Friday, April 25, 2014

Jiwa Johor Dan Kisah Panglima Si Bongkok

Assalamualaikum.

Few weeks back aku dengan adik - beradik ada buat mini ekspedisi pergi cari kubur Panglima Si Bongkok. Well, aku tak terkejutlah kalau ada engkau orang - engkau orang ni yang mengaku anak Johor jati tapi tak pernah tahu pun kisah Panglima Si Bongkok ni. Sebenarnya Johor ni banyak cerita legend - legend dia jugak kalau engkau orang rajin sikit nak selak - selak buku lama, nak rajinkan sikit mulut engkau orang tu tanya sana - sini dengan orang - orang tua. Macam Lembing Awang Pulang Ke Dayang, Siti Jalang, Laksamana Bentan. Kau orang lagi suka belajar salah silah keturunan artis luar negara yang entah sapa sapa daripada belajar sejarah tempat lahir sendiri. Yang lagi sedih, beriya mengaku anak Johor lah, keturunan lanun selat lah hapa, bukak cerita sikit pasal sejarah Johor, menganga.

Pertama kali aku baca kisah Si Bongkok ni, masa sekolah rendah. Aku masa sekolah rajin baca buku weh. Muka aje macam gangstar tapi time rehat mesti naik library. Baca buku. Masa tu, zaman kecik - kecik, jadi aku tak port sangat cerita - cerita macam ni. Nampak muka Si Bongkok pun dekat cerita P.Ramlee. Baca sekadar baca ajelah. Bila dah besar, baru timbul rasa nak ambil tahu. Bagi yang tak tahu kisah Si Bongkok ni, aku cadangkan kau Google ajelah sana. Malas pulak aku nak cerita dekat sini. Lagipun kisah Si Bongkok ni banyak versi. Masih jadi pertikaian. Tapi kalau engkau tanya aku, jawapan aku satu aje : Panglima Bongkok ni pahlawan tanah Johor yang sejarah cuba nak lupakan. Versi yang lain, aku malas nak port.

Kalau kau baca buku dia, karya Abdul Latip Talib memang syahdu cerita Si Bongkok ni. Sampai saat dia mati pun, Sultan Johor time tu tak bagi nak kebumikan dia. Nasib baik, ada orang - orang kampung Tanjung Belungkor yang usung mayat dia dari tepi pantai, bawak ke lereng bukit dan kebumikan dekat situ. Si Bongkok diwarta mati sebagai seorang lanun yang menganggu-gugat perairan Johor time tu, mati ditangan adik dia sendiri, Si Putih. Padahal, well, Si Bongkok tu cuma nak menjaga kedaulatan Johor daripada diceroboh tangan - tangan asing yang daulatnya bukan jatuh ke tanah Johor. Kalau nak detail, baca buku dia. Kalau nak versi yang agak scandalous sikit, kau Google ajelah sana - sini.

Pagi Jumaat tu, pagi - pagi kami adik beradik dah bangun, terus siap - siap gerak ke Tanjung Belungkor. Dekat sana, ada sorang brader dah tunggu untuk jadi pemandu arah kami. Kubur Si Bongkok ni kena redah hutan sikit. Kalau tak biasa dengan jalan dia, memang confirm sesat.

Meeting point sebelum trekking ke hutan Belungkor.

Hampir 45 minit jugak meredah hutan. Dengan nyamuk kanan kiri, dengan bawak beg besar, kamera lagi sangkut kat leher, aku pulak jalan paling belakang sekali memang lain macam jugaklah rasa dia. Mengah tak payah nak cakaplah. Memang jalan dia agak mendaki sikit sebab kubur So Bongkok ni dekat tepi bukit. Sepanjang perjalanan, tak banyak yang kita orang bualkan melainkan brader Remdan (Pemandu arah) adalah borak - borak kosong sambil kadang - kadang buat lawak hambar. Tak selera nak gelak pasal time ni penat, haus, lapar, macam - macam rasa ada.



Alhamdulillah, tak lama lepas tu, sampailah kami ke tempat yang dituju. Perasaan dia pertama kali datang ke kubur Si Bongkok ni memang susah nak digambarkan. Sayu, tak percaya, kagum, terharu, semua ada. Terbayangkan sosok dia berbaju ala ala pahlawan, dengan tanjak, dengan keris dekat pinggang, duduk dekat kepala kapal, sambil membuang pandang ke segenap laut Johor. Fizikal dia yang berbonjol, dengan muka yang herot sebelah tetapi tangkas bermain senjata dan khabarnya sukar untuk ditumpaskan kerana ilmu persilatan beliau yang tinggi menyukarkan pihak musuh untuk membunuhnya. Sebab itu dia mati pun ditangan Si Putih, adik sendiri. Khabarnya Si Putih tu sama - sama berguru dengan guru silat yang sama. Dan hanya Si Putih yang tahu cara nak membunuh Si Bongkok ni tadi.

