Saturday, February 22, 2014

Labbaik Allah Humma Labbaik.

Sebenarnya, kalau nak diikutkan tahap kejelesan dalam jiwa remaja tua aku ni, memang jeles. Gila tak jeles? Emak dengan Abah dengan Maklong satu family dapat peluang jadi tetamu Allah, dapat peluang mengerjakan ibadah Umrah, dapat jejakkan kaki ke Tanah Suci. Peh. Dia punya jeles, tak dapat nak diungkapkan dengan kata - kata.

Takpe takpe. Aku membuat cubaan memujuk hati sendiri. Satu hari nanti, InsyaALLAH jejak jugak dua tapak kaki aku ni nanti ke sana. InsyaALLAH!

Sepanjang Emak hampir dua minggu dekat sana (7hb Feb - 19 Feb 2014) memang aku anak beranak terkontang - kanting tak ada arah tujuan. Merempat sana sini especially bila tiba time makan. Ya Allah sadisnya T_T Nasib baik Embun waktu tu cuti sem, atas belas ihsan dia, dapatlah kami semua menjamah nasi dengan lauk yang asal ada. Maklumlah, aku ni bukan pandai sangat nak masak. Karang rentung dapur tak pasal pasal. Sambil makan nasi, sambil airmata berlinang rindukan Emak. Lagi - lagi waktu pagi, selalu kalau sebelum pergi sekolah tu Emak buatkan air susu, ni bila Emak tak ada, jangankan susu, air masak pun tak ada siapa nak sediakan untuk aku. Sudahnya, aku togok ajelah air liur. Sadisnya Ya Allah.

Melepas rindu guna Whatsapp ajelah. Itupun kadang - kadang, Kalau time Maklong on internet, dapatlah updates perkembangan dia orang dekat sana sambil bergossip sikit - sikit. Kalau tak, handphone dipandang sepi ajelah. Rindu memang tak terkata. Mana pernah jauh lama - lama dengan Emak. Rindu masakan Emak, rindu nak dengar Emak membebel. Sobss.


Bila tengok gambar Emak , rasa rindu membuak - buak pulak lahai mengalahkan orang bercinta. Hari - hari tengok kalendar. Kira hari bila Emak nak balik. Tak sabar nak jumpa Emak. Tak sabar nak tidur sama dengan Emak kalau suami kerja malam. Biarlah Emak berdengkur sampai dengar ke kampung sebelah sekalipun. Rindu gila vavi sesungguhnya!


Bila Maklong kata Emak tak sihat, demam, tak selera makan, alahai risau pulak. Kalau depan mata boleh jagakan. Ini dah jauh beribu - ribu kilometer. Macamana nak jagakan? Doa ajelah yang dapat diposkan dari tanah Malaysia ni. Doakan semoga Emak Abah dan Maklong sekeluarga dapat menunaikan umrah dengan sempurna dan mendapat umrah yang mabrur. InsyaALLAH.

Dating yaw!
Seronoknya dapat tengok Kaabah dengan dua bijik mata sendiri.
InsyaALLAH.
Satu hari nanti , ke sana jugak.
Amin.
:)

Dah. Babai!

Tuesday, February 18, 2014

Apa Mak Bapak Nak?

Assalamualaikum.

Sejak - sejak cuaca panas lain macam sampai kepala aku naik bengap bila tiba waktu tengahari ni, aku rasa aku punya sifat sabar dah semakin terhakis dah. Lagi - lagi kalau kelas waktu tengahari, tambah lagi dengan perangai budak - budak yang semakin lama semakin buat kau rasa macam nak berpencak. Memang mencabar.

Kadang - kadang aku tak faham betul dengan budak - budak zaman sekarang. Engkau orang ni nak belajar ke tidak sebenarnya ni? Bila aku kasi latihan lebih sikit, masing - masing buat muka cencurut sembelit sambil kutuk aku dalam hati. Macam aku tak tahu. Tu belum lagi kalau aku bagi extra kerja macam kena cari reading article ke mende, mesti berbakul - bakul aku disumpahi. Karang kalau aku tak bagi kerja rumah karang, kalau budak - budak ni tak pandai, aku jugak yang kena nanti. Satu hal pulak nak menjawab dengan pentadbir. Tu belum lagi nak menjawab dengan Emak Bapak. Memang tahap stress dia boleh cecah tahap bunuh diri.

