Friday, March 21, 2014

Biru Kuning Lambang Kebanggaan. SEGA Pulang Dengan Kejayaan.

4 hari berkampung dekat Stadium UTHM, aku membawa pulang kehitaman kulit, jerawat bersepah dekat muka, sakit-sakit badan, demam dan migraine yang bertahap hantuk kepala dekat dinding, sebagai ole ole Kejohanan Balapan Dan Padang MSSD Batu Pahat 2014.

Sungguh win perasaan dia.

Oh sebelum engkau orang salah sangka dan menganggap aku adalah jurulatih kontinjen sekolah, sebenarnya aku Chaperone saja. Ikut kontinjen sekolah atas tiket Guru Pengiring Dan Tugas - Tugas Khas. Dan yang sebenarnya aku tak tahu apa - apa langsung pasal olahraga sukan sukan bagai ni. Serious. Jadi aku pergi stadium setakat buat kerja - kerja rencam, hias khemah, pastikan khemah bersih, teratur, kasut-kasut dan beg-beg atlit rapi tersusun. Itu saja. Kadang-kadang aku pergi ambil ais. Dan setiap pagi, aku bawa atlit sekolah datang stadium. Bila habis acara untuk hari tersebut, aku lipat kanvas, kutip sampah, kemas khemah, susun dan simpan barang - barang. Itu aje. Tugas aku tak penting dan tak berapa mencabar.

Okay, bukan nak cerita pasal kerja aku.

Aku nak cerita pasal atlit sekolah aku. Dan jugak team Olahraga SEGA yang penuh dengan kontroversi.

Kami ni sekolah kampung. Peralatan untuk latihan track & field memang banyak yang tak cukup. Acara 400meter punya, atlit sekolah aku berlatih untuk yang 300meter punya sebab padang tak cukup besar. Berlatih untuk acara pagar lagi kelakar. Entah mana - mana pagar entah coach diorang pergi ambik. Spike memanglah sorang satu, tapi spike entah apa - apa. Kongsi - kongsi dengan atlit tahun lepas punya. Serba kekurangan betul. Kalau spike koyak, atau paku tercabut ke menda, pandai-pandailah nak cari spike mana. Peruntukan memang sedih nak cerita. Nama aje sekolah projek sukan, peruntukan untuk olahraga macam Lagenda Naga Tasik Chini. Tak pernah nampak depan mata. Gebang dia satu dunia.

Sungguhpun begitu (Ayat buku teks),

Aku perati jurulatih-jurulatih atlit SEGA memang tahap dia dewataraya. Jenis yang tahan maki tak kenal putus asa. Kau cakaplah apa aje memang pesen masuk ikut telinga kanan, keluar ikut telinga kiri. Team Olahraga SEGA penuh dengan kontroversi. Dari sekecik-kecik benda sampailah sebesar-besar benda. Sentiasalah nak menongkah arus. Nak jaga budak - budak sukan bukan satu kerja yang senang. Biasalah, budak - budak sukan ni bukan semuanya pesen yang cemerlang belajar. Dalam kelas pulak ada yang boleh tahan pailangnya. Nak nasihat pun bukan boleh main sembur saja, silap haribulan, mogok pulak budak - budak tu taknak turun training. Senang kata, banyak benda nak kena tahan sabar urut dada, dek kerana nak melayan karenah budak - budak ni.

Jurulatih dekat sini kena main peranan. Bukan hanya dekat padang. Pantau sahsiah budak - budak sukan. Pastikan dekat sekolah, dekat asrama, kena selalu buat perangai manusia. Mental, jiwa semua kena bersedia. Pantang silap sikit, lima jari tuding dekat muka. Itu yang kadang - kadang hilang sabar jugak, makan maki jugak budak - budak ni. Tapi itulah, dah namanya pun mendidik, alhamdulillah jugak budak - budak ni semua jenis yang kalis seranah. Sikit - sikit, ada yang mula tunjuk nak berubah.

