Monday, December 22, 2014

HabbatusSauda : Penawar Segala Penyakit

Assalamualaikum. 

Orang kata. rebut lima perkara sebelum lima perkara. Malas pulak aku nak sebut lima - lima tu apa. Engkau orang cubalah kasi Google sikit. Tapi salah satu dia, rebut sihat sebelum sakit. Sebab bila dah sakit, apapun tak boleh dah. Nikmat sihat nilah salah satu nikmat Allah yang paling besar ada pada kita. Dari sihatlah datang bahagia, dari sihatlah datangnya ibadah yang berkualiti, dari sihatlah datangnya banyak benda - benda bagus dan indah - indah belaka. Gitu. 

Ya Tuhan, ilmiahnya mukadimah.

Okay serious balik. Tahukah anda, dalam hadith - hadith banyak yang menyebut tentang kebaikan habbastusauda sebagai cara yang paling padu untuk menjaga kesihatan dan mencegah segala penyakit? Tak tahu kan? Kan? Ke tahu tapi buat buat tak tahu? Ke tak pernah ambik port? Engkorang ni entah hape hape tau tak.

Aku nak terangkan satu - satu memang malas (Kahkah!) engkau orang boleh Google sendiri kebaikan habbatussauda, dan kenapa dalam Islam habbatussauda merupakan penawar yang sangat - sangat awesome. Ni betul ni, aku tak bohong. Baik untuk mencegah ataupun merawat, insyaallah. Kalau engkau orang amalkan habbatussauda ni, Insyaallah kesihatan kita pun akan terjaga. Tuhan sendiri dah cakap, setiap penyakit, ada penawarnya. Setiap babe, setiap. Kecuali mati. Kalau dah mati, memang tak boleh nak cakap apalah kan.

Sekarang ni As Syifa Health ada keluarkan produk kapsul Habbatussauda yang bukan sahaja memudahkan engkau orang untuk makan, tapi dia punya khasiat memang cukup padu. Untuk mencegah dan juga mengubati banyak penyakit, insyaallah. Dan kalau engkau orang amalkan secara istiqomah, hasilnya memang sangat cemerlang.

Untuk yang payah sangat nak telan habbatussauda dalam bentuk minyak, ha ini memang produk yang confirm akan memudahkan engkau orang untuk makan produk ni. Buka mulut, campak sebiji ke dua biji ke tiga biji ke (Ikut kondisi kesihatan) lepas tu togok air masak, dah setel. Tak payah nak bergolek - golek atas tanah tak boleh nak telan minyak semata.

Ada 3 jenis produk As Syifa Habbatussauda ni, Habbat Olive 88, Tursina 88 dan juga Habasyi 88.



Khasiat Habbatussauda Habasyi 88.


1. Mengubati diabetis melitus (kencing manis)
2. Menurunkan kadar gula dalam darah
3.mengatasi masalah haid tidak teratur
4. Mengatasi masalah keputihan
5. Memperbaiki sistem kekebalan tubuh (antibodi)
6. Meningkatkan stamina & daya tahan tubuh terhadap penyakit
7. Mengatasi masalah alergi
8. Anti radang
9. Anti tumor
10. Mengatasi masalah tekanan darah tinggi
11. Mengatasi masalah tekanan darah rendah
12. Menyembuhkan batuk dan selsema
13. Mengatasi masalah astma
14. Mengatasi masalah jerawat
15. Menggalakkan pertumbuhan rambut
16. Menyembuhkan migrain
17. Menyembuhkan anemia
18. Ikhtiar utk menjaga kesihatan tubuh badan
19. Menggalakkan pengeluaran susu ibu
20. Mengatasi masalah alergi

Khasiat Tursina 88

1. Meningkatkan kolestrol baik
2. Menurunkan kolestrol jahat (LDL)
3. Elakkan penyumbatan salur darah trombosis
4. Elakkan penebalan salur darah ke jantung arteriosklerosis
5. Turunkan risiko kanser rahim
6. Menurunkan risiko kanser payudara
7. Bantu stabilkan fungsi pundi hempedu
8. Menstabilkan kadar gula dalam darah
9. Meremajakan kulit
10. Menghilangkan parut
11. Cegah rambut gugur
12. Sesuai untuk ibu mengandung
13. Lancarkan pembuangan air besar