Aku dok perati, budak - budak sekolah sekarang macam dah tak ada daya saing. Lagi - lagi sejak wujudnya PBS ni. Aku tengok masing - masing macam ayam berak kapur. Pasif manjang. Kalau bagi jawapan pun entah hape hape. Kalau tak kuat iman, aku rasa melayang jugak kasut ke muka. Sudahlah kau tanya lain, dia orang jawab lain. Lepas tu ketawa - ketawa macam kelakar. Mentertawakan kebodohan sendiri. Aku pun tak faham.

Lepas itu dia orang punya manja, nauzubillah. Pantang tercuit. Terus naik mahkamah nak saman cikgu. Aku pun tak tahu, hukuman apa kami boleh buat bila budak - budak ni buat salah. Tak bawak buku, tak siap kerja, tak bagi perhatian dalam kelas, makan dalam kelas. Yang lagi buat darah menyirap, makan chewing gum dalam kelas. Serious rasa macam nak tumbuk. Tu belum lagi kalau time anak - anak murid buat perangai biadap. Memang sesungguhnya rasa macam nak bagi penerajang. Tapi tak boleh. Sebagai seorang guru, kita kena cool kentang. Sabar. Eh sabar tak sabar. Kalau dah biadap, takkan kita nak tengok saja saja je ye dak?

Aku tengok, anak - anak zaman sekarang macam dah hilang hormat dekat cikgu - cikgu. Aku tak salahkan dia orang seratus peratus. Kadang - kadang, golongan cikgu - cikgu sendiri buat perangai macam tapir. Tak ada peribadi seorang cikgu langsung. Itu pasal anak murid hilang hormat. Ada golongan macam ni. Tapi tak semua. Emak bapak pun kena support sikitlah kami golongan cikgu - cikgu ni. Kalau kami denda anak tuan puan sampai ada terluka sana sini, janganlah terus serang kami. Tanyalah dulu apa - apapun. Datang sekolah, bincang baik - baik. Bawak buah tangan ke, buah anggur ke, karipap frozen ke. Kami ni, mustahil naik tangan kalau kami tak betul - betul hilang sabar.

Cikgu - cikgu ni bukan apa. Kadang kalau kami pukul, hukum tu bukan sebab benci. Tapi nak suruh dia orang sedar yang dalam dunia ni tak ada benda yang datang golek - golek. Semua kena usaha. Sekolah pebenda namanya kalau dah nak masuk bulan 3 tapi buku teks selalu tak bawak, buku latihan macam celaka apapun tak buat. Tu namanya nak belajar ke tidak tu? Nak nak lagi bila ditegur, buat muka macam nak mintak kaki. Maka kakilah yang kami bagi. Kami ni manusia. Sabar kami pun ada batasnya. Takkan anak - anak murid buat perangai pailang, kami nak tengok sambil senyum - senyum pulak.

Nanti bila kita caring dengan anak - anak tuan puan lebih sikit, kami dituduh bela anak ikan pulak. Ini paling tak boleh blah. Mungkin ada sebilangan guru - guru yang buat benda - benda lahanat macam ni dekat sekolah. Tapi janganlah samakan kami semua pulun sama rata. Ada jugak yang ikhlas, dan tak ada niat terselindung contohnya nak jadikan anak - anak tuan puan semua anak - anak ikan bilis kami. Kadang - kadang anak - anak tuan puan semua ni lebih suka berkongsi cerita dengan kami berbanding dengan emak bapak dia orang sendiri. Maklumlah kami ni guru - guru dah macam kaunselor tak bertauliah, pendengar paling setia, penyelesai masalah. Bila dia orang meluah, kami tukang tadah. Dengar. Bila dah rapat, timbul pulak gosip tak berapa nak sedap kata kami nak bawak lari anak tuan puan pergi Siam ajak kahwin lari. Tak swaglah macam ni.