Tahun ini, kontinjen SEGA mengungguli Kejohanan MSSD Batu Pahat 2014, dengan 30 Emas, 20 Perak, 13 Gangsa. Buat pertama kali setelah entah berapa tahun lamanya duduk belakang SMK Dato Syed Esa, juara bertahan sejak entah bila. Ada jugak dengar suara - suara rabak, pertikai kemenangan SEGA. Ada yang kata PPD sengaja lambakkan atlit dari sekolah rendah ke SEGA semata - mata. Ada yang kata ini memang percaturan orang atasan , nak bagi SEGA dapat nama. Konspirasi betul. Ini mesti jenis yang banyak sangat baca surat khabar haluan kanan kiri ni. Aku geleng kepala.

Kalaupun betul PPD lambak atlit sekolah rendah dekat SEGA, ingat prestasi diorang boleh terus mencanak ke kalau tak ada latihan? Diorang punya latihan memang tahap muntah belahak tau tak? Orang sedap cuti sekolah duduk rumah tengok kartun, diorang berhempas - pulas, berpanas berhujan training dekat padang. Setiap hari, tak ada masa berhenti bersenang - lenang. Kawan - kawan yang lain sedap -sedap jalan - jalan, hang out dekat Mall, diaorang nilah yang korbankan masa cuti untuk drill itu drill ini sampaikan aku sendiri naik menyampah tengok padang asyik penuh dengan budak lari sana lari sini. They never stop training.

Jadi tak adil kalau nak kata atlit SEGA atlit terpilih. Sebab aku sendiri yang tengok dengan mata kepala gigih tak gigih atlit dengan jurulatih sama naik sama gila berlatih dekat padang tak kira masa. Banyak masalah, banyak kekangan, banyak halangan, aku tak nampak pun itu semua sebagai pematah semangat. Diorang terus jugak tebas rintangan kiri kanan, buat jalan tuju puncak.

Dan aku, secara peribadinya, dan dengan penuh rasa bangganya, berpendapat bahawa atlit SEGA tahun inilah yang paling baik sahsiah, dengar kata, perangai terpaling senonoh sekali dalam sejarah SEGA hantar kontinjen dekat Kejohanan. Semua dengar kata. Bila aku suruh susun kasut susun beg, semua susun kasut susun beg. Semua tahu apa nak buat. Bila surih warming up, takde sorang pun yang buat muka atau melawan walaupun time tu matahari tengah terpacak atas kepala. Khemah tersusun sentiasa. Walaupun aku bukan jurulatih diaorang, tetap jugak diaorang dengar kata. Tak membantah kalau disuruh.

Bila time makan, semua ambik makanan tak berebut-rebut, duduk diam - diam dalam khemah, makan sama - sama. Sampah tak ada yang bersepah - sepah. Lepas makan, terus ramai - ramai pergi masjid, solat. Tepat pukul 2petang, masing - asing dah terpacak dalam khemah semula. Kalau pun ada yang merayap sana sini, gertak sikit, dah berduyun - duyun balik khemah. Sejuk betul rasa hati haa. Walaupun masing - masing star sekolah, tak ada yang mendabik dada buat perangai diva. Semua memang lindungan Kaabah. Aku memang sangat - sangat bangga dengan perangai diaorang. Sungguh.

Time atas track, semangat dia orang memang lain macam. Pesen macam nak lari acara dunia. Gaya, mutu, keunggulan sungguh. Macam atlit wakil Malaysia padahal pusing - pusing Parit Raja jugak.

Sebab itu, Tuhan kasi menang kot?

Board ni aku bawak dari sekolah yaww.
Tengok muka beriya masing - masing.
Penyokong.
Ultras SEGA.
Budak - budak baik.
Atlit - atlit SEGA.
Tunggu penuh sabar.
Ada cikgu seorang tengah gigih posing.
Kejayaan yang digondol. Digondol yaww!
Kudos, untuk ketua jurulatih SEGA yang tak pernah kenal erti putus asa. Encik Rashid. Orang cakap apa, dia buat saja. Orang asak kiri kanan, dia buat relaks buat tak faham. Yang layak terima pujian, selayak - layaknya, aku rasa memang dialah orangnya. Dia kepalanya. Kami ini kaki tangan saja. Aku lagilah. Daki - daki badan aje agaknya. Kihkoh!

