangga secara membabi - buta.
Tak apalah kita kalah tahun ini. Yang penting kita dah cuba yang terpaling bagus, kan?
Sayang - sayang saya.
Ini namanya tulang belakang.
Kalah kejohanan pun, kami juara keseluruhan Sukantara. Kalah kejohanan pun, kami juara keseluruhan 1 Murid 1 Sukan. Kalah kejohanan pun, kamu semua tetap yang terbaik dalam hari Ketua Rumah UKM tahun 2013. And she is actually blogging about you guys ! ^^,
Aku tak rasa, yang menang - menang tu, ada ke Ketua Rumah blogging pasal depa? Ekekeke.
Jangan sedih, jangan kecewa sebab kalah. Angkat kepala, genggamkan dua tangan ke udara, senyum dan bersoraklah dengan riang. Sebab Ketua Rumah UKM tahun 2013, selalu ada jadi tulang belakang!
Yang mengata tu kebanyakkannya bukan yang menyumbang apa - apa dekat rumah diorang pun. Jenis manusia yang sembang kencang, bila suruh lari semua chickened out. Penakut. Suruh masuk acara semua tolak menolak. Banyak alasan. Banyak alasan.
Biar kalah , tapi dalam hati Teacher ni, YOU ARE THE BEST, guys !
Me loves you SO MUCH!
Terima kasih kepada Kak Sally, Kak Raha dan Harith yang banyak membantu sepanjang aku kusut dan pening - pening, sepanjang kejohanan ni. Berpanas sama - sama. Dan untuk semua guru - guru rumah UKM yang lain. Terima kasih daun keladi buat kerepek sungguh sedap sekali. Eh.
Okay. Selingan kejap. Kehkeh !
Ah. Dapatlah aku tidur dengan aman damai Shah Alam nya.
Dah. Babai.
6 comments:
assalamualaikum...jempot join http://mamadarwiish.blogspot.com/2013/09/contest-teka-warna-baju-pengantin-by.html
Tahniah..menang kalah adat hari sukan..semangat nye cikgu buat anak anak kita bersemangat..biar kalah tapi ade kenangan manis yg boley dikenang kenang..cayalahhh umah merah..
@OmbakBaikTerima kasih ! :D
akak memang berdedikasi. dari dulu sampai sekarang!
@Innanie AriffinAwww terima kasih ! :D
Wah! utm juara keseluruhan? sy sbgai alumni utm skudai berasa bangga.. hidup utm.. hekhekhek..
sgt cool nama rumah sukan.. biasa dgr nama kereta keluaran proton, jawatan pembesar istana zaman dulu dan yg paling femes 5 hang bersaudara tu..
dang wangi
Post a Comment