Bila difikir - fikir. Apa sebenarnya Emak Bapak ni nak ye? Bila dipukul, kita kena saman. Bila disayang - sayang, kita kena caci pulak, Habis kami ni nak buat apa dengan anak tuan puan semua ni bila mereka buat salah? Bila mereka langgar peraturan? Bila mereka perlukan bahu untuk luah masalah? Bila mereka perlukan kawan untuk mencurah rasa? Remaja ni, dia lebih percayakan kawan daripada Emak Abah. Macamana kalau dia orang salah pilih kawan? Apa yang kami boleh buat sebenarnya? Dilayan teruk salah, dilayan baik salah. Kami pun dah naik confuse. Macamana nak didik , macamana nak bentuk kalau apa pun tak boleh?

Emak bapak kena support sikitlah.

Sebelum apa - apa, kita boleh bincang duduk satu meja. Kenal dulu cikgu - cikgu anak - anak kita. Bila Emak Bapak ada hubungan silaturrahim yang baik dengan cikgu - cikgu, secara tak langsung anak - anak nak buat salah pun naik segan. Mungkin kalau anak tuan puan balik - balik je ada birat dekat tangan, selidik punya selidik rupanya anak dia kena rotan dengan cikgu. Janganlah terus serang cikgu, piat telinga dia, cubit pusat dia ke apa. Bawak duduk. Bawak bincang. Mungkin anak tuan puan tadi perangai dia selama ni depan cikgu dah macam siamang liar. Cikgu tadi dah tak boleh nak tahan ke apa. Tu yang kena libas sekali dua. Kita tak tau kan? Sekurang - kurangnya dengan berbincang macam tu, semua benda insyaALLAH senang nak setel. Jangan marah - marahlah.

Kami pun ada maruah. Sudahlah maruah kami ni murah. Bila - bila masa orang boleh pijak - pijak. Sekurang - kurangnya bagilah kami pembelaan yang sewajarnya. Kami ni, walaupun jasa tak banyak, tapi janganlah sampai terus dinafikan. Ye tak?

Teringat dulu masa zaman sekolah, bila tak dapat jawab soalan Tatabahasa Bahasa Melayu Tingkatan 3, cikgu suruh kami lari padang sampai muntah - muntah mulut keluar buih (Cerita benar eh ni!) Tu belum yang semput separuh nafas macam orang nak putus nyawa. Mana yang pengsan, mana yang tumbang tak bangun - bangun. Mana yang rentung lagi (Lari tengah panas!) chillax je kami. Takde nak mengadu itu ini dengan Mak Bapak. Jadi manusia jugak kami akhirnya.

Jangan manjakan sangat anak - anak kita tuan puan.

Takut - takut esok - esok, anak - anak kita dah tak boleh nak jadi orang.

Dulu anak murid. Sekarang dah macam kawan - kawan. Nampak sebaya aje haa.

Dah. Babai.

Saturday, February 15, 2014

Bunyi Hati Sendiri Meretak

Lama aku bermuhasabah diri.

Cari..
Mana silapnya.
Apa yang aku salah buat?
Mana langkah yang pincang?

Aku tak pernah rasa terhina sampai ke tahap macam ni. Bila orang salah sangka dekat kita. Bila orang anggap kita perempuan murahan yang tak ada harga diri. Terasa sangat sampai ke hati. Aku bukan orang alim ulamak. Ilmu agama pun cetek tahap - tahap buku lali. Tapi halal haram tu aku masih tahu beza. Masih tahu mana hitam putihnya. Masih tahu betul salahnya.

Depan kita orang senyum.
Kita sangka orang tu memang betul - betul senyum.
Manalah kita nak tahu, kan?

Kalau aku salah, tegur aku depan - depan. Betulkan. Bukan cakap belakang - belakang. Tanya aku biji butir, cerita sebenar.

Mungkin memang betul salah aku. Baik sangat dekat orang. Senang sangat tabur sayang sana sini. Fikir yang dunia ni indah, warna macam pelangi. Walaupun hakikat yang sebenar, dunia inilah tempat loji tahi. Silap langkah, salah perhitungan, berkubang dalam najis. Kita baling bunga, kita tak minta pun orang puji sana sini. Kalau kita buat ikhlas, kita tak akan pernah tadah - tadah muka minta dibalas. Tapi, kalau kita baling bunga, orang nak balas balik baling dengan tuba, sikit banyak, rabak jugak dalam hati. Ye tak?

