Assalamualaikum.
Seingat aku, aku yang ajak suami kahwin. Aku yang ajak dia hidup sama - sama. Aku cakap dengan dia straight to the point yang aku tak boleh nak cintakan mana - mana lelaki kecuali dia. Aku tak tahulah dia faham ke tidak maksud aku sebenar - benarnya waktu tu. Ayat aku yang , tak boleh cintakan mana - mana lelaki tu merujuk kepada keinginan aku nak menghabiskan seluruh hidup dan masa muda aku dengan dia. Aku nak tua merenyuk dan bongkok dengan dia. Aku nak jadi manusia pertama yang dia tengok setiap kali dia buka mata pagi - pagi buta, dan muka terakhir yang dia akan tengok sebelum dia tutup mata di malam hari. Aku nak ada dengan dia masa dia susah dan apatah lagi masa dia senang. Aku nak jadi seseorang yang dia sayang, yang dia cinta, yang dia serahkan seluruh jiwa dan raga untuk aku sorang. Dan sewaktu suami setuju untuk memperisterikan aku, aku kira, suami juga bersetuju untuk berkahwin dengan aku sekali pakej dengan semua kekurangan dan keburukan aku.
Aku panas baran nauzubillah. Panas baran yang macam ticking bomb. Bila - bila masa meledak. Jenis manusia yang kalau dah marah, segala macam dialog keluar dari mulut. Mengungkit. Benda dah 6-7 tahun lampau pun aku boleh pinpoint dengan selamba rocknya. Bukan setakat tu aje, aku manusia yang kalau marah, segala benda aku campak, aku baling, aku hempas. Pernah lah jugak time marah , selamba badak aje aku hempas tab ke lantai. Macam tu. Dan suami, sewaktu dia setuju, sudi mahu nikahi aku, dia sedia maklum dan sudi juga menikahi 'aku' yang satu lagi ini. Apa suami buat bila aku tengah marah menggila? Dia diam. Dan dia akan menjauhi aku selama mana yang aku perlukan. Diam tak bersuara. Nanti, bila aku dah cool down sikit (Orang panas baran ni bagus, cepat marah, cepat jugak coolnya) dan time tu aku dah boleh keluar bilik cari makanan (Hint untuk kata yang aku dah okay) masa tu suami datang, peluk, usap - usap rambut dan time tulah suami akan nasihatkan aku dengan suara yang sumpah paling lembut satu dunia.
Sambil nasihatkan aku, tangan dia tak lepas usap kepala aku. Aku tahu, waktu itu mesti dia tengah baca doa untuk lembutkan hati aku. Sumpah, 5 tahun kahwin, tak pernah suami naik tangan. Siapa yang sabar macam dia? Kalau time aku naik angin tu, aku rasa aku pun tak boleh nak sabar perangai sendiri. Nauzubillah. Tapi suami setakat ni, chill cool kentang aje. Aku bersyukur sangat - sangat. Alhamdulillah. Sekarang aku pun dah pandai sikit - sikit kontrol marah. Sejak dah jadi Emak - Emak ni, nampak sikitlah cool dia. Kalau marah pun aku bantai makan cokelat banyak - banyak aje.
Aku malas masak. Memang bukan perempuan yang gigih memasak. Orang kata kalau nak jaga suami, jaga perut dia. Jaga makan minum dia, air tangan isteri tu yang menambat hati suami. Maaflah, aku tak dapat aplikasikan benda ni dalam marriage aku. Memasak is just not my thing. Aku jaga bab lainlah. Macam, jaga rumah, pastikan rumah kemas dan bersih. Pastikan pakaian suami sentisa kemas, bersih, wangi dan bergosok. Pastikan bilik kemas, wangi, teratur dan bersih. Pastikan tempat solat bersih dan teratur, pastikan Adam sentiasa dalam keadaan yang baik. Pastikan rumah kami syurga kami. Dan suami? Dia memang chef yang hebat gila. Skill memasak dia memang giler kentang punya. Dan aku bersyukur, setiap kali aku minta maaf yang aku ni bukan tukang masak yang cemerlang, suami kata "Tak apalah, Abang boleh masak untuk Lina!" Sambil senyum - senyum. Meltinglah aku haa !