Kalau nak lagi power, boleh terus ambik Habbat Olive. Ini gabungan dua khasiat habbatussauda dengan minyak zaitun dara (Tursina 88) , kesan dia lebih cepat dan khasiat dia pun berganda. Mana yang nak senang, mudah, tak payah nak telan kapsul banyak - banyak, haa Habbat Olive 88 lah jawapan dia. 1 kapsul = 500mg. Dos yang sedang - sedang elok untuk yang betul - betul serious nak menjaga kesihatan, bermula daripada sekarang. Bukan apa, bila dah terlambat, bila dah sakit teruk, masa tu duit banyak berbakul - bakul sekalipun dah tak bagi apa - apa makna sekalipun. Lagipun, apa kita nak takut, habbatussauda ni Tuhan dah sebut sebagai makanan penawar yang paling lejen untuk menyembuhkan penyakit, jaminan kualiti sampai mati ni, insyaallah.

Untuk dos pencegahan boleh amalkan 1 - 2 kapsul sehari. Kalau untuk dos rawatan pula boleh amalkan 3-5 kapsul sehari. Dan kalau kanak - kanak pulak, boleh amalkan 1 kapsul sehari. Insyaallah.

Rupa pil dia.
Harga produk ni engkau orang tak payah nak gaduh - gaduh fikir mana nak korek duit, sebab harga dia sangat berpatutan sesuai dengan khasiat yang ditawarkan. Satu botol setiap produk ni mengandungi 125 kapsul. Tahan 2 bulan, untuk yang mengamalkan dos pencegahan. Harga dia pulak adalah seperti berikut :

1) Habasyi 88 RM60 / botol
2) Tursina 88 RM45/botol
3) Habbatolive 88 RM55/botol

Kalau beli lebih dari satu botol dapat lagi diskaun, dan yang paling best, engkau orang akan dapat postage secara percuma. Engkau orang kan suka benda - benda free nih. Kehkeh.

Sebarang pertanyaan bolehlah engkau orang ajukan kepada tuan punya bisnes ni :

Mizah Albain
Whatsapp : +60196840845
Facebook : Mizah Albain

Sama - samalah kita menjaga kesihatan kita sekeluarga dengan cara yang Islam sendiri dah sarankan, yang penting kenalah tawakal dan istiqomah. Doa setinggi - tingginya hanya untuk Yang Maha Berkuasa. Usaha tu penting. Jangan duduk saja - saja goyang kaki mengharapkan yang baik - baik saja bakal terjadi. Eh memang taklah member ehh.

Dah. Babai!

Saturday, December 13, 2014

Budak - Budak Rempit Kata "Save Save Sikit!"

Aku tengok budak zaman sekarang, semua sibuk nak kahwin awal. Semua nak rasa manisnya kahwin muda, sibuk nak jadi yang halal macamlah selama ni kau ni najis Mughallazah . Semua impikan suami / pasangan yang manisnya mengalahkan gula - gula kapas. Setiap masa nak pijak bantal awan, bahagia sampai ke bulan. Kalau engkau orang perasan, orang zaman sekarang berlumba-lumba nak tunjuk siapa paling bahagia, siapa paling beruntung dapat suami/ pasangan yang romantiknya mengalahkan Rosyam Noor zaman muda-muda. Semua nak jadi couple terindah pernah Tuhan cipta. Semua benda, semua, kita nak bagi manusia lain tahu. Baik - baik benda tu sweet, bila terlalu melimpah sangat di sini sana, datang jugak meluatnya.

Kadang - kadang, aku pun buat juga benda tu (Hihi!)

Macamlah suami aku tak ada Whatsapp ke apa, boleh aje aku send mesej tu melalui Whatsapp, tapi nak jugak post dekat wall FB dia. Hey, nak bagi semua orang bacalah. Nak semua orang tahulah yang kami ni pasangan romantik lagi bahagia. Kalau senyap - senyap, mereput siapa yang tahu? Lagi - lagi kalau suami ada belikan presents sempena birthday ke, hari guru ke, sumpah wajiblah harus kasi tahu satu dunia. Post sweet - sweet mesti kena ada. Barulah orang tahu betapa beruntungnya aku kahwin dengan lelaki yang sanggup berhabis untuk aku. Gitu.

