Assalamualaikum.
Panjang pulak tajuk entry ini kali. Ah kau diamlah, kau apa tau.
Hai engkau orang. Lama sungguh aku tak update entry. Busy babe. Mana nak main game lagi, mana nak korek idung lagi. Memang tak sempat kadang - kadang. Punyalah busy sampai kadang - kadang lupa nak pakai deodorant pergi sekolah. Kehkeh. Hambar.
Dalam pada kengkonon busy tu, sempat jugak sambut hari guru bukan main eksyen lagi. Eksyen sebab meja penuh dengan hadiah. Hikhok. Tapi tahun ni tak dapat anugerah guru pulak. Penat aku praktis bagi ucapan. Kira impian tak kesampaian lah ni. Tak apa tak apa. Anugerah guru tak anugerah guru, asalkan meja aku lebat dengan hadiah itu semua apa ada hal. Kahkah. Materialistik betul.
Pagi sambutan tu hujan. Peh. Cemana pulaklah pesen nak menyambut hari guru kalau dah hujan manjang. Hambar sungguh perasaan ketika itu. Nasib baik dalam lebih kurang pukul 8.30 pagi, hujan berhenti. Bercahaya mata masing - masing. Tergambar ketika itu keseronokan yang bakal kami kecapi. Satu hari tak mengajar. Ah sorga !
Berarak sambil diiringi paluan kompang oleh Team Kompang SEGA sungguh win perasaan dia. Dulu masa kahwin tak ada kompang, so setiap kali dengar kompang, throwback pulak masa zaman kahwin dulu. Tersipu - sipu jadinya. Memang rasa nak bagi penumbuk dekat muka sendiri kalau terbayang muka time tu. Malu - malu. Jalan kepit - kepit. Alah bangangnya rasa. Lepas berarak, duduk ramai - ramai dekat kantin, mengadap anak - anak murid yang macam - macam. Nasib baik anak - anak murid kesayangan duduk depan - depan mata. Sejuk hati. Kehkeh.
Macam biasa. Ucapan. Perutusan. Blablabla. Nasib baik Oat bawak monopod. Kami bercamwhore macam apa. Time ni memang tak boleh blah. Perangai macam orang jakun tak pernah nampak kamera. Habis segala sisi posing. Kembang kuncup lubang hidung tahan nafas nak bagi perut nampak kempis sikit. Radin punya monopod up sikit. Ada shutter. Hekeleh sangat. Yang kita orang punya jenuh kena tekan timer. Jadah --"
Hambik kau.
Tema tahun ni kuning kelabu. Hambarudin betul. Kak Sal tak payah nak masam sangatlah Kak Sal.
Saya sedang membajet ayu.
Tahun ni Anugerah Guru dapat dekat Ustaz Kusnan dengan Kak Salasiah. Tahniah. Semoga berkerja dengan lebih gigih dahsyat punya cemerlang. Aku padahal time tu dah siap sedia nak ambik Anugerah Guru. Yakin lain macam, sekali tu tak dapat. Terasa diri sungguh picisan sekali. Tak layak lagi nak merangkul sebarang anugerah. Bagi menunjukkan rasa protes, aku pun bercamwhore dengan lebih gigih lagi. Langsung taknak endahkan perutusan menteri yang pengetua baca. Majuk ni majuk.
Tapi time nyanyi Kami Guru Malaysia, memang sebak tak boleh nak tahan. Kembang kempis lubang hidung tahan sebak. Lagu ini sungguh berhantu. Sedih tahu tak, sedih!

Beriya.
Lepas acara formal habis, cikgu - cikgu diberi rehat sekejap sebelum sambung acara sukaneka. Tahun ni sukaneka memang sangat happening. Syabas untuk budak - budak Pengawas dan PRS. Memang win acara - acara yang diorang sediakan. Walaupun berlaku sedikit kekecohan dan pertumpahan tepung disana - sini, overall memang best. Group kitorang berjaya menggondol hamper untuk acara bowling kelapa. Dua kali strike kau! Hebat tak hebatlah kan tangan ni. Fuh.
Ini Akif. Siapa nampak dia dekat mana - mana, engkau orang boleh tumbuk dia.
Lepas acara sukaneka, rehat sekejap sebelum sambung untuk acara makan - makan. Ketiak dah basah dah dengan bau dah macam ikan masin. Nasib baik eyeliner tak sememeh lagi. Masih lagi cun bukan calang - calang. Lepas makan - makan, balik bilik guru sebab nak tunggu kesayangan datang. Lama jugak tunggu. Ingatkan tak jadi datang. Tak lama lepas membebel sorang - sorang, Nada terpacak dekat muka pintu sambil tersengih - sengih buat muka nak mintak kena cium. Rindunya Nadaaaaaaa!