Tak apalah.
Orang cakap aku macam - macam.
Orang buat aku macam aku tak ada hati perasaan.
Macam aku tak ada maruah diri.
Tak apalah.
Ini peluang aku nak muhasabah diri sendiri.
Ini cara Tuhan ingatkan aku jangan cepat sangat maniskan hati.
Tak semua orang suka kita.
Tak semua orang kenal kita.
Tak semua orang faham kita.

Rabak macamanapun hati ni, aku percaya, Tuhan tahulah Dia punya kerja. Adalah tu perancangan Dia untuk aku. Pedih sayu sebak macamanapun jiwa ni, takkan sekali - sekali mematahkan semangat aku untuk terus tabur bakti. Sedangkan Nabi pun orang baling pakai tahi. Lagikan aku ni yang cuma manusia marhaen, picisan tak ada nilai erti. Tak apa, Yatt. Tak apa.

Senyumlah. Sabar. Istighfar banyak - banyak supaya Tuhan ampunkan dosa. Nasihat aku kepada diri sendiri. Kalau rasa nak nangis pun, nangislah. Bukan kena bayar pun. Doakanlah yang baik - baik. Biar palat macamana sekalipun orang buat kita, jangan pernah serik sebarkan cinta. Jangan pernah putus asa lebarkan sayap kasih sayang penuh bahagia.

Hanya ada satu cara untuk lawan rasa benci.

Dengan cinta sepenuh hati.


"Tuhan,
Sewaktu Kau merencanakan hati ini untuk disakitkan, dirabakkan, direntankan - lalu disiram dengan rasa perit, pedih, tersiat lalu meretak dengan darah merah yang mengalir, yang membuatkan aku enggan untuk berjuang demi kehidupan buat seketika..
Adakah itu sebenarnya Engkau sedang mengelus - elus jiwa kotang imanku dengan sepenuh kasih sayang dan rasa cinta Mu Ya Tuhan?

Adakah aku diuji kerana Engkau menyintai aku?
Adakah bahagia menanti aku dihujung cerita,
andai aku lalui semua kebencian manusia ini dengan penuh rasa Redha?

Andai Iya jawapanMu Ya Rabb,
maka Kau bantulah aku.
Berikanlah aku ketabahan,
kekuatan,
kecekalan,
Iman,
Redha,
dan Taqwa..
Untuk segala - galanya Ya Allah.

Untuk segala - galanya..."

......................


Friday, February 7, 2014

Selamat Tinggal.

Aku benci bila terpaksa ucapkan selamat tinggal.

Selamat tinggal ni pada aku, macam benda paling fucked up dalam hidup selain kena dumped dengan boyfriend / girlfriend. 
Benci sebab aku bukan pandai sangat nak mengekspresikan betapa pertemuan terakhir tu sepatutnya menjadi saat yang paling ber-momento sekali dalam hidup.

That's why aku cukup benci bila orang kata "Relaks laa, aku cuma pergi sekejap aje kot ! Kau punya sedih macam aku nak pergi mati." Well, kalau engkau mati betul - betul macamana? Atau aku yang mati? Salah seorang daripada kita mati, tak ke pertemuan terakhir kita yang super hambar tu menjadi salah satu moment yang kalau boleh kita ulang masa, kita nak pastikan pertemuan terakhir tu menjadi salah satu benda manis yang kita nak kenang sampai kita tua nyanyuk reput besok. Kan?

Pernah orang cakap dekat aku, dia tak suka nak ucapkan selamat tinggal. Dia lebih suka gone for good gitu sebab dia kata, esok - esok boleh jumpa lagi apa. Sampai ke sudah, aku tak nampak langsung batang hidung dia sampai sekarang. Pernah jugak kawan aku cakap, orang yang tak menghargai perpisahan, adalah orang yang tak menghargai sesuatu pertemuan. Sekarang, aku sangat mengakui kebenaran kata - kata kawan aku tu.

Kenangan.

Satu - satu bekal yang kita boleh bagi dekat orang yang kita tinggalkan, atau orang yang meninggalkan kita. Tak kiralah kenangan manis atau pahit. Dua - dua pun akan sentiasa terflashback dalam kepala otak selagi kita tak hilang ingatan. Kadang - kadang, kenangan tu tadi boleh buat kita menangis sorang - sorang sambil buat video klip lagu sedih tepi tingkap. Kadang - kadang kenangan jugak boleh buat kita senyum sorang - sorang macam orang bangang. Kenangan pun kadang - kadang boleh buat kita trauma. Tak kisahlah.