Jahiliyyah nya , Ya Tuhan.

Okay tu cerita lain. Yang aku nak cerita ni lain pulak.

Aku tertanya - tanya mana hilang manisnya bercinta dalam senyap. Macam orang dulu - dulu selalu buat. Bahagia sampai ke tua. Sampai ke kubur agaknya. Tak pernah kecoh - kecoh, tak pernah sibuk nak update sana sini untuk beritahu betapa bahagianya kita. Orang kata, itu dia punya pasallah nak update apapun, kalau tak suka, jangan baca. Amboi senangnya berkata - kata. Kita ni hidup memang asyik kerja nak pentingkan diri sendiri agaknya. Bayangkanlah perasaan kawan - kawan kita yang belum sampai seru jodoh nak berumah tangga, yang kita ni asyik sepanjang masa update betapa baiknya husband kita, holiday sana sini, mana yang dah dapat anak pulak 24-7 nak update pasal anak dia macam dia sorang ada anak dalam dunia. Si kawan yang Tuhan belum kurnia rezeki anak ni tadi tengok mereput sorang - sorang menangis tepi tangki ikan. Hey emak nenek kita dulu anak diorang 18 kot, takdenya kecoh nak masukkan dalam warta berita pun macam yang kita - kita buat sekarang.
Mana hilang bahagia dalam diam?

Hati manusia kan lain - lain.

Kita canang kita bahagia, mana tahu esok lusa Tuhan nak uji kita, Tuhan kasi goncang sikit rumahtangga kita tuptup bercerai, macamana?
Kita banggakan anak kita tu, tuptup esok - esok Tuhan bagi anak kita jadi penagih ke, drop out ke apa ke, macamana?
Kita banggakan suami / isteri kita sekali eh tiba - tiba kena sailang orang lain, macamana?
Kita bangga harta kita, duit banyak, melancong sini sana, mana tahu entah esok lusa Tuhan tarik balik nikmat harta kita, duduk mereput tepi pondok bas (Kat TV selalu tayang macam gini) mana kita nak letak muka kita?

Masa tu, orang cuma akan cakap - "Padan muka, kau membongkak lah lagi!"

Walaupun sebenarnya kita tak ada niat langsung nak membongkak ke apa. Tapi iyelah, riak ni benda paling halus paling pandai menyamar dalam jiwa kita, kadang - kadang kita tak perasan. Nauzubillah, mintak dijauhkan. Dia macam api dalam sekam. Lama - lama habis jahanam semua pahala amalan kita dek kerana riak ni saja.

Ini dugaan sebenarnya. Cabaran nak tengok berapa padunya iman kita. Benda - benda ni memang remeh, tapi inilah sebenarnya yang menghitamkan hati kita. Aku dok perati kawan - kawan yang, iyelah mungkin dia tak ada niat langsung, bercuti sana sini, suami belikan macam - macam, rumah besar, kereta gempak - gempak, aku ni dok tengok saja sambil adalah sikit dengki tu hinggap sana sini. Yelah, aku ni jenis manusia yang tak kuat iman. Sedikit sebanyak, jeles jugak dalam hati. Tengok kawan sedap bercuti pergi Korea lah pergi Namibia lah Trinidad & Tobago lah, aku pusing - pusing asyik pergi Melaka. Nangis tepi tong gas.

Yelah, aku salahkan diri sendiri jugak. Siapa suruh dengki sangat, siapa suruh jeles kuat. 

Dia macam ginilah, macam kau pakai seksi seksi, lepas tu kau kena raba ke kena rogol ke, lepas tu kau salahkan orang yang rogol / raba kau sebab tak kuat iman. Gitulah. Sama situasi dia. Kalau kau tak menayang sangat, mungkin aku pun tak jeles sangat. Haha. Faham tak?
Tak faham, pergi mereput sana.