Dah lepas bebelkan Aini (Rujuk gambar dibawah. Beliau pakai spek) sebab beliau sungguh derhaka tak wish pun masa hari guru tu , kitorang adalah gossip-gossip sikit bab - bab nak carikan Nada jodoh apa semua. Kahkah. Rindunya masa zaman mengajar Nada and the gang dulu. Masa tu rela habiskan masa petang - petang buat kelas English. Belajar dulu, bila dah habis belajar open table gossip entah apa - apa. Cerita hantulah, cerita jodohlah. Rindddduuuuuuu!
Sweet tau Nada, dah dua tahun dia jenguk aku dekat SEGA masa hari guru. Sanggup dari STA ke SEGA demi untuk cikgu dia yang tercinta ni. Susah - susah datang bawa hadiah. Padahal dia datang tu je pun dah cukup nak buat aku rasa dicintai. Sobs. Suka tengok muka dia malu - malu kalau kena usik, sejuk hati tengok dia. Tengok dia membesar daripada seorang budak tingkatan 3 yang comot-comot menjadi seorang wanita yang cantik dan solehah. Alah. Touching tiba - tiba.
Nad, Aini, Kakak Cantik Form 5 and Nada.
Sebenarnya, rasa bersalah juga dekat kakak - kakak meja sebelah menyebelah. Tengok meja masing - masing kemarau saja. Takde niat pun nak meriak sebenarnya, takkan aku nak halang budak - budak ni daripada lambakkan hadiah atas meja aku. Kek je entah berapa banyak entah aku dapat masa hari kejadian. Itu belum kira cokelat lagi haa. Kalau dikumpul- kumpulkan, adalah dalam dua baldi. Teedybear bagai. Mengalahkan budak kecik. Bunga sejambak. Sweet huwaaa. Terima kasih banyak - banyak. Terharu tahu tengok budak - budak kejar kita semata - mata nak bagi kita hadiah. Nangis.
Terima kasih Atiqah. Sayang budak ini. Dalam kelas, suka suruh dia baca apa - apa. Sebab bila dia baca, memang bunyik Mat Salleh kauuu!
Ini tiga orang ni kerjanya nak pedajal akuuuuuuu je.
Ini Abqari. Hero Bomba. Comel! Engkau orang jangan ingat aku sandar dekat perut dia pulak. Tu teknik fotografi tu. Aku tak memanja dengan perut dia langsung, tahu?
Ustajah Mariam menyelit.
Selfie keji.
Sayang sepah - sepah.
Nak ucapkan terima kasih banyak - banyak dekat bekas anak - anak murid, anak - anak murid, kawan - kawan, rakan sekerja, rakan guru, adik - beradik, sedara - mara, sepupu - sepapat dan rakyat Malaysia yang wish masa hari guru hari itu. Terima kasih untuk ucapan, SMS, Whatsapp, Wechat, surat, kad, hadiah - hadiah. Tuhan saja yang mampu balas budi baik engkau orang semua. Terima kasih untuk kiriman puisi, surat - surat peribadi yang menyentuh hati. Terima kasih. Terima kasih.
Untuk kawan baik dunia akhirat, Oat, terima kasih. Semoga persahabatan kita kekal sampai bila - bila. Kongajo sungguh kau hantar surat macam tu kan. Berpinar mata aku nak baca. Terima kasih suami, untuk ucapan dan sangat memahami tugas aku sebagai seorang guru yang entah apa apa entah perangainya. Terima kasih anak - anak murid. Maaf, kerana sampai ke saat ini Teacher belum mampu nak menjadi seorang guru yang hebat untuk engkau orang semua. Maaf salah silap sepanjang Teacher mengajar engkau orang. Maki, membebel, lari padang, ketuk ketampi, penderaan fizikal juga emosi, Teacher minta maaf. Cliche rasanya kalau cakap "Teacher buat tu semua untuk kebaikan korang!". Tapi, itulah hakikatnya. Dalam fikiran seorang guru, tak ada apa lagi yang dia fikir melainkan anak - anak didiknya saja.
Dan Tuhan,terima kasih kerana dalam banyak - banyak manusia,aku yang Engkau taqdirkan untuk menjadi seorang guru.Biar tak kaya,biar tak hidup mewah,biar kedana,biar banyak cela.Sebab aku yakin,kalau kena cara,kena gayanya,tangan - tangan anak yang aku didik inilah-yang akan pimpin aku,masuk syurga.Terima kasih Tuhan.Terima kasih, anak - anak.
Selamat hari guru untuk kawan - kawan seperjuangan. Biarlah kita jadi pahlawan yang tidak didendang. Berjuang dengan cara kita sendiri. Biar sepahit manapun jalannya, perjuangan kita ini tak akan pernah selesai.
Hail to all teachers in the world.
WE ARE THE BEST!