Duduk berteleku di kubur Si Bongkok, aku sedekahkan Al - Fatihah untuk rohnya. Semoga tenang dan ditempatkan dikalangan orang - orang yang beriman. Sejarah Johor mewartakan Si Bongkok sebagai lanun yang tak layak untuk disanjung, tapi cerita - cerita lisan orang kampung membuktikan sebaliknya. Betapa Si Bongkoklah sebenarnya yang merupakan pahlawan sejati Johor, berjuang sehingga ke hembusan nafas yang terakhir mempertahankan kedaulatan Johor Lama. Sultan Johor sendiri tak bagi rakyat menjulang Si Bongkok sebagai wira sebab... emmm. Okay, kau Google and kau baca. Nak cakap lebih - lebih pun aku tak berani.

Assalamualaikum. Si Bongkok Tanjung Puteri.

Ada version yang mengatakan Si Bongkok ni berdarah Sultan. Dan ada version yang mengatakan Si Bongkok ni seorang perempuan. Based on lagu rakyat Johor yang boleh tahan glamer jugak dari dulu hingga sekarang, Nenek Si Bongkok Tiga. Cerita lebih lanjut, boleh pegi dekat SINI. Boleh tahan skandal jugak teori dia, tapi make sense jugak. Satu lagi, instead of saying kubur Si Bongkok, kita sebut sebagai Pusara Si Bongkok. Kakak Sulong aku kata, term Pusara tu hanya untuk golongan berdarah Sultan (Selain sebutan 'Makam') dan jugak untuk golongan berdarah bangsawan. So possible tak Si Bongkok ni berdarah bangsawan? Wallahualam.




Brader Remdan.



Siapapun Si Bongkok yang sebenarnya, sebagai rakyat Johor tak rugi rasanya kita ambil tahu sikit tentang perjuangan yang beliau buat pada zamannya dulu. Jatuhnya Si Bongkok yang dituduh lanun tadi boleh kita pertikaikan kalau kita kaji betul - betul sejarah Kesultanan Johor kita ni sendiri. Sultan Johor kita sekarang ni kalau tak silap daripada keturunan Temenggung dan bukannya Sultan sebenar. And...okay. Seriously aku tak berani nak tulis lebih - lebih. Engkau orang buat research sendiri dan cuba cari perkaitan dia.

Tidaklah Johor namanya,
kalau kisah yang satu ini tidak didayu
tidak didendang.
Tidaklah Johor namanya,
kalau pahlawan yang satu ini tidak dilagu
tidak ditatang.

Matinya didarjatkan lanun,
dipertuankan derhaka
ditidakkan takhta.
Hukumnya hukum tak berkanun
dihambakan nista
disemaikan cela.

Duhai Si Bongkok,
ke pusaramu kami merafak salam
membawa khabar merentas selat.
Tuan Pahlawan, Pahlawan Si Bongkok,
Ilhamkanlah kami lagenda silam
ceritera keagungan Johor berdaulat.

(Norhayati Isnin - 220414)

Al- Fatihah, Si Bongkok Tanjung Puteri.

Dah. Babai!

11 comments:

imantizz_truper said...

wah..tak pernah dengaq pasai pahlawan si bongkok..kena cari maklumat nie..^_^..

dah lama tak jejak sini..^_^

Cik Puan Bunga said...

@imantizz_truperHaha. Boleh baca buku dia, boleh Google jugak! :)

Hai hai!

GP said...

apasal muka serious sangat? hahahaha

Cik Puan Bunga said...

@GPMenjiwai watak. Kahkah. Diamahh!

farhanafarid14 said...

Your blog is awesome. Nanti i nak search bout si bongkok! Never thot lagu nenek si bongkok tiga ada interesting story. Hihi mind checking on mine, thanks! Anyway your blog is really good to be read! :D awak comel! *haha i followed your instruction :p

Cik Puan Bunga said...

@Farhana FaridAh thank you! :D Ahaha bagusnya reader comment megikut arahan yang diberikan. Kakakaka.

Unknown said...

Benar...bagusla dtg berjauh2..mengenal dan mengenang jasa org yerdahulu yg berjuang ats kebenaran dan keadilan..

Unknown said...

Salam. Nak tanya.. kalau nak pegi kubur si bongkok memang kena guna guide ke? Susah nak cari eh? -hafiz-

Unknown said...

Salam.. kalau nak pg kubur si bongkok mmg kena guna guide? Susah nk cari eh? Terima kasih.

Unknown said...

Menarik juga.. pnah tahu mgenai cerite ni mase skolahnrendah dlu.. mase tu x silap majalah gila2 atau ujang yg tulis

zahari1950 said...

Si Bongkok Tanjung Puteri.. Selat Teberau Airnya Biru dua rangkap senikata dalam lagu Sibongkok Tanjung Puteri yg saya ingat. Walaupun saya bukan orang Johor tetapi lagu2 seperti ini menambat hati saya. Jika dah terdapat kuburnya, ini bukan lagi cerita rakyat. Tetapi itu adalah sejarah. Tahniah kpd Bob dan anggota ekpidisi.