Aku rasa bukan aku sorang yang ada rasa macam gini. Macam aku cakap tadi, kadang - kadang orang tu takde niat pun nak eksyen, bangga diri apa sangat. Tapi iyelah, penerimaan manusia tu kan lain - lain. Tak salah kalau kita pun sama - samalah bantu kawan - kawan yang tak berapa nak sampai rezeki (Rezeki jodoh / rezeki anak / rezeki yang lain - lain) , setiap kali kita nak tulis / post something, kita fikirlah dulu. Kalau biasa - biasa tu, takpelah. Orang pun boleh faham, gitu. 

Tak payahlah semua benda nak kasi satu dunia tahu.

Kita sama - sama jaga hati. Jangan busuk sangat. Jangan dengki sangat. Sama - sama main peranan. Dunia kita sekarang ni macam - macam benda jadi, yang buat kita kuat, cuma cinta.
Betul. Tak bohong.


Dah. Babai.

Thursday, December 11, 2014

Cepat Jatuh Sayang.

Satu masalah aku ni,

mudah sangat jatuh sayang dekat orang.

Betul ni, sumpah aku tak bohong. Tak kiralah siapa. Orang yang aku baru jumpa dekat tepi jalan, strangers entah mana - mana yang aku baru lepas borak masa tengah cuci tangan dekat tandas awam, kawan aku punya kawan punya sepupu, entah siapa - siapa entah yang aku jumpa masa beli cendol dekat pasar malam. Tak kiralah siapapun. Aku borak dengan dia sekejap, kami jadi kawan, dah entah macamana celaka aku terus bonding dengan stranger tersebut.

Lepas itu, buat macam dah kenal lama dah sehati sejiwa engkaulah segalanya. Manusia macam gini, orang putih kata 'Easily attached'.

Susah tahu tak. Susah. Orang kalau easily attached ni dia memang super annoying kedang - kadang. Pada dia, semua benda adalah penting dalam relationship. Semua. Dia akan caring dengan sepenuh hatinya, dia akan jadi super membahagiakan, tema hidup : Anything For You gitu. Jadi jangan cuba - cuba nak buat perangai sambil lewa dengan manusia yang macam gini. Sebab nanti dia akan rasa offended dan sentap dan menangis tepi pasu bunga.

Perangai macam gini, aku cuba jugak kawal. Kadang - kadang tu aku saja buat - buat sombong dengan semorang. Sebab aku taknak make the first move ke apa lepas tu terus jadi baik, terus jadi geng, kamceng bagai, buat group whatsapp sama - sama. Sebab kau tau kenapa? Sebab aku penat jadi manusia yang dah sayang gila - gila lepas tu selamba badak Abah kau, aku ditolak ketepi macam kain lap kaki yang tak ada harga diri. Hamboi ayat.

Penat tahu tak? Aku tak boleh nak berhenti jadi diri sendiri. Sebab ini memang perangai aku yang Tuhan bagi. Alah, aku tau, kadang - kadang orang soksek jugak belakang aku. Tahu sangat. Tapi nak buat macamana. Bukan aku saja - saja, bukan aku buat - buat. Contoh, macam bila dah rapat dengan kawan sekerja, tak kiralah lelaki ke perempuan, nanti karang aku caring sikit orang cakap aku lebih - lebih. Mulut aku ni pulak jenis yang laju je nak cakap sayang, ke apa ke. Contoh macam ada kawan tolong aku sikit, nanti aku cakap "Aaa thank you! Sayang kau banyak-banyak!" Dah sudah, esok jadi bahan umpatan.

Same goes dengan anak - anak murid. Lelaki ke perempuan ke kan. Bila dah rapat, dah jatuh sayang, kita buat benda yang kita rasa membahagiakan, menghargai dekat anak - anak murid yang kita sayang, nanti orang cakap dekat belakang. Tu takpe lagi, dapat dekat manusia yang hati busuk sikit, cucuk sana - sini, dah bergaduh pulak. Laki bini main sound - sound, emak bapak main surat layang. Alah, malaslah gini. Niat asalnya mudah aje, nak happykan orang, nak bahagiakan orang. Akhirnya, harga diri sendiri jatuh ke longkang.