Le Captain.
Dan tak keterlaluan rasanya kalau aku kata, Kontinjen SEGA tahun ni antara yang terawesome sekali di alam semesta. Hats off untuk Cikgu Malik, Cikgu Osman, Cikgu Zaman, Harith, Kak Mizarina, Oat dan yang terpaling istimewa, untuk guru Tugas - Tugas Khas yang sungguh berdedikasi sekali, yang sampai gatal - gatal kena gigit ulat bulu, yang kerjanya asyik nak susun kasut susun beg, gantung itu ini, tegakkan softboard, kutip sampah, buat air, tuang ais, lipat kanvas, dan bermacam - macam lagilah kiranya, iaitu diri aku sendiri. Kehkehkeh.

Mana nak jumpa, tengah - tengah panas, kejohanan sukan cemtu pun dia boleh selamba pakai blusher siap eyeliner lentik - lentik macam tu?

Tak ada.

Dia sorang aje. Kahkah.

 Ayuh SEGA!
(Sila cari manusia paling beriya)

Okay dah. Babai!

Tuesday, March 18, 2014

Baju Muslimah. Tutup Aurat Dengan Swagnya.

Assalamualaikum.


Baiklah kawan - kawan para pembaca budiman sekalian, sebenarnya ramai juga yang tanya mana aku dapat blouse - blouse labuh panjang ala ala muslimah yang aku selalu pakai kalau keluar pergi mana - mana. Jenuh jugak nak menjawabnya sebab baju - baju tu semua bukan aku beli dekat mana - mana pun. Aku hantar design dengan kain bahan dekat tailor dan tailor jahit ikut design yang aku buat tu. Blouse macam tu rasa dia memang lapan ratus kali ganda lebih selesa , tutup aurat dan buat kita bebas bergerak tanpa perlu nak risau kalau - kalau ternampak kelibat babat dimana - mana.


Sebenarnya, bukanlah susah mana pun nak cari blouse muslimah macam tu. Zaman sekarang ni pun fesyen muslimah dah mencapai satu tahap revolusi yang lebih berketrampilan dan jugak dah berani main dengan warna - warna color-block yang swag habis. Masih mengekalkan objektif asal pemakaian iaitu kekal menutup aurat, pemakai tetap tampil anggun dan cantik sedunia, dan bukan lagi dilabel sebagai 'pakai baju style makcik - makcik'. Peh. Ayat. Dah macam baca majalah fesyen pulak. Kihkoh.

Terutamanya untuk wanita yang berhijab (Ecehceh. Nak jugak guna istilah berhijab!) Okay okay, terutamanya untuk wanita yang bertudung, Baju Muslimah ni, selain baju kurung dan juga peplum, merupakan pilihan yang paling utama sekali. Dahlah banyak pilihan, banyak design, color dia pulak macam - macam, material dia pelbagai, pendek kata, cakap je nak apa, pattern apa, insyaaALLAH kalau kena gayanya, memang jumpa. Tak payah susah - susah nak cari kain hantar tailor jahit. Upah jahit lagi. Kan?


Untuk yang malas nak keluar rumah shopping dekat Mall, malas nak drive, malas nak cari parking, malas nak kena hujan kena panas, berpeluh ketiak sana sini, jangan risau, jangan nak kusut - kusut, duduk depan TV pun boleh nak shopping baju - baju Muslimah macam ni. On laptop, bukak web zalora.com.my , search baju Muslimah dekat situ, haa dan silalah menjamu selera mata dengan pelbagai range koleksi baju - baju Muslimah yang ada dekat situ. Harga dia pulak memang berpatutan dan setanding dengan kualiti produk yang ditawarkan. 


Jenama - jenama terkemuka Malaysia dengan kepelbagaian rekaan dan warna, dijamin akan membuatkan mata engkau orang semua tak berkedip selama beberapa belas saat. Wah, melampau pulak melebih - lebihnya ayat. Shopping dekat Zalora ni engkau orang tak payah nak risaulah, sebab ikutkan pengalaman bershopping dengan zalora sebelum ni, servis diaorang memang tiptop cap jempol. Dengan customer service dia yang efisyen, memang rasa secured habis shopping dekat sana. Eh cakap banyak pun tak guna, engkau orang pergi sendiri dan rasailah pengalaman bershopping online yang paling mengujakan. Eceh. Ayat ! Bahaha !

Yang penting, cantik, trendy dannnnn menutup aurat ! :)

Okay dah. Babai!