Aku manja tahap gila babi. Manja yang kalau orang lain tengok, mesti rasa nak baling aku pakai batu bata. Manja tahap yang kalau nak tidur petang mesti suami dodoikan, manja tahap yang ya Allah, rasa nak tempeleng laju - laju. Tapi aku manja dengan suami ajelah. Dengan suami sendiri. Dengan suami orang takkanlah aku nak manja - manja. Apa salahnya kan manja dengan suami sendiri? Dan aku memang bersyukur tahap polis angkasa gaban sebab suami tak pernah muak, tak pernah penat nak manjakan aku. Masih lagi sudi bangun pagi masakkan air panas kalau aku nak pergi sekolah, masih sanggup masakkan aku kalau tiba - tiba isteri dia ni lapar malam - malam buta, masih sudi nak jaga aku time aku sakit, masih berjaga tak tidur malam kalau aku tak sihat atau demam, masih nak buatkan aku coconut shake yang sedap sedunia, masih nak buat macam - macam untuk pastikan aku rasa disayangi,dicintai,dihargai.
Setiap kali blackout atau hujan lebat yang siap ada guruh petir semua tu, dia mesti duduk dekat dengan aku, pegang tangan, dan pastikan yang sepanjang waktu tu, aku tak akan rasa takut atau kesunyian. Ya Allah. Ya Allah. Aku tak rasa ada lelaki dekat luar sana yang sanggup buat macam tu untuk aku. Serious. Aku buatlah apa saja pun, biar macamana serabut pun rupa aku bila bangun tidur, bila muka berjerawat, bila cuba nak potong rambut style baru tapi ended up macam perempuan baru lepas keluar longkang, apapun, suami tetap kata akulah perempuan yang paling cantik dalam dunia. Dan sebab suami baik hati dan selalu bercakap benar, aku percayalah! ^^,
Sepanjang 5 tahun suami jadi suami aku, selama itu aku sentiasa jatuh cinta setiap hari. Setiap kali pandang suami, rasa cinta dalam hati ni melimpah ruah bersepah - sepah, bergolek - golek bertebar serata jiwa. Tak pernah aku jatuh cinta segila ini. Tak pernah. Hidup tak mewah harta tapi mewah dengan cinta. Alhamdulillah Ya Allah. Aku malu dan rasa tak layak untuk anugerah dari Engkau ini Ya Rabb. Engkau kurniakan aku seorang suami yang membahagiakan aku dan mencintai aku.
Untuk suami, sebab keberadaan aku dalam dunia ini, puncak cinta dunia akhirat, terima kasih aku ucapkan. Terima kasih kerana sudi memperisterikan aku, menjadi suami aku, menjadi Papa yang baik dan penyayang untuk anak kita, susah payah bersama, terima kasih. Terima kasih suami, kerana bertungkus - lumus berkerja untuk keselesaan kita, terima kasih menjadi Imam untuk aku, terima kasih kerana selalu menyayangi aku tanpa syarat.
Selamat ulang tahun ke 5 perkahwinan kita sayang.
5 tahun sudah kita berkongsi cinta dijalan yang Allah redhai. 5 tahun kita ketawa dan menangis sama - sama, 5 tahun kita langkah sama - sama menuju Syurga Allah. Terima kasih kerana selalu ada untuk aku. Terima kasih kerana selalu mendukung aku, tak kira apa yang aku lakukan. Terima kasih , sayang. Terima kasih.
Aku cinta kamu.
:)
Love
Dah. Babai
15 comments:
Kenapa Lina? Kenapa bukan Yatt? Kenapa bukan Ati? Mana datangnya Lina?
pls: 1. Saya tak mencarut ! @_@
2. Awak Superb Comel ! ^_^
happynye !!
nk kawen jugok !hehe
happy anibesery sis :)
awwhhh.. suwitnye..
selamat lima tahun.. :)
whoa...bestnya,hehehe..
Sweet gila...
Saya comel
hepy family. (:
@AnonymousLina adalah panggilan yang Emak beri dari kecik lagi. Haha.
@iqawangiTerima kasih ! :D
@surayaTerima kasih! :D
@GPTerima kasih! :D
@imantizz_truperTerima kasih! :D
@imantizz_truperTerima kasih! :D
@Busyra Bt TakiyudinTerima kasih! :D
Happy Anniversary Yatt.. Semoga bercinta hingga ke Jannah... waaa dah boleh kasi adik kat Adam ^_^
@cahaya nuranieAlhamdulillah. Terima kasih kak. Adik Adam is on the way insyaALLAH :D Haha.
Post a Comment