Maaflah.

Aku tak dapat nak buang sifat ni jauh - jauh. Aku cuba, bukan tak cuba. Tapi tak boleh. Hati ni penuh dengan sayang yang melimpah ruah, yang setiap masa nak fikirkan orang, yang setiap masa nak concern pasal orang lain, setiap masa nak cakap benda yang indah - indah untuk orang dengar, hey aku cuma nak jadikan dunia ini tempat yang manis untuk semua manusia. Kasih sayang, cinta, boleh ubah dunia, tahu? Tahu tak, dah berapa ramai manusia yang berubah menjadi lebih baik hanya dengan aku limpahkan kasih sayang yang luas tiada bertepi? Kalau sebut pasal anak - anak murid, yang asalnya pecah rumah, gangstar abadi, perangai musibat serupa iblis, tapi sebab aku layan baik - baik, sayang sepah - sepah, sekarang semua dah jadi manusia. Asalnya malas belajar, sekarang kalau time English aje tertunggu - tunggu tepi pintu. Aku terharu, tahu? Tak terucap bahagia.

Tak apalah, kalau andai kata orang yang aku sayang tu nak lupakan aku ke apa, tak apalah kalau hari ni kita buat baik dekat orang, orang ambil kesempatan ke apa, tak apalah kalau hari ni engkau sayang hari esok nak benci ke, hari ini sayang esok lusa engkau lupa ke , tak apa tak apa. Sebab aku sayang orang bukan untuk dibalas - balas ke apa, bukan. Benda yang indah - indah, mana ada letak harga ye tak? Benda yang indah - indah tu, tak terungkap dengan kata - kata. Dia ada dekat situ, untuk buat perasaan yang celaka serupa neraka, jadi manis umpama syurga. Begitulah.

Yang penting, aku tak akan pernah serik sebarkan cinta.

Dah betul sangatlah Tuhan kasi aku perangai macam gini. Sesuai sangat dengan makna nama aku - Cahaya Kehidupanku.

Yelah, mungkin sahajalah aku menerangi kehidupan engkau orang semua umpama lampu yang bersinar di malam yang gelap gelita. Gitu.

Maaflah, kalau dalam tak sedar, aku dah buat orang menyampah, meluat, nak muntah dengan perangai aku yang macam gini. Maaflah kalau aku dah secara tak sengaja dah buat timbul perasaan yang tak berapa nak sedap dalam hati engkau orang semua, maaflah maaflah. Sumpah, kalau aku boleh ajar hati ni jadi kekwat, kejam, tak hiraukan orang lain pi mampus dengan engkau orang semua sana, aku buat. Aku buat.

Asalkan dunia kembali aman.

Tapi yang macam aku cakap, ini adalah aku. AKU.

Kalau kau tak suka, aku rasa -

itu bukan masalah aku kan?

(Senyum)

Ayuh, sebarkan cinta.

Manusia yang easily attached tu macamana? Macam gini.

Nah belanja sikek #CatatanLadyMuck

Dah. Babai!

Wednesday, December 3, 2014

Esgesee: Pemborong Pakaian Wanita

Perempuan (Terutamanya) mengaku sahajalah bahawasanya kita kita semua ni kalau kata nak cari barang apa - apa ajelah even spender sekalipun, mesti nak cari yang selesa, cantik nak mati serta murah gila babi hutan kan kan kan? Mengaku ajelah. Kalau boleh, nak pakai barang yang nampak macam mahal iblis tapi sebenarnya harga dia murah standard pasar malam. Kan?

Sekarang ni lagilah, era hijabista yang mementingkan fashion terkini yang cantik, murah dan menutup aurat selari dengan tuntutan agama kita. Eceh. Cakap macam ustazah pula. Bukan senang nak cari baju lengan panjang yang betul - betul cover badan kita. Itu satu hal, nak cari baju lengan panjang yang loose dan harga dia murah pulak, dah sama susah macam nak cari jodoh. Silap haribulan, boleh flip-table engkau sorang - sorang. 