Kebiasaan.

Gila tak ingat! Tempat jatuh lagikan dikenang, inikan lagi benda yang kita buat hari - hari. Mungkin dulu, kita dah terbiasa habiskan masa bersama. Mungkin dulu kita dah terbiasa makan sama - sama. Mungkin dulu kita dah terbiasa buat benda - benda yang kita suka buat bersama. Sekali, bila kena tinggal tak ke kita terkenang - kenang, terbayang - bayang benda yang selalu kita buat sama - sama tadi tu ? Itu yang kadang - kadang sambil makan pun airmata boleh menjejeh - jejeh. Tengok scene dekat dalam movie pun boleh bertempiaran perasaan tertabrak sesama sendiri dalam hati.

Sebab tu, pada aku, bila datang masa untuk berpisah, ada peluang nak ucapkan selamat tinggal. ucaplah dengan sebaik-baiknya. Hargai masa terakhir yang kita ada. Jangan ambil mudah, jangan ambil ringan. Sebab kita takkan tahu bila lagi kita nak tentang mata sua muka, berbalas senyum bertukar pandang. Mungkin itu jadi kali yang terakhir. Mungkin. Jadi jadikan pertemuan terakhir tu sesuatu yang penuh makna. Sesuatu yang manis , untuk kita sama - sama ingat.

Sebab kita tak tahu, sesaat selepas kata selamat tinggal diucap, apakah percaturan Tuhan untuk hidup kita. Kita takkan tahu. Kita tak akan pernah tahu.

Dah banyak kali perpisahan yang aku lalui dalam hidup. Ada yang sedih nak arwah. Ada yang happy gila. Ada yang kelakar. Ada yang seram - seram kuku. Ada yang psikotik. Ada yang biasa - biasa. Tapi, aku rasa, dalam banyak - banyak tu, ucap selamat tinggal yang paling menusuk rasa, aku terima pada pukul 6.55 pagi. Bapak pagi. Lalat pun belum bangun. Suasana tenang. Damai. Sejuk. Dan pada ketika itulah ditaqdirkan Yang Maha Esa, ucap selamat pergi aku terima. Ditinggalkan bekal kenangan dan kebiasaan. Serta 7 ayatnya Al-Fatihah sebagai perlindungan, sebagai tanda ingatan, sebagai peringatan, bahawa hanya Tuhan tempat sandarkan harapan, tempat memaut tali kebergantungan. Tempat segala rasa diluahkan.

Sampai mati (Insyaallah) akan aku ingat.



Aku selalu berharap, orang - orang yang pernah ucapkan selamat tinggal untuk aku, satu hari nanti.. akan kembali.

Kembali.

Biar apapun sebab musababnya.

Atau, aku yang kena pergi

kepada mereka?

.....................................

Dah. Babai.

Saturday, February 1, 2014

Sedih Yang Tak Related.

Sepanjang minggu lepas, emosi sendiri sungguh jadah sekali.

Mungkin sebab aku penat dan banyak kerja. Atau mungkin juga sebab aku tak cukup tidur. Atau mungkin juga sebab aku tak cukup makan nasik. Ah, malas pulak aku nak fikir banyak-banyak. Kesian otak aku terganggu kena paksa fikir benda - benda yang tak ada pertalian. Ceh. Sajak betul cara aku bercakap. Macam sasterawan negara pula.

Tapi , memang aku sedih sungguh - sungguh. Ada sekali tu, masa drive balik dari sekolah, aku dengar lagu raya cina dekat dalam radio pun aku boleh nangis gila babi macam apa. Part yang tu memang sampai sekarang aku tak boleh nak faham. Apakah?

Tapi , satu kesimpulan telah berjaya aku buat susulan daripada kejadian tersebut. Iaitu,

bila kita tengah sedih, sesungguhnya semua benda pun akan membuatkan kita sedih. Sungguhpun ia hanyalah sebuah lagu Gong Xi Fat Chai yang tak ada salah apa - apa dekat engkau.

Nasib baik Rumah Merah tak lagi tempat tercorot masa Merentas Desa itu hari. Kalau tak, lagi sadis aku rasanya.

Dah. Babai.