Ya Allah panjang pulak tajuk entry.
Assalamualaikum.
Emak aku selalu kata, muka cantik kalau ketiak berlapuk, tak ada gunanya. Muka hengsem kalau badan bau kubur juga tak membawa ke mana - mana.
Sesungguhnya kebenaran kata - kata Emak aku tak dapat disangkal lagi. Yelah kan, apa guna kalau muka kau mengalahkan artis Kpop tapi sekali datang dekat, hambik kau.Loji kumbahan. Secara tak langsung, jatuh pula kredibiliti engkau sebagai manusia kacak lagi bergaya. Tak kiralah lelaki atau perempuan, kita sesungguhnya kenalah menjaga kebersihan dan juga bau badan. Imej kendiri juga akan menjadi lebih baik. Feh. Imej kendiri, kau. Bukan main - main bahasa dia.
Minyak wangi merupakan salah satu cara untuk kita menjaga keharuman bau badan. Untuk badan, ada spesifik minyak untuk badan. Jangan pulak engkau celet Harpic dekat ketiak, ataupun kapur barus, ataupun pewangi kereta. Tak sesuailah kan. Jamban punya perfume jangan kau pukul rata jadi perfume badan pulak. Dan minyak wangi jugak ada banyak range harga. Ada yang murah sampailah yang beratus - ratus. Kita jadi manusia, kenalah pandai memilih mana satu yang sesuai untuk badan kita. Takde salah nak pakai yang murah, asalkan bau dia sesuai dan mendamaikan si pemakai dan juga si pembau.
Ni nak ceritalah kan, untuk engkau orang engkau orang yang mengidamkan bau badan berbau seperti perfume designer yang hebak - hebak, yang bau dia macam lejen - lejen gitu, tapi tak berapa nak sanggup menjahanamkan duit sampai beratus - ratus cuma kerana nak beli perfume yang mahal beratus tu, engkau orang jangan gabra - gabra dulu. Relaks - relaks makan keropok ikan. Sekarang ni memang tengah sensasi dan glamer perfume gred AAA dari Sephora Dubai. Bukan 100% original tapi bau dan kualiti dia memang kira 99% menyamai yang original. Harga pulak, jauh lebih murah daripada perfume yang dijual di kaunter. Duit jimat. BOleh teruskan usaha menabung untuk kahwin ke, pergi haji ke, bayar PTPTN ke. Gasaklah.
Banyak orang jual perfume ni online. Ada yang jual RM100 dapat 3 jenis perfume. Ada jugak yang jual sebotol cecah RM100 untuk perfume gred AAA ni. Apa yang engkau orang kena titik beratkan adalah kualiti dia.
Kualiti dari segi pembungkusan dan jugak bau dia.
Kadang - kadang, yang RM100 dapat 3 botol tu kualiti pembungkusan dia memang cap ayam dan bau dia memang tak sama langsung dengan yang original. Ada pulak tu yang jual mahal gila, hampir nak sama dengan harga original. Baik beli terus yang original kalau cemtu. Engkau orang tak boleh salahkan penjual sebab engkau orang kena tahulah yang engkau orang beli tu tak original. Jadi, kenalah pandai memilih penjual yang betul-betul jual perfume berkualiti dengan harga yang sangat - sangat mampu milik.
Engkau orang boleh dapatkan perfume gred AAA duty free Dubai ni dengan harga dan kualiti yang sangat sangat best habis daripada Kak Anisah dan Abang Ezzuddein. Eceh abang kauuu. Kihkoh. Harga dia gila murah dan rupa paras perfume - perfume ni semua memang 99.9% sama dengan yang original. Memang confirm puas hati ! Beratus - ratus jenama perfume terkemuka dunia yang engkau orang boleh pilih, dan jugak engkau orang boleh request spesifik perfume yang engkau orang nak. Belum - belum dah 3 botol aku rembat. Murah weh !
Setiap semburan dia bertahan selama 3 - 4 jam , dan ia juga bergantung kepada darah seseorang. Ada yang bertahan sampai 8 jam jugak sebenarnya. Kadang - kadang, ada yang beli beratus pun bau dia tak boleh nak long lasting sebab keadaan badan orang tu sendiri. So why pay more ? Eceh speaking.
Memang tak tipulah. Tipu dosa. Aku selaku buyer yang boleh tahan fussy, memang betul - betul puas hati dengan kualiti produk dan juga servis jualan yang ditawarkan.
Engkau orang kalau nak berniaga pun boleh jugak. Dan jangan risau. Ini tanpa modal. Lebih menyeronokkan daripada jadi agen dropshipping. Engkau orang dapat terus perfume - perfume yang engkau orang nak jual tanpa modal. Insentif yang ditawarkan jugak bukan calang - calang. Komisyen yang diberikan memang tahap selamba best tengok TV sambil makan keropok ikan. Ada jugak bonus tambahan untuk penjual yang berjaya menjual produk dengan aktif dan berdaya saing. Ewah dah macam Hi-O pulak. Eh tapi jangan risau. Ini bukan MLM. Jual beli berlandaskan syariat Islam yang sebenar. Apa tunggu lagi ?
Boleh jugak beli untuk diri sendiri, untuk makwe pakwe, untuk Emak Abah, untuk jiran tetangga, untuk bakal pak mak mertua. Untuk siapa - siapalah. Siapa taknak barang murah lagi berkualiti, kan? Kalau nakkan khidmat nasihat untuk pilih mana satu bau perfume yang sedap pun boleh jugak. Semuanya free tanpa bayaran.
Kamon. Takkan nak tunggu sampai ketiak berkulat?
Tampil wangi dan menawan dengan bau badan yang sungguh mempesonakan.
Baru swag yawww!
Untuk pembaca blog aku ni lagi sepesel weh. Kalau engkau orang mention yang engkau orang baca promosi iklan menarik ni dari blog aku, tawaran harga yang menarik akan diberikan. Taknak ke woi ?
Okay. Dah. Babai!
6 comments:
puan bunga bape hengget nie ..berminat !!!!!
@Azney ShamsuddinRM50 sebotol. Exclusive postage.
Serious berbaloi ! :D
wah,,bestnya kak..:)
klu dpt free mesti best kan? hahahaha
wah wangi la lepas ni
Mcm menarik jgak ..salam dah lama nur tak visit kat sini adam pon makin besar dah hihi
Cmne nk bli
Post a Comment