Tapi adik - adik, kakak - kakak sekalian janganlah bergundah gulana, ni aku nak share satu berita baik untuk penggemar fashion sekalian terutamanya yang nak fefeeling comel nak mati macam wanita - wanita korea yang bukan sahaja flawless nak mati tapi kurus - kurus semuanya. Haala menangislah tepi peti sejuk sengsorang macam gini! 

Pernah dengar Esgesee ? Pemborong pakaian wanita online yang bukan sahaja menyediakan fashion baju - baju terkini dan juga loose top murah nak mati, tetapi juga merupakan butik online yang menjual baju korea online Malaysia paling bergaya di abad ini.Sehala macam jenis fashion baju ada dekat sini. Bukan setakat baju, seluar, skirt apa benda semua ada dekat sini. Engkau orang kalau tengok fashion baju - baju dia dengan harga yang macam gitu, memang boleh nangis sorang - sorang weh!


Esgesee ni pemborong pakaian wanita online yang berani memberi jaminan zero defect untuk setiap item yang dijual. Tak pernah mana - mana butik online pun buat jaminan macam gini. Yakin sungguh! Untuk hijabista yang mencari - cari baju lengan panjang yang cantik dan murah, memang dekat sinilah tempatnya. Cakap ajelah fashion apa engkau nak, semua ada.


Sekarang kan memang tengah glamer mencanak - canak fashion baju loose ala ala perempuan korea yang cute nak mati, so dekat sini dia memang ada sediakan pelbagai pilihan baju dengan padanan warna yang sedap mata memandang dan tak rabak poket nak membayar. Bukan fashion zaman mak mak kita yang tak berapa nak in zaman sekarang ni, semua fashion yang terbaru. Sesuai kalau engkau orang pakai time nak pergi kelas ke, pergi kerja atau saja - saja pakai nak pergi cari jodoh.


Harga yang memang erghh erghh !

Cubalah tengok kalau - kalau ada yang berkenan, aku baru browse through tak sampai berapa minit pun boleh rambang mata tengok baju - baju diorang yang memang cantik gila and fashion terkini, nasib baik sempat beristighfar beberapa kali , dah serupa macam kena sampuk polong. Tapi serious, bila sebut pasal harga Esgese Pemborong Pakaian Wanita Online ni memang engkau orang nak tak nak terpaksa mengaku yang harga yang ditawarkan memang sumpah antara yang termurah dekat Malaysia ni. Serious!

Cakap banyak - banyak pun tak guna, engkau orang silalah tengok sendiri untuk merasai sendiri nikmat beronline shopping yang sangat - sangat awesome dan tidak membuat poket sendiri menderita. Oh kalau ada sebarang kemusykilan boleh roger customer service dia. Khidmat diorang memang terbaik dari ladang !

Dah. Babai!

Tuesday, December 2, 2014

Izinkan Ku Panah Cinta Terus Ke Hati Mu.

Tajuk entry kalau tak celaka memang tak sah. 

Okay, bersempena dengan kemunculan movie The Hunger Games : Mockingjay, aku pun taknak kalah. Feeling - feeling Katniss Everdeen. Nak jugak try sukan memanah. Kalau memanah cinta tu tak payah diajar, aku memang handal. Ini memanah yang betul - betul punya. Ada bow and arrow. Tajam sungguh - sungguh ni. Ini kalau kena mata boleh buta. Kena rusuk kiri, boleh menjanda. Okay takde kena mengena.

Nak pergi sorang - sorang macam loser, so kita kumpul kawan - kawan dua tiga orang pergi ramai - ramai. At least kalau aku memanah tak power sekalipun, at least ada jugak kawan - kawan yang boleh tolong cover - cover malu sikit kan. Buatnya aku terpanah anak jiran rumah sebelah ke kan. Masak! Lepas roger sana sini kami pun pergi berenam ke Kem Memanah Ukail Batu Pahat yang kalau engkau orang nak cari, dia dekat -dekat dengan Tasik Y, Batu Pahat. Senang aje nak cari tempat ni. Sebelum datang, boleh roger coach memanah dia. Set time pebenda semua kan. Digalakkan pergi pagi. Hari masih fresh. Banyak masa nak praktis. Tak berapa panas. Takdelah lecak sana - sini ketiak tu. Kehkeh.

Sampai je dekat Kem Memanah Ukail ini, anda mesti terpesona dengan coaches memanah dia yang super friendly, handsome bukan main dan juga peramah gila. Sebelum kita memulakan sesi panah - memanah, coach dia akan ajar engkau orang serba sedikit tentang asas memanah, terangkan part - part bow and arrow yang engkau orang wajib tahu sebelum engkau orang memulakan aktiviti ini. Ha kan dah dapat ilmu baru. Takdelah korang poyo - poyo je kan tapi satu hape benda pun taktau. Gitu. Sukan memanah ni salah satu sunnah nabi beb kalau engkau orang nak tau. Ni confirm - confirm dapat pahala bonus ni kalau kita menghidupkan sunnah.

Encik Nizad.
Mentang - mentang cikgunya handsome, anak muridnya tersenyum riang.

Lepas briefing, bermulalah sesi memanah. Kitorang dapat arrow sorang 18 batang. Macam sikit kan? Cuba dulu baru tau apa rasa dia. Dia punya berdebar, kalah debar masa nak jumpa Emak mertua. Tengok orang buat macamlah senang, bila dah buat sendiri baru tau. Hambik kau jajan. String dia sudahlah super tegang, then kau memang kena fokus tahap polis angkasa gaban untuk aim dekat board dia tu. Bukan suka suka panah sana sini tahu? Aim dekat tengah tu haa.

Peh. Dia punya susah!

Dua tiga kali jugak anak panah sasar entah ke mana - mana. Ke dinding, ke bumbung. Merata. Lama - lama, bila dah dapat rentak, barulah anak panah tu nak kena dekat board. Phew! Tapi, lengan ni dia punya pedih perit segala bala kau boleh rasa weh. Sebab kalau kita tak berapa nak biasa memanah, string dia tu akan menghentam lengan dan buat lengan kau lebam melecet tak memasal. Memang oren betul rasa dia.

Orang kata, orang katalah, posture badan dah lawa, tangan dah tegak, kaki dah cukup cantik tu tapi arrow pulak asyik aimed dekat bumbung aje lahai!

Cukup 18 batang, aku rasa tangan aku macam baru lepas kena rotan dengan Cikgu Kassim. Dia punya sakit, Tuhan aje yang Maha Tahu. Bila selak lengan baju, hambik kau jajan. Birat macam kena dera dengan emak tiri. Tapi tu semua tak mematahkan semangat untuk main lagi seround. Dapat percuma 6 batang so ambil kesempatan ni untuk praktis focus dengan aiming. Dengan layanan yang super awesome, harga pulak berpatutan, dengan ilmu baru yang aku dapat, memang berbaloi - baloi kalau spend masa dekat Kem Memanah Ukail ni. Memang cap jempollah aku bagi. Terbaik!

Group selfie!

Terima kasih untuk Encik Nizad dan Rejab yang banyak betul membantu kami sepanjang sesi kami disini. Terima kasih banyak - banyak. Team Memanah Ukail ni pun ada menyediakan kursus asas memanah kalau engkau orang nak, dan juga ada buat roadtour ke sekolah - sekolah atau ke venue - venue yang engkau orang nak. Apa - apahal boleh kawtim dengan owner dia. Engkau orang boleh sekodeng FB Kem Memanah Ukail, Batu Pahat untuk maklumat lanjut. Boleh call nombor yang ada dekat situ. Layanan dia memang super awesome!

Berapa lama nak hilang lebam dia? Aku punya 2 minggu beb. Kahkah. Memang sadis. Tapi dia punya kepuasan, memang terbaik dari ladang!

Bolehlah, buat cari makan.

Dah. Babai!

Monday, December 1, 2014

Hadiah.

Assalamualaikum dan salam perpaduan (Gaya macam dak - dak pemidato Tingkatan Enam)

Sebenarnya dah lambat sangat - sangat dah nak update pasal birthday yang dah dua bulan berlalu tu. Tapi, nak jugak hapdet pasal aku kan attention whore yang mencari publisiti murahan eh sukahati akulah kau apahal! Gitu. Marah betul nampaknya ni.

Taklah.

Bila orang dah susah payah kasi kita hadiah takkan kita nak buat saja aje kan. Kenalah ambil masa dan hargai seadanya. Tuhan kata, kalau kita bersyukur, Dia akan kasi lagi lagi dan lagi dan lagi dan lagi. Ni bukan nak riak ke apa, tidak. Jangan fitnah saya begitu. Walaupun saya sedia maklum, perempuan cantik lagi baik selalu saja jadi mangsa fitnah (Muntah) tapi tak mengapa eh eh apa kau merepek ni setan.

Okay dah dah. Serious.

Sejak jadi cikgu ni, dua benda yang paling aku suka. Hari Guru dengan birthday aku. Lahai, memang aku tunggu - tunggu setiap tahun kott . Sebab kan, time dua hari nilah nantikan meja aku penuh dengan hadiah sepanjang bulan. Kalau kata Hari Guru tu, sepanjang bulan 5 lah nanti students main cecampak hadiah atas meja, macam tu jugak bila tiba harijadi aku. Sepanjang bulan 10 tu memang redo jelah kawan kiri kanan meja tengok hadiah melambak atas meja. Kalau time balik tu, dah macam Santa Claus pun ada. Hadiah je dah dua guni. Cemana?

Thanks korang (Lambai - lambai!)

Tak kisahlah hadiah apa engkau orang bagi pun, aku sukaaaa semua!

Embun.
Kad terpaling besar yang aku pernah dapat.
Ita. Meja sebelah aje pun ni. Haha.
 Naa yang manis.
Joe dan cara beliau melahirkan rasa kasih dan sayang. Begitulah.
Contoh ucapan anak murid yang merepek - repek. Haha. Tabah!
Hamid.
Nada sayang.
Kakak Melanie Ganam.
Okay. Tak boleh kongsi nih.
Terima kasih BFF sepanjang hayat saya !Muah ciked!
Cacti.
Campur - campur. Daripada students. Thank you engkau orang!
Ini paling rare tahu! Suka betul aku + terharu yang melimpah ruah. Thank you so much Wonderpet!
Siapa bagi ini? Thank you!
Okay. Sangat suka !
Joe. Saja je kan nak bagi aku gemuk kan kan kan!
Saya confuse umur saya 31 ke atau 13. Haha. Thank you Ariff, Kak Sally and Arny !
Longgokkan.
Daripada Kak Yatie. Boleh pakai tahun depan. Jimat duit! Yayy!
Ini paling rare.
Kerepek pisang yang sedap dia boleh buat kau menangis tepi esbok sengsorang. Sedap woih! Thank you Kak Mimie Osmannn !
Eh eh. Hadiah Nada bagi dengan Hamid bagi boleh terletak sebelah - sebelah pulok.
Nada , ini sangat sedap !

Mari menggemukkan badan !

Kak Yatie lagi.
Fatiha and Shamina. Thank you engkau orang !
Ehem. Sharnaaz Ahmad kasi.
Menumpang kasih di sudut hati. Peh ayat!
Melanie. Punjabi suit yang sweetnya lahai rasa macam nak gigit - gigit.
Spek yang hipster kacak bergaya ni hadiah dari suami untuk tahun ini. Terima kasih wahai tuan hamba! Hamba sayang tuan hamba sehingga ke pintu syurga. Heceh!

Terima kasih engkau orang.

Mana yang hantar SMS, surat cinta, kad, chat, FB, Twitter pesemua tu terima kasih banyak - banyak. Yang belanja makan, yang bagi bunga tepi jalan, yang kasi cokelat dua tiga baldi tu terima kasih sangat - sangat. Tuhan saja yang mampu membalas budi baik kasih sayang engkau orang semua.
Dan, untuk engkau orang yang dah susah payah kasi aku hadiah time birthday hari tu, terima kasih ya. Kalau nak ikutkan, memang tak mampu aku nak balas sorang - sorang. Jadinya, aku kasi engkau orang kasih sayang beserta cinta yang tanpa batasan ajelah ya? :') Tahun depan kasi lagi! HAHA!

Meh meh hug meh!

Dah. Babai!